Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

Letak tajuk sendiri, gua busy ni.

Tahu binatang apa paling insecure dalam dunia? Anjing dan angsa. Tak percaya cuba try lalu sebelah binatang dari dua spesies ni, mesti kena usha semacam. Kalau nasib malang, kena kejar. Sebenarnya banyak je lagi binatang yang insecure tapi oleh sebab gua malas, gua nak fokus pada anjing dan angsa je. Ahh, ikut suka gua la ye dak? Tak suka engko jangan baca entri ni, engko klik pangkah sekarang, engko klik pangkah sekarang! Anjing dan angsa mungkin binatang yang memang dijadikan dengan perasaan tidak sedap hati bila rasa diaorang terancam. Padahal apa sangat la yang buat diaorang rasa terancam tu, nak masuk spesies haiwan terancam pun tak lepas. Lainlah panda, tapi panda pun tak insecure macam anjing dan angsa. Cool kan panda? Tapi cuba pikir apa yang buat menatang dua spesies ni rasa insecure sebenarnya? Ya, rasa sayang. Sayang pada diri atau pada tuan. Ramai dah tau kot, anjing dan angsa antara binatang kegemaran dibela untuk menjaga rumah. Nampak je stranger, terus diaorang ...

Maksud Lelaki

Macam gini rupa-rupanya rasa jadi orang yang dikenali bergelumang dalam dunia relationship. Serba tak kena dan serba diperhati. Apa jadi kalau tak jaga hati? Lagi pula kalau kita kata kita suka kat seseorang. Lepas tu boleh pulak dikatanya kita ni cepat sangat confess. Siap mengata belakang cakap yang kita ni dengan semua orang nak confess. Hek eleh perempuan. Gua bagitau lu satu benda lah. Mulut manis itu lumrah lelaki. Pujuk rayu jadi bahan makanan lelaki. Satu benda lelaki cakap, 10 benda perempuan maksudkan. Kira macam kalau lelaki kata sikit, perempuan tafsir entah bagai. Contoh lah. Aku suka kau.  Lelaki tu maksudkan suka sebab apa yang perempuan tu buat. Baik layanan.  Tapi perempuan tu. Fikir jauh sampai ingat lelaki tu nak confess ajak couple. Apa ke benda ni setan? Helloooo. Jadilah pengajaran untuk semua orang, terutama perempuan di luar sana yang cepat sangat melatah menafsirkan apa yang lelaki katakan.  Chalo Asalamualaiku...

A troll under the bridge

A long time ago, in a place far away, there lived a troll. He is small, hunched and dark as a deathly night. His eyes are piercing, his brows are forever frowning, and he has a face that made white knights crinkle their noses in disgust. He speaks rarely; but when it does his voice seeps like a poison, hateful and unrelenting. He was never particularly sad, nor was he particularly happy. It’s just that maybe misery was his best friend and happiness is his best enemy. It is both source of entertainment for him and also source of despair. Companions? He had few, or none at all. He despises company, mistrusts friendship. Whosoever extends their arms, even so slightly, would get a bite back from the ferocious troll. He guarded the old bridge in the huge, enchanted forest; and whoever pass by that tickles his fancy—looked either weak or gullible, he will attack mercilessly, ruthlessly until they ran home, tails tucked between their legs. From the innocent little children to the ch...

Dari Pejabat Terfaktab : Unifi Anniversary

Imej
Sukacita dimaklumkan untuk pembaca Terfaktab Lembah Klang bahawasanya kami akan membuka booth di Tropicana City Mall Petaling Jaya bersempena dengan Unifi Anniversary yang ketiga. Julung-julung kali penyertaan ini Terfaktab menyertai untuk menerangkan misi dan profil Terfaktab sebagai sebuah komuniti penulisan paling ekselen di Malaysia. Pada jam 8 malam itu nanti, Terfaktab akan mengadakan sesi istimewa untuk dibentangkan kepada orang ramai tentang kumpulan penulisan Terfaktab disamping sepanjang hari tersebut, Terfaktab akan mengadakan jualan buku-buku yang diterbitkan. Temui juga barisan penulis Terfaktab yang akan hadir disana untuk sesi beramah mesra. Amboi, skema betul tulis cenggini. Ha, senang kira ginilah. Kat sana nanti kami Terfaktab akan buat jualan pada harga potongan yang sangat istimewa kepada semua pembeli buku-buku keluaran Terfaktab. Lu orang kalau datang sana nanti, bolehlah mengambil gambor dengan Julie Woon misalnya. Aisehh, gua sendiri minat sama Julie Wo...

Godaan yang terakhir.

Imej
Bismillahirrahmanirrahim -- Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum w.b.t. Serius jari aku terketar-ketar di saat aku menulis entri ini dan perasaan aku sebak tak terkira. Menahan air mata daripada berjujuran jatuh ke atas papan kekunci, aku gigihkan diri menaip sepotong entri, terakhir, buat tatapan bersama. *senyum* ***** Orang kata goodbyes are never easy. Tapi pada setiap pertemuan pasti ada perpisahan, lalu harus diturut kata yang mana? Eka teruskan perjalanan membelah sepi malam. Fikirannya kusut.  Bagaimana mahu diletakkan satu titik noktah pada satu perhubungan yang dia tahu tak elok di sisi agama yang dia anuti sedangkan dia sendiri tersepit dengan perasaan sayang yang menggunung pada seorang lelaki ajnabi - Man. "Babe, I never said that it's gonna be easy. But just believe that Allah will always ease our true paths." Husna menepuk lembut bahu teman sebiliknya. "Takde sempena apa-apa, tap...

derhaka. sebuah catitan untuk kawan-kawan perempuan.

Aku selalu bilang, sebelum bertindak kita fikir dulu. Kalau sedang berjalan kita berhenti. Kalau sedang bercakap kita diam. Suluh dalam-dalam ke jurang sanubari kita. Apa benar tindakan kita? Apa betul kelaku kita? Punca masalah sebenarnya dari siapa? Dari orang? Kalau kita fikir salah itu datang dari orang lain, tanyakan kembali kepada diri apa benar salah itu bukan dari kita? Atau barangkali salah itu salah kita, cuma kita merasa terlalu malu mahu mengaku salah. Terlalu mahal perasaan bersalah itu untuk mencari tapak di dalam sanubari kita lalu ditempatkan ia di atas bahu orang lain. Suluh dalam-dalam. Orang perempuan selalu cepat hilang akal. Selalu sangat. Belum sempat ambil nafas, belum sempat beristighfar barang sebaris dua pun, terus diterkam orang yang kita anggap salah. Kita terus jatuhkan hukum. Padan muka. Biar koyak perasaan engkau. Orang perempuan selalu cepat hilang akal. Selalu sangat. Belum sempat ambil nafas, belum sempat beristighfar barang sebaris dua pun, ter...

Buang Keluarga.

Demi cinta. Demi janji hidup selamanya. Kau buang keluarga. Terajang ibu bapa. Adik beradik kau sumpah ke neraka. Apa hebatnya kau tanpa mereka? Apa bagusnya kau tanpa jagaan mereka? Siapa kau tanpa nama bapa? Siapa kau tanpa ibu yang bertarung nyawa. Demi cinta. Demi kasih sayang gila. Kau buang segalanya. Demi kejar dunia. Kau dan dia. Hebatkah kau yang kini anak derhaka? Hebatkah kau sebab agungkan cinta? Cinta itu palsu. Kelak kau juga lesu. Adakah kau akan pulang menemui keluarga yang kau tidak mahu? Malu mengaku.

Baru!

Imej
Terfaktab Media pada bulan Mac ini sekali lagi akan mengeluarkan buku baru yang pastinya ekselen dan cempien untuk tatapan pembacaan uollz semua. Pertama. Kitab Terfaktab Definisi Cinta Infiniti. Atau dikenali sebagai Kitab Terfaktab #1. 132 muka surat. Ya. Ia merupakan buku yang sama seperti sebelum ini. Ala yang kaver hitam tuuu. Sekarang ni pakai kaver baru, diperkemaskan isi dalamnya sebab dengor cerita nak hantor buku ni ke Sumatera, Pulau Jawa, Kalimantan, Temasik, Brunei dan Sulawesi. International gitu. Kalau jadi- lah .  Ceritanya macam ini. Kitab Terfaktab Definisi Cinta Infiniti ini telah diambil hak milik ciptanya dari pemegang hak milik iaitu saudara Syazrul Aqram. Kemudian, pihak Terfaktab Media telah membeli hak cipta dan membayar pengambilalihan cetakan dari pihak Lejen Press. Bermakna, yang edisi Kitab Terfaktab #1 warna hitam itu tidak lagi dicetak. Dan hanya sekitar 5 ribu cetakan sahaja dicetak sebelum diambil alih dan digantikan dengan Kita...