Harapan
"Jadi awak mengalah?", tanya Amni pada Adli yang dari tadi diam membisu. Adli menghembus keluhan panjang. Tidak, dia bukan mahu mengalah tapi dia sudah tiada harapan. Tanpa harapan, manusia akan mati, pokok akan berhenti berbunga dan burung akan berhenti berkicau. Kita semua perlukan harapan. "Bukan saya mengalah Amni, tapi kita terlalu jauh. Jauh sehinggakan cinta itu terhalang-halang. Apa saya boleh lakukan kalau suatu hari nanti saya terima berita kecelakaan tentang awak sedangkan saya berada beratus kilometer dari awak?", jawab Adli perlahan. "Jadi awak mahu tinggalkan saya hanya kerana jarak? Awak sudah ada gadis lain?", tanya Amni sedikit mendesak. Wajah manis itu tidak lagi menguntumkan senyuman. Bukan baru semalam mereka menyulam cinta tetapi sudah begitu lama dan kali ini lelaki kesayangannya itu memberikan alasan jarak untuk memutuskan kasih. "Saya tak pernah ada gadis lain, saya cuma tidak mahu awak menyesal atau saya menyesal. Demi Tu...