Isnin, April 30

jujur - maaf - menang




Holaaaaa !

Amboi lama betul tak jumpa.
Tadi aku ada twit pasal jujur dalam perhubungan. Jujur ni aku suka nak bahagikan kepada dua.

Pertama, jujur kepada pasangan.
Kedua, jujur kepada perasaan sendiri.

Meh sini aku nak habaq, kalau kita gagal berlaku jujur dengan perasaan sendiri, ada possibility untuk kita tak jujur dengan pasangan pulak nanti. Here we go !

----------

saling melengkapi.
kau dan aku jujur menjalin rasa.

Jujur kepada pasangan ni ramai orang boleh buat, tapi aku tak pasti pulak dengan jujur kepada perasaan sendiri ni. Hampa paham dak jujur kepada perasaan sendiri tu macam mana? Selalunya kalau hampa tak puas hati dengan marka hampa, ada hampa habaq kat depa apa yang hampa tak puas hati tu? Aku rasa, kebanyakannya akan membiarkan saja ia berlalu dibawa angin bayu kan? Takpe, benda kecik je. Small the pieces. Maafkan saja lah.

Kan? Gitu kan? Siapa tak ngaku ketiak dia banyak rambut !

Contoh mudah.

Marka kau suka raba raba engkau. Tapi kau tak suka. Tapi sebab sayang kau maafkan saja. Takpe lah. Raba je. Tapi lepas tu suatu hari kau ada kenal dengan satu mamat ni. Baik ya rabbi. Tak pernah nak sentuh kau. Kau mula nak compare compare kan dia dengan marka kau yang sedia ada tu. Lama lama kau mula rasa yang lelaki ni lagi best dari marka kau.

Nampak?

Tapi.. cuba lah kalau kau cakap kat marka kau dari awal.

"Jangan la raba raba. I tak suka tawwww. I menci !"

Kalau dia sayang kau, dia tak akan ulang keterlanjuran itu lagi. Kau dengan dia berhubungan macam biasa dan kau akan terus menganggap dia marka yang paling sempurna.

Get me?

----------

Satu lagi. Lelaki ni kan perangai dia selalunya gini tau. Kalau dia dah sakitkan hati kita, kadang kadang susah kita nak dapat sepatah pun kata maaf dari dia. Kadang kadang kecik hati kau tu kau pulihkan sendiri. Lepas tu kau okey. Errr.. bukan. Kau selalunya akan buat buat okey. Esoknya lelaki pun akan buat buat biasa macam lah tak ada apa apa yang berlaku semalam.

Bila kita cakap, dia akan kata tak nak drag kan masalah semalam ke hari ni. Dah okey tu dah la.

Again.
Kita kena jujur dengan perasaan kita sendiri.

Maksud aku, tak payah la kau bawak lagi pergaduhan semalam ke hari ini. Kau teruskan hubungan macam biasa, dalam pada yang sama kau cari masa yang sesuai untuk kau luahkan perasaan tak puas hati kau.

"Ayang ingat tak yang minggu lepas yang kita gaduh tu, I am expecting a simple sorry from you tau. Actually the next day to I am not really okey"

Ni contoh lah. Kau fikir la cara mana yang sesuai, intonasi macam mana yang kena gaya.

Lelaki ni kalau kita tak cakap, dia tak tahu. Dia expect semua benda yang dia buat kita boleh terima walhal tidak pun. Dalam hati kita je yang tahu.

As for you all je lelaki lelaki di luar sana...
Perempuan ni, tak susah pun kau nak pujuk. A simple sorry will make things better.
Bila dengar sorry tu, seolah olah hujan turun lebat lepas tu tiba tiba je terus berenti dan muncul matahari, lepas tu ada rama rama pulak terbang atas kepala.

Tapi tapi tapi...
Sorry kau tu pulak kalau dah selalu sangat akan jadi murah.
Jadi masing masing perbaiki diri. Saling tegur menegur. Saling mengingatkan. Saling toleransi.

Dua dua akan menang !

Kakak dah penat membebel. Tata !


Khamis, April 26

Desperado dan Sikap "Minta Member Tolong Adjas Kawan"


Satu petang ketika aku sedang minum petang sambil makan goreng sukun dan juga teh ais, aku telah dikejutkan oleh satu message dalam Facebook.

"Bro, boleh minta tolong tak?"

Gua ni kalau nak kata kaya nak tolong-tolong orang ni tak dapatlah, aku ni pun cukup makan. Ini pun dah semput-semput dah ni.

"Ha, nak apa?" balas cara yang pendek dan tak-nak-cerita-panjang.

"Aku bukan apa lah, umur aku dah nak lanjut. Aku tak ada girlfriend lagi. Aku tengok kau ni, dalam Facebook, Twitter, ramai je awek tegur kau. Cun-cun pulak tu. Aku nak ada awek jugak, tolonglah member. Pass la sorang. Aku sunyi tak ada teman."

Kata-kata ini menyebabkan aku terbazir tiga keping sukun goreng. Mati selera aku bila membaca message ini. Rasa macam nak panjat bangunan PKNS dan terjun sebanyak tujuh kali je bila member aku cakap macam tu.

OK, when I was single aku admit aku memang selalunya -- desperado. I keep thinking "life will be great if you have a companion". But it doesn't work that way, bukan cara member passing-passing.

Yes, selalunya orang yang single dan desperado memang eager nak cari girlfriend. Sampai satu tahap "tak kisahlah sesape pun asalkan aku ada awek". Come on, kau tak kisah ke bila kau main kaut je awek ended up kau sendiri tak puas hati dan rasa ini membebankan kau? Can't you have a patience a little bit more?

Desperado ini seperti Fernando Torres yang memburu jaringan gol dalam Chelsea - setelah sekian lama kau memburu - dan bila kau jaring tepat pada masanya, kena pada masanya - aku ada dengar dari fan Chelsea yang Fernando Torres bakal diangkat sebagai lagenda Chelsea. Uh, the whole point is, kalau dapat girlfriend yang kau memang suka, tatkala kau memang single dan desperado, kau akan tahu awek itu sungguh bermakna.

Bila aku single dulu, aku desperate dan hampir semua awek aku try, dan gagal. Sampai gagal paling epik pada birthday aku tahun sudah, aku stop fikir pasal awek. Sebulan lepas tu Erica pun datang. Benda akan datang dengan sendirinya. Actually, when you're single, the least you think about girlfriend, the more chances you'll get a girlfriend, berbanding dengan single dan desperado yang memburu awek dan tak kisah sesiapa pun. After all, bukan girlfriend ni kau ada harapan mahu jadikan dia sebagai isteri, tak gitu? Kau nak ke girlfriend yang tak cocok dengan kau lepas tu kau nak spend dengan dia hingga akhir hayat? Alhamdulilah lah kalau hayat kau cuma 2 tahun, kalau hayat kau panjang mahu sakit jiwa juga dapat bini yang tak masuk dengan jiwa, ye dak?

Soal awek cun - hmm, ini aku tak tahulah, tapi aku ada baca dalam Telegraph dulu bahawa jika kau mempercayai teori evolusi - kau akan faham ni - yang manusia berevolusi makin cun. Masa aku sekolah dulu jumlah awek cun tak seramai sekarang. Sekarang aku pergi sekolah menengah aku - aku rasa kadang-kala boleh terpedo juga aku. Tapi well, based on observation aku, memang awek cun makin ramai. Now, the only thing is, cun atau tak cun bukan faktor utama, yang penting ialah "plug sama yang boleh dicucuk", dalam erti kata lain, ngam. Macam aku dengan Erica, ada benda yang tak sama antara aku dengan dia (contoh dia suka Hindustan, aku suka tengok filem existentialis Eropah yang berbahasa Perancis atau Itali, dia suka doghoyan gua allergik doghoyan), tapi ada beberapa benda yang aku boleh click dengan dia. And that's a spark that can stand between both of us. Jikalaulah aku dapat girlfriend yang asyik nak membebel pasal soal ugama, pasal soal dressing, lepas tu suka tengok drama Melayu, pulak tu fan Manchester United (yang poseur pulak tu), aku boleh terjun bangunan MBSA sebanyak enam kali kau tahu?

Maka sebab itu semasa desperado inilah, kau kena cool macam Antonio Banderas, baru boleh dapat awek cun macam Salma Hayek. Dan aku paling tak suka kalau member mintak tolong member nak adjust awek, seriously, bila kau kahwin nanti kau ajak member kau sekali threesome ke dengan bini kau? Come on, masa nilah nak tunjuk kejantanan kau. Masa inilah nak membuktikan bahawa kau ni adalah sperma paling terbaik yang menewaskan sperma-sperma lain semasa kau racing berlumba untuk ke ovum. Dan mintak tolong member adalah kronisme paling lekeh - lebih lekeh dari syarikat lembu beli kondo. Lebih lekeh dari segala kronisme yang ada. Nak tackle awek pun mintak kabel, jadah apa?

Semasa aku single, aku tak pernah mintak tolong member untuk mengorat awek. Semua aku try sendiri, gagal gua belah cari lain. Ada member yang secara tak sengaja (contoh, awek yang kau nak ngorat tu member kau, situasi macam tu lah), macam tu kira okaylah. Tapi takdelah aku cakap dengan member aku tu "weh, tolonglah aku adjas awek tu untuk aku", jadah apanya macam tu.

Mungkin novel "Berahi" -  tentang kasanovanya Wan Rokok Nan Sebatang - kisah sebelum bertemu Romi - perlu diterbitkan secepat mungkin. Sebab dalam novel tu aku ada tulis teknik-teknik cara-cara nak mengorat awek, but then again, itu pun dari sudut akulah. Ada 3.5 billion perempuan dalam seluruh dunia, could it be ada 3.5 billion cara untuk mengorat awek anyway.

So, instead kau yang single tu desperate dan cuba mengorat, why not kau buat diri kau sampai ke level kau dingorat. Time tu baru kau ada kuasa untuk memilih, rather than kau just berharap kepada sesuatu yang tak pasti. Paling bangsat bila member kau sendiri yang sailang awek yang kau cinta dan kau puja tu, kehkehkeh!

Isnin, April 23

Lelaki Dan Sifat Mereka

Seperti yang korang maklum dari pengumuman di twitter @terfaktab lepas mengenai hasrat kami meningkatkan prestasi semasa penulisan, kami bercadang hendak menyerap penulis baru ke Skuad Terfaktab. Lalu, telah diadakan satu pertandingan penulisan bagi mencari 2 (DUA) penulis baru tersebut. Banyak artikel yang kami terima dari email kami iaitu creativesupport@terfaktab.com , namun hanya beberapa sahaja yang kami berpuas hati kerana kena dengan kriteria kami. Salah satunya adalah dari artikel ini;

Pengirimnya mahu merahsiakan identiti. Tak mengapa, kami memang terer simpan rahsia orang. Tak caya tanya Hellioz, salah satu writer kami tu. Apa-apa pun, enjoy this writing. Buat pemilik artikel ini, tahniah sebab anda terpilih ke 'scout-list'. Good luck for next stage ya!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalammualaikum.

Aku tak pandai menulis. Aku hanya dapat B untuk subjek BM masa SPM dulu. Aku memerlukan emosi untuk menguasai diri aku baru aku dapat meluahkan dengan baik dalam penulisan. Dan aku dah jarang menulis sebab bila aku menulis, orang selalu judge aku. Aku perli si polan tu lah, aku gaduh dengan si polan ni lah. Pastu akan ada orang yang terasa dan membuatkan aku rasa macam; 

“Heyy this is my blog, suka hati aku lah nak tulis ape pun. Hati kau sorang je ke aku kena jaga? Puii”

Itu yang membuatkan aku rasa tawar hati dan menyampah nak menulis. Dan itu juga mendorang aku untuk tidak update ape ape dalam blog dan terus mem- private blog sendiri. Tapi takpe, this time aku saja saja menulis untuk berkongsi pengalaman dan pendapat. Mungkin aku sedikit kasar, tapi please la don’t judge me based on my writing. That is just not fair at all. Ok? Dah namanya hantar artikel untuk terfaktab, haruslah ade cinta cinta ni kan? Tapi aku dah tahap kritikal ni. Terlalu setia sampai perasaan cinta dah hampir mati. Terlalu setia? Aku ni dah gila ke hape? Kah kah kah! 

*korek idung*. 

Sebab aku taktau nak tulis entry spesifik pasal apa, entry ni akan jadi entry rojak.

Memetik ayat seorang fasilitator aku semasa aku pergi berkursus pada tahun lepas, beliau selaku seorang lelaki sendiri mengakui bahawa lelaki semasa muda adalah tidak bertanggungjawab; “They’re irresponsible”. Mungkin kata kata beliau tidak menggambarkan keseluruhan lelaki but beliau sebagai wakil lelaki sendiri berkata begitu. But well, that’s not the point here. Aku bukanlah seorang extreme feminist yang akan memperjuangkan hak wanita habis habisan sambil memegang sepanduk kat Dataran Merdeka dan menjerit Takbir! Takbir! Itu bukan aku. Aku perempuan biasa dan normal yang selalunya emosi akan menjangkaui pemikiran rasional. Perempuan tak rumit. Lelaki yang malas dan effortless sahaja akan cakap perempuan rumit. Dan aku gelarkan lelaki begini adalah pemalas, bodoh dan bodoh. Sebagai seorang perempuan, aku takkan mengada atau banyak songeh atau cepat berkecil hati dengan lelaki yang aku tak sayang. Perempuan akan berkelakuan begini dengan orang yang lelaki yang dia sayang je. Kalau dia tak sayang, buat ape bazir tenaga merajuk, menangis apa bagai? Kau ingat tak penat ke? Penatlah sial. Hari-hari menjeruk perasaan dengan perangai boyfriend yang macam babi. Banyak makan babi agaknya sebab tu perangai lebih kurang.

Daripada pengalaman sendiri, orang lelaki suka cakap perempuan ni suka mengungkit. Bila kita cakap something untuk remind dia, dia cakap kita tak habis-habis nak mengungkit sampai tujuh keturunan, tak habis-habis tapi bila dia cakap, dia tak consider tu as mengungkit. Dia cakap tu nasihat. Kepala bana kau lah kan nasihat. Lelaki ni kalau dalam perhubungan selalu bersikap dominan. Atau bahasa kasarnya adalah, GILA KUASA. 

Seboleh-boleh nak menang dalam semua benda, tanak mengalah, buat salah pun tak reti nak mintak maaf, and the next day pretend like nothing happened. Aku memang pantang orang macam ni. Semalam sikit punya banyak kau maki aku, alih alih arini kau buat macam tade ape-ape berlaku. Kemain tersengih macam kerang depan aku. Ewahh handal betul kau ni? Hati kau dibuat dari besi ke ape? Bila ditanya, katanya tanak drag benda yang dah lepas. Yang dah lepas semalam tu, biarlah lepas jangan di ungkit lagi. Malas nak difikir nanti tambah merumitkan keadaan. WTF? Takde effort nak setelkan masalah yang ade, terus je nak move on dengan hari yang baru? 

Kau sila jalan terus, belok kiri dan terus pergi meninggal. 

Why don’t you try to settle it down, dari buat-buat macam takde ape berlaku? Kau ingat dengan menghambur semua amarah kau semalam, benda tu dah setel lah harini? Semuanya selesai lepas kau bangun dari tido, macam tu?

Dan aku juga sangat tidak faham dengan prinsip para jejantans yang anggap - walau pun dah ade girlfriend tapi belum berkahwin, dia boleh pergi menjalang dan menggomol seramai perempuan yang dia nak. Dia cakap girlfriend dia tak berhak untuk jeles. Girlfriend je kot. Bukannya bini. So, sukahati akulah nak kuar dengan sape sape pun. Kawan je semua tu. 

I know my limit. U know your limit? MY ASS. 

Fine lah kalau kau cakap girlfriend kau tu tak berhak jeles sebab kau bukan hak milik mutlak dia. Fine, fine. Meh sini aku bagi satu contoh; 

Katalah girlfriend kau ni nak teman kawan lelaki dia gi annual dinner, dia pun bagitau kau. Dia just bagitahu. It is not that she ask a permission from you. Pastu kau pun melenting macam perempuan meroyan sambil cakap “Hey you tu girlfriend I tau!” - Kau tu BOYFRIEND dia je kot. Bukan SUAMI. Aku tak tau nak explain cemane bagi nampak jelas situasi ni, tapi ape yang aku boleh conclude lelaki ni bila dia buat takpe, kita buat tak boleh. Bila kita jeles dia cakap; “Hekeleh u girlfriend I je kot. u tade hak atas hidup I” But when it comes to women, dia punya menyinga macam kita ni dah sah jadi isteri dia. Nampak tak? Aku bet lelaki tak nampak semua ni sebab dia sorang je rasa dia betul. Orang lain salah. Pemikiran setempat. Lambat matang.

Aku rasa orang lelaki ni memang jenis lambat dari segala segi. Lambat nak sedar ada orang sayang dia lebih dari nyawa sendiri, lambat nak bukak mata yang orang dah banyak berkorban untuk dia, lambat segala gala lah. Bila dia dah sedar, perempuan tu dah takde dah. Dah pegi kat orang lain yang lagi pandai hargai dia. Kalau perempuan tu stay, perempuan tu dah tawar hati. Masa tu barulah nak menggelabah tetek cari pompuan tu balik. Nak rebut dengan orang lain. Memang pegi jahanam lah kan. Dulu aku terhegeh hegeh kau buat buta je. Sekarang merepek tak tentu arah. U deserve it! Padan muka. Lain kali belajar hormat perasaan orang. Yang lelaki cepat bab romen je. Nampak peha pompuan, klivej pompuan cepat je nak horny. Part tu memang cepat. 

Ala, aku ni nampak peha lelaki, tade lak aku rasa horny pun. Tah mende-mende la nampak peha gebu pun nak horny. Ah lelaki. Masa belum dapat lautan api sanggup direnangi. Bila dah dapat, suruh mintak tolong jemput kat rumah pun berkira. Puiiii!! Elelele, marah lah tu aku cakap orang lelaki lambat. Aku tau dah jawapan ape yang lelaki akan bagi. “Bukan tak nampak, saja tanak tunjuk”, “Guna la common sense, takkan tu pun nak kena ajar”, dan bla bla bla. 

Ah! dan dan la nak suruh guna common sense bagai kan. Pandainya awak berkata kata. Time girlfriend kau terasa hati kau abaikan dia sikit punya lama tade pulak kau nak guna common sense diri sendiri kan? Ape tu ayat yang biasa lelaki cakap tu; “U tak cakap mana I nak tau”, “Perempuan ni complicated lah”. Common sense kau mane? Common sense hacik kau lah kan. Kau nak orang paham kau je setiap masa tapi selfish gila tak nak paham orang lain.

Dan pesanan aku untuk para lelaki, jangan lah bagi harapan kat perempuan kalau kau rasa kau setakat menanam tebu di pinggir bibir. Kau bikin ayat untuk sedapkan hati girlfriend kau je supaya dia stay. Padahal kau masih lagi mencari option lain sedangkan girlfriend kau tunggu kau macam orang bodoh. Kau layan dia macam sampah pun dia masih tunggu sebab dia pegang kat kata kata kau. Daripada kau jadi lelaki dayus dan kejam yang asyik menabur janji tapi haram satu pun tak boleh nak percaya, lepaskanlah girlfriend kau. Jangan seksa dia semata mata sebab nafsu tamak kau. Kalau kau rasa kau hotsetap dapat pancing perempuan yang sama hotsetap dengan kau, then go. Jangan jadikan girlfriend kau tu macam perempuan simpanan bila mana kau rasa bosan, terdesak atau susah baru kau datang cari dia. Jangan layan orang lain macam sampah sedangkan orang lain layan kau macam raja. If you want her to treat you well, so does she. 

Please la belajar bertanggungjawab dari masa muda. Bukan lagi 40 tahun baru nak belajar bertanggungjawab. Jangan sampai satu hari nanti perempuan yang kau sia-siakan ni berjalan bahagia berpimpin tangan dengan kawan baik kau sendiri. Who knows?

Sabtu, April 21

Trick Or Treat?

Semua orang kena puji. Setuju?

Semua orang suka pengiktirafan. Penghargaan.

Ni bukan tips tips nak mengorat awek, tapi indirectly boleh jadi tips untuk mengorat awek. Paham?

Ok lets get this shit straight.

Kalau nak buat orang rasa dihargai, cuba puji dia. jangan cuba je, buat! Puji la benda benda yang relevan. Untuk perempuan, cakap la harini dia cantik ke, sweet ke et al. Bitches love gratification. So, kalau nampak apa apa perubahan, cuba bagi pandangan positif. Boleh je nak kutuk, ikut la niat kau nak macam mana. Ni memang salah satu cara jilat bontot, tapi kalau kau dengan orang yang kau suka, kau tak rasa happy ke tengok orang yang kau suka happy?

Lelaki tak kisah sangat orang puji puji ni. Tapi percayalah. Benda ni boleh bagi semangat kat orang. Sometimes the simplest thing could be the biggest thing to somebody else.

Benda ni jugak boleh dijadikan cara untuk memujuk. Yela, perempuan kan kuat merajuk. lulz.

So, terpulang la nak trick or treat. Niat masing masing. Tapi tak salah mulut manis kat tempat yang betul. Mana tau tiba tiba kau puji stranger lepas tu kat situ jodoh kau. Kau bukannye tau kau jumpa bini kau kat mana pun. But yeah, do it courteously. Jangan jadi rempit cencorot sana cencorot sini. Cencorot pun bengang kalau kau buat macam gitu kat depa.

Ok dah.

Ciao

Rabu, April 18

The Checkmate (preview)

Source

Naja memegang kotak berbunga itu. Erat.

Pondok bas itu menjadi saksi penungguan selama tiga puluh minit dan setengah.
Siapa lagi yang ditunggu kalau bukan dia.

Akhirnya tiba susuk tubuh yang didambakan jiwa halus si Naja. Semakin lama semakin jelas kelihatan. Berbaju hitam, bersepatu sama rona.

“Maaf, lama menunggu?” tanya si empunya badan. Lelaki, umurnya tidak lebih tidak kurang Naja.

“Jadi. Seperti dijanjikan, kita main catur.” Kata Naja.

Bidak dan tir catur dikeluarkan daripada kotak berbunga tadi. Kristal putih dan hitam buatan Tanah Besar. Khaider dan Naja serentak menyusunnya di atas papan. Serentak, tanpa suara; Naja menjadi tir putih manakala Khaider, hitam.

Catur. Permainan penuh tipu daya dan samaran niat. Di mana pemain diumpan dengan ketamakan memakan tir musuh, yang acap kali terbayar dengan kehilangan tir sendiri. Peluang untuk melangkah satu petak ke hadapan disamarkan dengan ikatan perangkap bidak barisan hadapan.

---------------------------------------

Jejaka itu tunduk, sambil senyum. Ditolaknya biskop ke hadapan untuk memerangkap Naja di sisi kanan.

“Apa kata kita pertaruhkan sesuatu?”

“Ah, jadi apa yang hendak dipertaruhkan?"

“Isi hatimu.”

“Isi hatiku?

Naja ketawa. Khaider sambung lagi.

“Isi hatimu, Jaja. Awak perahsia. Awak mengajak saya ke sini bermain catur sedang ada lagi jutaan perkara boleh dilakukan di tengah hari Sabtu ini.”

“Kenapa tidak Khai? Tika orang lain boleh bermain boling dan berkaraoke, kenapa tidak kita bermain catur? Kreatif.”

“Isi hatimu. Jaja. Kalau saya menang.”

“Baiklah Khai. Dan sebaliknya juga, isi hati kamu. Boleh?”

“Boleh.”

Khaider mencuba peluang untuk ke barisan dalam raja putih dengan memakan kudanya menggunakan biskop. Ah, terlupa! Jaja telah menyiapkan Ratu di belakang kuda yang dimakan tadi. Habis ditewaskan!

Apa nak jadi, jadilah. Khaider memakan satu bidak putih dengan kuda hitamnya, meletakkan ia di kedudukan terbaik untuk memakan ratu Putih. Seperti tiada jalan lain, Jaja bertindak pantas melarikan ratu putih ke dalam kawasan kerajaan sang Hitam.

Bagus, fikir Khaider. Kini terbuka ruang luas di kerajaan Putih. Satu lagi langkah oleh kuda hitamnya ke ruang kosong itu, dan raja putih telah check.

Sangkaannya meleset! Terlupa ada satu lagi kuda putih milik Naja yang selama ini hanya sekali digerakkan. Tepat berada di kawasan serangan, kuda Hitam hilang dimakan.

Kemudian Khaider tersedar. Raja hitam terdedah luas, dengan sang ratu putih hanya empat tapak darinya.

“Oh, King’s Gambit.” Khaider mengangkat dagu dan membetulkan kedudukan.

“Ya, pergerakan yang sudah lama tidak digunakan, bukan?” Naja menguntum senyum.

Tiga langkah untuk kemenangan.

----------------------------------------

Habislah aku, fikir Khaider.

Kalau kalah, perlu meluahkan isi hati.

Perlu bercakap benar.

Dan tentunya akan ada satu soalan sahaja yang keluar dari mulut Naja.

“Apakah awak suka saya?”

Dalam hujan yang renyai, pada malam Ahad setahun yang lalu, Naja pernah meluahkan isi hatinya. Menyatakan bahawa perasaan dalam dasar jiwanya itu adalah lebih daripada sekadar teman sepermainan. Menyatakan bahawa jiwanya tersangkut dengan seorang lelaki, entah kenapa, peribadinya tertarik.

Dan entah kenapa, orang itu mestilah Khaider.

“Kenapa saya? Dalam banyak-banyak orang di sini? Awak bergurau, kan?” balas Khaider.
Dan dengan itu, dia berlalu pergi.

Meski mereka berkawan seperti biasa sejak detik itu, perkara itu tidak pernah ditimbulkan lagi selepasnya.

Mungkin hari ini harinya?
......................................................................

Selasa, April 17

Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal - Buku Kedua

Nakal tapi halal. Frasa ini dipilih bagi menjelas tentang misi skuad Terfaktab yang mahu menengahkan; seronoknya berkahwin. Seronoknya bernikah. Seronoknya lelaki dan perempuan mempunyai ikatan halal menjalinkan perjalanan cinta. Marilah bernikah, buat apa tunggu lama-lama buat dosa kering? Baik nikah, dosa kering jadi pahala barkah. Yummy yummy bak gediks-gediks kata.


Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal merupakan buku keluaran kedua dari skuad Terfaktab yang bakal memasuki pasaran pada April ini ketika permintaan buku keluaran pertama Kitab Terfaktab Definisi Cinta Infiniti turut mendapat sambutan menggalakkan dalam arena penulisan independent. Kehadiran buku kedua ini pasti memeriahkan lagi, atau menambah rasa secara total khusus kepada semua Terfaktab-Lovers yang menyokong Terfaktab hingga ke hari ini. Ye lah, sebelum ni ada orang cakap buku pertama agak nipis, tak puas, klise lah. Ha, sekarang ni amek kau. Kami bagi tebal dan karya padu yang belum tentu ada penulis lain buat kat Malaysia ni. Gasak kau lah nak baca nanti.

Dibarisi 15 pengkarya. Diketuai oleh Ketua Editor, Penulis Sahaja. Para penulis lain ialah; Bukan Penggoda, Alexia Aqram, Brader Leplep, Elena Reeney, Mr Kay, Shahirah Khairudin, The Bent Pencil, Lord Zara, Nami, Hellioz, Ulii Azman, Amoi, Sofia Nin dan Isaac Ismael. Juga terdapat Abang Borhan yang menyumbangkan tulisan pada bahagian abstrak dan Husky Pusky yang memberi idea dalam reka bentuk muka buku kali ini.

Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal kali ini diterbitkan oleh Terfaktab Media, sebuah syarikat yang menguruskan organisasi skuad Terfaktab. Buku ini akan dilancarkan pada 29 April 2012 bertempat di PWTC Kuala Lumpur bersempena Pesta Buku Antarabangsa. Di jual pada harga RM20, buku ini boleh dibeli secara online dan langsung.

Pihak Terfaktab telah menyediakan borang pre-order Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal (klik link) khas untuk sesiapa yang mahu membeli atau menempah awal buku ini. Juga memudahkan untuk para Terfaktab-Lovers yang berada jauh di mata atau kesuntukkan masa. Untuk pembelian online, tambahan RM6 untuk caj penghantaran domestik. Kalau luar negara, belakang cerita.

Bagi pembelian secara langsung (by-hand), pihak Terfaktab bakal memasarkan buku ini kepada pengedar terpilih seperti Lejen Press, Gobok Buku dan Projek Rabak bagi memudahkan para pembeli membelinya. Tambahan itu, para pembeli juga boleh membeli terus dari para pengkarya Terfaktab. Seperti misalnya, membeli Kitab Terfaktab Nakal Tetapi Halal dengan Penulis Sahaja bagi pembeli di Shah Alam, membeli dengan Alexia Aqram di Pulau Pinang, membeli dengan Brader Leplep di Kuantan, dengan Isaac Ismael di Johor Bahru, atau membeli dengan Sofia Nin di Singapura dan ramai lagi. Pasti ia lebih happening dan membina satu hubungan yang baik antara penulis dan pembaca. Kan kan?

Akhir kata, jangan terlepas peluang untuk memiliki Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal. Pasti power sepower shooting power di era! Sempoii baq ang!

Antara garisan



1) Semalam di pusat membeli belah...

Seorang perempuan gaya gaya moden, berskirt pendek paras paha.
Berjalan dengan lelaki tinggi lampai hitam manis elok rupa.
Sesekali kedengaran ketawa manja gadis, di usik jejaka agaknya.

Ada yang pandang saja, ada juga yang terteleng muka sambil mengata.

Apalah bala, moral anak anak kita sudah entah ke mana.
Bercinta berkasih di khalayak sudah jadi norma.
Pakainya pula entah serupa apa.

2) Semalam di pusat membeli belah..

Seorang perempuan bertudung berjalan berdua.
Jemari mulus digenggam erat oleh jejaka.
Dipaut pula pinggang si dara, biar lebih intim agaknya.

Terdengar bisik bisik seorang lelaki tua.
Apakah celaka dunia semasa.
Sudah elok bertutup, tapi perangai entah serupa apa.

-----------------

Kalian tahu? Kita boleh berubah kerana cinta.

Yang kita nampak pakainya moden mengikut arus semasa, yang kita fikir akhlaknya entah di mana level, yang terbentang di depan mata akan lepas laku perangainya.. Itu semua, sifatnya tidak lama. Manusia berubah. Manusia mampu berubah. Manusia akan berubah kalau dia benar benar mahu berubah, dan manusia akan berubah bila ada yang menjadi tali untuk dia pegang, untuk dia berpaut, untuk dijadi pemandu arah di sepanjang perjalannya.

Kadang kadang kita terlalu prejudis dalam menilai manusia. Kadang kadang kita terlalu berbangga dengan baiknya laku kita.

Bila sudah berubah, masuk pula cerita lain.
Dipersoal pula akan berubahnya dia kerana apa.
Berubah kerana lelaki yang dicinta? Sampai bila? Akankah bertahan lama? Bukan kita sepatutnya berubah kerana tuhan?

Funny.

Apa berdosa bila cinta berjaya merubah manusia?
Apa berdosa bila baiknya kita didorong manusia?
Apa berdosa bila hijrah kita bertitik tolak dari cinta kepada manusia?

-----------------

Kita boleh berubah kerana cinta.

Yang teguh menegakan prinsip kerana agama, tertewas jua di tangan jejaka.
Yang lantang menyuarakan halal haram segala, kalah jua dengan bujukan cinta.
Yang menutup setiap inci anggota, ternoda jua diulit panahan asmara.

Cinta akan jadi bermakna kalau kena akan letak tempatnya.
Cinta akan jadi istimewa bila kita tahu ke mana arah yang hendak dibawa.
Cinta akan lebih membahagiakan bila diarahkan menuju ke jalanNya.

Cinta ni, macam acuan kuih.
Terpulanglah pada kita hendak terap corak apa.









Sabtu, April 14

Entri gaya brader-brader.

Sejuk-sejuk malam ni, dengan demam panas dan tisu tepi kompite ni sedak gak kalau gua pi pekena teh O panas segelas. Sebenarnya gua mengidam jagung panas corn in the cup jugak, tapi apakan daya untuk memecah hegemoni mamak kapitalis gua gagahkan juga duduk rumah.

Dalam mengidam makanan persis mak buyung ada jugak gua teringatkan kisah dijaman gua praktikal dulu. Gua praktikal bukan calang-calang, kat kilang kat Melakau wa cakap lu. Duduk pulak kat Paya Datok sebab nak jimat uang. Tapi syoknya duduk Alor Gajah ni, rumah teres dia sedak luas macam rumah teres 200k kat KL, tapi bayar tak sampai RM 200 sebulan. Dengan suasana segar dan panas macamtu, tak hairanlah kalau gua sihat dan kuat mengalahkan Boyan Hodak. Eh gua main petik je nama tu.

Apa-apapun nak dijadikan cerita satu malam ni gua dengar bising dekat rumah sebelah. Gua jenguklah luar tingkap, ada satu gerai kecik depan rumah jiran gua si Pak Leman tu. Sebenarnya gua tak ingat pun apa nama pakcik tu tapi gua memang panggil dia Leman sebab dia pakai Lebai. Tapi kalau panggil Lebai nanti Lebai betul masjid depan tu cepuk gua pulak.

"Psst, psst Wan! Ada orang jual la dekat rumah Pak Leman!" gua jerit pada member gua wan yang sedak layan Slot Akasia sepam. Wan laju je bangun mengintai rumah sebelah. Dah macam gaya makcik-makcik kami berdua ni. Ala dah duduk kampung memang secara tak langsung terasimilasilah budaya kampung seperti menjenguk tingkap dan mengumpat tepi pagar sambil bertukar juadah dengan makcik sobolah. Tapi kami jenguk-jenguk pun rumah sebelah tak nampak pula Pak Lemannya. Nak tanya makcik sobolah dia dah lama tidur.

"Eh, ada budak-budak perempuan. Aku tengok macam jual jagung." Wan walaupun mata sepet ketajaman mata dia 40/20, hebak betei. Gua nampak kelam-kelam kelabu je depan tu. Tapi Wan katanya nampak tiga anak gadis jual makanan goreng-goreng dan jagung rebus. Dengan yakinnya dia ajak aku keluar pergi cekidaut minah-minah tu.

"Kami bertiga ni, anak sedara Pak Leman, duk sini sebab cuti semester. Saja-saja nak berniaga depan rumah cari duit poket," gitulah kata tiga anak gadis tu. Gua perati bebetul. Mata comel. Putih-putih, kurus, berbaju long sleeve dan seluar sukan, memang menutup aurat dan manis hendaknya. Ye la, menutup aurat. Sebab jiran gua yang lain boleh bantai spaghetti strap dan short pendek pergi jalan-jalan keliling taman. Tu baru duk Alor Gajah, kalau duduk KL gua tak tau dia pakai apa. Ke tak pakai takpe? Kah kah kah!

Lepas gua cekidaut awek-awek tu, gua pandang barang jualan dia. Tak ada yang menarik sebenarnya. Tapi Wan dah push-push gua beli jagung. "Jagung rebus ah jom, dah lama tak makan jagung." Gegadis tu pulak dah tengok gua penuh pengharapan. Mana taknya gua kastemer pertama diorang malam tu. Kalau tak dapat untung malam ni siapa la nak kasi makan anak-anak kucing diorang. "Belilah, belilah, sedap ni," pujuk gegadis lagi. Gua dah tak sampai hati.

"OK ah Wan. Jom amik dua tiga batang jagung." aku cakap pada Wan. "Yeah! Terima kaseyyy..." budak-budak tu meloncat gembira. Diorang kutip beberapa batang, masukkan dalam plastik dan hulur pada Wan. Wan hulur duit kepingan biru dan masukkan baki diterimanya dalam poket.

Hamsap kan gua ni? Gua yang order, Wan pulak yang kena bayar. Kahkah!

Balik rumah, kami tutup pintu dan terus dengan rakusnya mentekdarah plastik tu seperti rakun gersang. Dah mula terbayang-bayang rasa manis jagung rebus dengan lapisan mentega cair masin-masin sikit, peh! Bahagia. Gua ambil satu batang, Wan satu batang, lalu kami ngap....dan berpandangan sesama sendiri.

Tak sedap langsung.

________________________________________________________________

Dekat seminggu jugaklah kami tak sebut pasal jagung rebus tu. Kami rela tunggu pasar malam hari Ahad untuk beli corn in the cup buatan makcik-makcik dan pakcik-pakcik di Masjid Tanah atau burger dekat Dataran Keris tu. Biar tua kerepotan asal rasanya kesedapan. Tapi kan, entah kenapa, makin lama makin riuh pulak gerai rumah Pak Leman tu. Ramai kastemer nampaknya.

"Zi, jom ah beli jagung," kata Wan suatu malam. Dia pandang gua gua pandang dia. Dua-dua perut dah drumroll tapi malas nak start motor/ kereta nak keluar mengeteh. Tapi gua tau beli masakan awek-awek tu, rasa dia tak inzal langsung. Macam makan palet friskies kerasnya.

"Tak pe ah, kita ada steamer, kita rebus dan letak butter sendiri. Jagung je kita takde," pujuk Wan.  Oraitlah. Lagipun, gua ni jiwa suci jugak time tu, berperasangka baik; kot-kot awek ni dah improve resipi dia kasi lagi manis dari muka diorang. Tu pasal kot ramai orang sekarang.

Gua keluar pergi beli kali ni. Gua tengok banyak basikal bersidai depan rumah gua sampailah ke rumah Pak Leman. Peh. Orang pun ramai. Remaja-remaja semuanya. Peh. Tak tahu pulak ramai remaja lelaki dekat kampung ni. Mungkin orang kampung sebelah pun mai jugak. Gua beli. Gua bertapak balik rumah. Time tu, gua terperasan beberapa orang mat BMX dengan topi tinggi ala Missy Elliot (time tu takde Justin Bieber, harap maklum) sedang bersidai dekat longkang rumah gua. Muka masing-masing ketat macam nak minta penampar.

"Woh, engko jangan potong line aku ah, si kakak dia tu aku punya."
"Weyh ni kawasan aku OK, kau cakap besar apasal."
"Ah, kau berani sangat nak cari pasal dengan aku, kau siaplah."
"Macam aku takut. Aku panggil geng ah, kita setel sini jugak."

Gua tengok bebudak ni. Umur macam 13-15 baru. Dah bergaduh rebut makwe kalah abang-abang. Kerja rumah Matematik dah siapkan ke belum? Kasut dah kapur ke belum? Buku teks dah balut ke belum? Kangkang luas depan gua tapi punai pun tak nampak, ada hati nak rebut kawasan. Gaduh depan rumah gua pulak tu. Sekali gua reverse Satria tu ke BMX lu, menangis macam baby jugak.

Gua pandang sekilas pada awek-awek depan rumah Pak Leman tu. Masih melayan mesra pelanggan lelaki yang datang, siap gurau senda gelak-gelak lagi. Mana dia ambik pot geng yang tengah bertekak tepi longkang rumah gua ni. Padan muka engkorang. Awek tu tak tau pun kewujudan korang, tapi korang dah berebut macam konpem tu bini korang.

Haish budak-budak baru nak up.

Gua balik rumah dan hulur jagung tu ke Wan untuk dijamah. Tapi lepas dirasa, dia menggeleng, dan buka steamer untuk merebus.

Ciskek, masih lagi tak sedap.

Jumaat, April 13

Cemas menanti jodoh.

Tadi petang gua terserempak dengan satu pasangan paling tak dijangka kat sebuah shopping complex. Pasangan ni merupakan rakan sekolah gua dulu. Yang makwenya ialah perempuan paling hot di sekolah gua dulu. Sebut je nama dia, siapa yang tak terpikat? Budak kuat ponteng sekolah, budak bodek angkat buku cikgu, budak baca doa, pengawas sekolah, pengawas library, atlit sekolah, puaka sekolah, jaga sekolah, cikgu, pengetua semua tus air liur kalau nampak dia.

Yang pakwenya pulak ialah budak paling loser kat sekolah gua dulu. Dia punya loser kalau gua nak ceritakan memang berlinang air mata gua. Cukuplah gua katakan budak lelaki ni dulu masa tingkatan lima pun mati-mati ingat perempuan bersalin melalui pusat. Amboi, kalau baby keluar ikut pusat, entah macammanalah gayanya kaum wanita nak meneran time bersalin ye dak?

Gua buat-buat steady bila pasangan ni tadi serah kad kahwin diaorang ke gua, hujung bulan ni kenduri. Sebagai seorang melayu, gua anggap makwe ni tadi dah kena bomoh dengan budak loser ni untuk sedapkan hati gua sendiri. Apa gila pasangan camni pun wujud?

Tapi bila gua pikir-pikir, itu yang menariknya tentang jodoh. Jodoh ni misteri, penuh dengan surprise dan tak boleh dipaksa-paksa. Ciri-ciri suami idaman, sifat-sifat isteri impian memang boleh dibakulsampahkan kalau jodoh tu datang dalam bentuk orang yang kita tak pernah jangka. Yela, bajet boleh dapat isteri macam Cameron Diaz, tetiba dapat isteri macam Hamidah Wahab. Siapa boleh tahu kan?

Kita cuma mampu merancang, memilih, menapis siapa bakal pasangan kita nanti tapi pada akhirnya nanti Allah jualah yang akan menentukan jalan yang kita akan lalui. Adakah kita akan menerima jodoh apa adanya atau kita lebih senang mengelak jodoh sehingga waktu memakan kita?


Oh ye, tak puas hati punya pasal. Kad kahwin diaorang gua letak dalam peti surat pejabat pos.

Rabu, April 11

Maybe... Si Dia Dah Tak Ada Perasaan Sayang.

Assalamualaikum.



Korang selalu tertanya-tanya pasal perasaan Si Dia? Selalu menangis di dalam tandas ketika mandi bila Si Dia tak layan? Selalu menangis di bawah bantal sebelum tidur sebab Si Dia dah macam berubah? Well, adakah Si Dia masih sayangkan korang? Patutkah korang dump dia sebelum dia dump korang.

1. Korang nak pergi lepak-lepak dengan kawan lelaki yang korang baru kenal. Apa reaksi Kekasih korang?
a) Membenarkan sambil suruh have fun. Maklum lah, dah percaya sangat.
b) Membenarkan tetapi dari cara percakapan, dia macam tidak setuju. Tapi apa yang dia boleh buat, tak ada hak sebagai suami untuk halang.
c) Jangan harap ar nak kasi keluar. Kalau nak kuar, kena ajak dia sekali.

2. Teman lelaki / Tunang korang ada ramai kawan lelaki dan kawan perempuan. Tapi…
a)Teman lelaki korang amat jarang bercakap tentang korang kat kawan-kawan dia.
b)Kawan-kawan teman lelaki korang tak tahu pun yang korang ni wujud. Gila ah.
c)Dia akan cuba hide korang dari kawan-kawan dia.

3. Teman lelaki / tunang suka main game (Dota mostly) dan dia biasanya…
a) Jangan harap ah dia akan jawab call korang masa dia tengah gangbang dalam DoTA. Pastu cakap handphone di silent. Penipu. Dasar lelaki.
b) Dia akan berhenti main game semata-mata untuk mengucapkan good night kepada korang. Romantiknya. Dasar Mr. K.
c) Setiap kali korang call, korang mendapat status “Waiting”. Nak-nak bila tengah malam.

P/S : Option "b)" is not the only correct answer for the question above. 

4. Bila keluar dengan korang, teman lelaki / tunang korang…
a) Akan puji perempuan comel lagi wangi yang ada di hadapan korang dengan harapan korang akan jealous. Kalau Mak korang ikut sekali pun, dia relak je nak buat korang jealous.
b) Teman lelaki korang macam nak tak nak je keluarkan duit untuk korang. Nak beli something untuk korang pun berkira.
c) Cuba untuk curi-curi pandang perempuan lain. Tapi bila kantoi, menggelabah tak nak mengaku. Tak malu.

5. Bila korang bergaduh dengan teman lelaki / tunang korang, dia akan….
a) Dia akan diam je sambil baca Kitab Terfaktab bila korang dok bebel. Biar korang rasa macam bebel dengan kayu.
b) Dia akan marah balik. 10 kali korang marah. 10 kali dia balas.
c) Pukul korang sampai lebam-lebam. Selepas tu maki-maki. And then selepas dah reda, dia akan melutut meminta maaf dengan romantiknya. Pastu, esok pukul lagi.


*****



Sebenarnya, entry ni adalah amat panjang. Setiap point jawapan a, b dan c aku siap tulis dengan explanation lagi. Tapi, aku tak boleh siarkan kat sini sebab ini adalah article asal untuk Kitab Terfaktab #2 yang aku tulis.

So, sorry to say cute girls and cute boys sekalian. Aku tahu bunyinya agak kejam, tapi the only way untuk korang tahu jawapan, markah dan explanation untuk setiap jawapan untuk soalan-soalan di atas adalah dengan mendapatkan Kitab Terfaktab #2 : Nakal Tapi Halal (Klik sini untuk tempahan). Hihi.

P/S : Feel free to answer those questions. Maybe aku akan kasi sikit hint based on your answer di ruangan komen. Have a nice day. ;)

Selasa, April 10

Sebuah Tips Dari Abang Aqram Kepada Saudara-Saudara Sekalian.

Saudara-saudara sekalian. Aku ingin berpesan kepada saudara-saudara sekalian. Kalau kita hendak tunjuk gentleman atau hero, biarlah bertempat. Atau lebih tepat, biarlah kena dengan kudrat. Sebab aku nak cerita satu situasi yang mungkin saudara-saudara boleh aplikasi di lain hari.

Saudara-saudara kalau sedang memandu. Syok punya syok tengah memandu sambil layan lagu The Smiths - Please please please, let me get I want, sebab saudara baru kehilangan cinta atau sedang mengenangkan kisah-kisah lama yang tak dapat saudara teruskan. Tiba-tiba saudara-saudara sekalian nampak kereta berhenti tepi jalan lebih kurang satu kilometer dari kereta saudara. Saudara-saudara sekalian secara pantas membulatkan mata apabila melihat kereta yang berhenti di tepi jalan itu ropa-ropanya tayar pancit.

Yang menyebabkan saudara-saudara membulatkan mata sebab kereta itu dibawa atau yang sedang berdiri sambil buat muka cemas minta tolong ialah seorang perempuan yang cantik dan hot. Memakai skirt paras lutut, shades wayfarer, rambut lurus, putih gebu serupa tepung kastard, bentuk muka dah sebiji Ramona Azween yang jadi model iklan Maxis sambil ada tiga orang meluncur guna papan selaju. Ha, memang Ramona Azween pun yang sedang melambai kereta saudara. Sebiji macam iklan Maxis tu.

500 meter makin dekat. Sah! Memang lawa. Memang Ramona Azween (misalnya lah). Ada can. Kata hati saudara-saudara sekalian. Saudara dah fikir dah, kalau saudara tolong saudari Ramona Azween yang keretanya pancit di tepi jalan. Mesti paling tidak, dengan modal ayat manis dan wajah bak Fizz Fairuz saudara itu, saudari Ramona Azween pasti dalam genggaman saudara-saudara sekalian. Paling tidak pun, nombor telefon mahupun akaun twitter dan accept friends di facebook. Bukan senang tu saudara. Takpe, aku faham.

Saudara juga dah berfikir. Mula-mula berhentikan kereta. Keluar pintu kereta, buat muka macho-macho monyet sambil menyapa 'pancit ke?' (padahal dah nampak 500meter tadi, saja gelabah tanya lagi), lantas saudara mendekati saudari Ramona dan mengatakan saudara boleh menolong. Saudari Ramona lantas membuat muka manja-terima kasih-panas gila-bagus juga ada kau boleh tolong kepada saudara. 

Saudara dengan sekali lagi gaya cool bagai perwira yang gagah pada tengahari tanpa peduli ketiak akan becak kejap lagi. Mengambil jek kereta dan T tyre-opener. Saudara letak jek bawah tulang tepi kereta, saudara pusing dan kereta terangkat. Selesai itu, saudara mulakan aktiviti memerah kudrat untuk membuka bal atau nat tayar yang melekat pada sport-rim. Nat pertama saudara cuba memusingkannya dengan T tyre-opener. Saudara pulas. Tak boleh. Saudara tambah lagi daya. Pulas. Tak boleh. Saudara pulas, pulas, dan pulas sambil mengerang 'Arhhhhh'. Tak jugak boleh bukak. Kemudian saudara geram, saudara guna kaki, pijak T tyre-opener tersebut. Tetap juga tak boleh buka. 

Ketiak dah becak. 20 minit berlalu. Saudari Ramona Azween memerhatikan saudara. Lalu dia berkata;

"Tak kuat ke?'

Saudara tertunduk malu sambil mengatakan. Cibai punya tayar!



STOP.

Sebenarnya saudara, sebelum saudara-saudara menolong saudari Ramona. Aku ingin mengingatkan. Atau aku ingin memberi pendapat, nasihat dan petua tak kena musibat. 500 meter sebelum saudara hendak menolong saudari Ramona, pastikan saudara mengenal pasti kereta apa yang saudari Ramona (atau selepas ini mana-mana perempuan lain kalau saudara jumpa) itu pakai. Adakah saudari Ramona menggunakan kereta buatan Asia seperti Proton? Toyota? ataupun Honda? Kalau saudari Ramona menggunakan kereta buatan Asia. Yes, you can proceed to stop your car and help her. Tapi saudara-saudara sekalian, kes yang terjadi yang aku ceritakan tadi, sebab saudari Ramona menggunakan kereta BMW 3 Series tahun 2011. 

Tahukah saudara-saudara sekalian, kereta-kereta mahal buatan Eropah selalunya seperti BMW dan Mercedez-Benz, bal atau nat tayar mereka adalah nat khas yang selalu ada rust pada nat tersebut kerana jarang dibuka. Masakan saudara boleh membuka skru/nat yang berkarat ye dak? Selalunya saudara-saudara sekalian, kereta-kereta mahal tersebut menggunakan pneumatic tyre-opener untuk membuka tayar. Jadi, memang kerja bangang jugalah kalau saudara memerah kudrat dua belah tangan untuk membuka tayar tersebut. Hatta kalau saudara dukung saudari Ramona tadi dan sambil dukung, sambil itu saudara lompat ke atas T tyre-opener sekalipun, tetap juga nat/bal itu tak boleh dibuka. Percayalah. Walaupun teori dukung itu tadi adalah imaganisi liar semata.

Maka dengan itu saudara-saudara sekalian, berbijaklah dalam menolong perempuan yang pancit tayarnya. Ingat, kalau kereta Proton, Perodua, Toyota dan Honda tak mengapa. Kalau kereta BMW atau Benz, baik saudara sambung dengar lagu The Smiths itu tadi dan teruskan perjalanan tak payah berhenti. Kalau nak berhenti jugak, good luck aku ucapkan. Tayar tak boleh buka, nombor telefon tak dapat, accept friends entah ke mana. Ramona Azween aku yang sebat. Hehehe...

Chalo asalamualaikom!

Isnin, April 9

Adik Angkat - Another Form of Unrequited Love?



Malam tadi lepas habis teater, aku balik rumah dan aku tak tahu nak buat apa, tiba-tiba aku terjumpa beberapa artifak lama aku, masa aku masa di sekolah Tingkatan enam dulu. Aku terkenang dengan beberapa orang adik angkat masa aku dulu-dulu.

Entah, sebenarnya aku tak pernah faham apa itu adik angkat. Aku pernah ada adik angkat - tapi aku tak pernah faham konsepnya. Pada masa itu, aku ada adik angkat sebab bandwagoncy - orang ada aku pun nak ada. Macam sesetengah orang - orang ada couple dia pun nak ada couple, so konseptual kepada apa dan kenapa dibuat tu tak pernah cuba difaham. Ada yang kata nak nampak hip dan trendy, ada yang kata nak nampak normal, ada yang kata nak jadi macam semua orang, hakikatnya semua orang pun tak faham apa yang mereka buat.

Menurut ex aku Ez - definisi adik angkat (bagi lelaki) atau abang angkat (bagi perempuan) ialah seseorang yang ingin dicinta tetapi gagal untuk dinaiktaraf menjadi boyfriend/girlfriend. Tapi aku bercakap dengan dia, dia sendiri pun ada adik angkat juga - dia kata, adik angkat (bagi perempuan) atau kakak angkat (bagi lelaki) adalah mempunyai nilai yang berbeza, mempunyai nilai tanggungjawab. Cheh, bullshit. Umur bukan faktor couple ke apa. Aku sendiri pernah ada kakak angkat. Aku sendiri pernah ada adik angkat. Tapi aku tak pernah ada abang angkat - entah, somehow orang yang lebih tua aku lebih selesa menganggap sebagai member je kalau lelaki.

Tapi memang betullah sikit, sikitlah - aku ada crush dengan adik angkat aku - semua. Even adik angkat aku sorang tu pun dia tau. Tapi ada sampai satu tahap, kau tak tahu hubungan kau ni difriendzonedkan ke, diadikberadikkan ke, atau dicintakan? Sebab kalau hubungan ini difriendzonedkan, kau takkan nak call hari-hari dan bercakap berjam-jam lamanya, misalnya. Kalau diadikberadikkan, mustahil - sebab aku dengan adik-beradik aku selalu bergocoh. Berbabi-babi dan mencarut-carut adalah lumrah biasa adik beradik. Mana ada adik beradik yang cakap dengan nada desibel rendah dan bermesra-mesraan. Tapi kalau bercinta, kenapa tak boleh bersatu?

Atas kekeliruan ini, aku terfaktab dalam hubungan ini. Aku dah ada awek back then, tapi sebab dah terlampau rapat dengan adik angkat ni, segala masalah dan perasaan dikongsi, manakala awek aku dulu tu back then tersangat busy dan jarang bercakap dengan aku, lama-lama aku fall dengan adik angkat aku.

It's awkward, you fall in love with someone that you called "adik". Memang awkward.

Aku ada 4 orang adik angkat sepanjang kehidupan aku, dan satu kakak angkat. Empat orang adik angkat aku tu namanya Aelisha, Farhana, Nadirah dan Sherina Ellyana(which berjaya dinaiktaraf menjadi girlfriend), dan seorang kakak angkat bernama Sharina(spelling dia lain). Setiap kali bila adik angkat aku ni berpakwe aku jadi emo lain macam, walhal tak ada relationship pun sebenarnya pun. Aku tak faham. Aku rasa macam nak hanggul-hanggul kepala aku dengan membetulkan korteks serebrum aku agar berfikir secara rasional dan bukannya emosional. Kecuali Sherina Ellyana(dia ni tak pernah ada boyfriend sebelum aku), yang lain semua pernah buat jiwa dan raga aku jadi kacau walhal patutnya tak ada benda.

Entah, lepas berlaku terfaktabnya relationship adik angkat dengan mereka ni, ada yang dah pindah lost contact, ada yang jadi girlfriend (eventually meninggal dunia), aku dah tak ada lagi dah adik angkat. Entah, mungkin aku sendiri dah tua dan merasakan benda ini sangat poyo. Ya, entahlah, sampai sekarang aku tak boleh nak define orang yang ada adik angkat atau abang angkat ni untuk apa, kalau ada adik sendiri tapi tak sayang pun tak guna juga, ye dak?

Akhirnya aku accept, seperti Romi dan Bunga Ramona dalam blovel "Rokok Nan Sebatang"  - hubungan yang difriendzonedkan memang perit untuk diterima, terutamanya kena cockblocked dengan member sendiri. Macam adik angkat aku tu, ada juga yang bercouple dengan member aku. Rasa macam sakit je hati, tapi aku tak boleh marah. Macam celaka.

Pada akhirnya, sayangilah adik sendiri sebelum nak beradik angkat. Kalau tak, sakit jiwa. Kalau tak ada adik, suruhlah mak ayah "adakan" adik baru. Papai.

Sabtu, April 7

trust.


"Trust exists only when doubts and secrets come to an extinction"

Tergantung orang;
Percaya itu mungkin bukan hal yang sulit
tapi untuk dirinya percaya lagi 
saat percaya pertamanya direnggut
itu bakalan lebih sulit buat dirinya 
dan juga buat orang lain 
yang keinginan mereka untuk dipercaya
salahnya bukan untuk ke siapa siapa
tapi karena asal kamu tau;

"Once trust is broken, it takes double, probably triple or more layers after one can trust another person/thing again."


PS: Diambil dari puisiberantakan. Ada rasa perlu untuk berbagi ini dengan kalian :)

Khamis, April 5

friendzone, babak #2.


Tika panas membahang tengahari tadi, macam biasalah, saya keluar ke mamak. Lepak dengan member ex-sekolah. Bukan apa, tu mamak depan sekolah, nak ambil kembali feeling-feeling kenangan sekolah dulu. Makan lauk sama yang dimakan masa sekolah menengah--nasi ayam di kiosk kecil tepi mamak tulah. Eh berapa kali saya sebut perkataan "sekolah" tadi?

Ah, dalam borak-borak tu ada la tersentuh pasal Friendzone. Maklumlah borak pasal zaman sekolah, tentunya cinta zaman sekolah.

"Aku syok kat dia...tapi dia layan aku ada takde je. Pastu dah ada pakwe, harap aku masih berkawan dengan dia...tuih!"

Saya menyengih. Eh yang kita ni dedua ni pun laki pempuan; asyik lepak sesama, tweet sesama, chat sesama, pi balik event pun sesama, tapi langsung tak ada sesi ngorat-ngorat, hari-hari berdebat siap mencarut-marut sesama sendiri lagi, er, bukan awak pun dah memfriendzone kan saya ke? Haha!

"Taste aku orang yang er...gebu sikit."

Saya tengok badan sendiri yang kerempeng kalah leplep dan kecik kalah Disney. Em. sah le tu. Friendzone.

Tapi honestly, friendzone tu memang best.

Ya, jujur cakap--it's quite good. Jujurnya, friendzone ni tidaklah seburuk yang dinukilkan dalam cerpen-cerpen cinta gagal mahupun biovel blogger termasyhur *koff, koff, Nami*.

Jujur cakap, cinta tu penat. Jujur cakap, saya pun sudah tua. Jujur cakap, apa barang cintan-cintun berkapel-kapel ni, baik kahwin terus. Yalah, dalam nak memikat orang, cukup banyak tenaga kita laburkan. Tabur emosi dan kasih sayang dekat orang yang belum tentu nak balas balik, tak ke penat? Awal-awal seronok la, tapi satu tahap tu penat jugak emosi tu. Lagi-lagi bila emosi kita pulak terabai dek krisis dua hati.

Ya lah, pada satu tahap kita penat dengan cinta. Lagi-lagi asyik gagal macam saya (blergh). Pada satu tahap kita tak perlukan kekasih. Kita perlukan kawan.

Tu la yang best pasal friendzone sebenarnya--seseorang yang totally tak hengennn kat kamu; tapi still boleh lepak-lepak kongsi cerita. Dia cerita pasal kekasih dia ke saya. Saya pula cerita pasal kekasih saya (atau bakal-bakal kekasih gagal, tersungkur di tengah jalan) ke dia. Kami nasihat sesama sendiri. Kami berdebat sesama sendiri. Dan pada benda-benda yang mungkin kekasih tak berani nak tegur sebab nak jaga hati, seorang sahabat boleh direct laser tembak teguran tu tanpa rasa takut. Heh. Dan bak kata encik Hellioz, berkawan dengan orang lain jantina ni memberi kita perspektif baru. Eh bila dia cakap? Oh lupa, Kitab #2 belum keluar lagi. Kitorg je dah baca dulu. Hueheuheu.

Tak pasti macam mana nak explain, tapi persahabatan ala friendzone ni sebenarnya memenuhi satu ruang kosong dalam hati--yang tak boleh difullfill oleh kekasih atau kerja malahan pun, famili. Ada sesuatu pada persahabatan yang membuktikan bahawa manusia tu adalah makhluk yang memerlukan aktiviti bersosial. Buktinya? Cuba sehari tak bercakap dengan member. Gila tak jadinya?

Manusia boleh hidup tanpa bercinta tetapi sukar hidup tanpa berkawan. Mungkin itu juga antara sebab saya tak ada feeling nak berkapel daripada zaman sekolah menengah dulu sampailah masuk U. Sebab ada kawan di sisi dua puluh empat jam. Emosi dan perasaan terjaga sokmo. Apa barang pakwe-makwe SMS comel, gayut dekat telefon, beli couple tees bagai ye dak? Pekena teh tarik dan bubur kacang petang-petang hujan sambil borak politik lebih feel, tahu. Jadi begitulah adanya. Kalau saya terjumpa kawan lain jantina, tapi elok perangai, sesuai sekepala, pada saya, tak semestinya kita kena mengorat. Walaupun tertarik.

Tapi ada yang akan kata "ala cinta tu tak boleh dipaksa, kalau suka macamana?"
Well, percayalah pada konsep jodoh. Soulmate. Ada satu orang yang memang terjodoh untuk kita. Kalau betul member tu dia--I mean, lepas thorough analysis, risik-merisik, stalking (ehem, ini part gua memang terel u kno) serta solat istikharah bagai dan dia memang jodoh kamu--ha, pergilah takel. Tapi untuk populasi manusia selebihnya--kalau dia bukan jodoh-material, perlu ke nak takel flirt bagai?

Simpan jadi member sudah. Takkanlah semua makwe/pakwe hotsetap depan mata kita nak sebat.

Dah tua-tua bangka, matang begini, bezakanlah antara nafsu dan betul-betul cinta. Kalau cinta, layanlah. Kalau sekadar nafsu, tolak je tepi. Kita bukan haiwan primitif , di mana kita hayat kita ni cuma untuk nafsu makan, minum dan mengawan. Sebab itulah saya kurang kecil hati kalau kena friendzone (ok adalah sikit tapi takde la meroyan sangat sampai nak berguling-guling Hindustan turun Genting Highlands). Mungkin dia ditakdirkan untuk jadi member.

Friendship is good. Don't crap it up by falling in love.

Oh itulah saja saya nak tulis. Err, nak letak lirik lagu lama lah, ala-ala Nami. Meh layan lirik dia.

Sangat berkaitan.


Assalamualaikum!

Isnin, April 2

The Ballad of Mr Nice Guy.


Here ye, here ye, one and all!
To listen or dispute, it's either your call,
For this is a man's story, i can rather recall
Who felt heartbreak and pain, and still walking tall.

Mr nice guy, was his name,
but being mr nice guy--who'd thought it would be so lame!
For the curse of mr nice guy, would mean the same,
Whenever he searches for love, true ones will hardly came.

We began our story, at the school,
Where being nice and nerdy was never cool.
Sure, pretty girls come by, and he'd silently drool,
But they use him for favors, and treat him like a fool.

We came to college years, where girls are wiser.
But finding a love interest, is never getting easier.
Along came a bubbly one, and he thought "It'll be her!"
But little did he know, she was a golddigger.


One day she came and asked for a PC repair,
He’d turn her down, but she had him at the flip of her hair,
Pretty soon from favors, he was caught in her flair,
His one sided love, had became a banter.

Then days go by but she's still around,
She'd ask for more favors, like accompany her to town,
Or bring her to concerts, pay for drinks, too numerous to count
Tasks and gifts bought, as if he had cash abound,

But as weeks go by, the love for her….increased ten-fold.

One day, he can't stand it, he told her the truth,
That beyond his cool exteriors he was swooned,
But oh my, oh dear my, that was his doom,
There comes her jeer, he's branded the buffoon.



‘Twas a sad day for nice guys everywhere,
It put him to shame, and left him tattered in repair,
 He nearly flunked his studies, all because of her,
But don’t fret, cause this nice guy, he has no fear.

Five years later, he finished picking up his pieces,
And he realized one thing—girls change as time passes,
What used to be gold-diggers and emo-princesses,
Are now mature and well-cultured lasses.

This time, the rules of love changed dramatically,
Where gifts and returns are always reciprocal,
Whatever he gave so wholeheartedly,
The girls gave back, twice as eagerly.

And that is when ended his search with the love he always wanted,
She was not a looker, but she was all that he needed.
As they walk down the aisle, hand in hand, arm intertwined,
They finally believed that nice guys will always, get the nice girls in the end.


(picture from here, here, here and here.)