Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

Tidak Ada Kena Mengena Dengan Sesiapa Hanya Coretan Dari Sudut Hati Yang Dalam

Jam tangan aku lihat, tepat jam 1:07 pagi. Aku happy dalam waktu ini kerana Jerman sedang mendahului Perancis 1-0. Musim Piala Dunia dan Ramadhan ini membuatkan aku kurang sibuk. Tidak sebelum ini pada bulan April hingga ke Jun yang mana aku sibuk ya amat dengan membaca pelbagai manuskrip. Sempat rehat kejap pada bulan Mei dengan melancong ke Bangkok. Tapi selepas balik, punyalah banyak kerja perlu dibuat untuk menguruskan production after Pesta Buku. Sibuk dan emosi dalam keadaan tidak stabil sampai kucing tak comel pun aku marah. Tak cukup tidur. Mata jadi panda sampai aku tak heran pun dengan kehadiran panda di Malaysia. Kalau boleh aku nak marah panda tu. Ada saja serba tak kena dalam bulan-bulan sibuk menjadi seorang boss (lah sangat khenn) Aku tak sabar tunggu bulan puasa sebab bulan itu satu-satunya aku boleh berehat tak banyak kerja dan membentuk diri menjadi seorang yang OKAY semula. Tapi. Langit tak selalu cerah.  Aku ada belajar beberapa prinsip baru dalam r...