Seperti Lesen Memandu, Bertunang Adalah Lesen Berpacaran.
Apabila tunang adalah suami... Ta-daa! Secara rasminya anda mempunyai calon suri hidup. Sudah steady, dan hanya berkira masa untuk menjadi pasangan secara sah. Ibu bapa pun suka sangat dengan pilihan anda. Tersangat suka. Tersangat suka sampaikan seluruh jiwa raga anak dilepaskan sahaja kepada si bakal suami. For them, bertunang bermakna sesi “berlatih jadi suami” maka kenalah diberikan anak bersama si tunang sebagai “latihan” bukan? Maaf, kalau ada yang terasa lagi dalam entri saya. Semua perkataan di bawah ini saya kumpulkan dari pemerhatian saya kepada begitu ramai orang (Ya. Begitu ramai. Kenapa ramai sangat orang macam ini ha yang saya kenal?) Tetapi nasihat ini saya berikan secara terbuka untuk rakan-rakan terdekat, juga yang tanpa nama dalam dunia maya ini. Jujurnya saya hairan seketika melihat gelagat ibu bapa zaman sekarang. Membiarkan anak dibawa ke sana ke mari oleh pasangan yang belum tentu muhrim. Melepaskan terus hak penjagaan anak perempuannya kepada lelaki yang bukan d...