Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Penutupan Terfaktab

Imej
MAKLUMAN & HEBAHAN Pada November 2017 ini, Terfaktab akan menyambut ulang tahunnya yang ke-7. Sepanjang 7 tahun Terfaktab di dalam arena penulisan dan perbukuan, kami telah menempuh pelbagai rintangan dan kejayaan dalam memandaikan masyarakat dengan buku-buku terbitan kami. Namun, segalanya seakan tidak menjadi dalam 2 tahun kebelakangan ini akibat kesan kelembapan ekonomi, penurunan mendadak minat membaca masyarakat terhadap buku dan masa depan industri buku yang terumbang-ambing. Hal ini membuatkan kami terpaksa melakukan keputusan yang berat dan pahit. Dukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa Terfaktab Media akan menutup operasi penerbitan pada akhir Disember 2017 ini. Keputusan yang berat ini merupakan keputusan sebulat suara anggota dan wargakerja Terfaktab Media setelah mendapat pandangan daripada pelbagai pihak. Bak kata pepatah; "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul." Sehubungan dengan itu, sebelum penutupan operasi Terfaktab Med...

#MYCYBERSALE2017

Imej
  Buat semua wanita dan lelaki, atas permintaan ramai sempena #mycybersale2017 , OF•FER BORONG SAMPAI BORING dibuka kembali selama 5 hari dari hari ini hingga 13 Oktober 2017. Jadi, apa tunggu lagi? Lengkapkan koleksi buku Terfaktab korang okay. WhatsApp nombor tertera atau layari website kami. #borongsampaiboring #terfaktab #bukumurah #borong #buku #bukuindie #promosi

OF•FER

Imej
Cari booth kami untuk menikmati of•fer istimewa ini di; LAW FACULTY UITM SHAH ALAM 26 – 27 September 2017 WIKEN @ SUNWAY PUTRA MALL 29 September – 1 Oktober 2017

Relationship 2017

Imej
Secara common sense -nya, zaman kian berubah ditelan arus masa. Bermakna setiap perihal lama ada yang sudah tidak sesuai digunakan lagi pada era baru. Let say, disket . Sudah tidak sesuai digunakan pada zaman sekarang-- pendrive lebih sesuai. Sama sahaja seperti relationship. Terdapat cara atau method dalam relationship pada tahun-tahun sebelum ini yang sudah tidak sesuai digunakan pada tahun sekarang. Kerana apa? Kerana perubahan sikap manusia, masa, dan kebolehupayaan-nya. Relationship perlu selaras dengan zaman. Ini adalah antara rangkuman ringkas. 1.  Kalau suka kat seseorang.  Jangan luah perasaan secara terburu-buru. Simpan dulu perasaan tu. Then, tanya pandangan kawan rapat. Kot-kot lah kawan pun tersuka dengan orang yang sama. Bolehlah setel awal-awal. Pandangan kawan penting walaupun kawan tu tak pernah bercinta. Sebab, relationship yang hendak dibina secara serius bukan berdiri antara awak dan pasangan je. Ia melibatkan semua orang dal...

SUAMIKU NOBURU WATAYA oleh NURUDDEAN

Cerpen ini dipetik dari buku Antologi Suamiku. Untuk pembelian buku ini, sila klik link ke webshop kami ->  https://terfaktab.com/product/suamiku/ Mungkin aku patut namakannya Noboru Wataya. Ianya nama watak kucing yang hilang dalam buku Murakami. Aku mulanya bercadang untuk menamakannya Otsuka atau Kawamura tapi Noboru Wataya agak sesuai memandangkan nama suamiku bermula huruf N. Lagipun, memandangkan suamiku acap kali hilang di waktu siang, mungkin nama itu cocok dengannya. Atau aku patut namakannya Baron Humbert von Gikkigen. Miniatur kucing yang dihidupkan dari animasi Mimi o Sumaseba ke dalam Neko no Ongaeshi. Dia kacak, pakai sut dan topi. Tapi Baron adalah karakter antromorfis dan aku fikir ia tidak sesuai memandangkan suamiku tidak berdiri atau berjalan seperti manusia. Dia berjalan seperti kucing-kucing lainnya. Lagipun aku suka Noboru. Ia mudah disebut dan sedap didengar bukan? Ini bukanlah metafora, jika kau bersangka begitu. Suamiku betul-betul seekor kucing....

Fakta Anak Kedua yang Anda Semua Tidak Tahu! Sebarkan!

Imej
Tahukah anda, anak kedua: -Manis mulut, manis juga rupa -Mudah ketawa, dan mudah juga menangis -Rajin membantu kawan-kawan dalam kesusahan -Kuat merajuk, Drama Queen -Suka makan coklat bersama tempoyak, serta suka tipu dan troll orang? Kahkahkah. Gurau aje. Sebenarnya, kau perasan tak, kalau baca benda-benda rahsia anak ke-X ni, mesti lebih kurang je. Kau baca rahsia anak ke-2, lebih kurang macam kau. Kau baca rahsia anak ke-3, lebih kurang macam kau, kau baca rahsia anak pertama, pun macam kau. Lepas tu, kalau kau ni anak ketujuh kelapan kesembilan kesebelas keduabelas tak ada pun dalam list...kau jenis anak apa pula, anak tak wujud? Eh. Hahaha. Bukan aku nak menganjing siapa-siapa. Cuma, aku teringat dulu pun aku percaya juga benda ni. Lagi-lagi kalau artikel tu ditag dengan nama orang famous seperti Fazdilah Kamsah lah, Tuah Iskandar lah, Oprah lah, Confucius lah Jack Ma lah, maka aku pun percayalah bulat-bulat. Gigih la aku cara birthday crush, umur kelahiran crush, crush ana...

Hal Azab (Bukan Adab) Orang Keliling Dunia.

Imej
Pagi Sabtu ini kecoh satu Malaysia mengenai berita sekumpulan backpacker tempatan dicari pihak berkuasa Jepun kerana merosakkan bilik hostel dan mengasari staf nya sehingga kerugian beratus ribu yen. Namun, aku bukan mahu sambung lagi kasi panas dalam post aku ni - lagipun laman The Vocket dah cover sampai licin. Cuma... there's something about travelling that is really interesting - it takes out the real you.  Real, real you. Sumber gambar Mana taknya - kau berada di tempat asing. Satu jalan pun kau tak pernah kenal, melainkan yang kau lihat dalam gambar (itupun kadang-kala kau dah kelek semua gambar dalam google, masih tak sama dengan rupa dunia di depan mata). Kiri, kanan kau, orang semua berbahasa asing, budaya pun asing, kau ke kiri, mereka ke kanan, kau cakap Hai, mereka cakap Hola! Kau cuba cari jalan. Kau cuba bernavigasi. Kau sesat sendiri. Mau tanya jalan, ramai yang tak memahami. Kua mahu pergi ke semua tempat terkenal - semua instragrammable places...

To Love: A Debate on Definition.

Apparently, to love (your definition) is not to let anyone be involved in your story. To love (your definition) is to set you free. To love (your definition) is as long as you are happy. To love (your definition) is for me - to stop being a busybody. But, that's not what it is to me. To love (my definition) is to show you I still care. To love (my definition) is to question you because I am concerned. To love (my definition) is to protect you, not because I don't trust you, but I just don't trust anyone else. So, where exactly does love stand?

Kerana dia belen, aku yang kena?

Imej
Baru-baru ini kecoh kisah seorang artis lelaki ditahan polis dan akan didakwa bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah tangga (KRT). Puncanya, si suami yang berstatus artis dikatakan mencederakan isterinya apabila beliau cuba mengambil gambar si suami berdua-duaan bersama seorang artis wanita. "Hello, kitorang berjumpa atas urusan produksi ok, reproduksi!" Ini kali ketiga akta KRT disebut-sebut dalam media pada bulan ini. Tapi yang sebelum ini, agak positif sikit, kerana ia melibatkan pindaan baru terhadap akta KRT untuk lebih memudahkan pihak mangsa. Salah satunya ialah pindaan yang meluaskan takrif keganasan, termasuk ugut sebar gambar / cerita memalukan di Facebook, blog atau sumber media lain. Because you know, ramai orang buat macam ni woo. Terutamanya revenge porn atau ugut sebar video/foto lucah - di negara US ramai yang buat begitu hinggakan undang-undang pun ada diluluskan untuk memenja...

Bila kawan kau dah kahwin...

Imej
Jangan tolong dia. Serius. Kalau kawan anda ceritakan masalah rumah tanggga dia, tolong! Tolong jangan bantu. Iye, aku serius. Walaupun kau dengan dia sama jantina dan kau confirm 99.99999% tak gay. Kau bantu dengar je. Bagi satu dua ayat "sabarlah member, apa-apa keputusan, aku support engko" satu tepuk di bahu atau peluk, lepastu setel. Dah. urut bahu pun boleh. "Tapi kalau member tu kena pukul, kena maki, kena curang, kena curi?" kau tanya aku. Well, jawapannya ya, tetap tak boleh. Nasihat sikit-sikit. Jangan maki jangan emo. Dah. Sebab apa kau tanya? Ramai dah kawan aku kena. Isteri menangis-nangis cerita lelaki curang DM perempuan lain. Kawan-kawan perempuan semua join bash lelaki tu. Siap offer support kalau cerai. Alih-alih, ehhh sambung balik. Lagi haru, persahabatan dengan kawan tu putus terus jadi musuh. Tak pasti samada sebab dia sentap laki dia kena kutuk atau pun dia rasa malu pergi balik kat jantan dia kutuk. Dua tiga kali juga aku ...

Wanita Tua Di Balik Jeriji

Imej
"Hei!" jeritnya pagi itu. Aku jenguk ke luar tingkap dapur, melihat kelibat seorang wanita rambut keriting. Anak perempuannya yang kecil datang menghadap. Oh, dia bukan panggil aku, walaupun tingkap dapur aku berhadapan dengan tingkap dapur dia. Tiba-tiba wanita itu mula menaikkan suara. Menjerit-jerit. Memaki-maki. Si kecil hanya tunduk. Aku perlahan-lahan selesai bersihkan pinggan di tangan lalu berundur ke belakang. Aku meninggalkan dapur dan minum kopi di ruang tamu, dengan harapan suaranya hanya sayup-sayup didengari di ruang hadapan ini.  Sumber Begitulah rutin aku hari-hari. Kalau aku bertembung dengannya semasa basuh pinggan atau cuci tangan, aku cepat-cepat akan berundur. Kerana mesti aku akan mendengar suaranya memaki anak-anaknya, serta suaminya. Tengking dengan suara yang tinggi. Yang memeritkan hati aku, tiada siapa pun yang melawan. Anak remaja pernah menjawab sepatah, kemudian dihambur semula dengan kata-kata berdesibel seratus dua puluh. Ada suatu h...

Self Fulfilling Prophecy

Imej
"Cik Pah, anak kita dua ni, Kamar dan Maya - sudah lima tahun kenal. Cik Pah pun kenal saya, dan saya kenal Cik Pah. Apa kata, kita kahwin kan saja mereka berdua. Sebelum mereka buat perkara lebih teruk," ucap ibu itu sambil menghirup teh. "Tapi Kak Jun...tak boleh tunggu ke. Maya tu kecik lagi, lima belas," jawab Cik Pah. Bayangkan ini mereka. ni tv3 punya sinetron apa entah. "Kecik apanya, dah akil baligh dah! Bila-bila masa je boleh berbadan dua, tahu. Sekurang-kurangnya kalau ada terlajak, tak ada orang mengata." Cik Pah meraup mukanya, berat hati untuk melepaskan si kecilnya Maya. Tapi lebih berat, kegusarannya terhadap generasi anak remaja sekarang, macam Maya; pergerakan mereka susah nak dijangka. Namun, apakah ini solusi sebenar? Entahlah. Bagi aku, yang belajar dalam aliran sains ni- aku akan komen sebanyak yang aku tahu, dari sudut sains. Benar, anak gadis berkembang secara reproduktif seawal 9 tahun. Dan benar juga...

Beauty and The Beast

Imej
Pada saat ini, aku telahpun menonton Beauty and The Beast (tak, jangan tanya aku tonton di mana). Cuma, aku harap yang di luar sana, despite all the controversy , masih cukup berminat untuk menontonnya, sebuah kisah princess tanpa tiara tapi jiwanya lebih regal daripada royalist di luar sana. Dan juga--sebab ia relatable. Aku tak pasti kenapa- tapi tika aku melihat Belle, aku terbayang beliau seperti gadis pendiam di kolej, yang sentiasa duduk di kerusi depan dewan kuliah; yang tak pernah ada kekasih sepanjang empat tahun studi; yang matanya tertancap kepada buku sepanjang hari dan tangannya bersulam dengan assignment papers tiap malam, yang hidupnya hanya untuk menyedut sebanyak mungkin ilmu sebelum meninggalkan menara gading. And she did it wonderfully, too . Dan Gaston - ha, Gaston, dia tu macam abang MPP kat kolej - berkarisma, pandai berkata-kata, kacak dan jadi kegilaan semua junior, tapi tiap sem cukup-cukup makan 1.57. Dia khabar dirinya penuh dengan ilmu, tapi ha...

Shipping yang tidak lagi free.

Imej
" Tok Kadi semua cuti panjang ke?  Nikah kan aje lah Neelofa Fatah Amin ni.  Dia punya menggelenyar ni kalau dibiarkan seluruh tamadun manusia boleh jadi bengap," kata seorang writer cum takafulman, Fdaus Ahmad. Umumnya ramai dah mula menyampah dengan hashtag #lofattah yang dipamerkan peminat mereka berdua di sosial media. Tuan punya badan sendiri pun, sudah tidak lagi berminat mengulas perhubungan mereka. Akan tetapi, peminat masih berharap, malah bersolat hajat lagi. Apa semua kegilaan ini? Shipping. Biasanya perkataan 'shipping' merujuk kepada perkhidmatan penghantaran kurier, tetapi 'Shipping' yang aku maksudkan ini ialah kependekan daripada 'relationship-ping' -- iaitu tindakan memasang-masang dua orang karekter yang digemari, biasanya oleh peminat siri TV, novel atau komik. Terma "Shipping" mula digunakan oleh fans Scully dan Mulder (X-files, bagi yang lahir di tahun 2000-an) menggambarkan keserasian mereka dalam k...