"Perempuan tu kan, datang twitap senyap je duk corner, tunggu orang salam dia dulu. amboi kemain sombong!" "Dia tu engko tak payah le ajak lepak, buang masa. Gebang je lebih dalam internet, dekat luar, senyap seribu bahasa." Pernahkah anda mendengar perkataan ini? Ya, pernah, tentunya. Ini ulasan yang saya ambil dalam media sosial mengenai orang-orang yang mungkin kita kenal dan mungkin juga tidak. Yang pertama tu pasal seorang gadis tweetfamous dan yang kedua tu pasal tidak lain tidak bukan *cough, cough* The Other Khairul *cough, cough* Now, sebelum Kay datang ke meja saya dengan rotan berdiameter suku inci beliau sambil membawa muka gangsta, ingin saya tekankan blogpost ini bukan untuk mengenakan atau mengkritik sesiapa. Cuma di sini saya nak tunjukkan bahawa Kay, (dan kebanyakan pembaca Terfaktab juga, saya pasti) adalah tergolong dalam satu golongan yang kita panggil sebagai Introvert . ...