Jumaat, Jun 29

Rabak. Pedih jugak lah.


Orang pernah cakap, kalau suka kat seseorang, jangan suka sangat sangat. Sukalah dalam 40% ke, 60% ke, janganlah sampai 100%. Simpan suka yang selebihnya tu untuk diri sendiri. Bak kata orang, suka kat diri sendiri dulu sebelum nak suka kat orang lain. Hek eleh. Cakap senang lah tapi kalau dah nak tersuka sangat nak buat cemane kan? Kau boleh control ke? Nak pendam sikit sikit tu boleh la. Nak control tu rasanya nak kena menuntut ilmu dulu. Sempena minggu rabak ni, aku nak share pengalaman rabak sendiri je. Boleh tak? Boleh tak? Ah, kalau tak boleh pun aku peduli ape. Pegilah meninggal.

Kejadian ni berlaku masa aku amik diploma dulu.

Seumur hidup ni aku tak pernah betul betul suka kat seorang lelaki. Maksud aku suka gila babeng la, suka nak mampus, suka gila baq hang, macam tu. Suka biasa biasa tu pernah lah. Selalu. Aku memang tak pernah buat perangai suka gila kat orang lelaki sampai lah aku jumpa one guy ni. Bukan jumpa lah, nampak je kot lagi tepat. Dia tak perasan pun kewujudan aku ni agaknya kalau aku tak terhegeh hegeh nak kenal dengan dia. Wakakaka. Kalau dah suka, tak peduli dah perigi carik timba ke, timba carik kolah ke, kau dah tak peduli dah tu semua. Yang kau tau, kau nak kenal dengan dia. Sape nama, nombor telefon, asal mana, yang lain lain tu tak penting sangat.

Sebab sedar diri sendiri takde la lawa mane, lelaki yang aku suka nak mampus tu pun actually takde la ensem mane pun, sampai ade kawan aku cakap “Kau suka dia ni? Like seriouslyyyyyyyy? Kang kena ludah kang”. Kenapa nak kena ludah tu, tak payah la aku bukak cerita kan. Kang tak jadi artikel rabak, artikel meludah peginya nanti. Kita ni kalau dah suka kat orang, memang celik mata, nak makan, nak tido, nak berak asyik teringat ke orang tu. Masalah betul. Tah mana bomoh dia pakai pun aku taktau.

Bila dah first time suka gila kat orang, aku pun jadi batak sikit. Sanggup bagi apa apa je. Semuaaaaaaa aku sanggup bagi. Opsss! Excuse me, bukan semua ye. Mintak maaf sikit. Aku sanggup korban masa, tenaga dan duit. Tak kisah masa terbazir, duit habis, tenaga.. hmm takde lah guna tenaga sangat. Sebab aku suka sangat kat lelaki ni, aku dah bazirkan masa tiga tahun tunggu dia, duit topap nak text dengan dia, duit kuar dating (selalu memang aku yang kuar duit) dan banyak kesabaran dengan perangai dia yang main tarik tali.

Masa last semester diploma tu, dia memang dah tunjuk minat habis kat aku. Hati mana yang tak kembang setaman kan. Woi, tiga tahun aku mengejar dia cam bodoh. Selalu gak kuar sama, makan sama, text hari hari. Eh jap. Takla selalu sangat keluar sesame sebab aku takut. Dia selalu ajak aku g jamming tapi tak penah aku ikut. Takut siot. Aku suka nak mampus kat dia then dia bagi good response memang aku rasa time tu YESSSSSS FINALLY GOTCHA!!! *terus terbayang pelamin sambil bersanding berdua* sampai macam tu sekali kau. Dia layan aku sangat baik dan tetapi, sampai satu malam, dia tetibe anta satu text yang lebih kurang macam ni;

“Awak, housemate awak Khadijah tu ade boyfriend tak?”

Di susuli pula dengan text berikutnya;

“Awak boleh bagi nombor telefon dia?”

Dan juga text bersalut luka ini;

“Saya nak kol dia ni, awak tolong bagitau dia boleh?’

Yup. Aku bagi nombor telefon housemate aku kat dia atas dasar aku dan dia hanyalah kawan. Aku hanyalah bertepuk sebelah tangan. Aku sorang yang tergila gila kat dia. Masa aku baca text lelaki tu, menggigil gigil tangan aku, tahan kecewa punya pasal. Aku tak cakap banyak, hanya carutan kecil di hati kemudian aku amik bantal, selimut, pegi bilik belakang, menangis satu malam sampai bengkak mata. Esoknya gi kelas macam biasa.

From that moment, aku berikrar dengan diri sendiri, aku taknak suka kat dia dah. Selama ni kalau nampak motor dia kat parking jabatan pun aku tak keruan macam orang hilang tamadun, lepas dari kejadian tu, motor dia pun aku taknak pandang dah. Aku frust gila. Kadang kadang ternangis jugak dalam bilik air. Kot ye pun taknak kat aku, tak payah la nak suka kat housemate aku. Kawan baik pulak lagi. Mintak nombor telefon kat aku lagi lah biadap namanya. Aku tau la housemate aku tu lawa macam Lisa Surihani, aku ni lebih kurang Siti Nordiana je. Yela, yang putih melepak tu lawa, tak macam aku ni kaler teh susu.

Aku masih wish birthday untuk dia setiap tahun secara rahsia (dari pengetahuan kawan kawan aku) by text and call. Tapi terhenti di birthday dia yang ke 22 tahun. Kenapa berhenti? Sebab aku dah jumpa lelaki lain yang berjaya buat aku lupakan dia. Aku ucapkan terima kasih kepada lelaki yang dah berjaya buat aku lupakan dia. Tapi aku tak pernah menyesal suka kat dia sebab kalau dia takde, aku tak pernah tau cemana sakit bila cinta kena rijek. Dah la tunggu tiga tahun, kena rijek, pastu lelaki yang kau suka gila, suka kat kawan kau. Baler. Pedih weh pedih. 

Rabak dan move on. Benda nampak senang tapi bukan senang. Tapi aku percaya yang benda benda ni akan mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. Ajar kau tentang satu kenyataan. Benda yang kau nak, tak semestinya kau dapat.


Tapi, kau ingat aku nak approve friend request kau kat facebook? Jangan harap!


Khamis, Jun 28

Biar hati rabak, jangan iman koyak.

Artikel kupasan Ustaz Zahazan menjadi artikel terakhir yang dibaca dalam majalah SOLUSI. Artikel yang bertajuk 'Selamat Biarpun Dicampak ke dalam Kandang Singa' sangat menyentuh hatinya. Sebaik majalah tersebut ditutup, kedua tangannya diapungkan ke udara dan pinggangnya dikilas ke kiri dan kanan bagi meregangkan urat yang terasa sangat tegang. Jari diletupkan satu persatu. Sumayyah bingkas bangun dari kerusi malas ke arah katil. Bantal ditepuk, stokin dipakai, cekak diletakkan di atas meja sebelah katil.

"أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." Perlahan suaranya seakan berbisik mengucapkan dua kalimah syahadah dan seraya membaca doa tidur. "Semoga Engkau masih sudi memberi aku peluang untuk bernafas esok, Ya Allah," lirihnya sayu sebelum kedua kelopak matanya dikatup sambil bibirnya galak melafazkan zikir memuji Sang Penciptanya.

****************************

"Stephanie, you dah fikir masak-masak ke? Kenapa tiba-tiba je? Siapa yang dah hasut you ni?" Bertubi-tubi soalan Joseph kepada tunang yang sangat dicintainya.

"Takde siapa pun yang hasut I. I rasa ini adalah yang terbaik, Joseph. Hati I rasa tenang sejak buat keputusan untuk berubah. Sesungguhnya Allah yang telah menggerakkan hati I untuk berubah. I sayangkan you. Tapi, I lebih cintakan Dia," sambil jari telunjuknya menuding ke atas. "Agama kita dah berbeza sekarang, Joseph. I bukan lagi Stephanie yang you kenal dulu. I harap you hormat keputusan I."

Cincin di jari manisnya ditanggalkan dan perlahan-lahan ditolak ke arah Joseph. Sikit pun tiada airmata yang menodai pipi mulus Stephanie tetapi Joseph sebaliknya. Matanya sudah mula berkaca melihatkan tingkah laku insan yang paling dikasihinya.

"Lagi satu, tolong jangan panggil I dengan nama Stephanie lagi. Stephanie dah tiada. Yang ada hanya Sumayyah. Jaga diri, Joseph." Kata maaf menjadi kata-kata terakhir sebelum dia melangkah meninggalkan Joseph terpinga-pinga dalam restoran yang pernah suatu ketika dahulu menjadi saksi lamaran Joseph kepadanya. 

Akhirnya, airmata yang cuba ditahan gugur jua sambil dia terus mengorak langkah meninggalkan masa silamnya yang manis tapi penuh dosa bagi seorang yang baru sahaja memeluk agama Islam sepertinya. Dia tahu itu adalah langkah pertama yang sangat sukar yang harus dia tempuhi.

"Ya Allah, kuatkanlah hati aku untuk terus berpegang pada agama-Mu." Sumayyah terus menangis sayu dalam hati.

***

Joseph seakan tidak bermaya selepas terpaksa menerima keputusan Stephanie untuk memutuskan pertunangan. Baginya, Stephanie adalah satu-satunya wanita yang dicintai sepenuh hati dan ingin diambilnya menjadi suri hatinya dan Stephanie jugalah wanita yang dia ingin tua bersama. "Tapi kenapa? Kenapa Stephanie?" Dia menangis teresak-esak persis anak kecil yang tidak dipenuhi kehendaknya. "Sampainya hati you lupakan semua macam tu je. Mana janji you untuk hidup bersama sampai bila-bila, sayang? Mana??!" Cermin di biliknya ditumbuk kuat. Darah mengalir di celah-celah penumbuknya bersama deraian kaca di lantai, seolah-olah menterjemahkan hatinya yang berkecai melalui serpihan kaca tersebut.

Kekecewaan yang tidak dapat dibendung membuatkan dia berubah. Daripada seorang yang bukan kaki botol, kepada seorang yang balik mabuk setiap malam. Joseph cuba untuk menghapuskan bayangan Stephanie dalam mindanya dengan memabukkan dirinya. Walaupun dalam keadaan yang separa sedar, hanya senyuman Stephanie yang terlayar di tubir matanya. Tidak diketahuinya betapa payah untuk menghapuskan jejak seorang manusia bernama Stephanie dalam hati dan mindanya.

***

Laju jari jemari Sumayyah menari di atas papan kekunci menyiapkan entri terbaru yang ingin dinaikkan ke dalam blognya. Sumayyah sememangnya seorang blogger tegar. Daripada sebelum dia menganut agama Islam sehinggalah dia bergelar muslimah, dia masih kekal aktif berblog. Cuma, konsep blognya sahaja yang sudah bertukar seiring dengan perubahan dirinya.

Banyak cerita yang ingin dikongsi bagi mengelakkan orang sepertinya berasa tersisih. Dia sedang melaluinya dan sudah semestinya dia faham perasaan mereka. Syukur, blognya mendapat sambutan yang baik daripada pelbagai pihak. Dia yakin Allah pasti akan permudahkan usaha yang baik dan perjuangan kerana-Nya.

"Hey, taknak tido lagi ke?" Bahu Sumayyah ditepuk lembut oleh teman serumahnya, Wafiyyah.

"Eh Fiyah. Terkejut aku. Ingatkan sape tadi." Satu senyuman mesra dihadiahkan buat Wafiyyah yang banyak bersamanya di saat jatuh bangunnya cuba berlari dalam kegelapan mencari cahaya yang terang tetapi tidak memedihkan mata.

"Kau ingat sape ha? Haaaa..." Jari telunjuknya digoyangkan ke kiri dan kanan. Mukanya suspicious bercampur nakal.

"Sape-sape jela. Dah dah. Takyah nak fikir bebukan." Pantas dahi Wafiyyah ditepuk.

"Heee. Nah, aku ada buatkan kau Horlicks. Tulis apa tu?" Wafiyyah memanjangkan lehernya membaca apa yang terpampang di skrin. "Oh, update blog eh? Ceritalah pasal aku, Maya." Wafiyyah tersengih-sengih menampakkan barisan giginya yang cantik tersusun dan lesung pipit di sebelah pipi kanannya.

"Amboi. Nak suruh tulis pasal dia, kemaen lagi sengih lebar eh. Sampai habis terkelup pipi tu nak tampung kecacatan yang cantik tu." Sumayyah mengusik Wafiyyah yang tertunduk malu.

"Eh apa cerita dengan peminat kau tu?" Wafiyyah terus menukar topik perbualan.

"Peminat? Oh, anon tu. Hahaha. Entah. Dah lama jugak aku tak dapat komen dia." Sumayyah kelihatan terangguk-angguk sedikit sebelum termenung.

"Oi, termenung! Amboi, takkan dah crush ke anon kot. Kemon ah."


"Dah mula dah perangai gila dia. Malas aku nak layan." Sumayyah berpaling dan meneruskan penulisannya yang terganggu sebentar tadi.


"Ala, merajuk. Kot ye pun nak merajuk, jangan lupa habiskan air ni. Aku tido dulu eh. Genite, Sumayyah sayang." Wafiyyah mengucup pipi kawan baiknya itu sambil menggeletek pinggangnya.

"Eeeee mana aci! Hahahaha. Genite Wafiyyah sayang." Kucupan di pipi berbalas.

***

'Salam. Saya suka dengan gaya penulisan saudari. Kalau tak keberatan, boleh saudari kongsikan apa yang perlu dilakukan sekiranya kita disisihkan daripada keluarga sendiri selepas memeluk agama Islam?'

-Yusuf-

Komen daripada seorang lelaki yang bernama Yusuf menarik perhatiannya. Mungkin kerana nama Yusuf itu sendiri. Mungkin. Terus ingatannya melayang ke bekas tunangnya, Joseph. Apalah agaknya khabar dia, ya?  Entah-entah dah ada anak bini. Dalam tiga tahun macam-macam boleh berlaku. Senyuman nipis terukir di bibirnya. Alangkah gembiranya kalau Joseph pun terbuka hati untuk turut sama menganut agama yang suci ini. Tapi, hidayah bukan miliknya. Dia harus akur.

Tiba-tiba hatinya menjadi sedih apabila teringatkan kisah lama. Dia tahu syaitan sedang membisikkan yang bukan-bukan agar dia dilanda hiba. Sumayyah bingkas bangkit dan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk dan menemui kekasihnya di sepertiga malam.

***

"Cik Sumayyah, setiap penyakit pasti ada penawarnya. Hanya satu keadaan sahaja yang tiada penawar iaitu mati. Maka, selagi hidup selagi itulah kita kena berusaha untuk memaknakan setiap helaan nafas kita," ujar Dr. Hanafi yang juga merupakan salah seorang doktor pakar.

"Doktor, saya anggap ini ujian Allah untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang-Nya pada saya. InsyaAllah saya redha, doktor. Tapi boleh saya tahu apa yang patut saya buat?" Sumayyah cuba berlagak tenang selepas disahkan menghidap kanser pankreas.

Menurut Dr. Hanafi, kanser pankreas merupakan salah satu kanser yang jarang ditemui di negara kita. Kanser ini sukar dikesan kerana terletak di belakang perut dan hanya dapat dikesan selepas merebak ke tempat lain seperti hati dan paru-paru. Jika kanser ini di peringkat satu, biasanya boleh dibedah dan dibuang tetapi selepas lima tahun hanya 20 peratus sahaja yang masih hidup. Pun begitu, Dr. Hanafi begitu positif bahawa keadaan Sumayyah adalah masih di tahap yang boleh diselamatkan.

"Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, Cik Sumayyah. Banyak-banyakkan bersabar."

Sumayyah hanya mampu melukiskan segarit senyuman nipis dan mengangguk lemah.

"Saya cadangkan untuk awak jalani pembedahan sebelum kanser tersebut merebak ke tempat lain. Selepas pembedahan, awak boleh jalani kimoterapi dan kita tengok macam mana hasilnya selepas tu."

Segala kata-kata Dr. Hanafi bagaikan angin lalu di pendengarannya. Bukan tidak berminat untuk mendengar, namun hatinya masih berat untuk menghadapi kenyataan bahawa dia merupakan salah seorang pesakit kanser kini dan sedang berhadapan dengan maut pada bila-bila masa sahaja.

***

Andaikata ini adalah yang terbaik buatku, Ya Allah Kau tolonglah tiupkan rasa redha dalam hatiku. Diberikan hidayah untuk merasa nikmat iman adalah hadiah terbesar dalam hidupku, Ya Allah. Diberikan sakit sebagai ujian merupakan saat paling getir dalam hidupku, Ya Allah. Apapun keadaan, aku harap Kau tidak berpaling daripadaku sedikit pun, Ya Allah. Kalau Engkau berpaling, nescaya hilanglah arahku untuk meneruskan kehidupan ini, Ya Allah.

Sumayyah menangis hiba dalam solatnya. Bimbang jika ini adalah solat terakhirnya. Bimbang jika nyawanya ditarik sebelum sempat dia bertaubat atas dosa-dosa masa lampaunya. Bimbang jika roh terpisah daripada jasad, bumi tidak sudi menerima jasadnya dan rohnya ditolak mentah-mentah oleh langit. Bimbang. Sungguh dia bimbang. Dan dengan rasa bimbang itu, dia menangis bersungguh-sungguh ketika menghadap Tuhannya.

****************************


Selepas pertunangan antara dia dan Stephanie, oh bukan, antara dia dan Sumayyah putus, mereka langsung tidak saling berutus khabar. Lost contact. Merawat hati luka dengan bantuan masa. Tiga tahun ternyata tidak dapat memulihkan hati yang terluka. Lantas, Joseph yang sudah bertukar namanya kepada Yusuf cuba mencari Sumayyah melalui blog dan akhirnya berjumpa juga dia dengan sebuah blog yang cukup dikenali gaya penulisannya. Sebenarnya, dia selalu memberikan komen dalam blog Sumayyah dan setakat ini, Sumayyah tidak pula menunjukkan tanda-tanda seperti mengetahui dia adalah Joseph. Mungkin kerana dia menggunakan nama Islamnya, Yusuf.

Pada latest entry yang di-update, Yusuf menulis sesuatu di kotak komen yang disediakan;

'Sumayyah, kalau saya melamar awak untuk menjadi yang halal buat saya, masihkah ada ruang untuk saya menjadi imam dengan bermakmumkan awak?'

-Yusuf (Joseph)-

28 Jun. Hari lahir Sumayyah. Tak mungkin dia melupakan tarikh ini. Kerana tarikh ini jugalah, dia memberanikan diri untuk memberikan komen berbentuk lamaran seperti itu. Namun dia berasa pelik kerana sudah lebih tiga bulan blog Sumayyah tidak di-update dan komennya tidak di-approve. Hatinya berasa gusar. Takkanlah kerana lamaran tu, Sumayyah cuba untuk melarikan diri daripadanya.

Yusuf cuba menjejaki Sumayyah melalui Wafiyyah, kawan baiknya. Selepas lebih tiga tahun tidak berhubung, perbualan pertama di telefon terasa sangat kekok.

"Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam."

"Wafiyyah apa khabar?"

"Alhamdulillah, sehat."

"Saya terus terang jela ya. Saya nak cari Sumayyah sebenarnya. Boleh saya tahu macam mana nak contact dia?"

"Boleh."

Diam.

"Tolong sedekahkah al-fatihah untuk dia."

Sepi.

"Arwah suruh saya sampaikan salam pada awak. Dia ada tinggalkan surat terakhir yang sudah pun saya pos kepada awak. Kalau takde pape lagi, saya letak dulu. Assalamualaikum." Gagang terus diletakkan dan Yusuf masih dalam kebingungan.

***

Yusuf, sepanjang hidup saya sebagai seorang muslimah, tiada apa yang lebih membahagiakan selain dilamar untuk menjadi yang halal buat seorang lelaki yang pernah dan sedang dicintainya. Tapi, ajal maut jodoh pertemuan semua bukan di tangan kita. Kita hanya mampu merancang dan menginginkan yang terbaik tapi ketahuilah bahawa Dia adalah sebaik-baik perancang. Syukur Allah bukakan pintu hati awak untuk mengecap nikmat yang turut saya rasakan, iaitu nikmat iman. Namun, ketahuilah Yusuf bahawa tidak bermakna iman seseorang hamba itu selagi dia tidak diuji. Dan sekarang, saya sedang diuji dengan penyakit kanser. Saya redha, Yusuf. Saya dapat rasakan dari dulu lagi bahawa anon dan Yusuf yang rajin komen kat blog saya itu adalah awak. Tapi, saya takut untuk berharap dan memberikan harapan kerana saya tahu masa saya sudah suntuk. Maafkan saya, Yusuf. Jangan tangisi pemergian saya tapi tolong sedekahkan al-fatihah untuk saya sekiranya awak sayangkan saya. Ini adalah yang terbaik buat saya, awak dan kita. Semoga awak berbahagia, Yusuf. Assalamualaikum. :')

Rabu, Jun 27

Entri gaya brader-brader #3: Perangai Lelaki Kalau Rabak.

Assalamualaikum. Weh pekaba? Sihat? Gua harap sihat la. Ye la, kalau demam batuk kahak dek jerebu tu memang tak boleh tolong la; duduk rumah minum air oren banyak-banyak udah le. Nak buat camana, dah namanya pun musim bakar-membakar sekarang ni. Harap-harap hujan yang banyak tu bolehlah hilangkan asap jerebu tadi.

Oh ya, cakap pasal bakar-membakar, selain daripada membakar pokok sawit dan sekam padi, hobi baru manusia zaman madani ni ialah membakar punggung orang dengan kata-kata bermadah. Jadi izinkan gua membakar para jejaka yang rabak sekarang dengan nasihat secara kurang berhemah.

Semenjak dua tiga minggu ni gua ada juga lepak dengan member gua si Mamat ni. Dari lepak bertiga, sekarang lepak berdua, lepas tu lepak bertiga balik sebab dia dah berbini (ye la biarlah dia ikut. Habis tu nak tinggal bini kat rumah lepas tu pi mengeteh ke mamak? engko kene Louisville slugger baru tahu). Dalam sibuk-sibuk gebang pasal bisnes dengan gua, sambil bersuap-suapan dengan bini baru, Mamat borak pasal perangai member sorang ni yang rabak.

Orang rabak ni kadang-kadang buat sakit kepala jugak. Satu jenis, yang suka post status jiwang tahap bunuh diri dekat FB. Tu gua taknak komen; Abang Borhan dan diskas dalam Twitter dulu. Satu lagi, yang jenis jadi menggatal tak tentu hala. Baru putus tunang, semua perempuan dalam sosial media dia sebat macam budak baru bersunat. Pastu bila kena friendzone menangis sambil dengar lagu Exists. Tu belum lagi yang ayat lima enam orang sekali, bila kantoi, melutut depan member minta tolong cover. Pakai tiket braderhud bagai. Kalau ikut braderhud, memang gua lesing sikit kepala tu sebab tamak sangat kumpul awek cun buat koleksi dia sorang je. Phui!!

Apa-apapun member si Mamat ni lain pulak rabaknya. Dia jenis kalau rabak dia terus shut off dari semua orang. Shut off dari awek (aweks?), OK gua terima. Ni shut off dengan member-member jantan sekali kena. Kalau dulu dia yang beriya book court di malam Sabtu ajak member main, ni orang tolong book-kan siap bayar; dia asap motor pun tak nampak (eh motor mana nampak asap). Kalau dulu ajak pergi mamak tengok game, 5 minit dah siap, ni mesej jemput mengeteh 5 hari baru reply. "Oh sorry lah, aku kat luar ni." Hotak ang. Gua duk Siam pun mesej mak gua sampai dalam masa lima minit!

Gua tau lah member-member jantan engko satu clique dengan awek engko. Tapi apasal semua orang pun engko nak kena delete dari hidup engko macam tak ada apa-apa. Diorang nilah dulu teman main engko, teman mengeteh engko, game partner engko, teman susah senang engko. Tapi sebab diorang ada kaitan secara proxy, maksudnya kalau kenal setakat kawan-kepada-kawan sekalipun, engko dump sekali dengan awek-awek tu. Apa salah diorang engko nak hate by proxy woi?

Sia-sia sangatlah weh, ko nak buang member pasai benda kecik gini. Cinta makwe tu berapa persen je dari hidup korang. Yang selebihnya persen mak bapak, family dan of course, kawan. Ada benda-benda yang engko boleh share dengan kawan tapi engko tak boleh sebut pun depan makwe. Ada problem yang kawan engko boleh setelkan, yang kalau cerita ke makwe dia bukan nak tolong, lagi dia bebel adalah. Jadi sebenarnya sorilah cakap, ada kawan takde makwe ni lagi afdhol daripada takde kawan tapi ada makwe. Bak kata Bob Marley yang menjadi igauan member-member hitam manis di sekolah gua, "No Women, No Cry." Siap tulis depan dinding sekolah lagi. Nak jadikan azimat rajin belajar mungkin.

Berbalik kepada member gua si Mamat tadi--gua nasihatkan suruh dia usahakan dulu contact si Hamba Allah Yang Rabak ni. Teruskan beri mesej ajak keluar makan, pergi tengok game, dan book court di hujung minggu. Mungkin bukan dia tak nak kawan langsung--mana tahu dia ada masalah lagi besar tapi dia tak mahu cerita. Dan kalau dia betul rabak sebab awek pun--tanggungjawab member la untuk bawak dia keluar, enjoy-enjoy bagai supaya dia lupakan perkara yang dah lepas. Mana tahu lepas ni jumpa yang baru yang lebih menggembirakan. Dia happy, engko sebagai kawan pun happy jugak kan? 

Mendengarkan nasihat gua ni, si Mamat ni menggeleng aje.

 "Dia kalau nak deal dengan orang macam ni ada 3 PM engko tahu tak," katanya. Gua jawab, PM tu Private Mesej ke?

"Bukanlah. PM tu, yang pertama--kalau dia tak layan kita, kita Pantang Merayu."

"Then yang kedua?"

"PM yang kedua: Kalau dia tak contact kita jugak, Pergi Mampus. dan kalau dia datang balik..PM ketiga."

"PM apa?"

"P***MAK."

Dan pada saat itu bininya membeliakkan biji mata dan mencubit lengannya sambil membebel nyaring

"Abang ni kaaaannnnnn...."

Ha tulah, memcarut lagi depan bini. 

Selasa, Jun 26

Tahap Tahap Rabak.


Kali ini saya nak bercerita guna bahasa melayu. Jarang jarang ini terjadi. Maafkan kalau bahasa Melayu saya kurang sempurna, saya cuba ok – saya cuba. Untuk kali ni je. Entri lain nanti saya guna bahasa Indonesia balik.

Oh, tapi sebelum saya mula saya nak introduce-kan satu benda. Kalau anda pembaca Twitter, mungkin anda dah tau kalau di negara tetangga, rabak itu dipanggil 'galau'. Dan ya, saya adalah satu di antara banyaknya perempuan dalam dunia yang sering terpuruk dalam dunia galau saya sendiri – dan ya sudah tentu ini dikarenakan sesuatu yang bernama cinta (baca: masa lalu).


***


Rabak ni sebenarnya dia ada banyak tahap. Bertingkat tingkat. Saya dah buat satu piramid biar lebih senang nak explain.


Semakin ke bawah piramid rabak, semakin bahaya kondisi hati seseorang manusia.


Rabak Tahap Satu

Simptom: Biasanya jenis yang suka jalan jalan sendiri, earphone pasang lagu lagu sedih (lagu OST Ombak Rindu, misalnya) ambil ‘feel’ macam watak utama yang teraniaya dalam filem/drama love story yang ada sad ending.

Rabak yang paling basic. Biasanya suka termenung sendiri, kadang kadang takda alasan pun tapi memang suka nak termenung. Takda boyfriend, takda girlfriend, tak gaduh tapi memang suka melankoli tak tentu arah. Benda benda remeh pun dia nak emo tak tentu pasal (contoh: hari ni hujan ke tak, kalau tak hujan, saya ambil keputusan untuk sedih sepanjang hari)


Rabak Tahap Dua

Simptom: Biasanya dalam dilema. Suka tapi malu. Selalu up status facebook dengan lirik lagu/ video lagu. Atau mungkin update “nowplaying” dekat twitter dengan harapan orang yang dia suka notice lirik lagu tu sebenarnya untuk dia. Suka ambil inspirasi quotes cinta dari tumblr, atau dari status status fanpage terfaktab untuk menyatakan cinta tapi guna taktik un-mention – biar tak nampak desperate sangat - yes, no?

Rabak tahap dua ni untuk orang orang yang dalam diam suka, tapi malu nak confess. Belum berani katanya, dengan alasan: “Dia terlalu baik lah, saya tak layak untuk dia.” Biasa berlaku dalam awal perkenalan, zaman zaman baru nak start cari pasangan.


Rabak Tahap Tiga

Simptom: Biasanya orang yang percaya kesempatan itu boleh datang banyak kali. Rata rata orang orang ini kalangan drama queen/king. Yang tiap 5 minit ganti ganti status facebook/twitter/BBM apa apa lah medium lain. Kejap cakap “mulai hari ni, saya akan lupakan anda, titik!” selang 10 minit “Damn, tak boleh lupa. Truth is, I miss you :’(”

Moving on, rabak tahap tiga. Haa, ni dah naik sikit level dia. Ini biasanya untuk orang orang yang dah putus. Tapi bila pergi mana mana, masih suka sebut sebut nama atau apa apa yang bersangkutan ex. Cakap dah putus, dah tak nak lagi dekat dia, dia banyak salah bla bla bla tapi lepas tu boleh sambung balik.

Rabak tahap tiga ni boleh juga di-refer untuk kes lain, yang mula mula ragu, lepas tu tak percaya, lepas tu percaya balik, lepas tu kena bohong, tak percaya. Frekuensi rabak tahap tiga ni rata rata dari kes golongan orang yang menjalani Long Distance Relationship (LDR).


Rabak Tahap Empat

Simptom: Biasanya orang orang ini suka pergi bangunan yang tinggi tinggi. Suka berpakaian hitam, sebab hidup dirasakan terlalu gelap. Suka conteng dinding dengan cutter untuk bilang betapa rabaknya dia. Bunyi status “Huh, takda orang pun yang sayang saya. Lebih baik saya mati saja”

Ini rabak yang paling bahaya. Dah kritikal, dah kronik. Tingkat rabak yang memungkinkan seseorang itu dapat tekanan jiwa, sampai nak gantung diri. Orang orang yang dalam tahap ni, saya nasihatkan baiklah anda ni pergi tulis puisi ke, tulis cerpen ke, makan ke, buat lagu ke. Mana tau boleh jadi next Adele. Kan positif tu? Tak pun last resort, anda pergi mandi – letak shampoo banyak banyak sikit dekat kepala tu, biar segar sikit, rambut wangi kepala pun boleh jalan straight. Ok?


PS: Buat saya, galau itu yang berkuasa menghidupkan sebuah kedewasaan. Efek galau mungkin berawal dari hal hal yang negatif - tapi pada akhirnya rata rata karena galau jugalah, karya karya positif dapat dihasilkan. Salam dari pencinta galau. 


Isnin, Jun 25

Everyone used to have a bad relationship.

          You and me, we both share something in common. We used to have a bad relationship (or few bad relationships). We never knew, did we ? We never knew it would end up that bad. Well, everyone has had a  fucked up relationship. That's part of life. When I say 'everyone', that doesn't necessarily mean every single one of 7 billion human beings on the planet. I mean, most of us.

         Failed relationship(s) hurt especially when love was involved. You know, heart and trust share the same thing; they are fragile. That's why when our love relationship failed, we were heartbroken. Heartbroken is one of the most damnest feeling in the world and yet it is cure-able. Yea, you can say, it is easier said than done. Well, why won't you believe ? Trust yourself. It will heal. It only takes some time, sooner or later. All I know patience is virtue. And yes sometimes it could kill you. Remember, people can say nice things to you but you are your own motivator.

          You might ridicule me as on what degree should you trust and believe what I say.Well, believing is an option. I ain't that perfect too. I had my falls just like you. Now, we were heartbroken but we might have different unfortunate stories. The truth is, we felt what we suffered was way more painful than others. No one could ever understand what we endured at that moment. As if, no one beats our story. Trust me. There's always people who were less fortunate than us and they still survived ! Shouldn't we be a bit grateful ? Why won't we look at those who've successfully moved on instead of still looking at those who were like us, still being stubborn ?

          Moving on isn't an option. It is an obligation. Some people like to see you at rock bottom all the time but you can't be like them, seeing yourself there. Don't you think it's pathetic ? I know it's freaking hard to move on and be calm. Give yourself some respect. There are plenty of other excitements waiting for you in future. Nevermind what has passed. Mind what is in store for you in future. Trust yourself and one day you'll be saying. "Who would have thought I've come this far. The bad past is history now." 

          And by that time, you'd be proud of yourself. And you'll even smile at how foolish you were.


Sabtu, Jun 23

Minggu Rabak.

Minggu Heartbroken. Minggu Rabak

25 Jun hingga 1 Julai dua ribu dua belas.

Minggu khas untuk semua para pengkarya menghasilkan idea penulisan mahupun lukisan serabak atau se-heart-broken yang boleh.

Nak menangis ke, nak melalak ke, nak terlentang ke, nak berguling ke hatta nak meraung keluar air mata darah sekalipun. Lantak. Ini minggu untuk memberitahu apa yang pilu terbuku dalam hati. Keluarkan sepuas-puasnya. Jerit sedalam-dalamnya.

Karya-karya pembaca terbaik juga akan di pamerkan. Siapa yang pernah hantar entri macam nak bunuh diri sebelum ni. Jaga-jaga lah depan laptop.

Menangislah buat masa sekarang sebelum mengecapi kejayaan akan datang. 



Yang Meluluskan,

Alexia Aqram

Selasa, Jun 19

How to reject a guy "nicely"?

I think I have wrote this type of entry about a year ago. Just look it up. I'm just too lazy to find it back that entry :p


Hello hello! Hari ini Amoi-ssi mahu ajar beberapa ayat yang boleh digunakan untuk reject lelaki. Saya rasa bau badan saya mempunyai satu bau "NO BOYS ZONE" lol. I think my pituitary gland already stop working. That's why my body have that kind of smell.

#1 No speaking English or Malay or your mother tongue language.
When a guys asked you out or he just asking about yourself, just reply it in a foreign language *creak creak* . Tengok macam mana dia jawab semula or faham. You will just make him annoying with your no speaking English or Malay. But if he can talk in a foreign language, I think you should reconsider him back. That’s pretty impressive of him.

#2. Giving a Rejection Hotline number.
Did you know there's a Rejection Hotline number you can give? Here the website :p . Or just give him a fake numbers or play around with him when he call you by answering "Hello, ini rumah mayat. Apa yang boleh saya bantu?" lol

#3 Told him you're kpop freak.
This proven working. Indeed I'm a kpop freak. So one day a guy message me through Facebook asking about me etc. You know all the pickup lines. Since I'm in "No Boys Zone" so I told him I'm kpop freak. Since then there's no reply from him. I'm so glad :p

#4 You didn't even pass my Quality Control requirement. You belong at My Reject Shop.
That sentences is sarcastic. Hopefully he can understand sarcastic words. Quality Control list = Type of a guy I want to date.

So. Which one you will choose? keke.

Annyeong.


Jumaat, Jun 15

Selamat Tinggal Dan Moga Berjumpa Lagi,Awek Chuck Taylor.

Setelah empat hari aku ghaib dari dunia internet dan berita, aku kembali mengumpul kekuatan untuk menulis tulisan ini. Rasanya aku dah cukup kuat untuk aku menulis, dan empat hari tidak mengadap PC - bagi seorang Nami adalah perkara yang janggal dibuat. Rumah aku dahlah takde TV, takde apa-apa maklumat yang aku terima sepanjang empat hari aku berhiatus ni. Aku hanya mengurungkan diri dan melayan perasaan hiba.

Entah ya, sebenarnya tak sangka aku berkenalan dengan kau selama lapan tahun. Bermula di food court underground Lot 10 - gadis muka muncung yang suka gigit straw dan main ais - pertemuan kita pada awalnya tidak menyenangkan. Aku kenal kau dari kawan kau satu pusat tuisyen yang bernama Kasturi di KL. Pada awal perkenalan kita, kau aku anggap sebagai gadis sombong yang bajet cun (walaupun aku akui, kau memang cun).

Pada awal perkenalan kita yang tak menyenangkan tu, aku dah berpunya tapi aku tak pasti apakah aku mencintainya atau tak. Mungkin kerana desperado masa tu takut tak berpunya lagi. Awek aku masa tu gila kongkong sampai aku nak keluar dengan adik perempuan gua pun dia cakap bukan-bukan, dia ingat gua ni layan sumbang mahram agaknya. Pada perkenalan kita yang tak menyenangkan tu, seperti Zidane memberi assist kepada Raul untuk menjaringkan gol, kawan kau merangkap classmate tuisyen aku memberi nombor telefon kau. Entah apa edan aku pada malam itu aku kacau kau, main misscall-misscall sampai kau menghantar SMS "don't you have balls to call me?"

Saat itu umpama Planck Epoch Atom yang meletup menjadi supernova menjadi galaksi - hubungan antara kita terbentuk. Saat itu, aku bergegas berlari ke kedai topup dan terus menelefon kau. Dari situ, mungkin, cinta kita berputik.

Hari pertama kita bertemu berdua, kali ini kau tidak muncung itik seperti kali pertama kita bertemu ketika kawan-kawan kita ada. Kita bertemu di kedai buku, mungkin tempat dating yang paling hipster ketika itu, tatkala kebanyakan manusia memilih untuk berdating di panggung wayang atau McDonalds. Kau cari buku dan kau bebel macam-macam perkara. Kau mencari buku revolusi Poland Solidarnosc dan juga buku Sudoku. Kemudian kau tersenyum dengan aku. Aku perhatikan kau. Kau suka main rambut kau. Kau suka main gelang tangan kau dan bila kau minum, kau suka gigit straw dan kacau ais. Segalanya aku rakam dengan mata dan ingatan aku walaupun tidak HD (sebab aku rabun).

Entah macam mana, awek aku call. Kantol yang aku telah berpunya. Aku tak faham kenapa kau agak pissed off pada petang tu. Mungkin aku ini terlalu low expectation untuk jadi pacaran kau, aku hanya keluar untuk teman kau beli buku. Tapi oleh kerana nada suara serta mata aku yang meliar ketika berbual dengan awek aku, kau detect yang aku sebenarnya tidak mencintainya. Kau memang bagus dalam hal ni. Cukup detail pandangan kau. Sungguh Vorsprung Durch Technik.

Cerita kita, makin lama makin melebar, entah bagaimana boleh jadi cinta. Selebihnya kita berpisah kerana kerjaya ayah kau dan entah bagaimana, cinta kita terputus. Kemudian ada lagi sambungan dengan arwah adik kau dan selebihnya kau dan aku dah tahu, kan?

Lima tahun Sherina Ellyana telah pergi, selama lima tahun itulah kau menyalahkan kematian adikmu. Lima tahun juga kau telah menangis dan menderita, dalam masa sama, kau sendiri tak sedar kau sedang menyeksa hidup kau. Kau tak sedar yang Elly tidak mahu kau terus menderita. Kemudian, cintaku bersilih ganti, tapi walaupun selepas aku kau ada boyfriend, tapi kita tak pernah berputus hubungan. Entah, kadang-kadang kekasih kita pun tidak menjaga kita seperti antara kita berdua. Mungkin sebab itu hubungan kau dengan kekasih-kekasih kau yang lain putus, dan mungkin aku juga alami yang sama.

Kita telah saling jaga menjaga antara satu sama lain walaupun tidak berpacaran. Kau sungguh jauh, tapi kau masih ingin tahu tentang hidup aku. Aku masih ingat tatkala aku baru dihalau rumah, aku tiada wang, kau membantu aku dari jauh untuk meneruskan hidup. Aku masih ingat tatkala aku mula-mula mahu menulis, kau orang pertama yang membaca karya aku. Kau yang memberi semangat untuk aku untuk terus menulis.

Dan bila Erica hadir, aku sangkakan seperti yang lama dulu, kau akan keruhkan hubungan. Kali ini aku silap. Kau bukan sahaja menjaga aku, kau juga menjaga Erica. Kau sungguh tidak pentingkan diri sehinggakan hari kau terlantar di hospital pun kau nak tahu tentang Erica dan aku. Sungguh kau tak pentingkan diri. Kenapa kau tak fikirkan diri kau dulu? Tahukah kau yang kami berdua di sini sangat risau dengan kau? Setiap hari aku berharap kau akan cepat sembuh, kau tahu tak?

Aku tahu, ketika buku Awek Chuck Taylor di pasaran - kau memerhatikan tweet orang ramai. "Aku rasa aku ni macam Mira Awek Chuck Taylor" "I think I fall in love with Mira" dan kata-kata yang kau sendiri sebenarnya tidak suka. Kau - seperti yang aku selalu kenal - tidak suka kepada perhatian. Biar aku lafazkan kata-kata ini; "no one could ever be Awek Chuck Taylor like you". Ini lafaz aku. Hanya kau seorang sahaja.

Sejak 16 Ogos 2005 tarikh kita berpisah dari hubungan cinta - aku tak pernah lafazkan tiga perkataan ini, mungkin kau sendiri akan kata yang aku ini cliche, tapi aku ingin lafazkan, aku cintakan kau. I love you. Selama lapan tahun ini aku bernafas dalam ego dan memalsukan perasaan aku dengan kau. Aku tahu tanpa kau, aku tidak menjadi penulis novel, dan aku tak menjadi penulis blog juga. Kau adalah follower pertama Twitter aku. Kau adalah friends pertama Facebook aku. Kau adalah follower blog Teh Tarik Gelas Besar aku. Bahkan title "Teh Tarik Gelas Besar" pun datang dari peristiwa kita - semasa aku tertumpahkan teh tarik ke baju kawan kau.

Kini kau telah tiada. Bila aku murung dan tiada tempat nak mengadu, kau akan muncul. Kau sendiri gelarkan diri kau "fairy godmother" aku. Aku lebih banyak mengadu dengan kau berbanding dengan orang lain. Kadang-kadang aku rasa Erica pun lebih banyak mengadu dengan kau berbanding dengan aku sendiri. Kau tau betapa pentingnya kau terhadap kami berdua. Ini aku akui, dan aku masih ingat saat Erica dapat tahu kau ada penyakit kanser.

Kau pergi jua akhirnya. Dan aku dan Erica terpaksa merelakan kau pergi. Biarkanlah kesakitan itu pergi. Asalkan kau dapat mengecapi erti yang kau ingini. Kau kembali dan bertemu dengan adikmu Elly. Aku harap kau janganlah tangisi pemergian dia lagi, kerana kini kau telah bersamanya. Kini, giliran kami pula yang akan terus mengenangkan kau.

Wahai gadis suka kacau ais dan gigit straw, wahai gadis yang suka membebel tentang hal falsafah, wahai gadis yang suka main skate, wahai gadis yang sentiasa kuat dan tabah, kau akan sentiasa di hati aku. Kau akan sentiasa di hati Erica. Bak kata kau dalam surat terakhirmu, "Thank you Nami for make me immortal in your novel".

Selamat tinggal, adios la amor. Semoga kita bertemu lagi suatu hari nanti. Aku tak akan lupakan kau. Selamanya, Ezreen Emira.


Selasa, Jun 12

Catalyst


Ehlo dear terfaktab readers.

Today we're going to discuss about, catalyst.

As we can see, people got thousands, maybe billions, perhaps trillionz reason to be in a relationship. I don't want to drag about it and list each and every one of it so lets just give it a go.

When i was in high school, we're being programmed to learn about chemistry, biology and physics. Which none of that shit mentioned above is actually useful to me in my studies since i swayed myself off it because i'm not that good at it, except biology (that's another story).

We actually had a good time studying about chemistry and its peculiar terms because they're not of daily regular words we've been using in our conversation.

Besides learning all of the chemistry subject's term and jargon, we actually apply some of it in our daily life. Our, because most classmates of mine have the same ideas on it. And that's how we used 'catalyst' in relationship.

So the term catalyst is being widely used to be successful in giving something a spark.

Why? Because every action leads to a reaction. The action will be negative, positive or more than just a positive because the catalyst plays an important part in what we're discussing here.

Going thru a relationship basically means u'll be facing a catalyst. If the catalyst is of a good substance (human), the end result will be remarkable. If the catalyst is gnarly, u probably fall down to the side of the hill and crashed into pieces.

A good relationship is the relationship where u found your strength when u're on it. But some sloppy relationship will always bring u down to the bottom of your life. So far, i'm facing the latter, screw me.

A good relationship will bring u higher than high since u've found a new strength to face life every now and then. That's kinda rare since within my speculation and observation, a lot of relationship brings sour times along, maybe because some of them, including me can't handle the bad side of feelings. Coz they'll prolly kick u right on between your legs on your nuts. That's permissible if you let them do that unto you.

But lets take a good look at its bright side. Your partner can possibly brings you to a level where the need to be successful is greater than the otherwise. This, is gold. Some catalyst help you leap farther beyond your expectation.

Pick the right mode of relationship. If they brings you more harm than good, u're probably on the wrong path towards a good life since the 'catalyst' is bringing you down to the core of the earth. If its 50-50, maybe you'll enjoy it since that's balanced. If the catalyst can bring you farther than just 50%, you must be lucky. A good catalyst will help you or encourage you to be a better man since you know its a good thing to be progressive with the catalyst u love.

But hey, every relationship will face its sloppy hill. But remember, there's always a rainbow after the rain.

Do not get stuck with the awful feelings whenever you feel down coz those feelings will make u feel alive someday somehow. Thats why we're all equipped with feelings. They are the indicator of us being alive. Don't expect things to climb without having to fall once in a while.

Chronologically? Get a good catalyst. Reassess your relationship once in a while. Ask yourself if u're happy throughout the relationship timeline. Don't let the relationship be a burden throughout your life since excess baggage won't help you climb the hill easily.

Last but not least, think and rethink occasionally. Maybe your rational judgment will outdo your pathetic feelings from giving you a hard time every now and then.

Happy catalyzing!




Isnin, Jun 11

Early Stage of A New Relationship : Menerima Perangai Pasangan

Assalamualaikum

Hello lovebirds sekalian. What's up?


Siapa kat sini yang pernah bercinta kurang atau sekitar satu bulan je? Tak kisah lah cyber love ke, pena love ke apa ke. Yang penting sekejap je hubungan tu. Iye lah. Masa mula-mula bercinta dulu, rasa macam awesome gila. Rasa macam heaven je. Bila ada kawan-kawan sebut nama si dia, hati terus berbunga-bunga. Bibir terus tersenyum. Nak cuba jugak tahan senyum tu tapi tak termampu. Biasalah, awal bercinta kan. Semua nya dirasakan macam berada dalam novel dan movie romantis je. 

But then, bila dah dua minggu melalui keindahan pelangi di puncak awan, guruh dan petir mula sampai nak cari pasal. Well, ni adalah time korang lovebirds bergaduh dengan pasangan masing-masing buat pertama kalinya. Masa ni lah baru si lelaki tahu betapa annoyingnya si dia bila merajuk. Call 50 kali tak angkat. Hantar SMS, tak reply. Bukak Facebook kena block. And si perempuan pulak, ni lah time dimana hilang semua Prince Charming si dia. Kehenseman semua hilang. Ke-cool-an pun hilang juga. Apa yang ada hanyalah baran dan ayat makian dari si lelaki.

Kenapa semua ni berlaku? Yeah, sebab bosan. But then, kenapa bosan? Sebab dia sebenarnya tak sesuai untuk kau? Not really. Cinta boleh di pupuk you know. Tak kira lah betapa peliknya perangai pasangan anda, tapi kalau dah ada usaha dan cinta, sure akan terpikat juga. Ini adalah konsep yang di amalkan oleh pasangan yang bercinta selepas kahwin. Anak-anak muda sekarang, bila bercinta and dapati si perempuan tu macam out of taste, si lelaki terus tinggalkan. Tapi dalam case bercinta selepas kahwin or berkahwin dengan pilihan keluargan; seteruk mana pun perangai isteri/suami korang, korang kena stay in that relationship sebab korang dah berkahwin. And cara ni secara tak langsung ianya akan memaksa korang untuk terpikat dan menerima segala kekurangan pasangan kan?

Compromise dengan Kekurangan / Bad Habits / Sifat Buruk dia. 


Setiap orang akan ada perangai dan sikap buruk masing-masing. Ada yang suka makan sambil bercakap, ada yang suka gelak macam langsuir dan ada yang suka buat lawak hambar. Dia cerita lawak yang tak kelakar kat orang, tapi dia yang dok sibuk gelak. But as long kita nak stay in relationship dengan si dia, kita mesti lah belajar menerima not only kekurangan but also keburukan sifat dia. There is a story about this you know. Every now and then, semua orang suka permulaan perhubungan di mana semuanya amat indah.  Tapi secara slow-slow, korang akan perasan beberapa habits yang akan buat korang rasa annoying dengan pasangan tu.

Kalau masa mula-mula bercinta, tengok si dia makan dengan makanan penuh dimulut macam awek Korea, korang akan rasa comelll je. Tapi sekarang, kalau tengok si dia makan dengan makanan penuh di mulut, sure rasa macam nak tampar pipi tu kasi keluar balik semua makanan. Kalau dulu masa mula-mulu bercinta, sure rasa sweet je si dia buat suara baby pelat manja-manja. Tapi bila sekarang, dia buat suara macam tu sure rasa macam nak kaki je. Lagi-lagi kalau yang buat suara pelat tu adalah lelaki.

Well, most of us, ingin kan pasangan yang perfect. Tapi korang kena ingat,

Pasangan yang perfect tak bermaksud pasangan yang ideal.

Kekurangan dan kelebihan akan selalu melengkapi. Korang tahu tu kan?

So, kalau kita rasa annoying dengan perangai pasangan kita, apa yang kita patut buat? Patut ke kita ubah perangai dia?


Macam yang aku dah cakap kat atas, tadi, setiap orang ada sikap buruk dia kan? So, here is the deal, kau ada sikap buruk yang dia tak suka dan dia ada sikap buruk yang kau tak suka. And then, kalau kau nak ubah sikap dan perangan dia, adakah kau pun willing untuk kasi dia ubah perangai kau?

Andai kata kalau korang start berdialog
Suami       : Bayyybiee. Baybiee tengah masak apew tueww.
Isteri         : Eww. Kenapa cakap macam tu? Annoying gila.
Suami       : Iye keww annoyingww. Bukan kew baybiee suka keww. :D
Isteri    : *Mengeluh* We need to talk.*Isteri memandang suami sambil membasuh dan mengelap tangannya*
Suami      : Tapiw saye tak curang pownn :(
Isteri       : Awak tahu tak saya rasa annoying gila dengan awak? Nak nak bila awak ber mushy-mushy bajet manja macam tu?
Suami      : Tapi...
Isteri        : Cukup! Cukup dengan semua ini. Tidak ada tapi-tapi lagi!
Suami      : Tapi awak tu, bila buang air dalam tandas, tak pernah reti tutup pintu. Annoying jugak.
Isteri        : Eeeee. Apa kena mengenanya? Lagi pun saya baca dalam majalah, lelaki suka je?
Suami      : Well, itu lelaki lain. Not me. Duh.

Nampak tak? Nampak tak permainan dia disitu? Once kau cuba untuk tukar perangai or bad habit si pasangan, si pasangan pun akan buat benda yang serupa.


Perangai Buruk vs Kekurangan vs Jahat.
Pernah tak korang terfikir apa beza antara perangai yang teruk, kekurangan yang nyata dan jahat? Most of us sedia tahu tentang apa itu kekurangan. Tapi ramai je yang salah faham dengan perangai buruk dan sifat jahat. Sebenarnya dua benda ni adalah amat berbezaPernah tak masa korang jalan-jalan sambil cuci mata melihat mamat indon dan bangla yang wangi korang nampak diaorang asyik dok kacau gadis-gadis ditepi jalan. Bukan kacau teruk sangat pun. Kacau gitu-gitu je. Buat bunyik "Swiiiit. Swiiit. Haii". Well yeah, the perangai is a lil bad. Tapi tak lagi masuk ke bahagian jahat. So, a lil harmless flirt tak jadi masalah kan?

For your information, bad habits, kalau ianya bertentangan dengan adab dan Islam, then ianya patut di ubah. Anda patut marah kat pasangan korang tu. Kalau dia buat tak layan, kau try buat muka garang sikit. Lelaki ni sebenarnya takut kalau orang yang dia sayang marah. Okay maybe tak. Tapi boleh cuba. Sebab ianya adalah normal bila seseorang tu berubah jadi lebih baik untuk pasangan dia. More to love, right?



And kalau korang really nak stay dengan dia for the rest of your life, then better korang belajar bertolak ansur dengan semua perangai dia. Korang boleh belajar tolak ansur dengan hampir semua perangai buruk seseorang KECUALI kalau si lelaki adalah jenis suka pukul pasangan. There is no reason lelaki boleh pukul perempuan di dalam dunia ni, unless of course that bitch slept with someone else. I am not saying dia patut di pukul, buat dia deserve it. You know, nak masuk mahkahmah takes time. Or, easiest way, just tinggalkan dia. Banyak lagi gadis comel di luar sana. You just need to a new love. Might be hard but, good luck.




HTS.


Hai hai manusia manusia yang sedang sendiri. Yang sedang bercinta. Yang sedang menanti cinta. Yang baru diputusin. Yang malu mengaku cinta. Yang lagi ngambek (baca: merajuk). Yang lagi kangen kangenan. Apa kabar hati hati anda sekalian?

Kalau kemaren saya sudah bicara tentang PHP, hari ini saya akan mengajarkan satu lagi bahasa gaul di kalangan ABG (baca: anak baru gede alias remaja) Indonesia. Di seberang, bahasa kecilnya HTS. Bahasa panjang adalah Hubungan Tanpa Status.

Ada yang bilang kalau HTS itu, the new friendzone. Kamu berteman dengan orang yang kamu suka, kamu pengen hubungan kamu lebih dari sekedar teman. Tapi dia cuma nganggap kamu sebatas teman. Pernah rasa yang seperti ini? Tenang saja, kamu ga sendiri. Saya juga pernah merasakan hal yang sama.

Padahal dua duanya sudah nyaman, sudah saling suka, tapi takut buat ungkapin atas dasar tidak mau ngerusak persahabatan yang sedia ada. Oh, saya pernah menulis puisi buat seorang teman saya di sini:


terdiam aku suka sama dia
terdiam aku mengagumi dia
terdiam aku menginginkannya
terdiam aku mau memilikinya

cuma dia
yang bisa memberikan
sinar surya di pagi hariku

cuma dia
yang bisa membuat
hilang seluruh galau hatiku

dan cuma dia
yang bisa bikin
aku senyum sepanjang hari itu

cuma dia
dan bukan orang lain
yang tiap hari
menembus bayangan mimpi indahku

apa mungkin
ini dia yang namanya cinta?


Tiap orang punya definisi cinta sendiri. Dan kalau saya ditanya apa definisi cinta buat saya, ada di antara kalian yang mungkin sudah tau. Buat saya, cinta adalah berani. 

Berani dari sebelum memulakan dan sampai ke hujung pengakhiran. Berani saat belum mengenal cinta, dan berani andai saja kalau cinta itu melepaskan kamu. Berani untuk bisa mengungkapkan, berani untuk menggantungkan percaya, berani untuk menerima apa adanya, berani untuk siap ditinggalkan. 

Kalau belum berani, ga usah buru buru mikirin cinta. Cari dulu letak posisi elemen berani kamu di mana. Sudah siap?

Jumaat, Jun 8

Siri Tafsiran Jantan : S.A.I.L.A.N.G

Anda berani nak sailang? Tak? Bagus. Good boy.
Sailang (sebut; sai-lang') merupakan satu perkataan lama yang telah diperbaharui dari perkataan 'si awek hilang' bagi merujuk kepada satu maksud; 

Kekasih atau isteri dirampas atau diambil oleh orang lain.

Sailang juga digunapakai untuk merujuk kepada mencuri projek saat akhir seperti Projek Nadir Bumi di Kuantan yang telah di sailang saat akhir oleh Lynas dari tangan YTL Corporation. Mungkin.

Menurut pakar hal ehwal komunikasi rumah tangga, Dr Hai Wan Kah dari Universiti of Kuching, sailang telah menjadi satu budaya sejak berkurun lagi. Seperti kisah Hang Tuah menyailang bakal isteri Sultan Melaka iaitu Tun Teja lebih kurang empat purnama sebelum menyerahkan kepada sultan. Sebelum itu, Hang Tuah juga telah menyailang Tun Teja dari mak bapak Tun Teja iaitu Raja Inderapura. Nakal rupa-rupanya Hang Tuah. Kini, di abad baru, sailang telah menjadi satu trend.

Contoh stereotype

1. Makwe kena sailang dengan pemain drum ternama dan menaiki motorsikal besar, sedangkan pakwe yang menjadi mangsa sailang hanya membawa Honda. Maaf, Honda EX5.

2. Makwe kena sailang dengan lelaki Arab. Mungkin mempunyai zakar yang besar sebesar lengan. Si pakwe yang menjadi mangsa sailang tidak mampu untuk mempunyai zakar sebesar itu.

3. Suami kena sailang dengan betina yang mengamalkan nasi kangkang ataupun ilmu guna-guna seperti yang di lihat pada kaca televisyen.

4. Suami kena sailang dengan remaja perempuan sekolah kerana isteri menjadi penyokong kuat Pakatan Rakyat misalnya. 

5. Pakwe kena sailang dengan makwe mana ntah sebab makwe yang jadi mangsa sailang asyik bertwitter 24 jam.

Jika makwe anda kena sailang, apa perlu anda buat?

1. Buat macam biasa. Buat rileks. Tarik nafas dan katakan bahawa ini semua dugaan dan cabaran menjadi lelaki. Biasalah, perempuan cantik memang selalu ikut jantan lain dan sukar hendak setia. Atau, perempuan cantik memang selalu direbuti.

2. Bertahan. Sebab anda bakal kena bahan dengan member. Dengan erti kata lain, siapkan ayat-ayat kalis seperti 'Bahahaha', 'Macam celakaaaa', 'LOL', 'K fine', 'Aku okay je' atau paling senang, 'pergi meninggal'. Walau hati pedih, air muka kena jaga.

3. Kalau sedih, dengarlah lagu Jangan Ganggu Pacarku oleh Aliff Aziz. Poking liking tagging flirting tengkorak dia. 

4. Usaha nak rebutkan si dia semula. Tapi, lupakanlah. Sia-sia itu semua.

5. Sailang makwe orang lain. Umpama macam selipar kita yang kena curi lepas sembahyang Jumaat. Selipar tat sing pun hilang kena curi. Haa, sebenarnya ada selipar orang lain, atau kasut orang lain yang kena curi sebelum tu, bila selipar mahal orang lain itu hilang, dia bedal selipar jamban kita. Kita pun bedal selipar orang lain. Ini semua rantaian melainkan kalau kamu tak ambil selipar orang lain dan jalan kaki ayam pulang ke rumah. Panas tu jalan tar, salute lah jalan kaki ayam.

Jika pakwe anda kena sailang, apa perlu anda buat?

1. Menangis. (tak habis-habis)

2. Menangis. (laaa, tak habis nangis lagi?)

3. Mengadu kat member. Delete nombor telefon pakwe anda. Mengadu kat member dah delete. Lepas tu mengadu kata tak boleh lupakan. Lepas tu mengadu, kontek balik si pakwe lama. Dan... eee bangangnya. Bila nak move on ni?

4. Face to face dengan si penyailang pakwe anda itu, tunjukkan keberanian dengan acara tarik-menarik rambut masing-masing. Girls fight!

5. Buka akaun twitter, dan twit melepaskan geram. Mohon dengar lagu metal. 

Kesimpulan

Berhati-hatilah bahawa sailang ini tidak mengenal mangsa sama ada sudah kahwin atau pun tidak. Sikap menyailang merupakan sikap yang keji dan tidak bertamadun. Namun, ada beberapa part di mana sailang dibenarkan seperti;

Jika pakwe atau makwe itu memang perangai macam setan, haruslah kita menyailang untuk menyelamatkan keadaan. Jika tidak, buruk padahnya.

Itu sahajalah. Terima kasih.


Awek-awek kaki bola dan jenis-jenisnya.


Ketika penulisan ini ditaip, kedatangan Euro 2012 sedekat saja lagi. Wakaf Che Yeh dan Padang Besaq telah dipersiapkan dengan memorabilia Euro tiruan dan baju cap lima ringgit. Mamak-mamak sudah hampir siap renovasi kedai mereka dan memasang layar besar sekurang-kurangnya dua buah kiri kanan. Dan para lelaki pula bersedia untuk menggunakan hikmat jutsu merampas remote Astro daripada gegadis yang mungkin ingin menonton  K-drama dan Mentor.  LOL!

Oh ya, cakap fasal gegadis, kita kupas isu penting mengenai awek-awek peminat bola. Ya bola as in bola sfera berdiameter 22cm dan berpetak-petak selang warna putih, bola apa kau fikir ni saitonnn! Saya jamin tentu ramai pemuda peminat tegar bola yang menginginkan awek peminat bola berada di sebelah mereka semasa menyorak gol kemenangan. Jangan tipu—masakan tidak ramai yang turn-on melihat gadis ber-T Harimau Malaya saiz S ye tak? Tapi apakah mereka ini true fan, atau hanyalah poseur berbaju bundle lima ringgit? Mari kita bincangkan di sini...

EMPAT TAHAP AWEK BOLA

TAHAP 1: “Bola? Natang apa tu bang?”
Komen sebenar. Nama terpaksa dirahsiakan.
Normal bagi hampir 90% wanita di dunia, tidak meminati bola atau tahu-menahu mengenai bola selain bola ayam, bola ikan dan bola sotong. Namun ada sesetengahnya bukan saja tidak minat bola, malah mengatakan siaran bola secara langsung di TV adalah pemusnah peluang beliau menonton Desperate Housewives di malam hari. Beliau juga tidak faham apa itu penalty, offsaid, malah perkataan gelecek pun beliau ingatkan maksudnya kentang lenyek. Tanda-tanda awal ialah menuduh anda curang setiap kali anda keluar melepak di mamak, menarik muka setiap kali mata anda melirik ke skor bola di kaca TV dan dada surat khabar, serta mengatakan bahawa jersi yang anda pakai ketika dating adalah huduh.

Awek-ability: sesuai untuk para pemuda yang kurang minat bola atau tidak minat langsung. Kalau anda peminat bola tegar, mohon jauhi unless anda mampu bahagia dengan duduk rumah layan Kpop sambil menolak godaan rakan-rakan menyorak team EPL anda di mamak.

TAHAP 2: Kaki pancing poseur
Jika anda bertanya kepada mereka “Kenapa anda minat Christiano Ronaldo?” jawapan yang dikeluarkan adalah “hensem gileee awww amagaddd” dan bukan statistik gol beliau semasa mewakili Portugal, MU mahupun Madrid. Ya, itulah gadis peminat bola tahap awalan. Namun begitu terdapat pula mereka yang menghafal sedikit-sebanyak fakta bola untuk menarik perhatian lelaki. Sumber mereka adalah encik Google dan bahagian paling belakang surat khabar. Ya, lelaki memang mudah dimengorati—pakai jersi team kegemaran sikit, claim #ultras sikit, luah sikit komentar fasal game semalam—lelaki boleh sangkut. Namun begitu lelaki yang sedikit bijak dapat membau usaha separuh masak ini dengan mengumpannya dengan trivia bola.  Cara mengeja nama Shweinsteiger contohnya.

"Mafla? tak matching la dengan baju putih ai..".
Awek-ability: sesuai tapi bahaya—kalau mereka semakin lama semakin minat tak apa, jangan mereka hanya minat kerana nak mengorat anda menjadi suami. Namun diharapkan anda dapat brainwash mereka menjadi peminat tegar bola dengan menghadiahkan poster abang-abang kacak seperti  Christiano Ronaldo, Fernando Torres, dan Cesc Fabregas. Dari mata, turun ke hati, dan before you know it mereka akan duduk semeja dengan anda di Syed pada pukul dua pagi sambil menjerit Gooool!!—menjadi awek kaki bola Tahap 3. 

TAHAP 3: Pasangan dua sejoli “Aku ada kerana kau ada”

Awek tahap tiga asalnya meminati bola kerana galakkan pakwe. Tetapi lama-kelamaan terinzal pula melihat gelecekan kaki pasukan Samba, lalu membuka ruang mindanya yang selama ini diisi nama mekap dan designer kasut untuk nama-nama kelab ternama Copa Libertadores, La Liga mahupun J-League (siapa minat J-league di sini? Maskotnya comel banget). Awek jenis ini boleh menghafal nama-nama kelab dan pemain ternama, tapi dari tarikh tertentu saja (contohnya fakta bola sejak 2009, kerana time tu baru kapel). Namun begitu semangat bolanya membara dari hari ke hari, dan tidak mustahil untuk mereka bersesak-sesak-sesakan bersama anda masuk ke stadium sambil membawa banner yang dilukis sendiri. Anda nak lukis sendiri, tulisan anda macam cakar harimau. kahkah!
Sekali dia jerit gol, banner ke mana, bendera ke mana.
Awek-ability: malang bagi gadis seperti ini, kalau dia lawa mesti berpunya. Peluang anda ialah friend mereka dalam FB atau follow dalam twitter, menunggu mereka breakup barulah boleh masuk line. Peluang lain adalah mencari awek tahap 1 dan 2 dan melatih mereka menjadi tahap 3. Oh ya lagi satu tentang awek tahap 3—kalau mereka pernah breakup kemungkinan besar mereka benci team bola Ex mereka. Patutlah awek banyak MU—musuh ketat Liverpool. Eh.

TAHAP 4: Pengulas Sukan Tanpa Gaji aka, Dewi Bola
Kalau awek yang minat kerana pakwe saya letakkan di tahap 3, awek yang minat sejak kecil (terutama didikan keluarga) saya letak di tahap 4. Kerana minat terhadap bola mereka adalah agak lama, mereka mempunyai pemahaman yang tinggi terhadap bola. Mereka dapat menghafal fakta-fakta dari zaman Serbegeth Singh masih bermisai hero Hindustan dan belum menggunakan nama manja Shebby, sehinggalah zaman pencarian Ramli ke Manchester United. Mereka juga setia meminati pasukan yang sama sejak bertahun-tahun, walaupun pasukan itu kemarau juara seperti England, sebab “sejak dijaman Gary Lineker lagi saya sudah minat itu England, kalau tak kerana tangan bedebah Maradona, memang ada can pegang World Cup tu tahu tak.”
Eh pleaselah. Setakat piala buruk tu dua kali kami pegang taw. hikhik!
Awek-ability: Jadi member boleh, jadi awek pun boleh. Seronok melayan mereka berborak bola sambil bertukar pendapat. Berjam-jam boleh gelak ketawa sampai lima enam gelas teh habis dihidang. Lagi-lagi kalau diajak menonton bola (mungkin dia yang beriya ajak), dia bawa banner dan habis bercat muka sambil buat chant sendiri, memang true Ultras di situ.

Tapi...ada dua hal yang menjadi warning. Sebab ketinggian ilmu bolanya, ada kala dia bongkak sedikit. Amboi kalau fakta dia dibidas, mulalah dia menghentam sana sini. Sebab dia “true fans, engkau tu siapa”. Amboi. Kang bawak si puaka Sokerleaks mengeteh sekali, terkedu engkau.

Satu lagi, kalau dia team bertentangan dengan korang. Dia Chelsea, anda Arsenal. Sekali de Blues menang, dia menganjing sekor-sekor pemain Gunners sampai anda rasa nak rampas dan karate dua BB milik beliau. Tapi bila team anda menang dan anda bersorak dan menganjing team dia—amboi lazernya dia marah anda balik. Memaki anda seolah-olah anda baru ditangkap berselingkuh dengan bini orang. Jadi bila jumpa orang macam ni...er...baik buat kawan Facebook je la. Seronok post taunts ke wall diorang setiap kali game. Terisi jugak hidup yang kosong ni bila troll makhluk cepat emo.
Nak letak gambar fans Chelsea di sini, tapi mereka agak cun dan seksi.
Jadi kita letak gambar pakar fisio wanitanya saja. boleh?

So, tu je lah, ada 4 jenis setakat ni. Ingat Ultras sekalian, pilihlah pasangan yang selaras dengan minat bola anda—kalau anda level 2 jangan mengada pilih level 4. Tak sekufu nanti. Dan bagi gegadis yang tengah baca dan tersentap punggung tu, lek lek lu. Tak semestinya anda kena pikap majalah four four two dan baca sampai lenjan—kalau anda bukan peminat bola, cukuplah anda memahami minat yang tersayang dan merelakan beliau bermalam bersama madu anda sekali skala. Ya, ane hemsem dekat mamak tepi jalan berlayar besar itulah madu anda nanti. Huahuahua!

P.s. Kalau saya ada pasangan nanti, mohon Chelsea, boleh geng dengan adik-beradik biru di rumah ni.  Heh. Heh.

p.p.s Oh ya, thanks to google for the Euro chick pics, and @incikweasel for factual/opinion inputs. Yeah!


Khamis, Jun 7

[iklan] Lelaki Eksistensial - Novel Terbaru Saya





Dengan rendah diri serta rasa kerdilnya saya dalam dunia penulisan ini - saya mengumumkan bahawa buku novel kelima saya (lagi dua dulu terbit DIY - Pengejar Bintang dan Bau Semangat Anak Muda) - iaitu novel yang berjudul Lelaki Eksistensial akan dilancarkan pada 24 Jun, di The Annexe Central Market, pada jam 2 petang (waktu Melayu).

Mengisahkan seorang lelaki yang tidak dinyatakan namanya, dalam kehidupannya mempunyai ramai kekasih yang berlainan gaya dan pemikiran - Fitrana - aktres sinetron gred B Indonesia yang hidupnya dikaburi material, Puspa - seorang gadis hipster vegan yang sentiasa menentang arus serta tidak suka perkara mainstream, Maisara - seorang hijabster yang belajar di institut pengajian tinggi swasta dalam bidang fesyen, meminati Maher Zain dan anak kepada seorang ketua cawangan UMNO, serta Lin, atau Tengku Adlina - anak kepada Tengku Farouk yang memiliki syarikat hartanah terkemuka, meminati dalam bidang penulisan dan membuka syarikat penerbitan buku - Scented Pen Sdn Bhd. Bermula dari seorang penganggur yang hanya memiliki manuskrip novel, kemudian memikat hati Lin dan seterusnya menjadi senang lenang seperti hari ini.

Dengan berpegang kepada lima perkara utama "bagaimana mahu memikat hati wanita dan menjadi kasanova tanpa gagal", dia mengawal semua gadis-gadisnya bagai maharaja mengawal empayarnya. Memegang prinsip "greed is good" - tanpa disedari sebenarnya ia bermula dari kegagalan silam di zaman sekolah - bila cintanya ditolak Sofia, seorang gadis yang sekelas dengannya yang akhirnya disailang oleh kawan baik lelaki ini sendiri.

Cerita ini juga menceritakan tentang bagaimana kejayaan lelaki ini bermula - bertemu dengan Lin di Frinjan, kemudian Lin membantu beliau dalam menguruskan dirinya, menjadi seorang yang stabil dan berjaya. Kemudian ke universiti sebelum berjaya mendapatkan segulung ijazah, sebelum menjadi seorang tutor di universiti - dari situ dia bertemu dengan Puspa, seorang pelajar dalam bidang perfileman. Dari situ bagaimana dia menggunakan imej 'snobbish' untuk memikat Puspa seorang gadis hipster yang non-conformist, lalu menjadi 'teachers pet' beliau. Dan menceritakan bagaimana dia ke simposium seni bagi membincangkan hal ehwal hala tuju seni - tapi dipenuhi hal ehwal skema, lalu melarikan diri ke booth di luar dan bertemu dengan gadis hijabster, Maisara. Dari perkenalan dia dengan Maisara, dia bertemu dengan Pak Ikmal, seorang ketua cawangan UMNO yang mahu membantu Datuk Shaari dalam pemilihan UMNO untuk Majlis Tertinggi. Pak Ikmal meminta dia untuk membantu Datuk Shaari - dia turut membantu. Tetapi - untuk memenangi hati keluarga Maisara - atau untuk cita-cita peribadi sendiri?

Pertemuan dia dengan Fitrana melalui kenalan di Indonesia, lalu menceritakan tentang pengaruh imej visual dalam masyarakat pasca moden, serta bagaimana minda masyarakat dikawal oleh televisyen, majalah hiburan dan internet serta papan-papan iklan. Menceritakan juga tentang pergolakan ideologi dan politik, pergolakan pandangan dan fikrah, juga memberitahu sedikit sebanyak teknik dan taktik dalam memikat hati makwe - walaupun hanya lima cara - dari 3.5 billion cara (ada 3.5 billion wanita seluruh dunia).

Semuanya okay kepada lelaki ini mengawal gadis-gadis dalam situasi terkawal, sehingga suatu hari tiba-tiba Sofia hadir semula dalam hidupnya. Kali ini sebagai pekerja di bawahnya. Segala amuk rasional, serta persoalan-persoalan eksistensial mula dikupas, tentang kenapa curang, kenapa setia, kenapa cinta itu yang lama telah gagal dan kenapa perasaan bergelora tiba kembali bila Sofia muncul.

Sofia, kini isteri kepada seorang Datuk terkemuka, kini hadir membawa suatu hasrat kepada lelaki ini. Perasaan lama yang tersimpan dalam diri selama ini, mampukah ia menolak segala realiti yang ada kini? Kenapa lelaki ini bermain kayu tiga dan siapakah yang dia benar-benar cinta?

Novel ini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh pemikir eksistensialis seperti Sartre [sart-r], Camus [kay-my], de Beauvoir [di bee-vuar], Dostoevsky [dos-to-yev-ski], serta penulis-penulis falsafah seperti Slavoj Zizek [sla-voj zi-zek], Mihaly Csikszentmihalyi [mee-hy cheek-sent-me-hy-ee], Niccolo Machiavelli [ni-ko-lo ma-kia-veli] serta penulis-penulis novel seperti JD Salinger [jay-dee Sa-ling-er], Chuck Palahniuk [chak-po-loh-nik], Ridhwan Saidi [ri-du-an sai-di] dan Saifullizan Tahir [sai-ful-li-zan ta-hir]. Untuk menulis novel ini memakan masa 3 bulan dan beberapa hari tanpa tidur. Mungkin kalau dikira balik bolehlah kata hampir 3 minggu tak tidur. Kalau kepala di bantal pun kepala tak tidur juga. Entah, mungkin terlalu resah dengan keupayaan sendiri.

Kadang-kadang bila stuck menulis novel ni, pernah sampai level nak mengakhiri bidang penulisan sebab tak mampu nak cabar kemahuan diri untuk menulis yang terbaik. Sampai berkata dengan diri sendiri, "kalau menulis yang kau mengaku ni passion kau pun kau tak mampu tulis sebaik apa yang aku mahukan, baik terjun PKNS Shah Alam".

By the way cerita ini sebenarnya menceritakan tentang hitam putih kelabu coklat tahi anjing kehidupan. Cerita tentang bagaimana manusia menjalani hidup dengan berpura-pura tanpa berpura-pura. (macam mana tu? Errmm, let me explain - mereka berpura-pura tanpa menyedari mereka tidak berpura-pura untuk berpura-pura, eh? Ha lebih kurang lah). Cerita bagaimana nak mengorat 5-6 orang awek walaupun sebenarnya ada 3,500,000,000 cara untuk mengorat awek sebenarnya.

Cerita ini mungkin tak seskizo "Bayang" atau tak seromantik "Awek Chuck Taylor", tapi cerita ni sekurang-kurangnya ada part skizo dan ada part romantik sebenarnya. Ada cameo dari Hafiz Awek Chuck Taylor juga, selain cameo dari Nizam Bau Semangat Anak Muda. Ada juga cameo dari Erica Micheal (@ericamicheal), Hana The Witch (@hanathewitch), Hawa Othman (@hawayou) dan encik Naim (@shujiokishima). Terima kasih kepada mereka kerana sudi mengcameokan diri dalam novel ini. Dalam novel ini juga ada mempromosi beberapa jenis makanan - walaupun tidak sesarat Rokok Nan Sebatang.

Tentang nama watak lelaki utama ini - sengaja tak diberikan nama untuk kemisterian identitinya - tapi satu je boleh bagi clue. Dia ni datang dari entah mana-mana.

Anyway buku ini sudah boleh dipre-order di Lejen Press dan akan dilancarkan pada 24 Jun 2012 di The Annexe, Central Market jam 2 petang bersama dua lagi buku lain iaitu Timid dari @hnffhshm (penulis Angus, Himself) dan Kasarnova dari @perawand. Buku mereka juga - saya jamin - memang power.

Saya berharap agar anda tolonglah support saya - dan rakan-rakan dengan membeli dan mempromosi buku ini. Sekurang-kurangnya tidur 3 minggu saya akan cover juga dengan tidur yang nyenyak. Mungkin dapat beli air-cooler agar dapat tidur nyenyak pada masa hadapan. Sejak musim panas ni susah benar nak tidur.

p/s: Buku ini ada tips-tips mengorat awek bagi yang single - tapi 5-6 cara je lah, dan tips-tips untuk mempertahankan diri dari dipermainkan lelaki bagi makwe-makwe - tapi 5-6 cara je lah. Lain tu carilah sendiri.




Cover belakang dan sinopsis pendek.

p/s lagi satu: Sebenarnya gua bayangkan mamat ni rupa dia macam Fuad penyanyi Kyoto Protocol. Tengok video ni. Kalau katakanlah novel ni jadi filem ke apa - kalau boleh nak dia ni jadi pelakon watak cerita ni kakakaka!