Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

Cheapskate Wedding , Part 1

Imej
Assalamualaikum wbt. Hello anda-anda semua! Apa khabar? Sedang ke pesta buku? Alhamdulillah, jangan lupa beli buku baru kami Korban Cinta Remaja. Memang lain dari lain sebab kami menimbulkan kisah-kisah cinta super sedih, super bengong, dan super aneh. Semua orang punya cerpen dalam tu memang best, kecuali yang Bent Pencil buat, apa mende entah, merepek betul. Oh by the way, maafkan saya kerana dah lama tak tulis, sebenarnya saya sibuk berlari sana sini jumpa orang, cari barang, survey harga. Almaklumlah busy nak kahwin. Yeay! kawin! Seperti yang anda baca entri-entri/status post Terfaktab sebelum ini, kami memang menolak perkahwinan stail besar-besaran. Kami semua sungguh-sungguh kata nak kahwin begitu-begini. Tengok dalam KT2 tak, perkahwinan jimat duit versi Alexia Aqram? Itu cukup lejen, saya pun suka. Tapi bila sampai pada masanya nak kahwin (so far dua writer dah kawin, tiga on the way), kebanyakan dari kami berada dalam dilema. Nak nikah aje lepastu buat kenduri d...

Buku Baru dari Skuad Terfaktab : Korban Cinta Remaja

Imej
Mengenai Korban Cinta Remaja Korban Cinta Remaja adalah antologi cerpen dari sekumpulan penulis yang digelar Skuad Terfaktab. Tajuk Korban Cinta Remaja timbul dari seorang penulis yang mengisahkan segala pengorbanan cinta seorang remaja melalui liku-liku kehidupan percintaan. Korban Cinta Remaja terlalu klise, ironi dan adakalanya tidak masuk akal. Sengaja dibuat sebegitu kerana kami para penulis sudah muntah dengan novel cinta happy ending yang meracuni pemikiran ramai pembaca sehingga mereka dibuai-buai fantasi indah. Ini bukan kisah cinta Bollywood. Ini kisah cinta masyarakat Malaysia. Abstrak Aku manusia. Kau manusia. Yang membezakan antara kita ialah sifat dan amalan kita. Aku tak pernah salahkan kekejaman yang kau lakukan. Aku tidak berniat hendak mengungkit, tetapi aku mengalami tekanan perasaan yang teruk atas perbuatan kau selama ini terhadap aku. Jadi, aku cuma harap suatu hari nanti Tuhan beri peringatan atas perbuatan kau selama ini berbuat buruk terhad...

T-Shirt Eksklusif Terfaktab 2013

Imej
1. Hanya 100 helai sahaja dicetak. 2. Hanya di jual sewaktu Pesta Buku Antarabangsa KL bertempat di PWTC mulai 1 Mei. 3. Hanya berharga RM30 sehelai. 4. Hanya yang tegar dan ekselen pada Terfaktab sanggup membelinya. :P

Donut

Imej
"Sayang" "Ye awak" "I baru balik dari UIA. Dapat donut" "Ni donut yang diorang susun jadi donut terbesar kat Malaysia tu ke?" "A'ah. Sinilah, rasa sikit" "Ok. Emm... manis gilerrrr. Boleh kena kencing manis I tahu?" "Eh, I makan rasa biasa je. Tak manis pun" "Donut ni memang tak manis, tapi sebab U yang suap. U lah kemanisan yang I rasa. Hihihi" "Hehehe. *cubit pipi* "

Small Things Matter, Too.

Imej
Assalamualaikum warohmatullah. One thing for sure, when it comes to love, none of us is an expert. Who doesn't suffer heartbreak ? Who doesn't change partners? Who doesn't taste being single ? We are all the same. We love, we break, we love again and we break again. That's normal. This cycle matures us, teaches us. So, we know the perks of being in a relationship. Courtesy of  google.com So, normally guys often forget small things. Small things that women take note, women care. Small things like, what does she like to wear, the kind of toilet she prefers, does she prefer bawal more than pashmina, does she prefer you to wear casual shirt or simple T-shirt, the date both of you first met, the date both of you first ate IKEA meatballs, the date both of you had first, second, third and fourteenth quarrel, and all the dates that both of you have been doing since day 1 and the list goes on and on. For most men, what's the big deal between pashmina or bawal. In hi...

Awak, ini jawapan.

Awak. Kawan saya cakap saya ini sudah dikategori public figure. Celah mana public figure saya pun tak tahu. Yang penting sudah ramai orang mengenali saya. Lebih ramai orang kenal, lebih banyak kawan saya jumpa. Dan saya sendiri tidak akan tahu yang mana satu kawan, yang mana satu kawan berlawan. Sebab itu saya mengecilkan ruang berkawan saya. Cuba awak lihat dengan siapa saya berkawan. Tidak ramai bukan? Jika kawan saya yang kecil ini juga gunting dalam lipatan. Ya saya kecewa. Tapi saya tahu saya perlu hadapi juga satu hari nanti. Saya sudah tidak peduli tentang makwe, kekasih, tunang, isteri dan sebagainya. Bila saya berjumpa dengan kawan-kawan lama saya. Iaini kawan-kawan saya yang mengenali saya sejak sekolah dan universiti. Mereka mengenali saya pada sifat yang awal, bukan yang terkini. Mereka juga hadapi hal yang sama. Curse. Saya rasa saya setuju bahawa kalau ada makwe. Baik kita simpan. Tapi saya tak nak jadi macam Deus. Dia ada makwe. Dia simpan. Tapi dia...

Awak, ini nasihat.

Awak, mungkin awak tidak tahu, yang begitu ramai bencikan awak. Awak, awak mungkin tidak tahu, yang begitu ramai dengkikan awak. Jadi tolong,  bila satu hari nanti awak bercinta, mohon rahsiakanlah dari kawan-kawan. Mohon simpanlah dia dari awak punya kumpulan. kerana dalam ramai “kawan-kawan” awak itu, Ada yang bukan sebenar-benarnya kawan. Ada yang hanya gunting dalam lipatan. Awak tahu kenapa awak single? Awak single sebab setiap kali awak hulurkan bunga, ada “rakan” yang mengeluarkan gunting dan mencantas bunga itu. dan kalau awak dapat pun si gadis baru, mereka tunggu, tunggu di sebalik pintu. Tunggu kalau ada perselisihan faham sedikitpun, mereka nampak peluang mereka dan mereka lancarkan serangan. Awak, ini nasihat saya nampak semua yang berlaku, dengan kekasih awak yang dulu-dulu. Ada kawan yang memang kawan, ada kawan, yang hatinya penuh lawan. Awak, ini nasihat saya pohon jika awak punya teman lagi, simpan ...

Cik Ipah.

Imej
Zaman-zaman dulu, zaman sekolah dulu (entah tahun berapa dah, maklumlah saya dah tua), ada seorang kawan ni, saya panggil Ipah. Masa kat asrama dulu Ipah duduk block B tingkat 2. Ipah orangnya ramah senyumnya manis, saiznya sederhana dan tinggi lampai (OK tak tahulah betul-betul tinggi ke camana, sebab saya ni pun, lagi rendah dari Alexia Aqram). Ipah ni dalam bilik dia penuh buku, dah macam mini library. Ada novel, ada komik, ada VCD, semua cerita-certita jiwang. Maka student-student yang kopak duit tapi mahu entertainment selain TV1, TV2 dan TV3 selalulah berkunjung ke bilik Ipah mintak pinjam buku. Saya pun pernah pinjam 1-2. Amboih kemain novel grafik dia, boleh buat orang yang baca macam nak kawen kat situ jugak. kakaka. Mini library Ipah tak lawa camni, tapi buku dia power-power. ( sumber gambar ) Satu lagi perkhidmatan Ipah ni ialah, kaunseling. Tak kira petang ke malam ke, adalah yang jumpa Ipah buat sesi kaunseling. Kalau lalu depan pintu dia mesti nampak sorang teng...