Her: He
no longer cares about you IF he performs the disappearing act, has no regard
for your feelings and it becomes all about him.
Me: kalau ikut buku John Gray,
bila dia buat disappearing act tu tandanya dia nak cooling period kejap, bukan
tanda tak sayang.
Her: kalau takde angin takde pokok goyang,
hilang, acane?
Me: biasanya macamtu. Susah nak explain tapi
tu sifat smulajadi lelaki.
Begitulah perbualan maya saya pagi tadi dengan
seorang rakan perempuan. Ya, ni situasi yang agak common bagi orang bercinta dalam jangka masa panjang. Mula-mula
percintaan memang indah. Lelaki sayang, perempuan sayang. Berkepit sana-sini.
Tidak henti-henti bermesej, chat, video call dan sebagainya. Kemudian lepas
beberapa ketika lelaki menjauhkan diri. Kurang reply calls, chat dan tweet.
Sentiasa mengelak untuk menghabiskan masa bersama. Bila ada masa terluang,
lebih cenderung lepak dengan kawan-kawan, saudara, ataupun berdiam diri main
game dalam bilik. Si gadis pun mula rasa pelik. Adakah dia tak sayang?
Well, selagi dia tidak mencurangi anda dengan
gadis lain, jangan risau, sebenarnya dia masih sayang!
Kalau anda pernah membaca buku bestseller “Menare from Mars Women are From Venus” karya John Gray, anda mungkin akan faham ini
perkara biasa dan dijangka. Bak kata falsafah cinta beliau, “men are like
rubber bands. When a man loves a woman, periodically he needs to pull away
before he can get closer.”
Lelaki
itu macam gelang getah
Sama ada si wanita ada buat salah ataupun
tidak, si lelaki akan tetap juga akan menjauhkan diri sejauh-jauhnya. Ini
kerana lelaki mempunyai keinginan untuk merasa bebas dan autonomi (tanpa
kawalan sesiapa). Bila sudah cukup puas bersendirian, menjauhkan diri;
tiba-tiba dia akan datang balik dan menagih cinta si wanita kembali. Malah dia
mungkin lebih romantik dan mesra!
 |
| Ni sah PMS. |
Bagi orang perempuan, benda ni nampak
suspicious. “Mesti ada apa-apa ni. Mesti ada orang yang lain, mesti dia tak
suka aku...bla bla...” especially bila time
dia menjauhkan diri, dia memang “jauh” betul. Nak ajak bercakap, taknak. Bila
ditanya sayang ke tidak, sayang! Tapi bila ditanya lagi, terus marah, terus
gaduh besar. Haish!
Tapi begitulah lelaki. Nak tahu tak, lelaki
ada problem sikit bab “feelings” ni. Tak semua boleh buat luahan rasa macam
perempuan. Malah dia pun tak tahu macam mana nak describe masalah dia, yang dia tahu, nak cooling off kejap. Tenangkan diri kejap. Yelah, asyik jaga hati si
awek—manja-manjakan dia, dengar luahan dia, dengar bebelan dia, pujuk-pujuk
dia, layan PMS dia, si lelaki lama-lama rasa macam dah hilang sense of self (jati diri).
Dia nak menyendiri untuk jaga hati dia pulak.
Bak kata John Gray “to feel autonomy again”. Gitu.
“Awak,
kenapa taknak cakap? Tak suka saya eh?”
Perempuan sukar untuk menerima perubahan
mendadak si pasangan. Apatah lagi jika dia sendiri pun tak dapat explain. Tapi, janganlah
buat perkara-perkara berikut kepada lelaki anda yang sedang dalam tempoh “cooling off”:
1) “Mengejar” lelaki itu sama ada secara
fizikal, emosional atau mental. Fizikal—kalau lelaki tu pergi menyendiri dalam
bilik ke, pergi road trip ke, duduk mamak sorang-sorang minum teh tarik ke,
anda ikut walaupun tak diundang. Mental—main psikologi dengan menarik muka,
jadi attention seeker, buat-buat curang dan lain-lain. Emosional—risau, asyik
tanya macam-macam, desak dia bercerita, tuduh dia macam-macam, buat drama.
Ataupun terlebih caring macam overly attached
girlfriend.
 |
| Googled up OAG memes. Now cannot sleep. #badluckbrian |
2) “Menghukum” lelaki itu apabila dia kembali.
Secara fizikal, emosi dan mental. Secara fizikal (ni kes orang berkahwin la),
bila ajak ehem terus dia taknak.
Kalau belum berkahwin, bila dia buat benda romantik contohnya bagi bunga, anda
tongsampahkan. Anda tak mahu berjumpa dengan dia, layan call dan mesej dari
dia. Secara emosi pula, anda menyimpan dendam dan memberi dia silent treatment balik. Dari segi
mental, anda menjadi dingin dan perahsia dan tidak percaya pada dia.
“Tak
ada apa-apa, jangan risau.”
Pada masa “menyendiri” ni, lelaki memang
menjadi senyap. Bukan benci ke apa, cuma dia tak ada apa nak cakap. Pada masa
ni janganlah buat perangai lama, merajuk dan suruh dia “teka” perasaan anda.
Contohnya anda ada masalah di tempat kerja. Janganlah datang dekat dia dengan
muka monyok, expect dia meluru dan tanya “apa masalah sayang? Ada orang buli
sayang ya? Meh sini abang slugger kan
dia!” Most likely dia tak akan perasan dan anda pulak makin
merajuk!
Walaupun dia tak cakap apa-apa, cerita je lah.
Kalau dia tak respon sangat, atau respon sepatah dua, rilek je. Fahamkan yang
dalam tempoh kritikal ni, dia memang tak ada apa nak dicakapkan. Kalau dia cuma
respon sikit je pun, ucaplah dengan ikhlas: “thanks abang, sudi dengar.”Biarlah
bila bercakap dengan dia macam bercakap dengan dinding sekalipun. Mungkin
sekali bila dia kurang tertekan, dia akan mula open up dan bercerita pula.
Kalau risau sangat tentang dia, mungkinlah boleh tanya kawan-kawan dia sikit, atau stalk dia sikit (jangan sampai kantoi kat dia sudahlah). Kalau dia cuma sekadar lepak dengan member atau layan main game, biarkanlah dia. Inilah masanya untuk anda pula ambil masa untuk diri sendiri. Pergilah call kawan-kawan perempuan, ajak shopping ke, spa ke, tengok movie jiwang ke. Tak payah risaukan dia, dia ok.
Ingat, bahawa lelaki ni bukan macam perempuan. Kaum
hawa kalau ada masalah memang suka story-mory. Lelaki suka senyap setel
sendiri, melainkan dia nak kena pinjam duit (biasanyalah). Tapi perempuan
kenalah percaya, yang letting go si
lelaki adalah untuk kebaikan bersama. Bukankah orang pernah kata “if you love
something let it go, if it comes back it shows, that how you knows, it’s for
keeps.”
 |
| Eh tu lagu Christina Aguilera! |
Sekian saja untuk pagi ini daripada saya kepada anda. Maaf kalau panjang sangat. Ini adalah untuk kemudahan siapa-siapa yang belum baca buku John Gray. Seriously, jika anda mahu berkahwin atau memanjangkan hubungan percintaan anda, atau hanya sekadar nak memahami orang lain jantina, ini buku untuk anda. Assalamualaikum dan Chalo!