Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2015

Temubual Terfaktab Episod 2 Bersama Embun Karina

Imej
Embun Karina merupakan seorang pemuisi independent yang aktif di tanah air. Sehingga kini Embun telah menghasilkan satu solo-work bersama Selut Press dengan judul Bandaraya Bougainvilla dan sebuah cerpen dalam Kitab Terfaktab Pasca Gelap. Pada tahun ini, Embun turut terpilih untuk menyampaikan puisi-puisinya di Asian Literary Festival Jakarta. Jom kita temubual Embun dan menyelingkap dunia literary beliau. S = Soalan J = Jawapan Embun Karina S : Hai Embun, apa perkembangan terbaru kau sekarang? Ada solo work terbaru yang akan rilis? J : Perkembangan terbaru untuk tahun ini adalah persediaan untuk tahun hadapan. Ya, secara kebetulan juga semasa ke Jakarta tu aku berurusan dengan beberapa pihak bagi menjayakan solo exhibition berkenaan artwork yang akan dipamerkan kelak dekat sana. Juga sedang mencari ilham serta idea untuk skrip teater terbaru.  Buku terbaru, InsyaAllah ada buku kolabrasi bersama Malam Puisi Jakarta. Iaitu salah sebuah kolektif juga penaung puisi di...

Temubual Terfaktab Episod 1 Bersama Syahid Abdullah.

Imej
Buat yang ingin tahu tentang Syahid Abdullah. Beliau telah hasilkan dua solo work iaitu novel Servis Satu Malam terbitan Terfaktab dan Bukan Perempuan Sundal (self-published dan terbitan Dubook Press). Syahid juga kini aktif dengan stand-up comedy dan baru-baru ini telah mempersembahkan stand-up comedy di Komediri yang dihoskan oleh Harith Iskandar. S = Soalan J = Jawapan Syahid Abdullah S : Apa perkembangan terbaru kau sekarang dalam penulisan? Ada plan nak rilis novel baru? J : Insya Allah dalam proses. Tapi dek penangan kekangan masa (malas), proses belum jadi produk. Novel yang dalam proses ni secara kasarnya bertemakan cinta anti mainstream yang memaparkan cinta itu adalah keperluan manusia dan yang paling penting, cinta bukan hanya milik orang kaya seperti yang kita tonton dalam drama. Aku juga ada plan nak bukukan pengalaman aku buat macam-macam jenis kerja dalam hidup ni yang aku rasa tema dia kelangsungan hidup (survival). Pengalaman aku tolon...

Sedangkan kereta pun kita jaga, apatah lagi...

Imej
Suasana hingar-bingar di dalam bangunan biru berjalur kelabu itu. Separuh dozen kereta berada di situ menunggu servis, sepadan dengan reputasinya sebagai pusat servis rasmi bagi sebuah jenama kenderaan Eropah. Sepadan juga dengan cuaca membahang hari ini, seorang klien di dalam itu turut panas hatinya. "Apasal lama sangat?" katanya, bercekak pinggang. Kemeja jenama Jepun tapi buatan Chinanya mula basah merecik peluh. Dia menyapu lehernya. Berdaki. "Sabarlah bang," jawab lelaki ber'coverall' kelabu yang bertugas di situ, tenang. Dia menggaru-garu lencana di dadanya. Wajah tenang tapi hati sedikit gentar, mungkin. "Kalau macamni ELOKLAH SETAHUN jelah kau simpan kereta aku." sindir si klien, geram. "Abang tengok ni,"  ujar si mekanik. Sambil itu tangannya mengetik papan klip. Dia menyelak helaian di situ. "Standard lah lepas jalan jauh. Minyak hitam kena tukar, brake disc abang dah haus. Coolant air cond kena ganti. Alignment ta...