Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

Wanita Tua Di Balik Jeriji

Imej
"Hei!" jeritnya pagi itu. Aku jenguk ke luar tingkap dapur, melihat kelibat seorang wanita rambut keriting. Anak perempuannya yang kecil datang menghadap. Oh, dia bukan panggil aku, walaupun tingkap dapur aku berhadapan dengan tingkap dapur dia. Tiba-tiba wanita itu mula menaikkan suara. Menjerit-jerit. Memaki-maki. Si kecil hanya tunduk. Aku perlahan-lahan selesai bersihkan pinggan di tangan lalu berundur ke belakang. Aku meninggalkan dapur dan minum kopi di ruang tamu, dengan harapan suaranya hanya sayup-sayup didengari di ruang hadapan ini.  Sumber Begitulah rutin aku hari-hari. Kalau aku bertembung dengannya semasa basuh pinggan atau cuci tangan, aku cepat-cepat akan berundur. Kerana mesti aku akan mendengar suaranya memaki anak-anaknya, serta suaminya. Tengking dengan suara yang tinggi. Yang memeritkan hati aku, tiada siapa pun yang melawan. Anak remaja pernah menjawab sepatah, kemudian dihambur semula dengan kata-kata berdesibel seratus dua puluh. Ada suatu h...