Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

Kerana dia belen, aku yang kena?

Imej
Baru-baru ini kecoh kisah seorang artis lelaki ditahan polis dan akan didakwa bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah tangga (KRT). Puncanya, si suami yang berstatus artis dikatakan mencederakan isterinya apabila beliau cuba mengambil gambar si suami berdua-duaan bersama seorang artis wanita. "Hello, kitorang berjumpa atas urusan produksi ok, reproduksi!" Ini kali ketiga akta KRT disebut-sebut dalam media pada bulan ini. Tapi yang sebelum ini, agak positif sikit, kerana ia melibatkan pindaan baru terhadap akta KRT untuk lebih memudahkan pihak mangsa. Salah satunya ialah pindaan yang meluaskan takrif keganasan, termasuk ugut sebar gambar / cerita memalukan di Facebook, blog atau sumber media lain. Because you know, ramai orang buat macam ni woo. Terutamanya revenge porn atau ugut sebar video/foto lucah - di negara US ramai yang buat begitu hinggakan undang-undang pun ada diluluskan untuk memenja...

Bila kawan kau dah kahwin...

Imej
Jangan tolong dia. Serius. Kalau kawan anda ceritakan masalah rumah tanggga dia, tolong! Tolong jangan bantu. Iye, aku serius. Walaupun kau dengan dia sama jantina dan kau confirm 99.99999% tak gay. Kau bantu dengar je. Bagi satu dua ayat "sabarlah member, apa-apa keputusan, aku support engko" satu tepuk di bahu atau peluk, lepastu setel. Dah. urut bahu pun boleh. "Tapi kalau member tu kena pukul, kena maki, kena curang, kena curi?" kau tanya aku. Well, jawapannya ya, tetap tak boleh. Nasihat sikit-sikit. Jangan maki jangan emo. Dah. Sebab apa kau tanya? Ramai dah kawan aku kena. Isteri menangis-nangis cerita lelaki curang DM perempuan lain. Kawan-kawan perempuan semua join bash lelaki tu. Siap offer support kalau cerai. Alih-alih, ehhh sambung balik. Lagi haru, persahabatan dengan kawan tu putus terus jadi musuh. Tak pasti samada sebab dia sentap laki dia kena kutuk atau pun dia rasa malu pergi balik kat jantan dia kutuk. Dua tiga kali juga aku ...