Cantik Selebriti Tidak Sama Dengan Cantikmu, Sayang
Seorang genius pernah berkata, dan aku ingin quote kata-katanya yang berbunyi : “Tubuh selebriti perempuan yang diminati itu dalam kategori minat lain, dan tubuh kekasih yang diminati itu dalam kategori minat yang lain.” Biar sini aku huraikan kata-katanya untuk kau; Tubuh selebriti perempuan seperti yang kita tahu adalah sempurna dalam segala segi. Dari ramping pinggangnya hingga bersih kakinya. Manakala tubuh kekasih yang diminati, selalunya biasa-biasa saja, bahkan ada yang berdaki sana-sini, kerana kekasih kita itu bukanlah jenis seorang perempuan yang pandai menjaga diri, walau seberapa banyak nasihat dan sabun pencuci yang telah kita belikan. Well, ya, of course ada perempuan yang walaupun dia berada dalam jenis average girl, atau the girl next door yang pandai menjaga diri. Boleh lihat saja ramai antara kawan kita, atau kekasih sendiri, yang memang pembersih orangnya, walaupun badannya tak berapa cantik. Tapi apa yang disebut dalam quote tadi bukanlah pad...