Catatan

Penutupan Terfaktab

Imej
MAKLUMAN & HEBAHAN Pada November 2017 ini, Terfaktab akan menyambut ulang tahunnya yang ke-7. Sepanjang 7 tahun Terfaktab di dalam arena penulisan dan perbukuan, kami telah menempuh pelbagai rintangan dan kejayaan dalam memandaikan masyarakat dengan buku-buku terbitan kami. Namun, segalanya seakan tidak menjadi dalam 2 tahun kebelakangan ini akibat kesan kelembapan ekonomi, penurunan mendadak minat membaca masyarakat terhadap buku dan masa depan industri buku yang terumbang-ambing. Hal ini membuatkan kami terpaksa melakukan keputusan yang berat dan pahit. Dukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa Terfaktab Media akan menutup operasi penerbitan pada akhir Disember 2017 ini. Keputusan yang berat ini merupakan keputusan sebulat suara anggota dan wargakerja Terfaktab Media setelah mendapat pandangan daripada pelbagai pihak. Bak kata pepatah; "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul." Sehubungan dengan itu, sebelum penutupan operasi Terfaktab Med

#MYCYBERSALE2017

Imej
  Buat semua wanita dan lelaki, atas permintaan ramai sempena #mycybersale2017 , OF•FER BORONG SAMPAI BORING dibuka kembali selama 5 hari dari hari ini hingga 13 Oktober 2017. Jadi, apa tunggu lagi? Lengkapkan koleksi buku Terfaktab korang okay. WhatsApp nombor tertera atau layari website kami. #borongsampaiboring #terfaktab #bukumurah #borong #buku #bukuindie #promosi

OF•FER

Imej
Cari booth kami untuk menikmati of•fer istimewa ini di; LAW FACULTY UITM SHAH ALAM 26 – 27 September 2017 WIKEN @ SUNWAY PUTRA MALL 29 September – 1 Oktober 2017

Relationship 2017

Imej
Secara common sense -nya, zaman kian berubah ditelan arus masa. Bermakna setiap perihal lama ada yang sudah tidak sesuai digunakan lagi pada era baru. Let say, disket . Sudah tidak sesuai digunakan pada zaman sekarang-- pendrive lebih sesuai. Sama sahaja seperti relationship. Terdapat cara atau method dalam relationship pada tahun-tahun sebelum ini yang sudah tidak sesuai digunakan pada tahun sekarang. Kerana apa? Kerana perubahan sikap manusia, masa, dan kebolehupayaan-nya. Relationship perlu selaras dengan zaman. Ini adalah antara rangkuman ringkas. 1.  Kalau suka kat seseorang.  Jangan luah perasaan secara terburu-buru. Simpan dulu perasaan tu. Then, tanya pandangan kawan rapat. Kot-kot lah kawan pun tersuka dengan orang yang sama. Bolehlah setel awal-awal. Pandangan kawan penting walaupun kawan tu tak pernah bercinta. Sebab, relationship yang hendak dibina secara serius bukan berdiri antara awak dan pasangan je. Ia melibatkan semua orang dalam circle

SUAMIKU NOBURU WATAYA oleh NURUDDEAN

Cerpen ini dipetik dari buku Antologi Suamiku. Untuk pembelian buku ini, sila klik link ke webshop kami ->  https://terfaktab.com/product/suamiku/ Mungkin aku patut namakannya Noboru Wataya. Ianya nama watak kucing yang hilang dalam buku Murakami. Aku mulanya bercadang untuk menamakannya Otsuka atau Kawamura tapi Noboru Wataya agak sesuai memandangkan nama suamiku bermula huruf N. Lagipun, memandangkan suamiku acap kali hilang di waktu siang, mungkin nama itu cocok dengannya. Atau aku patut namakannya Baron Humbert von Gikkigen. Miniatur kucing yang dihidupkan dari animasi Mimi o Sumaseba ke dalam Neko no Ongaeshi. Dia kacak, pakai sut dan topi. Tapi Baron adalah karakter antromorfis dan aku fikir ia tidak sesuai memandangkan suamiku tidak berdiri atau berjalan seperti manusia. Dia berjalan seperti kucing-kucing lainnya. Lagipun aku suka Noboru. Ia mudah disebut dan sedap didengar bukan? Ini bukanlah metafora, jika kau bersangka begitu. Suamiku betul-betul seekor kucing. Mak

Fakta Anak Kedua yang Anda Semua Tidak Tahu! Sebarkan!

Imej
Tahukah anda, anak kedua: -Manis mulut, manis juga rupa -Mudah ketawa, dan mudah juga menangis -Rajin membantu kawan-kawan dalam kesusahan -Kuat merajuk, Drama Queen -Suka makan coklat bersama tempoyak, serta suka tipu dan troll orang? Kahkahkah. Gurau aje. Sebenarnya, kau perasan tak, kalau baca benda-benda rahsia anak ke-X ni, mesti lebih kurang je. Kau baca rahsia anak ke-2, lebih kurang macam kau. Kau baca rahsia anak ke-3, lebih kurang macam kau, kau baca rahsia anak pertama, pun macam kau. Lepas tu, kalau kau ni anak ketujuh kelapan kesembilan kesebelas keduabelas tak ada pun dalam list...kau jenis anak apa pula, anak tak wujud? Eh. Hahaha. Bukan aku nak menganjing siapa-siapa. Cuma, aku teringat dulu pun aku percaya juga benda ni. Lagi-lagi kalau artikel tu ditag dengan nama orang famous seperti Fazdilah Kamsah lah, Tuah Iskandar lah, Oprah lah, Confucius lah Jack Ma lah, maka aku pun percayalah bulat-bulat. Gigih la aku cara birthday crush, umur kelahiran crush, crush ana

Hal Azab (Bukan Adab) Orang Keliling Dunia.

Imej
Pagi Sabtu ini kecoh satu Malaysia mengenai berita sekumpulan backpacker tempatan dicari pihak berkuasa Jepun kerana merosakkan bilik hostel dan mengasari staf nya sehingga kerugian beratus ribu yen. Namun, aku bukan mahu sambung lagi kasi panas dalam post aku ni - lagipun laman The Vocket dah cover sampai licin. Cuma... there's something about travelling that is really interesting - it takes out the real you.  Real, real you. Sumber gambar Mana taknya - kau berada di tempat asing. Satu jalan pun kau tak pernah kenal, melainkan yang kau lihat dalam gambar (itupun kadang-kala kau dah kelek semua gambar dalam google, masih tak sama dengan rupa dunia di depan mata). Kiri, kanan kau, orang semua berbahasa asing, budaya pun asing, kau ke kiri, mereka ke kanan, kau cakap Hai, mereka cakap Hola! Kau cuba cari jalan. Kau cuba bernavigasi. Kau sesat sendiri. Mau tanya jalan, ramai yang tak memahami. Kua mahu pergi ke semua tempat terkenal - semua instragrammable places