3 rahsia perempuan yang lelaki patut tahu
Salam. Sebenarnya entri ni mungkin akan sedikt sebanyak sama dengan website lain di luar sana, aku baca fikir dan keluarkan dari pandangan aku sendiri. Fullstop. Perempuan, salah satu ciptaan terindah yang di kurniakan Allah di atas muka bumi ni. Tetapi amatlah sukar untuk kita para lelaki memahami mereka. Hukum alam la ye, sesuatu yang elok cantik itu mestilah susah. Tapi dengan memahami apa yang perempuan mahu pasti akan memudahkan korang menambat hati mereka(dah macam doktor cinta plak). Ibarat kata pepatah “ Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut”. Bak kata orang utara “biaq kena dengan cara!”. 1) Pertama sekali, boleh jugak kita katakan akar bagi topic ini. Perempuan sangat sukakan sesuatu yang romantik. Pergh, geli kot ngan perkataan romantik kan? Tapi itulah hakikatnya wahai kaum adam seluruh alam! Korang jangan pikir romantik ni hanya menjurus kepada situasi seperti makan malam bersama, ditemani kehangatan lilin yang menyala(pergh ayat~)...