Catatan

Mengorat Makwe Gig

Dunia gig dan konsert sememangnya sudah menjadi sebahagian dari minat aku sejak dari sekolah lagi. Aku masih ingat gig pertama yang aku pergi ialah sewaktu di tingkatan 3. Bertempat di Segamat, aku dan sepupu aku yang menggilai madah haluan Skin Head pergi ke gig dengan kasut Dokmat, seluar kecik, baju ragbi Canterbury All Blacks dan rambut pendek kemas ala-ala fahaman Trad-Skin. Berkobar-kobar hendak menyaksikan band-band Oi apatah lagi sewaktu itu zaman The Suspect A.K.A yang terkenal dengan lagu Kami Yang Disyaki. Malangnya, gig pertama yang aku pergi itulah juga gig pertama yang aku pergi kena raid. Nasib baik dapat lari ikut pintu belakang, lalu tangga spiral dan lompat tingkap. Binatang betul Harian Metro. Ini gig Oi, bukan gig Black Metal lah! Tapi masa tu. Memang takdelah nak ada can mengorat makwe kat gig. Mostly Chelsea girl masih kurang. Kalau ada pun, aku masih budak-budak lagi. Hahaha. Sewaktu aku tingkatan 4 dan 5. Aku kurang pergi ke gig. Tapi, aku menjadi p...

Seorang Arjuna Mahu Bertemu Bunganya.

Imej
Zinedine Zidane - 10 minit terakhir sebelum tamat perlawanan terakhir - satu simbolik cinta agung yang gagal. Pertama kali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua barisan kumpulan penulis Terfaktab kerana memberi saya peluang untuk saya menulis di blog ini. Sebelum saya masuk Terfaktab ini hampir setahun yang lalu, siapalah diri ini. Belum pernah aku bertemu di kedai buku dan ada makwe yang menegur "hey, ini Nami ke?" masa tu. Masa tu jangan mimpilah aku punya novel yang masuk Top 5 sales dalam section Bahasa Malaysia di Kinokuniya. Sebelum aku masuk Terfaktab, aku kosong, kosong, ooohh! Ya - hubungan saya dan Erica Micheal telah gagal baru-baru ini dan para haters telah menyambut Hari Raya mereka lebih awal sebelum puasa lagi. Seperti Zidane berjalan melewati Piala Dunia di Kota Berlin pada tahun 2006, saya akui ini adalah tusukan dalam hati paling dalam. Ini adalah perkara paling berat yang pernah saya terima sejak kematian arwah Elly, dan arwah Ez baru...

The Curse of Terfaktab.

Imej
Hi. God lets us meet again.   It was October 2011. I was fucked up that time. I went hiatus, hiding in my hometown. Then, I got a shocking offer to be one of the new Terfaktab squad members (together with Sofia Nin). Aqram invited me through Facebook. I was flattered and nervous at the same time. Then, I thought of   "The Curse of Terfaktab".  Though I have not been following Terfaktab long enough, but I have seen and read about this sacred curse.   Some say, most writers here experience break-up(s) prior to being in the squad. Then, tragic happens again while in here. That's how I interpret "The Curse of Terfaktab" . Break-up makes us here or no longer here. Well, believing such a thing wholeheartedly is half-stupid. It could well be khurafat. Either you are related with Terfaktab or you are not, everyone suffers break-up(s). We all know, shits happen for reasons. When you found happiness, Allah is the one who granted it. When you suffered disappointmen...

Terima Kasih, Terfaktab

Dan kepada Twitter, sebenarnya. Atas jasa laman sosial itulah saya temukan gerombolan Terfaktab. Di susur masa. I'm a fan, to be honest. Baca sipi-sipi. Senyum dan ketawa dengan sindir sinis yang melekap terus ke muka. Ya, bila bicara soal cinta, kita tidak terlalu jauh berbeza. Coret aksara sehingga terbit potret rasa. Itu yang telah Terfaktab lakukan di sini, and as a newbie, I will keep it that way, definitely. Terima kasih kepada big boss Terfaktab kerana merekrut. Saya cuba yang terbaik untuk tambah perasa di sini.

Ahad Malam Bersama Abang Borhan

Asalamualaikom warahmatullah hiwabarokatuh. Pikir-pikir balik, dah lama juge abang tak nulih kat sini. Bukak-bukak je dah habis minggu rabak. Terlepas abang gamaknya untuk menceritakan betapa rabaknya abang masa lepas bercerai engko tahu? Engko mana tahu perasaan lepas bercerai. Engko sekolah pun tak habeh. Engko sekarang sedaplah lep u lep me, amek gambar sana sini lepas kahwen. Asal sana sini berkepit dengan suami, dengan isteri. Bangun tido sebelah ada laki, ada bini. Nak nak pula dah ada anak satu. Punya semangat dia punya feeling-feeling bahagia kahwin tu. Suka tengok muka baby lah, suka tengok baby ketawa lah. Dan macam-macam lagi kebahagiaan yang abang nak kabor akan jadi sementara kalau engko tak jaga dan tak pernah dikabor tentang apa itu penceraian. Buat pembaca yang pernah bercerai. Abang tahu, abang mengerti perasaannya. Bukan sedih, bukan pedih. Tapi macam hilang harapan ye dak? Hilang harapan ni lebih kurang macam engko kena buang kerja lepas tu kau tak bo...

Tamat

Dengan ini gua menamatkan minggu Rabak dan Heartbroken dengan harapan;  Apa barang rabak-rabak chorr? Takde makwe, cari sorang. Takde pakwe, jeling sorang.  Ni zaman 2012 lah bhaii, lu suka lu dapatkanlah.  Ok, sebenarnya gua tamatkan ni pun sebab gua tengok takde sapa yang nak tulis lagi dah. Bila gua baca artikel-artikel pembaca hantar pun gua rasa belum yang ada serabak lagi seperti dalam kriteria. Tapi apa-apa pun gua ucapkan terima kasih sebab cuba hantar artikel. Terima kasih pada penulis-penulis yang terlibat. Yang tak terlibat, lu tahu lah nasib lu macam mana nanti. Okayyhh, terima kasih wehh! Orait, gua chalo dulu dengan serangkap pantun; Hati rabak sampai koyak, Eleh putus cinta dah nak menangis, Tak payah nak sebak-sebak, Meh sini abang aqram belanja cekedis. Chalo!

Kosong

T iada lagi sebenarnya ingatan lama itu. Aku hanya berjalan seorang diri apabila melintas suatu tempat yang dinamakan cinta. Ia datang dan pergi. Kau yang lama, entah aku tidak tahu, entah aku tidak ingat. Kau siapa ya? Tiada lagi bintang dan boneka. Aku bukan lagi boneka cinta. Tapi, cinta yang datang pada aku. Cinta aku kawal. Aku maharaja yang melaras cinta dengan keangkuhan. Sesiapa saja akan aku tembak dengan laras cinta ini, peluang untuk rasa nikmat apa itu bercinta sebenarnya. Tiada lagi bintang dan hari. Apatah lagi Sirius mahupun Bellatrix. Semua itu telah aku padam kemas dengan cermat. Aku masih ingat sewaktu kali terakhir terserempak dengan kau. Bukannya rindu yang hadir dalam sanubari aku. Sebaliknya kebencian. Benci semata-mata. Namun, Hati aku pada satu saat rasa kosong. Jiwa dan fizikal aku seakan tidak lengkap. Puas aku isi dengan nur, namun masih kekal sebegitu. Membeku. Lelah aku isi dengan kemodenan, jelas ia bukan penawar. Ini adalah...