Rabu, Februari 27

Love Kononyewww



Minit 1:02

Kau ingat dah kira kenal dia lah, dah cinta lah buat isyarat dua tangan bentuk love tu?

Puih!

Puihhhh!

Rasa nak kena kahak je aku tengok.


Rabu, Februari 20

Senarai Nama dan Tracking Number untuk Pembeli Buku KT/Diorama/MDalam

Hai hai selamat petang semua hensem dan hensemahs sekalian!

Sudah beli KT3? Belum? Sudah? Haa, tak kira sudah atau belum, sudi-sudilah bookmark Online Shop  kami, manalah tau sat lagi termengidam nak beli ka. Huhu!

Online shop ini lebih tersusun berbanding cara kami sebelum ini. Jadi sekarang, bila nak beli buku, hanya perlu isi di Terfaktab.com. Anda tidak perlu memeriksa email anda beberapa kali sehari untuk tengok reply dari saya. Hanya lihat akaun anda dalam Terfaktab.com dan kami akan tulis samada On Hold (belum bayar lagi), Processing (dah packing tapi belum hantar) dan Completed (dah pos--akan letak tracking no later). Pos ini akan diuruskan setiap Isnin dan Khamis sebab maafle, bahagian sales ni sibuk sikit :P

Ha, bagi yang belum dapat tracking number camane? Meh sini, saya senaraikan di bawah. Sila-silalah tengok. Masukkan nombor ni dalam Track And Trace Poslaju dan tengok samada dah sampai ke tak. Kalau ada masalah tak sampai lagi ke, barang rosak ke, tersampai dua kali ke (wow nasib baik gitu) boleh contact kami di sales@terfaktab.com.

Terima kasih!

Oh ya BTW. Dengarnya ada buku-buku baru akan ditambah ke stok kami. Buku apa? Meh sini kami preview sat.


Ha terkejut tak? terkejut tak? buat-buat la terkejut. Okbai.

SENARAI NAMA PELANGGAN SEHINGGA 19/2/2013 DAN TRACKING NO

Nur Hafizah binti Abd Nasir EM380692853MY
KHAIRUNNISA MUHAMMAD EM380692838MY
MIRATUN MADIHAH  EM380692840MY
MOHD SUFFIAN EM380692867MY
NOR JANNAH BT AB LATIF EM380692703MY
NURUL FATIHAH  MOHD NOR EM380692938MY
NURUL SYAREEN RAZALI EM380692941MY
SITI NUR EZURA BINTI AMRAN EM380692924MY
NURUL AIN BINTI HASSAN EM380692915MY
NURDINI BINTI SHAPRI EM380692955MY
fadilah azmi EM380692969MY
NUR FARAH NABILA SULEIMAN EM380692907MY
CHONG YUNG KONG EM380692822MY
HIDAYATULIZANI ZAKARIA EM380692819MY
NUREEN NAZUA EM380692805MY
AFIQ HADRI EM380692796MY
SITI RAUDAH AHMAD EM380693108MY
MUHAMMAD IQBAL A GHANI EM380693099MY
NOR AZWA BINTI ZAINAL ABIDIN EM380692782MY
AIZATUL AQMA BT SULAIMAN EM380692779MY
NURUL ATIKAH BINTI KOTHNAN EM380692748MY
LIYANA JALLALUDIN EM380692884MY
NURUL FARHAH BINTI ABDULLAH EM380692765MY
SITI NURJANNAH BT JOHARI EM380692751MY
DALILA SHAHROM EM380692694MY
PUTRI ZARIFT SYAZZANA   EM380692717MY
NURUL HUDA BT AHMAD ZAIDI EM380692725MY
MOHD ZAID B. NGADIMAN EM380693037MY
SITI KAMILAH BINTI AB RAHMAN EM380693085MY
Nor Adilla Rashidi EM380693071MY
JUWANA HASWANI  SHALEHUDIN EM380692875MY
YUSUF FAHMI BIN MOHD NAZRI EM380693054MY
NA`IEMAH BINTI SA`DULLAH EM380692898MY
NAJIHAH BINTI MAHMUD EM380693045MY
FATIN SYAFARAH BINTI OMAR EM380693023MY
AMALINA WAHIDA EM367015518MY
MOHAMAD NASRUDDIN EM367015535MY
NUR ALIA BINTI MOHD SA'AD EM380693006MY
NUR SAKINAH BINTI HAFIZ EM380692990MY
NOR'AIN MOHD ZOLKAPRI EM380692986MY
ALONG ELIE NORDIN EM308692972MY
NURUL NADIRAH RUSTAM EM367015549MY
HAFIZ BIN MOHD FAIZAL EM380693010MY
AEMIE NADIA BINTI MAT SAAD EM333630696MY
NUR HUSNINA BINTI ABD HALIM EM380692734MY
HANIHUZAIMAH BINTI ALIAS EM380692646MY
SYAZWANI BINTI AZEMAN EM380692629MY
NURUL HAZWANI  MUNAWIR EM380692544MY
NURUL SYAFIQAH BT MOHD AZIZI EM380692535MY
ADRIANA BINTI MOHD ARIF EM380692638MY
NURUL AZRINA EM380692663MY
NOOR FARADINA BINTI MASNAN  EM380692615MY
NURZALINA SAZALI EM367015521MY
AHMAD MUZAKKIR B MOHD ZUKI EM366449795MY
NOOR SHAZA AKMA BINTI SHAMS EM403297898MY
NURUL IREENA NABILA   EM380692650MY
MAS REENATUL SAADAH   EM403297558MY
NURUL SYUHAIDA BINTI AB RASHID EM403297561MY
NURUL HASNAH MOHD YUSOF EM403297575MY
ANIYAH BINTI AZHARI EM403297589MY
MUHAMMAD SAUFFI B IDERIS EM403297685MY
SYARINA BINTI ZAKARIA EM380692575MY
MOHD NAJMI ABDULLAH SANI EM403297592MY
HAYATTI ABDUL KARIM EM380692685MY
NOR'AQILAH BINTI MISMAN EM380692677MY
SHALINA SHAHRIZAL EM380692592MY
AMIRUL SYAFIQ  EM380692558MY
NURUL SYAREEN RAZALI EM380692561MY
NOR SAFIQAH BINTI ROSLAND EM403297601MY
JULIA ROHAIZAD EM403297615MY
MUHAMMAD DANIAL IBRAHIM EM403297629MY
MARY JEAN SIETON EM403297632MY
NUR AZIHA BINTI ZAINUDDIN EM403297646MY
Salman Selamat EM403297650MY
NUR ASYIQIN BT SULAIMAN EM403297663MY
SUHAILA IDAYU ABDUL HALIM EM403297677MY
RASYIDAH YAHYA EM403297694MY
NURUL FIFI AMALINA M HASHIM EM403297703MY
NURUL IZZATY  KHASMUNI EM403297725MY
Ahmad Shukri Yusof, EM403297875MY
NOOR FATIN BT OTHMAN EM403297884MY
NOR EZWA HAYATIE HASHIM EM403297867MY
muahamad zulhilmi EM403934277MY
ZARITH SOFFIA EM403934285MY
NORIZHAM BIN NORISMAN EM403934294MY
NUR HIDAYATUL AISYAH ARIFFIN EM403934303MY
Mimi Majid EM403934334MY
AINFARHANAH KAMARULAKMAL EM403934348MY
UZMANA ATIKA KAMARUDIN EM403934325MY
EZUREEN ISMAIL EM403934317MY
NIK NUR FAKHIRA  EM403670601MY
WAN ALI EM403670592MY
Fitrah Nur Hidayah EM403297734MY
Anis Rohaiza Rosli EM403297748MY
Sabariah bt Razali EM403297751MY
norazrina saari EM403297779MY
wan aisamuddin,  EM403297782MY
WAN NUR FATHIAH WAN JASNI EM403297796MY
noor azianie mohd raffae EM403297805MY
Norwankiss M Ridhuan Kau EM403297819MY
NUSRAH PAUZI EM403297822MY
Norhashima Abdul Rahman,  EM403297836MY
Aimi Munirah Ahamad Mazelan,  EM403297853MY
azwin milan,  EM403279840MY
Zareen Sofia Zaharuddin EM405635369MY
muhammad hasnun hasib EM405635315MY


Isnin, Februari 18

Kaca Atau Permata, Natang?


"Aku mencari yang terbaik!"

"Aku setuju."

"Jadi tak salahkan aku memilih?"

"Masalahnya kau memilih terbaik dari pandangan luaran. Bukan dari dalaman. Kau nak yang cantik, yang putih, yang kaki panjang dan berseluar hot pant. Tapi kau tahu macam mana dia treat kau kan? Semua pun tak kesah. Untuk apa?" 


Lelaki. Yang jatuh dalam kategori ini, aku memang tak faham. Yang tak kesah perempuan berperangai walau macam setan. Yang bunuh dan tikam hati kau dalam-dalam. Exception kalau perempuan tu cantik dan bergaya sakan. 


Kau tahu beza kaca dan permata? Mungkin kau tak tahu sebab kau memang hanya layak dapat kaca sahaja. 


Pilihan itu selalu melalaikan, bukan? 

*senyum sinis* 


p/s: sorry lah. Aku gian menulis. Aherherher. -ER-

Ahad, Februari 17

Citarasa Perempuan


Beberapa purnama yang lalu, aku ada berborak dengan kawan aku.

Aku dengan selambanya mengeluarkan satement bahawasanya perempuan lagi suka memilih lelaki lelaki yang bermuka jambu sebab, hell yeah, lelaki pun suka pilih perempuan yang selalunya mempunyai warna kulit yang cerah. This happened almost everywhere, tak kisah la siapa yang bercakap pun walaupun aku tau tak semua macam tu. Aku saja nak tengok respond yang dia akan berikan. Sebab aku tau, tak semua perempuan macam tu. I've heard the same statement from another lady with another reasons why she objected my statements above.

Dia pun berkata dia tak memilih lelaki muka jambu dengan fair skin.

Sebenarnya aku nak ketengahkan isu manusia suka memilih pasangan berdasarkan warna kulit. Kan manusia area asia ni ada masalah inferiority complex. Tengok je layanan orang tempatan dengan mat saleh. Kebanyakan kita masih lagi dijajah dengan ketuanan eropah. Memang betul negara eropah kebanyakannya maju, tapi aku tak rasa kita perlu amalkan double standard antara satu sama lain sebab dekat situ kita dah buktikan kita orang asia lagi worthless daripada caucasian.

Antara contoh apparent perempuan suka lelaki muka jambu and whatnot ni adalah kpop.
Aku tak rasa budak budak kecik (yang kebanyakannya minat kpop) akan suka kpop tu kalau muka depa serupa snoop dogg atau seal henry.

Ditambah lagi dengan stereotype yang media ketengahkan. Baik di Malaysia mahupun di Indonesia. Kalau hampa perasan la, muka muka yang berlakon kat cerita sinetron indonesia, satu pun takde muka betul betul menyerupai rakyat kebanyakan di indonesia. Kat Malaysia pun sama, lagi banyak kacuk, lagi laku.

So, dia pun bagi aku hujah dia yang memang berisi. Dia kata dia tak suka pun lelaki muka jambu, fair skin semua. Dia lagi suka lelaki yang tanned. Sebab orang lelaki yang tanned ni biasanya hardworking, lagi bertanggungjawab and usually is independent. Lelaki lelaki jambu ni selalunya anak emak, tak boleh diharap.

Tapi, berapa ramai yang mempunyai pandangan sebegitu rupa? berapa ramai perempuan yang berfikir macam tu?

End up, aku respect her opinion sebab she is entitled to it.
Patahkan statement aku kat atas, sebab aku nak tau berapa ramai yang fikir lagi jauh dari mata yang memandang.

Hakikatnya, perempuan memang akan menjerit jerit macam orang gila bila nampak justin bieber, zayn malik, mamat2 kpop dan lelaki lelaki lain yang mempunyai ciri ciri sama seperti di atas.
HAHAHA!

Ciao

John Memang Betul

Antara intan dan permata.

Intan itu perempuan yang cantik rupa paras tapi perangai macam palat. Permata itu perempuan yang tiada cantik rupa paras tapi perangai baik pekerti.

Ramai juga lelaki yang dilema dalam hal ini. Sebab masing-masing ada point of view tersendiri. Seperti;

a. Rupa paras yang cantik tak kekal, sebab tak kekal-lah, kena cari perempuan yang cantik supaya at least dapat merasa ada bini atau teman wanita yang cantik. Perangai baik pekerti boleh dibentuk selepas itu.

b. Rupa paras tak penting, yang penting perangai baik pekerti supaya bahagia hidup berpasangan sampai mati.

Susah juga.

Tak kisahlah yang mana-mana pun, asalkan bukan perempuan yang ambil kesempatan atau ada maksud tersirat seperti menggoda aku sebab nak dapat buku free. Atau baju free. Atau mungkin dating free. Serta, kepopularitian free.

Aku tak pilih rupa, tak pilih pekerti. Aku pilih yang aku nampak depan mata. Betul kata John, cinta depan komputer mana wujud!

Jumaat, Februari 15

How To Date an Introvert

"Perempuan tu kan, datang twitap senyap je duk corner, tunggu orang salam dia dulu. amboi kemain sombong!" 
 "Dia tu engko tak payah le ajak lepak, buang masa. Gebang je lebih dalam internet, dekat luar, senyap seribu bahasa." 
    Pernahkah anda mendengar perkataan ini? Ya, pernah, tentunya. Ini ulasan yang saya ambil dalam media sosial mengenai orang-orang yang mungkin kita kenal dan mungkin juga tidak. Yang pertama tu pasal seorang gadis tweetfamous dan yang kedua tu pasal tidak lain tidak bukan *cough, cough* The Other Khairul *cough, cough* 

     Now, sebelum Kay datang ke meja saya dengan rotan berdiameter suku inci beliau sambil membawa muka gangsta, ingin saya tekankan blogpost ini bukan untuk mengenakan atau mengkritik sesiapa. Cuma di sini saya nak tunjukkan bahawa Kay, (dan kebanyakan pembaca Terfaktab juga, saya pasti) adalah tergolong dalam satu golongan yang kita panggil sebagai Introvert

 Apa itu Introvert? 

    Hmm, tidak pasti apa perkataan Bahasa Melayu yang sesuai. Nak kata pendiam, boleh juga cakap berjam-jam. Tapi yang pastinya orang Introvert ni selalu prefer untuk bersendirian berbanding dengan orang ramai. Mereka lebih "mendalam" dan "deep", kadang-kala macam misteri pula. (kalau nak tahu lebih lanjut tanda-tanda Introvert, ini mungkin membantu). Dan, yang saya pasti, mereka bukannya orang jahat mahupun sombong atau acah-acah famous, kadangkala mereka ni boleh ramah, mesra dan penyayang juga (OK Kay, dah boleh letak rotan tu sekarang).

    Berbalik kita kepada isu utama blogpost ini--mungkin ada di antara anda yang terjatuh cinta dengan seorang introvert. Atau ingin mengoratnya. Atau mahu keluar dengannya. Tetapi anda rasa cukup sukar nak "connect" dengan dia bila berjumpa. Tapi anda suka dia dan anda rasa dialah jodoh #tilljannah #yolo #swag anda! Oleh itu, saya di sini sebagai seorang yang pernah introvert, mempunyai abang introvert, berkawan dengan orang introvert dan juga pernah date dengan orang introvert, saya harap tips saya dapat membantu anda untuk mendekati mereka.

How to Date An Introvert

1) Ajak banyak-banyak kali.
Satu hal tentang introvert ni, biarpun dia berminat kepada anda, dia jarang mempunyai keinginan untuk keluar dengan anda. Anda kena ajak banyak-banyak kali--lepas kali ketiga atau keempat atau mungkin kesepuluh baru dia nak join. Dan tak boleh main paksa-paksa--bila ajak pertama dia tak ok, cool down dulu few days, then ajak lagi. Dan lagi, dan lagi. Amboi penat tak? Penat! Percayalah. Dan dia pun kesian sebab anda penat sebenarnya. Tapi, bagi dia, event sosial macam ni agak menakutkan. Dia takut nanti dia nervous dan dia bagi wrong impression. Dia juga takut kalau dia datang pun dia diam seribu bahasa dan anda ingat dia boring.

2) Jangan discuss hal peribadi/remeh/gossip.

Tumblr gif
Bila borak, most intovert nampak macam "blur" je sebab dia takde point nak buka topik. Dan anda ingat dia pendiam sebab dia tak banyak cakap. Tapi sebenarnya, apa yang saya notice adalah dia tak berapa boleh "small talk", iaitu cakap benda peribadi. Kalau orang biasa akan mula dengan tanya khabar, cerita pasal family, bukak gossip, bukak topik peribadi...dia memang tak boleh buat macamtu, dan tak akan faham pun kenapa anda buat macamtu.

Most likely (kalaupun anda boleh buat dia bercakap) dia akan cerita seminit dua je. "Apa khabar mak awak? Sihat? Oh, OK."*krik krik krik* "Apa khabar Shila Amzah sekarang, dah delete video tu ke belum?" "video apa?" *krik krik krik*

3) Research sebelum date.
Apa benda yang dia biasa cakap semasa date? Well, introvert tak suka cakap hal peribadi (kecuali dia bebetul rapat) tapi dia suka bercakap tentang isu semasa, idea, dan teori. Kalau buka topik yang betul tentang perkara yang dia minat, dua jam tiga jam pun tak habis borak lagi. Sebab tu kalau saya, sebelum date dengan introvert, saya selak majalah dulu. Atau baca berita. Atau sometimes, bawa buku ke restoran tu sekali. Serius!

Akan tetapi kata seorang rakan blogger saya si UltrasGebu (carilah blog dia ni ha), tak semestinya kita kena tahu semua benda. Know just a bit enough, and ask the right questions. Kalau kita tahu dia main golf, tanya dia pasal handicap. Kalau kita tahu dia suka Japanese cartoons, petik la nama satu dua anime. Kalau kita tahu dia terer bab kewangan, buka isu pasal insurans ke takaful ke. Gitu!

Tak pun bukak topik ilmiah yang boleh tambah pengetahuan korang dua orang. Once anda menarik minat dia dalam topik tu--bam! Dia boleh borak bersambung-sambung sampai 1-2 jam. Benda paling dahsyat saya pernah buat ialah bukak topik pasal sistem percukaian negara masa tengah tunggu queue beli popcorn. (ye la takde la dahsyat sangat tapi sampai queue tak gerak-gerak sebab kitorang sibuk berceloteh. Dahsyat betei).

4) KISS.

Haip! jangan gatal! I tak suruh u pergi comolot dengan sesiapa okay! You ingat JAIS kerja time Valentine je ke? *teet! terasa!* KISS adalah akronim untuk Keep It Short Simple. Lebih kuranglah. Maknanya jangan stretch date anda terlalu lama hingga dia tidak selesa. Dan jangan event date terlalu elaborate contoh ke fine dining restaurant atau kenduri kahwin yang perlu interaksi dengan ramai saudara dan kawan.

Satu hal tentang introvert ni seperti diluahkan oleh a fellow introvert dalam blog, dia tak boleh duduk di tempat awam lama-lama. Dia akan jadi nervous, agitated, penat, cepat marah, tak selesa dan lain-lain. Walaupun asalnya memang dia pun nak keluar. Orang introvert ni macam ikan di luar balang akuarium--boleh la hidup sekejap, tapi kena letak balik dalam balang kalau tak dia "mati" terus. Ramai juga orang cakap introvert ni macam rechargable battery--battery dia drain cepat kalau duduk kat crowd, tapi recharge balik kalau dia duduk sorang-sorang.

Jadi, cuba limitkan date kepada setengah jam atau sejam sampailah dia dah selesa untuk keluar dengan anda. Atau kalau mula rasa tidak selesa dan minta diri awal, benarkan sahaja. Simpan date yang panjang-panjang atau event yang socially exhausting macam twitap pada tahun kedua atau ketiga bersama.

5) Give them space.

Tumblr gif
Macam saya katakan tadi, introvert ni perlu recharge social batteries mereka. Jadi selepas satu date/event/percutian mereka mungkin akan senyap sekejap tak keluar pergi mana-mana. Contoh kalau dia ambil Cuti Tahun Baru Cina seminggu, keluar sehari, lepak rumah tonton movie dalam laptop dua hari, then keluar sehari, then cuti lagi.

Memang pelik tapi janganlah terasa kalau mereka tiba-tiba tak mesej tak bertelefon. Kadang-kadang sampai tahap anda call pun dia cancel kan. Pergh!

Most of the time bukan mereka benci tapi mereka dah "drain" dan tak ada apa-apa nak dicakapkan. Bersabar! Pada mereka, lebih baik bercakap bila mood baik, keluar perkataan yang baik daripada bercakap bila mood tak ada, then keluarkan perkataan yang sia-sia.


Ha begitulah adanya tips dari saya. maaf panjang. Dan ya, ini tidaklah tepat untuk semua jenis introvert. Ada yang socially adjusted introvert (yang biasa bercakap dengan orang mungkin sebab jenis kerja atau persekitaran luar), yang membolehkan mereka bersosial seperti biasa. Tapi itupun, sekali-sekala mereka akan kembali balik introvert dan anda perlu cool sahaja. Yang penting (terutamanya jika anda jenis sosial), sila bersabar dengan kerenah mereka, and once they warm up to you--bam! they will become the most interesting person you have ever met across.

Good Luck Love!

Jumaat, Februari 8

Perancangan dan Aplikasi 2013

Hello semua!

Kami ingin mengumumkan wajah baru bagi website www.terfaktab.com kami yang telah bertukar kepada Terfaktab Shop. Sebuah web rasmi Terfaktab Media yang melakukan jualan buku dan produk kami secara dalam talian. Lihat keratan web terfaktab.com dibawah;


Kami juga ingin memaklumkan bahawa laman blog kami iaitu terfaktab.blogspot.com akan kekal menjadi wadah penulisan kami sahaja seperti biasa. Melalui blog Terfaktab ini untuk ke Terfaktab Shop, anda boleh klik link Terfaktab Shop dipanel pengepala.

Tujuan kami mewujudkan Terfaktab Shop adalah untuk melicinkan lagi pembelian dalam talian, juga sebagai platform pendaftaran keahlian Terfaktab-Lovers. Pihak kami bercadang untuk mengadakan kad keahlian kepada semua ahli yang berdaftar dengan kami dengan mendaftar sebagai pelanggan di Terfaktab Shop dan mereka akan dikenali sebagai Terfaktab-Lovers (kalau tak sedap nama Terfaktab-Lovers tu, kita tukar nama lain, next time, eh?)

Dengan menjadi ahli Terfaktab-Lovers, anda akan mendapat pelbagai kemudahan seperti diskaun pembelian, jemputan menyertai acara yang kami akan adakan, kad keahlian dan banyak lagi yang sedang kami rancangkan. Eksklusif untuk semua Terfaktab-Lovers.

Juga, dalam masa yang terdekat. Kami akan membangunkan satu web khas untuk kalian yang berminat untuk menyertai kumpulan penulisan Terfaktab. Ia sebagai satu platform kalian yang berbakat dalam penulisan untuk menjadi pelapis keanggotaan Skuad Terfaktab.

Menarik? Teruskan melayari kami. Love XOXO! =)

Ahad, Februari 3

Komplikasi sebuah harapan.

Jujur, untuk mencinta atas dasar harapan semata bakal buat kamu kelihatan seperti seorang yang bodoh. Tapi ironinya itu, karena kalau bukan dengan datangnya yang nama harapan, kamu nggak akan pernah berani mencinta bukan? 

Lantas ini datangnya soal cinta yang bertepuk sebelah tangan. Cinta dari satu sisi. Cinta yang cuma kamu yang mau, tapi tidak dibalas. Ada yang akan berkeras untuk menunggu, dan akan ada juga yang akan putus asa. Harapan, bisa jadi satu kesempatan tapi bisa juga jadi satu kekejaman. 

Satu ketika saya pernah percaya kalau harapan itu akan mematikan dan melumpuhkan hati seorang manusia. Dan saya mengambil keputusan untuk tidak lagi percaya akan semua apapun omongan (baca: percakapan) manusia yang berlainan gender. Bahkan sampai sekarang, saya masih lagi awas, masih lagi berhati hati atas semua yang mereka ucapkan, karena (mungkin) masih tersimpan rasa takut untuk menggantungkan harapan ke orang yang salah. 

Kita semua pernah dimatikan gara gara cinta, tapi kita juga menuntun harapan untuk kembali mencinta. Indahkan, yang namanya cinta?


PS: Sudah dapatkan Kitab Terfaktab 3 kalian? Buat yang belum, hari ini hari terakhir mereka di booth A90, PWTC Kuala Lumpur. Ayooo!

Sabtu, Februari 2

bitch, please.

tak semestinya orang jual burger tu suka makan burger.
tak semestinya orang jual kereta perodua pakai kereta perodua.
tak semestinya orang bagi nasihat cinta ni pandai bercinta.

korang ingat orang fikir ke orang yang jual burger tu suka makan burger ke tak?
korang ingat orang peduli ke orang yang jual kereta perodua tu pakai kereta perodua ke tak?
jadi kenapa peduli orang yang bagi nasihat cinta tu pandai bercinta ke tak?

yang orang cuma nak tahu, sedap ke burger yang brader tu jual.
yang orang ingin nak tahu, bagus ke tak kereta perodua yang kakak tu jual.
jadi apa salahnya kalau korang cuma ambil tahu isi-isi yang kami cuba sampaikan?

sebab yang penting cuma isi. bukan orang yang menjual.



selamat membeli Kitab Terfaktab 3 yang kini berada di pasaran! :D