Isnin, Januari 30

Paradigma Kegagalan

Entri kiriman pembaca yang terpilih kali ini ialah dari kiriman KHRYHAMYD dari mimpiyangbasah.blogspot.com. Melankolik untuk dibaca untuk semua. Jika kalian ada entri yang baik, sila email kan kepada kami di creativesupport@terfaktab.com . Best Regard.


Sudah setahun aku mengekorinya dari belakang. Dia tidak pernah sama sekali mempedulikan. Apatah lagi menghiraukan. Tatkala aku menjerit, mencarut dan menendang-nendang kencang. Dia sama sekali tidak mengubah situasi dari reaksi yang tidak berubah sama sekali.

Selama beberapa bulan aku ekori, dia tidak pernah menunjukkan reaksi. Aku pimpin tangannya. Tapi ia seakan telus. Aku usap rambutnya, tapi dia cuma merasakan bagai ada tiupan angin sepoi-sepoi bahasa yang mengganggu ruang hidupnya. Aku mengerti, ini bukan seperti yang aku bayangkan.

Dulu aku sedari, dia puja dan julang namaku, tapi kini namaku seakan dicaci maki kerana kesilapan lalu. Dia siat-siat gambarku. Sedangkan aku terus berdiri disebelahnya sambil melihat tingkah laku biadapnya. Aku bertanya padanya. "Apakah salahku?" dia hanya berdiam dan berlalu. Linangan air mata pilu kerap kali direnjiskan kepadaku. Tak pernah sesekali ia meresap ke deria sentuh aku. Aku makin kehairanan.

Hatta untuk sekian kalinya, aku lihat tiada lagi cengkungan di rongga matanya. Dia kembali kepada asal. Periang dan berkeyakinan. Tiada lagi lemai longlai yang sering ditunjukkan. Ia satu perubahan yang baru. Aku lihat dia membawa sesuatu. Sesuatu yang harum baunya di dalam sebuah bugkusan kertas.

Aku menghentikan langkahku, berdiri kaku bagaikan tiang. Apa yang aku rasa selama ini akhirnya terkabul jua. Aku nampak dia riang di samping seseorang. Seseorang yang bakal merawat kedukaannya selama ini. Aku hanya berdiri dan melihat kaku. Lantas, dia mengeluarkan sesuatu di dalam bungkusan kertas tersebut. Ianya cupcake coklat yang pernah dia suapkan pada aku dahulu. Tapi sekarang tetap sekarang. tidak akan berulang sejarah lampau. Dalam keadaan di pause. Aku melihat dia memeluk, memimpin dan menyuapkan setiap cebisan cupcake yang dicubit halus kedalam mulut pasangan barunya itu.

Aku terdiam selama beberapa detik, dalam detik-detik yang dibilang itu. Aku gagahkan diri untuk mengukir satu senyuman. Senyuman yang tidak pernah aku berikan kepadanya selama ini. Mungkin ini yang pertama dan terakhir. Terakhir dalam keadaan yang tidak disedari.

Dalam tidak disedari itu, aku terlupa akan sesuatu.

" Fak! aku boleh tak sedar yang aku dah mati! mati yang tidak disedari oleh diri sendiri "
dan akhirnya jasad syamsul berlalu perlahan-lahan dan hilang bagaikan ditiup angin.

Dia harus melepaskan, melepaskan kerana pengorbanan, pengorbanan yang tidak pernah dicurahkan selama ini.

"Tinggalkan mayatmu dengan senyuman, bukan dalam keadaan terbeliak "

Ahad, Januari 29

Prioritas.


Atau bahasa inggerisnya, priority.

Tiap satu dari kita ada ruang dalam kapasitas otak. Dan sering, kalau sudah dimasukkan cinta dalam ruang itu, rata rata manusia biasa akan lebih cenderung untuk meletakkan posisi sang cinta jadi yang pertama dalam carta otak, dan mungkin bagian paling banyak konsumsi ruang otak juga akan berkisar tentang cinta / hubungan.

Sadisnya itu adalah salah satu dari kita tidak tau nyusun atur tangga prioritas sama sebagaimana kita nyusun atur tangga prioritas kita sendiri : Atau bahasa simplenya, kalau nurut kamu, kamu sudah berusaha sehabis mungkin buat jadi yang terbaik buat pasangan kamu. Dan kalau kamu belum ngerasa pasangan kamu itu udah semaksimal kamu kuantitas usahanya. Nah, ini permasalahannya.

Berlanjut dari situ, mulai deh problema problema cinta – komplikasi yang bakal membawa badai (baca: ombak rindu) dalam perjalanan cinta itu : datang sang insekuriti, datang sang ragu, datang sang cemburu, datang pemusnah harapan, dan segala macam tipe (baca: jenis) sakit hati lainnya.

Kondisi otak kebanyakan orang saat sedang bercinta - complicated. 


Tingkat prioritas itu pada dasarnya tidak ada. Manusia saja yang suka menggambar tangga prioritas itu dalam otak – yang ujung ujungnya sakit sendiri kalau yang digambar itu tak sepadan realita.

Jadi gini deh, kalau mau ngebahas tentang siapa yang lebih segala galanya mulai dari usaha, dari perhatian, dari waktu, dari apapun itu – itu gak bakal ada habisnya. Sampai kapanpun satu sisi pasti akan ada rasa kalau diri sendirinya itu sudah jauh lebih segala galanya dibanding perlakuan sang pacar. 

Tingkat prioritas itu pada dasarnya tidak ada. Manusia saja yang suka menggambar tinggi rendah tangga prioritas itu dalam otak – yang ujung ujungnya sakit sendiri kalau yang digambar itu tak sepadan realita. 

Jumaat, Januari 27

Tercalon di Social Media Awards 2012!!


Engko kenal siapa abang? Ha, kalau engko kenal, bagus. Dua ibu jari abang tuju pada engko. Ni sekarang ni abang ada benda nak umum. Boss abang cakap yang blog Terfaktab ni, yang abang dah join untuk berapa kerat bulan ni telah tercalon dalam Social Media Awards 2012.

Ini sudah bagus. Ini..ini..ini.. power!

Keh keh keh! Kalau engko tanya abang apa ke benda award ini. Mari sini rapat sikit abang nak kasi tahu. Award ni, champion je boleh masuk. C.E.M.P.I.O.N! Champion!

Untuk nak kasi Terfaktab menang dalam award ini, engko semua kena mengundi. Atau dalam bahasa Inggerisnya, VOTE. Vote. Bukan KOTE. atau BOT! Paham? 

Jadi, abang menyeru kepada semua pembaca Terfaktab. Yang termasuk engko, engko dan engko semua sekali, pergilah mengundi untuk Terfaktab. Abang terus terang, engko sanggup menduakan Terfaktab ya sampai engko undi blog dan web lain yang tak menjamin dan membantu masa depan engko ke? Nurul Ain dengan Ariffshah yang tengah leading ni binatang mana pulak ni? Berani betul diorang. Dia tak tahu ke abang ni siapa? Ha? Engko tak tahu ke Terfaktab ni patut menang? Engko tak sedar ke sebab Terfaktab lah engko kembali hidup bersemangat lepas putus cinta? Engko tak pernah rasa ke dengan kuasa-kuasa motivasi dan ayat-ayat lejen dalam Terfaktab lah pakwe dan makwe engko makin bertambah sayang kat engko?

Terfaktab ada keluar buku. Dioarang ada apa? Ha, engko bagitahu sikit diorang ada sumbang apa? Sumbang lagu dengan suara yang sumbang ada lah abang tengok. 

Ha, abang bukan nak mengungkit. Tapi, abang nak kasi tahu, kasi can lah Terfaktab menang woi. Engko kena tahu jugak yang Terfaktab kena bernafas. Award ini bagi abang akan beri satu nafas dan iltizam baru buat semua skuad Terfaktab memberi sumbangan karya terbaik untuk Kitab Terfaktab Dua. Jadi, abang dah malas nak membebel panjang. Engko dah besar panjang, engko boleh pikir sendiri.

Sekarang, abang nak engko klik link yang abang dah bagi tu, kalau engko rabun, engko klik gambar kat atas tu. Engko cari web Terfaktab, engko tekan vote. Kalau dia kata suruh daftar dulu atau bahasa omputehnya sign-up. Engko jangan mengata leceh pulak. Engko daftar taim tu jugak. Kejap je. Belum sempat engko cium ketiak sendiri je dah siap engko tahu? Lepas tu kau cari kategori Upcoming Blogger Of The Year. Engko terus dan seyakin-yakin jangan patah balik fikir lagi, undilah Terfaktab.

Kalau Terfaktab menang award ini, abang akan reveal diri abang. Pegang janji abang ni. Abang tekad! 

dari Pi kepada Es : Yang dah vote Terfaktab tu, engkolah manusia paling power kat planet bumi ni!

oleh : Abang Borhan

Rabu, Januari 25

Siri Kalau Kau Nak Pergi Dating

Kalau kau nak pergi dating. Tolong buat perangai elok-elok. Perangai elok-elok kat sini bukan bermaksud kau perlu berpura-pura jadi orang baik. Tak tak. Jadi diri sendiri tapi behave. Jangan buat kerja gila seperti first dating je kau dah berani cium pipi kemaen lagi aku tengok. Kepala horlicks kau!

Buatlah perangai elok-elok. Be straight. Bercakap dengan gaya lelaki. Bukan bercakap macam nak kena penendang. Sumpah cakap nak kencang berlagak nauzubillah. Apa nak peduli kalau bapak kau kerja dengan Astro tapi bila makan kau kunyah kalah bunyi speaker 30 watt? Apa nak peduli kalau kau kerja dengan Sime Darby tapi zip seluar kau tak reti tutup?

Cuba tenang, tarik nafas bila pergi dating. Santai dan jangan gelabah sangat. Berpeluh itu biasalah. Lelaki kalau tak berpeluh bermakna dia lelaki yang kurang buat kerja kasar. Paling tidak menaip depan laptop dibawah penghawa dingin. Fancy

Be gentleman sewaktu berdating. Bukan gentel-men. Itu paling penting. Oh ya. Kalau pergi karaoke. Beli dan kunyah juga chewing gum. Bukan apa, bila turn dia nak nyanyi. Sekali bau microphone dah macam bau longkang! Yang kau kulum microphone tu pasal apa? Trouble betul!

Sekian, chalo asalamualaikom!

Kejahilan Yang Tersayang.


Kalau kau sayangkan dia, kau takkan biarkan dia terus sesat. Kau pula larikan diri, selamatkan diri dari lumpur yang menarik kau ke dalam. Tarikhlah jiwa dia untuk sama-sama mendalami kebaikan dan tinggalkan kesesatan yang dia agungkan. Tarik sekuat hati. Tarik! Tarik lagi! Biar sampai dia sedar yang dia sedang berpijak pada malam hari, bukan lagi waktu siang yang boleh dia hidup senang lenang.

Itu kalau kau benar-benar sayang dia dan tak mahu tengok dia terus hanyut. Dan hanyut. Dan hanyut. Apa yang kau dapat jika kebaikan yang kau buat, dan orang yang kau sayang pula terus dirantai dengan kejahilan? Dan kau bangga dengan kebaikan kau depan dia sambil menjerit pada orang ramai,

"Hey lihat lah kebodohan yang dia lakukan. Sebab itu aku tinggalkan apa sahaja mengenai dia, kerana dia kotor! Kotor! Kau lihatlah kekotorannya! Kita orang baik-baik seharusnya keji dan ludah orang begini. Aku tak sanggup lagi jadi seorang manusia yang jahil dan ikut sahaja telunjuk kejahilan dia!"

Kalau kau sayang dia, kau takkan buat begitu. Ingat, sayang bukan cinta. Tapi cinta itu sayang.









Selasa, Januari 24

hati aku







berkali aku bilang, kau jangan dekat dengan aku
sebab kau akan bikin aku jadi celaru


aku bilang lagi seperti selalu
kau jangan main dengan kata-kata palsu
sebab itu akan bikin hati aku jadi beku


dan aku juga bilang, kalau jadi begitu
akan aku rejam muka kau dengan batu
biar puas hati beku aku
lihat muka kau hancur macam hati aku

Isnin, Januari 23

#2 Musalmah dan Kasim -- prequel

[gambar sekadar hiasan]

Hari itu Musalmah ke dewan seminar di bangunan fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan. Esok tarikh seminar berlansung, event yang menentukan lulus-gagal dalam salah satu subjek yang diambil. Setibanya di dewan, yang kelihatan cuma dua orang rakan sekelasnya.

Musalmah berborak sebentar dengan seorang rakan yang juga pengarah projek seminar yang bakal berlansung. Dikisahkan akan perihal dirinya yang enggan menduduki perperiksaan akhir.

"Rugi Musalmah," kata tuan pengarah projek kepadanya. Musalmah tersengih sahaja. Menyembunyikan gelodak perasaannya yang menjadi punca keengganannya menduduki perperiksaan.  Perbualan mereka terganggu dek kerana panggilan telefon yang diterima si pengarah projek. Sementelah tuan pengarah projek melayan panggilan yang diterima, Musalmah berjalan masuk meninjau ninjau keadaan dewan. Kelihatan seorang lagi rakan sekelas tadi sedang mengerjakan sesuatu. Musalmah tidak pernah bertegur sapa pun dengannya, walhal sudah beberapa kali pun mereka sekelas. Nama pun Musalmah tidak tahu. Apalah salahnya kalau diringankan mulut menegur kan, detik hati Musalmah.

"Korang dua orang je ke? Yang lain lain mana?" ujar Musalmah.

Rakan itu mengangkat muka, seraya itu berlalu turun ke pentas dewan seminar, berbuat buat sibuk akan sesuatu tanpa mempedulikan pertanyaan Musalmah.

"Setan betul ! Eksyen ! Orang tanya bukan nak jawab," desis hati Musalmah. Sakit betul hatinya dengan lelaki itu.

Memang jadi kepantangan Musalmah kalau dirinya seperti tidak diumpamakan. Sakit hatinya bukan kepalang. Boleh ditinggalkan dia termanggu manggu sedang dia berniat murni, berhati baik mahu bertegur sapa.

Cis !


... bersambung


Sabtu, Januari 21

Gong Xi Fa Chai - Kepada Sophia.



Ini ah moi model China - China Doll banyak di BB dan Jalan Alor. Lai lai lai!

Setiap kali tiba Tahun Baru Cina - ia mengingatkan aku kepada seorang ah moi yang aku kenal masa aku study architecture di UiTM. Aneh, macam mana aku boleh kenal ah moi Cina di UiTM? OK, gadis ni mak dia Cina, abah dia Melayu, so technically setiap kali menyambut Tahun Baru Cina aku akan wish kepada dia. Sama macam ex-girlfriend aku Ez yang maknya keturunan Yahudi dan Irish - setiap kali Hannukah atau Yom Kippur, atau St Patrick's Day aku akan wish juga.

Sophia - aku kenal dia masa sesi minggu suaikenal UiTM. Atau dikenali sebagai sesi membantai junior (pada masa aku lah, djaman sekarang aku tengok student makin manja, dah takde kot). Masa tu aku dengan first girlfriend aku. Masa tu segala-galanya masih suci, segala-galanya masih naif dan segala-galanya masih lagi serba tak tahu. Sepuluh tahun lepas kot.

Dipendekkan cerita, masa aku breakup dengan girlfriend aku pada 6 Ogos 2002, aku ada emotional breakdown sampai aku telan Xanax dan apa lancau lagi aku tak ingat dah, sampai hospitalized. Ya, aku bodoh. Tapi bagi aku dari kebodohanlah kita akan dapat kepandaian. Kalau tak buat perkara bodoh kita takkan dapat buat perkara pandai.

So, this girl was my close friend masa di UiTM. Bila dia dapat tahu aku di Hospital, dia melawat aku dan memberi nasihat. Tapi potong stim dia bawak boyfriend dia yang baru dia couple bulan lepas(pada masa itu). Semasa aku terlantar tu dia selalu juga bawa bubur ke, makanan ke, atau paling biasa2 pun buah-buahan. Aku tak kisah sebenarnya, sebab masa aku kat UiTM kawan-kawan aku boleh dikira dengan sebelah tangan je. Dengan kehadiran dia, aku rasa terubat jugalah luka di hati walaupun break up dengan first girlfriend masa first time. Perit woo break up first time, macam kau jatuh basikal first time. Lama-lama kau asyik jatuh kau dah steady macam Ultimate Warrior. Mula-mula standard lah.

Lepas aku keluar hospital, aku main barang-barang yang tak sepatutnya anak-anak Melayu buat. Aku dismissed dari UiTM dan pergi balik ke sekolah ambik STPM. Aku dapat contact dengan Sophia sampailah tahun 2004 bila aku punya handphone masuk dalam jamban Sungai Wang.

Tulisan ini bukanlah sebab apa - tapi masa aku kat hospital tu aku ada sikit crush lah dengan dia. Tapi tulah dia dengan balak dia. Kahkahkah!

Sempena sepuluh tahun lepas - aku rasa adalah perlu untuk aku cari dan jumpa balik dengan dia. Sekurang-kurangnya ucapkan terima kasih dengan dia sebab melawat aku di hospital. Aku dengar dia kerja kat Petronas sekarang.

Kalau sesiapa yang kerja di Petronas yang terbaca tulisan ni yang kenal Sophia ni, tolonglah contact aku. Sebab sebelum wujudnya blog Terfaktab ni - dialah sumber inspirasi aku untuk wake up dari kegagalan cinta pertama. Chewah!

Dan kepada Sophia, Gong Xi Fa Chai.

p/s:Gong Xi Fa Chai kat penulis Amoi juga.

Khamis, Januari 19

Dari Makwe ke Pakwe

Pakwe oh Pakwe,
Kadang-kadang kau buat makwe jadi gila,
Ada masa tu senyummmm sampai ke telinga,
Dalam kasar-kasar tu, makwe boleh jadi mengada-ngada,
Sampai diri sendiri tak percaya,
Macam tu sekali penangan cinta.
Dalam selekeh tu, makwe cuba-cuba nak bergaya,
Balik rumah, eksperimen macam-macam kat muka,
Kononnya nak tampil menawan dan jelita,
Bukan untuk siapa-siapa,
Untuk pakwe juga.


Pakwe oh Pakwe,
Dah ada depan mata pun kau buat perangai juga,
Tengok perempuan lain sampai terbeliak bijik mata,
Kau tanya takkan tengok pun makwe tarik muka?
Muka makwe dah start masam mencuka,
Kau plak buat macam tak ada apa-apa,
Makwe pun confuse kau ni buta ke apa,
Tak tahu ke makwe ni dok tunggu kau punya kata-kata,
Ni kau sanggup buat bodoh sampai ke lusa,
Elehhhh.. Pujuk sikit pun takkan nak berkira?


Pakwe oh Pakwe,
Kau ignore makwe sebab dota ke bola ke, makwe tak kata apa,
Tapi kalau kau dah start mention-mention kat twitter dengan bermacam nama,
Kau ingat makwe suka?
Kemain lagi kau kalau perempuan lain laju je balasnya,
Kalau makwe sendiri haram kau nak bertanya,
Dapat pulak memang perempuan yang makwe tak boleh nak dengar nama,
Yang tu jugak la kau nak bersuka-suka,
Kau ni bengong ke apa?
Kang makwe cakap banyak, mula lah kau bermacam kata,
Nak cakap yang kau selalu buang kawan sebab makwe,
Kau tak tahu ke yang makwe ni kat dahi dah cop kau punya nama.


Pakwe oh Pakwe,
Kau buatlah perangai macam mana,
Makwe ni bertabahlah cuba nak terima,
Sabar punya sabar sampai dah kepala,
Sampai satu saat nanti makwe dah tak boleh nak kata apa,
Time tu barulah kau tahu langit tu tinggi mana,
Kena tinggal memang jadi sia-sia,
Kalau kau dapat yang lagi bagus tak apa ler,
Tapi kalau dapat perangai serupa celaka?
Padan muka je lah ye.



Yang Benar,
Makwe oh Makwe

cinta buta


Manusia cenderung untuk menjadi buta mata dan hati semata mata kerana perasaan cinta. Sedang cinta itu sebenarnya sebuah perasaan yang penuh dengan nikmat dan keindahan. Namun kerana cinta yang membuta tuli, perasaan itu tidak ubah seperti sebuah neraka, membuatkan bertahun tahun hidup kita jadi tersia.

Cinta datangnya dari dalam hati.
Cinta itu perasaan yang berjiwa.
Tapi cinta tanpa akal boleh buat kita jadi gila.
Itu lah yang akan membawa kita ke jurang neraka yang aku kata.

Heh.

Orang tua tua selalu bilang, ikut hati mati. Ikutkan rasa binasa.
Tapi bila bercinta, selalunya kita akan ikutkan hati dan rasa.
Waras akal jadi tidak berguna.
Ditingkah, dilawan akan akal yang beradu-berbalah dengan hati dan jiwa.
Akal tak reti bercinta, kata kita.
Akal tak akan pernah faham akan jiwa, kata kita.

Heh. Kita buta.
Bila cinta sudah berkuasa, kita jadi buta.

Sampai nanti bila kita sudah tersungkur, berderai jiwa...

... baru nanti kita tahu betapa kejamnya diri kita.
betapa bangangnya kita memperlekehkan rasional akal, memenangkan jiwa.

Bercinta..
Gunakan sama akal di kepala.

Jangan jadi buta !

Rabu, Januari 18

#WW : Cinta Mungkin Satu Benda Aneh.



http://farm8.staticflickr.com/7004/6710839929_e3cef1fc12.jpg
[Sumber gambar] - Kami dan ini sekeping sahaja yang aku ada.

“But let there be spaces in your togetherness and let the winds of the heavens dance between you. Love one another but make not a bond of love: let it rather be a moving sea between the shores of your souls.” - Kahlil Gibran


Banyak benda berlaku yang secara jujurnya sangat melibatkan hati dan perasaan. Kita cuma cantumkan kepingan hati kita, jeruk perasaan dengan harapan mampu bertahan, tapi pada satu peringkat kita mahu lepaskan walaupun kita sendiri tahu, ia bukan sahaja bakal melukakan orang lain, tetapi diri kita sendiri. Kalau diberi pilihan, kita mungkin tidak sanggup melukakan hati manusia lain di sekeliling kita, tapi penderitaan yang kita tanggung menyebabkan tekad itu bulat, mahu melepaskan diri dari kesengsaraan. Persoalannya, berapa ramai yang berani untuk keluar daripada itu semua? Sanggup menutup mata dan jiwa demi kelangsungan hidup sendiri?

Lord Zara : Sesetengah orang akan membuatkan kamu kuat dengan menyakiti dan meninggalkan kamu. Sesetengah daripada mereka mungkin akan menyebabkan kamu lebih baik dengan mencintai dan menyayangi serta kekal bersama kamu. (Shafaza Zara Syed Yusof, 17 Januari 2012)

Gambar dari tulisan ini.

Isnin, Januari 16

Kembali Pada Landasan Yang Betul

Berakhirnya minggu poligami pada minggu lepas telah menghamparkan kita pada seribu persoalan dan nukilan pendapat mengenai cakap-cakap poligami yang jika dilihat, masih berada dalam tahap 'tidak dibenarkan' dari 'dibenarkan'.

Namun, itu bukanlah masalah pokok yang boleh mengheret kita pada permusuhan kerana di akhirnya, poligami merupakan suatu pilihan, bukan ketetapan. Sesiapa sahaja boleh bercerita dan berpandangan dalam isu poligami kerana kebebasan bersuara di Terfaktab ini adalah mutlak dan fleksibel pada sesuatu kondisi. Kita perlu lihat isu poligami bukan saja pada kaitan keagamaan, bahkan kepada kaitan sejarah, sains-sosial dan juga releven poligami pada suatu masalah dan keadaan. Itulah landasan yang tepat dalam memupuk masyarakat cenderung berfikir secara kritis dan kreatif. Kita tidak mahu masyarakat kita berfikir secara membabi buta seperti yang telah kita lihat di luar sana.

Kesimpulan untuk minggu poligami? Tiada kesimpulan. Kerana adakalanya sesuatu perkara itu lebih baik di biarkan menjadi pilihan tersendiri. Itulah infinitinya definisi poligami yang berkait rapat dengan cinta dan relationship. Unik.

Pada masa yang sama, aku ingin mengumumkan tentang projek penghasilan Kitab Terfaktab Edisi Dua telah bermula dan kami di Terfaktab sedang bertungkus-lumus memberikan komitmen penulisan yang terbaik kepada pembaca dan peminat penulisan skuad Terfaktab. Kitab Terfaktab Edisi Dua dijadual terbit pada hujung Mac atau awal April. Seiringan dengan itu, kami akan menyertai Pesta Buku Antarabangsa dalam memperluaskan hasil penulisan kami di seantero Asia Tenggara.

Terfaktab dan Lejen Press juga mengumumkan bahawa Kitab Terfaktab Edisi Satu boleh dibeli dengan menggunakan baucer buku 1Malaysia. Ini merupakan berita baik kepada para peminat dari golongan pelajar untuk membeli buku keluaran kami.

Adakah Kitab Terfaktab merupakan buku ilmiah?

Persoalan ini sering ditanya kepada aku apabila kaitan Kitab Terfaktab boleh dibeli dengan baucer buku 1Malaysia. Jadi, di sini aku ingin menerangkan bahawa sejak dari awal lagi, matlamat penulisan dan kawalan kualiti penulisan kami telah ditetapkan untuk mempunyai 40 peratus kandungan ilmiah dalam sesebuah penulisan.

Kandungan ilmiah dalam Kitab Terfaktab adalah berkait rapat mengenai hal sains-sosial, kemasyarakatan, ilmu pemujukan, psikologi dan motivasi. Kitab Terfaktab bukan sekadar buku cinta dan novel cinta picisan. Ia adalah buku bermotivasikan memberi panduan kepada pembacanya untuk bertindak dengan betul dalam percintaan dan relationship pada zaman sekarang.

Kamu mungkin takkan jumpa persamaan pembezaan, persamaan kimia, rumus fizik, cara-cara membuka perniagaan mahupun hal politik dalam Kitab Terfaktab kerana itu bukan bidang keutamaan skuad Terfaktab dalam berkarya. Jadi, jika sekali aku ditanya adakah Kitab Terfaktab sebuah buku ilmiah? Aku akan katakan;

Ya. Kitab Terfaktab adalah buku ilmiah kemanusiaan yang paling santai pertama di Malaysia. Juga yang paling angkuh bak kata seorang professor komunikasi sebuah universiti tempatan di utara tanah air.


Sekian, terima kasih. Jumpa kalian di lain hari. 

Rabu, Januari 11

Pandangan Dari Seorang Post-Modernist Tentang Poligami.



Gambar dari tahun 1892 (tahun Liverpool FC diasaskan) - gambar ketua puak Toba - puak dari pergunungan Andes yang tinggal di Argentina, Bolivia dan Paraguay.

Apabila bos bersetuju untuk menjadikan minggu ini sebagai Minggu Poligami - saya kaget. Saya rasa ini adalah topik yang paling saya malas untuk saya tulis. Saya berfikir poligami bukanlah satu perkara yang saya gemari, after all saya rasa ia bercanggah dengan fikrah pemikiran saya. Tapi saya tampil juga, menulis entry ini dan memberitahu kenapa saya rasa poligami ini tak boleh masuk jiwa dengan diri saya.

Saya mengambil school of thoughts yang mengatakan "setiap undang-undang tidak akan relevan selamanya". Contoh, pada djaman dahulu sekiranya anda perempuan memakai baju hitam - anda boleh dituduh sebagai ahli sihir dan anda boleh dihukum bakar sampai mati. Saya memikirkan ini tidak masuk akal - samalah dengan poligami. Saya merasakan poligami lebih banyak mencetus masalah, tambahan pula dalam djaman pasca moden ini, lebih banyak masalah dari menyelesaikan masalah.

Sebelum saya mengupas perkara ini dengan lebih lanjut, eloklah dahulu saya bawa perkara ini dari sudut pensejarahan dan bagaimana poligami ini menjadi sebahagian dalam undang-undang manusia. Biar saya surahkan perkara ini terlebih dahulu.

Poligami ini datang dari sejarah apabila manusia mula tahu untuk bercucuk tanam dan menternak. Sebelum dari pensejarahan manusia reti bertani dan tidak memiliki apa-apa, kedua-dua lelaki dan wanita mempunyai hak yang sama, kecuali lelaki dengan tugasnya memburu dan wanita memetik buah hutan. Apabila manusia sudah reti bertani, maka bermulalah era patriarchy - sistem susur galur datang dari lelaki.

Saya semasa mempelajari paper sosiologi pernah berfikir - apa gila datangnya keturunan datang dari nama lelaki, sedangkan yang beranaknya perempuan? Kenapa susur galur - yang dipentingkan adalah lelaki sedangkan lelaki yang tahu angkat tolak masuk picit. Perempuan yang kena morning sickness, muntah-muntah, bawak baby kehulu-kehilir, sakit pinggang dan merasai kesakitan bila beranak.

Bila diterangkan oleh lecturer saya - barulah saya faham. Pada djaman manusia pandai bertani, manusia mula membuka dan memiliki tanah. Dan lelaki - dengan kudrat dan iradat mereka yang kuat, secara tidak langsung menjadikan istilah "tanah ini aku punya" sebagai satu cara mempertahankan tanah. Dan dengan kekuatan itu juga - wanita telah diketepikan dan hanya menjadi mesin beranak semata-mata. Jadi, kerana itulah - lelaki mula menguasai politik manusiawi.

Now, poligami ini bukanlah datang dari djaman Islam. Poligami datang way before 600M. Poligami ini berasal dari perkataan Greek polys gamos - kerap berkahwin. Dari sudut istilah sosiobiologi dan zoologi, ini adalah multiple mating.

Poligami sebenarnya bermula bukan dari polygyny(lelaki yang kahwin banyak) tapi poligami asal ialah polyandry(perempuan yang kahwin banyak). Polyandry masih berlaku di Nepal, Bhutan dan pergunungan Tibet. Ini kerana bertentangan dengan patriarchy - mereka mengutamakan wanita untuk susur galur mereka. Namun segalanya berubah bila manusia belajar bagaimana untuk bertani dan lelaki mula menguasai politik manusiawi.

Poligami berlaku kerana banyak sebab. Pertama, kerana masa itu penghambaan masih lagi common. Dalam peperangan menawan tanah dan jajahan, banyak lelaki yang tewas dalam peperangan. Ada yang ditawan dan ada yang dibunuh. Maka perempuan - yang setelah pemilikan tanah ini wujud - bergantung harap dengan lelaki. Mahu tidak mahu, sistem memaksa mereka untuk berpoligami.

Kedua, kerana pada masa itu ramai golongan wanita dijadikan hamba. Untuk pembebasan, lelaki mungkin meminta dia menjadi isteri mereka sebagai syarat pembebasan.

Di djaman Maharaja China pula, gundek adalah perkara normal dengan orang-orang pembesar pada masa itu. Maharaja pula standardlah, ada juga gundek. Begitu juga dengan djaman Turki Uthmaniyyah - dimana pembesar-pembesar dan Khalifah menghabiskan masa mereka dengan gundek-gundek mereka di harem-harem. Jadi, poligami menunjukkan status seseorang. Lelaki yang kahwin sorang bermakna dia orang biasa-biasa je. Kalau dia kahwin banyak - dia banyak harta dan tanah. Jadi dalam hal ini, bagi pandangan saya sebagai seorang post-modernist, ini satu penghinaan kepada kaum wanita. Wanita bukan harta lelaki. Wanita adalah pasangan untuk lelaki untuk berkasih-sayang.

Bagi saya - poligami tidak lagi relevan dalam djaman pasca moden sekarang ini. Sekarang bukan ada peperangan pun. Tidak ada siapa yang jadi balu akibat lelaki menjadi tentera yang terkorban, tidak pun. Lagipun, djaman sekarang ini - perempuan juga boleh mencari nafkah. Kalau dulu perempuan memang bergantung harap kepada suami untuk sumber ekonomi, sekarang saya percaya dah ramai perempuan bekerja. Jadi, takde sebab untuk lelaki berpoligami kecuali - bagi hemah saya - dia adalah seorang yang unfaithful terhadap perempuannya.

By the way, dalam krisis ekonomi yang mendatang ni - toksahlah berpoligami ni. Bini sorang pun belum tentu dapat maintain. Lagipun untuk apa nak berpoligami ni, bukannya best sangat pun. Sedap satu dua malam lepas tu tension beban keliling pinggang. Kahwin sekarang ni pun bukan murah.

Lagi satu - lelaki yang tua kutuk tak sadar diri dan tua bangka ni - bagilah chance kat mereka yang lebih muda untuk memiliki kekaseh. Yang lelaki ni, kecualilah kalau bini dah takde (mungkin telah pergi menyambut panggilan Ilahi), tak payahlah. Bagi je anak muda. Bagi mereka peluang untuk mereka mencari cinta. Jangan nak jadi Alpha Man sangat. Kita bukan kucing ke Blacksmith Lapwing nak territorial sangat.

Dan bagi perempuan tu - tak payahlah cari yang nak berpengalaman je. Kalau sikap macam nilah - ramai lelaki yang membujang. Samalah macam syarikat yang nak pekerja yang dah ada pengalaman je - akibatnya pengangguran dalam negara meningkat. Memang akan ada fucked up - but that's life. Kalau takde fucked up mana nak datang pengalamannya?

Akhir kata, saya rasa girlfriend saya adalah girlfriend paling cantik dalam dunia dan paling baik dalam dunia dan saya rasa dia telah berjaya membuatkan saya untuk tidak ada nafsu untuk cari lain. Sedangkan orang Brunei yang asyik telefon pukul 3 pagi tu pun saya tolak.




Lagu untuk semua lelaki jantan miang.

p/s: "Love: one considers lonely, three considers crowded. Two of us is just fine." - Sherina Ellyana.

Ahad, Januari 8

Poligami Hari Ahad Bersama Abang Borhan

Asalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh

Mula-mula masa abang nak tulis karangan abang ini tadi, abang tak perasan pulak yang minggu ini ialah Minggu Poligami. Abang dengar je poligami ni terus tegak bulu roma abang. Engko tahu kenapa? Abang tak boleh dengar benda-benda macam ni. Lagi-lagi yang boleh menyebabkan kaum perempuan menangis sedu-sedan bila kena dimadukan. Biar peduli kalau ada orang lain cakap dapat payung emas. Sebelum engko nak kahwin lagi satu, mari sini abang hempas muka engko dengan payung cap Bonia ni. Mahal payung ni. Abang baru beli itu hari masa pergi New York. Siap lah engko.

Apa-apa pun sebelum abang nak tulis karangan pasal poligami ini. Abang nak mohon maaf sebab tak dapat tulis untuk slot Ahad lepas. Sibuk kerja lah dik. Harap engko sudi maafkan abang sebab abang ni duda. Taitel duda ni selalu macam orang teraniaya jugak. Macam perempuan kena madu lebih kuranglah.

Biar abang terus teranglah. Kalau engko rasa abang ni lain macam, engko boleh cakap. Tapi, abang memang tak setuju dengan poligami. Abang hanya berkenan dengan monogami sahaja. Poligami bagi abang bila tengok zaman sekarang, selalu gagal dari berjaya. Itu yang abang lihat pada mata abang. Ha, abang cakap macam ini, jangan pulak engko kata abang tolak agama pulak atau pilih cara agama lain pulak. Benda ini abang tak nak kait dengan agama pada niat abang. Boleh tak engko anggap ini pada persepektif saja? Ala, lebih kurang macam kalau cakap kat sini, habis kat sini je lah. Jangan bawak ngadu pergi mana-mana pulak. Abang piat telinga engko karang.

Perempuan bagi abang baik yang dah menjanda, dah membalu, dah kahwin, masih bergetah, anak dara, yang tak berapa dara, sunti, remaja, hatta sampai ke budak kecil sekalipun, adalah insan yang secara otomatiknya kurang gemar berkongsi. Dekat sini abang tuju pada kongsi kasih sayang dari orang yang dia sayang. Kalau kurang rencah, boleh tambah. Kurang sedap, boleh tekan dalam lagi. Tapi kalau kurang kasih sayang, belum tentu boleh ukur dan memang orang lelaki akan garu kepala nak curahkan kasih sayang sampai cukup untuk puaskan orang perempuan. Abang tak tipu, engko kalau tak percaya engko tanya Datuk Seri Najib. Engko tengok muka Rosmah pun engko dah tahu adakah si Rosmah puas ke tidak dengan kasih sayang. Maaf lah. Saja abang melawak.

Lagipun engko sendiri dah pernah baca bukan berita-berita pasal kahwin lagi ni yang sampai laki dia kena simbah asid satu hal, kena potong kemaluan satu hal, kena terajang satu hal, ada siap tu sampai kena kerat masuk dalam peti ais. Mau engko tak gila bila baca. Perempuan zaman sekarang ini banyak yang ganas. Abang rasa mungkin dari sikap rebel. Atau sikap suka melabel dan paling tepat, membebel.

Jadi, engko lupakan je lah nak kahwin lagi dan poligami ni. Cukup-cukup lah dengan seorang perempuan. Abang tak sanggup nak tengok perempuan berderai air mata, apatah lagi tengok ada lelaki yang jadi arwah. Lagi tak sanggup bila tengok perempuan sama perempuan bergaduh berebut kerana hanya poligami. Engko yang tak kahwin bolehlah cakap mampu tak mengapa, tapi abang yang dah kahwin ini cakap mampu tak mampu bukan buktinya. Depan mata abang ada orang perempuan pernah hulur pisau kalau abang berani kahwin lagi satu. Tak cukup tanah abang berlari engko tahu? Nasib baik sekarang abang dah menduda. Kalau tak mesti abang sendiri dah arwah. Jadi abang nak tanya pada perempuan yang menjanda;



Ada nombor telefon?



Wassalam.

Jumaat, Januari 6

Poligami? Apa Senggama.

Gua bila ditanya pasal poligami ni. Mende apa seyhh? Dia tak tahu ke gua ada bercita-cita nak kahwin dua? Hehehe. Tak. Series weh. Dulu masa gua kecik-kecik, bila bapak gua tanya gua cita-cita gua. Gua pernah cakap yang gua nak kahwin dua. Bukan kahwin dua kali. Tu buat hape. Dua bini lah woi. Dua bini. Baru betul.

Pakcik gua sampai geleng kepala dengar jawapan gua. Tapi, dalam geleng tu gua syak dia ada jugak jeling makcik gua macam ada satu isyarat radar yang mahukan cita-cita gua itu menjadi cita-cita dia jugak. Celaka. Gua time tu rasa sedih pulak sebab pakcik gua nak curi cita-cita gua. Biarlah budak-budak lain cita-cita nak jadi astronomi ke, nak jadi amalina ke. Gua dengan kental masa tu, nak jadi apa jadilah. Tetap gua nak kahwin dua.

Bini pertama gua masa tu gua target nak Fauziah Latif. Bini kedua pulak macam-macam Sheila Majid. Peh peh peh!

Siti Nurhaliza? Apa baranggg. Baik gua dengar lagu Maya Bunga-bunga Matahari. Tu pun lawa jugak apa.

Tapi, gua cakap jujurlah. Masa tu gua tak tahu pulak kahwin dua tu poligami. Gua tahu benda poligami ni pun masa gua masuk sekolah agama. Masa tu darjah 5 tak silap gua. Lepas dari gua dengar cikgu gua bercerita kemaen sedih pasal poligami ni. Berkongsi kasih lah, payung emas hati membeku mengingatkan kata-kata janji manismu lah, seminggu sekali kau datang padaku membawa cinta yang suci lah. Gua jadi macam.. Ok. Mengarut jugak cita-cita gua nak ada bini dua. Terus dari situ jugak. Masa darjah lima, pertama kali gua pasang makwe! Power dak? Kiranya lepas gua tutup cita-cita nak kahwin dua. Gua mulakan misi untuk pasang makwe. Dan rekod yang pernah gua ingat di mana gua pernah tulis nama-nama makwe yang pernah gua kawan dalam buku tiga lima, masa darjah 5 itu, gua ada 12 orang makwe! Di mana 5 di Johor, 3 di KL, satu pula masing-masing di Perak, Terengganu, Melaka dan Pahang. 

Hero gua tu choo!
Celaka apa gua cerita rahsia gua ni? Ah sialann.

Ala rilekslah choo. Lu orang kena tahu jugak apa pasal gua bercita-cita nak kahwin dua. Ia sebab gua kagum dengan datuk gua. Ye. Datuk gua. Kalau lu nak tahu tentang sejarah datuk gua. Gua story kat sini lebih kurang je lah k? Datuk gua ada 9 orang isteri. Dan arwah nenek gua adalah isteri yang ke-9. Dan semua isteri datuk gua dah meninggal. Tinggal datuk gua sorang je yang masih hidup kat Johor tu sorang-sorang. Alamak, ni gua dah mula rindu pada datuk gua lah ni. Adoiii. 

Ok. Tapi, takdelah datuk gua kahwin lebih dari empat. Tak tak. Dia ada isteri sembilan sebab kahwin cerai, ada yang mati, ada yang cerai sebab automatik jatuh talak sebab tinggal lebih 4 bulan. Rekod yang gua tahu, dia pernah ada tiga isteri dalam satu masa. Tu je lah. Datuk gua ni dulu suka merantau. So, setiap persinggahan yang dia sampai. Dia akan berkahwin. Ala, orang dulu-dulu biasalah ye dak? Kalau lah konsep macam itu boleh dipakai zaman sekarang. Memang gua sendiri akan ada isteri banyak kot. Asal singgah Uya Distro, kahwin. Asal singgah Pavillion, kahwin. Peh peh. Bahagia betul. 

Poligami dulu dengan sekarang memang berbeza lah choo. Sekarang semua benda yang jauh boleh dirapatkan. Gua syak paling tidak kalau lu yang lelaki nak berpoligami macam cara dulu pon, lu kalau ada bini semenanjung, lu cari bini nombor dua kat Sabah Sarawak, bini nombor tiga pulak kat Jakarta ke, Sumatera ke takpun Ostrolia. Nak senang lagi lu kahwin dengan pelajar-pelajar Malaysia kat luar negara ni. Kita ada banyak lawa-lawa kot. Amalina ada, Sufiyah ada, Babyrina ada. Power-power kot belen-belen student oversea Malaysia ni. Rugi kalau lu tak consider nasihat gua ni ye dak?

Hmm. Ok lah, tu je yang gua nak sampaikan. Gua rasa poligami ni okay je. Tapi!, pasal cita-cita gua nak kahwin dua tu. Lu abaikan je. Dah takde dah. Cilaka apa nak survive diri sendiri pun ternganga lagi. Ini pulak nak ada bini dua. Bak kata pepatah, 'Tersangkak kelengkang, binasa masa depan'. Orait, jumpa lagi lain hari. Chalo Asalamualaikom!

Khamis, Januari 5

Syarat-syarat menjadi isteri kedua


Hai dan assalamualaikum semua. Ah, abang Aqram yang hensem tapi pura-pura ganas itu telah memaksa kami penulis mengepos tentang poligami minggu ini. Kang nanti dia tak relis check gaji kami pulak. Oh ya, dengar katanya buku Terfaktab tu agak laris. Time kasih korang semua yang membeli. Dapatlah pacal yang miskin hina ini kahwin tahun depan. Hikhik.

Apa-apa pun kalau cakap fasal perkahwinan orang Islam mesti ada terbit isu poligami. Sensitip betei isu ini. Masyarakat tak suka. Tapi agama membolehkan. So nak taknak poligami mesti akan sentiasa wujud di negara Meleis ini. Jadi sebagai warga Meleis yang adil lagi prihatin, saya senaraikan LIMA syarat-syarat/tips-tips penyediaan sebelum menjadi isteri kedua.  Sila amalkan yewh gegadis sekalian.

1) kene membiasakan diri tidur sorang.
Siapa jadi madu nanti saya kasi ni. buleh? <link>
Aik? Kan dah jadi bini orang? Kenapa kena tido sorang? Ye, sure la hari-hari duk bilik tak keluar-keluar kan? TETTTT, wrong. That only happens during the 1st few weeks. Or months, kalau korang memang begetah kalah anak Che Wan. Selepas beberapa minggu, haruslah si suami rutin bergilir rumah. Kadang kala rumah si bini pertama kena lebih. Maklumler dia yang sign borang poligami tu, dah dapat payung emas kat syurga bini tu. Haruslah kena hormat lebih. 

Bosan? Takut? Alah, cari peneman. Bukan Hanakz ikannz ye alls. Anak ikan betul takpe. Takpun bela kucing comel. Macam si Izzah Ombak Rindu tu. Eh tapi dia isteri pertama? Ah, sama je dik. Pertama ke kedua ke ketiga, bukan suami duk mengepit 24/7. So kena la cari benda untuk mengisi masa lapang.

And this brings us to number two, iaitu...

2) mempunyai hobi masa lapang
-kalau korang tengok cite TV, isteri2 bermadu ni macam rajin bebeno set rambut pergi shopping bagai. Ye lah, dah suami selalu takde. Kang duduk terperuk dalam rumah tu, gile jadinya. Oleh itu kenalah ada hobi masa lapang. Lainlah kalau hobi korang itu stalk Facebook isteri pertama lepas tu troll wall dia pakai sockpuppet account.

Saya harap anda merajinkan diri keluar rumah buat-buat perkara berpekdah. Alang-alang keluar, mana tahu dapat jumpa rakan-rakan seangkatan. Boleh buat kelab Madu-Madu Terbilang. Pastu buat amal jariah sikit, untung-untung lagi glemer daripada Kelab Isteri-Isteri Menteri milik si Cik Bik Mah tu.

3) kemahiran main sorok-sorok
Ha, ni kemahiran yang essential tahu. Lagi-lagi kalau madu tu jenis cepat naik darah. Maklumlah, makan hati hari-hari, mana tak naik paras kolesterol (OK nerd joke). Kalau suami lupa balik rumah diorg ke outstation ke hilang pergi tablik 40 hari 40 malam je, percayalah, isteri kedua la yang diorg cari dulu. Apa diorang kisah anda tengah mesyuarat ke, tengah melabur ke, tengah main hashtag ke, dia serang hentak berlipat terus. Muahaha!

Oleh itu anda kena la pandai menyorok. Tau mana safe exit dalam bangunan pejabat. Letak stiker glo in the dark kalau boleh, kang dia serang dalam gelap dah macam muvi Psiko pulak. Dan, sorok extra kunci rumah/kereta kat mana-mana. Taruk extra baju dalam bonet kereta, mana tau dia tunggu depan rumah dengan penyapu sebatang. Dan oh ya, simpan rembut pelesu dan topeng muka sekali. Kang dia cari kat tengah jalan, dia tarik-tarik rambut, nayaaa! 
Bukan topeng muka macam Leplep ni ye. Kalau gini dari Google Earth pun boleh nampak. LOL
4) rajin beli hadiah kepada diri sendiri
Apekes la pulak kena beli hadiah? Eh bukan biasanya isteri kedua ni dapat bermacam-macam-macam ke? Time dating dapat rumah kereta bagai, topup BIS pun sentiasa penuh, baju Toshop beg Gucci Prada bagai, banyak kan hadiah tu?

Well, awal je dik. Tapi adik mana tahu duit dia dalam bank tu banyak mana. Lainla adik sekretari dia kannn (apasal orang selalu tuduh sekretari skendel dgn boss? Oh tidakss). Adik sini kak nak habaq mai (awat la aku dah cakap kedah ni oii), duit tu lama-lama habis jugak. Lagi-lagi kalau gaji tu tak sebesar Abam Salih Yaakob. Yes, dulu time beristeri satu memang la boleh breakfast Starbuck tiap hari, tapi bila dah beristeri dua, semuanya automatik terbahagi dua. Nak-nak kalau bini pertama jenis kontrol. Bukan bahagi dua, 90-10 lagi hang tau.

Nanti bila dah besday ke 45 ke 46 ke, tak yah tunggu abam sayam, ambil inisiatif sendiri; beli la hadiah kat diri sendiri. Pi Jusco sale, beli handbag, balut dalam kertas kilat-kilat lepastu reben besar bagai, letak depan rumah. Tepat pukul duabelas cakap SEPRAIIISSSSS!! Pastu buat gaya OMAIGOT OMAIGOT sambil tweetpic kat member. Baru la member tahu bertapa rasa kebahagiaang bermadu ineh.
Apa? preknensi test? takde taste la I ni. <l>
5) syarat paling penting. Haaa dengar ini dengar.
Syarat paling penting ni syarat pertama sebenarnya sebelum kahwin jadi bini muda. Saja letak last supaya siapa yang baca skim laju-laju tu terlepas pandang dan tak dapat ambil berkat tip paling penting ini. Woha! Padan muka, nanti kahwin tak lama. Oh, jadi inilah syaratnya:

Time takel, ce jangan berdating berdua-duaan. Jangan tengok wayang. Jangan pergi check in hotel mahal mahupun murah. Jangan bercanda di tepian pantai sambil membuat gaya tanduk setan dengan botol air mineral. Or paling kurang guna bomoh minyak dagu nasi kangkang sebagainya.

Ye la, kata sangat nak berpoligami ikut sunah Nabi SAW kan? Cuba ikut sunah Nabi untuk SEMUA sekali termasuk proses taaruf dengan si calon suami itu. Nabi mana ada buat tengok wayang bagai. Ajak bakal bini pergi majlis tarian gelek pun tak pernah rasanya.

Apa? Kalau tak berdating tak keluar tengok wayang, nanti tak timbul rasa sayang? Well, kan awak kata ni cinta sejati. Love conquers all bagai. Kalau betul cinta sejati duduk terpisah beribu batu tak jumpa setahun pun masih cinta bukan. Hikhik. OKtata!

Rabu, Januari 4

Poligami: Kalau aku lah...

Manusia memang selalu tak puas dengan apa yang dia ada. Itu fitrah. Kalau boleh semua kita mahu ada, kalau boleh yang kita mahu itu mesti kita dapatkan. Tapi.. bukan semua yang kita mahu kita boleh dapat. Itu realiti.

Berdebat dengan rakan rakan lelaki tantang isu curang.
Kemudian berlanjutan pula sehingga ke isu poligami. Ya, subjek yang paling tidak digemari oleh perempuan sedunia.

Aku persoalkan, apa alasan lelaki untuk berkahwin lebih dari satu?
Salah satu sebabnya, kesempurnaan katanya. Tidak semua kualiti yang dia mahu, ada pada isterinya. Jadi kalau ada perempuan lain yang dapat melengkapkan kualiti yang digariskan, kan cukup cantik.

Misalnya, isterinya pandai memasak, hebat di ranjang, pengasih dan sangat romantis. Tetapi tidak pandai mengemas pula. Rambut pula sudah serupa mi maggi. Disuruh luruskan nanti, kecil hati pula. Katanya tidak menerima seadanya. Ditakdirkan pula berkenalan dan bertemu dengan si Timah. Lawa orangnya. Berbudi pekerti, sesuai benar dijadikan calon isteri. Rambutnya lurus, pengemas juga orangnya. Ditambah pula dengan tutur bicara yang ala ala dengar tak dengar. Lembut suaranya. Daripada berbuat dosa, berzina mata, bersentuhan pula, lebih baik menikah. Dia mampu.

Diberitakan kepada isteri. Isteri membantah tidak setuju. Pilih antara satu. Kalau dipilih perempuan itu, maka lepaskan aku.

Kata lelaki, aku mampu. Aku boleh berlaku adil. Lebih baik abang ikut cara yang halal daripada berzina tak tentu hala. Hukumnya harus. Awak pun tahu kan? Mengapa pula mahu minta di lepaskan? Jangan tamak sangat. Kan elok berkongsi.

Yang si isteri terpempan. Kelu.
Siapa kita untuk mempertikai akan syariat yang telah ditetapkan?

Heh.

Soalnya sekarang, kalau pun diizinkan, sejauh mana kita mampu untuk redha? Atau pun setuju kita itu nanti semata mata kerana kita ini pasrah sahaja? Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah ye adik adik #ombakrindulagi

Isunya sekarang ni, setuju kita itu nanti diharapkan dapatlah menambah saham pahala kita. Menambahkan saham pahala suami jugak kalau isteri nombor dua tu sesolehah yang pertama ye dok?

Poligami bukan benda mudah. Aku terima nikahnya, setel !
Kalau aku sayang hasben, aku tak rela hasben aku menikah dengan pompuan rambut blonde, pakai baju yang boleh show off skin yang halus mulus, semata mata sebab asben semak mata tengok aku tak seksi. Kau ingat tak ada lelaki yang gitu? Ada weh ! Berapa kerat sangat yang menikah lebih dari satu semata mata sebab nak menambah pahala?

Aku tak pernah menentang poligami, malah saudara mara terdekat aku juga ada yang beristeri lebih dari satu. Tapi kalau untuk aku sendiri, buat masa sekarang ini, aku tak akan boleh berlaku ikhlas. Sukar untuk redha. Kalau kita tak redha, jangan nak mimpi dapat saham dan dividen dividen pahala. Tambah dosa lagi ada. Macam macam terdetik di hati.

"Isk. Abang ni tak adil. Nampak sangat yang di sana disayang lebih. Tak guna punya lelaki"

Tak pasal pasal mencela suami.
Jadi, pilihan yang dirasakan baik, berpisah. Buat apa kita nak tipu diri sendiri, memaksa diri bersetuju dengan sesuatu yang kita sendiri tahu kita tak rela, kita tak mampu?

Bila kita tak boleh nak redha, kita tak boleh nak loosen up. Sikit sikit hal, nak makan hati. Sikit sikit hal, nak bersedih hiba. Bahagia ke kalau macam tu? Lebih baik aku cari bahagia aku sendiri daripada makan hati hari hari. Nak mengharapkan payung emas, tapi diri sendiri sengsara.

Well, siapa yang rasa mampu redha tu sign je lahhhh.. zup zap setel !
Kalau tak rela, ke pejabat agama sekali lagi lah jawabnya. Sekali dulu masa nak menikah kan..

Heh ! Emo kan aiiiiii... kikiki


nota: tidak ada hadis sahih yang meng-iya kan akan adanya reward payung emas
SK kabo: lelaki, didik dulu diri sendiri sebelum pasang angan angan nak berkahwin lebih. kalau diri sendiri tak cukup terdidik, mampu kau nak bentuk empat tulang rusuk yang bengkok tu?
SKkabolagi: Tak payah pakai alasan sunnah nabi. Rasulullah SAW dulu memadukan isteri isterinya setelah kewafatan Saidatina Khadijah.


SHARING IS CARING HONEY.

SELAMAT DATANG KE MINGGU POLIGAMI

Pada kali ini aku akan memulakan minggu bertema kita. Jarang-jarang betul nampaknya bila aku yang memulakan acara. Tapi atas dasar permintaan boss aka kawan karib aku sendiri, memang aku tak boleh nak menolak. Aku rasa entry ini berbau serius. Ya, aku memang serius. Dan huraian-huraian di bawah adalah lahir dari hati dan naluri aku sendiri. 

Bagi yang mengenali sisi penulisan aku, ramai tahu yang aku ini pejuang hak-hak kewanitaan. Dan sudah semestinya ramai yang akan berkata bahawa aku memihak anti-poligami. Tapi sebenarnya aku ini seorang yang PRO-POLIGAMI *lelaki bangun ramai-ramai dan tepuk tangan*

Setelah aku rasa menulis begini dah macam jurnal majalah sekolah, baik aku menulis dengan lebih santai lagi. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Prinsip ini aku dah pegang dari zaman sekolah. Jangan tak percaya. Aku selalu berangan untuk dapat 'Payung Emas' katanya. Yang wujud atau tidak, Allah je yang tahu. Kawan baik aku dulu, Seth, selalu mempertikaikan pandangan aku. Pelik betul mamat tu. aku sokong lelakai kahwin banyak, dia plak emo semacam. Aku rasa kalau aku sendiri pergi meminang perempuan tu, mesti rasa COOL gila weyh. Kahkahkah. 

Pada aku, kita pun sedar kan yang masih ramai lagi wanita dekat luar sana yang dambakan kasih sayang lelaki. Dan aku pun percaya ramai wanita yang sensitif dengan perkara seperti ini. Aku rasa peluang lelaki berkahwin lebih dari satu ialah satu peluang untuk si isteri sendiri berusaha untuk jadi lebih baik dan terbaik. Sedih itu memang akan ada. Wanita akan rasa susah pada perasaan, dan lelaki akan rasa susah pada tanggungjawab. Itu juga satu cabaran untuk lelaki berusaha untuk menberi kehidupan yang hampir sempurna bagi setiap isteri-isterinya dan juga mencabar diri menjadi lebih adil dan saksama.  Cewahhhhh... Jadi, sila jadi positif. 

Wanita pula kan mempersoalkan, alahaiii.. sanggup lelaki menduakan isteri mereka? Kita kena ingat yang lelaki itu sifat dan jiwanya berlainan dari wanita. Bila syariat dah membenarkan maknanya nasib golongan janda/andartu/lebihan wanita lebih terjamin. Boleh meramaikan umat manusia dan juga boleh menjaga si suami di saat isteri lain sedang uzur (sakit dan sebagainya, uzur yang period tu pun dia boleh cover. kehkehkeh). So, poligami ni power bukan?

And then, ada juga timbul pertikaian yang bila dah banyak banyak isteri ni, kasih sayang akan dibagi-bagi so sorang akan dapat sikit-sikit je. Tapi come on lah, kasih sayang dan maksud Cinta Infiniti tu kan luas? Cinta tu takkan dapat kau kira banyak ke sikit. Selagi kau percaya pada suami kau dan bersyukur dengan apa yang ada. Izzah boleh buat kot dalam Ombak Rindu. Mesti korang tak suka si Mila kan? Tapi memang patutnya Mila kot yang akan kahwin. Si Izzah tu datang dari celah mana ntah muncul tetiba. Apsal aku dah lari topik ni? #UltrasMila

Mesti wanita semua nak cakap poligami ni memihak dan benefitnya pada lelaki je. Tapi cuba kita fikir pada skop yang luas. Kemain lemah lagi nak buat semua benda setiap hari, melayan benda yang sama setiap pagi. At least, kita ada turn, takde lah rasa penat sangat. Takde lah rasa jemu ke apa ke. Bila suami ke rumah isteri lain at least kita ada masa untuk diri kita sendiri. Bolehlah melawat SPA dari pagi sampai ke malam, ataupun masak meggi je untuk dinner. Takkan lah kalau suami kau ada kau nak bagi dia sumbat maggi kan?

Aku sendiri tahu bahawasanya poligami ni ada PRO dan KONTRA nya. Selalunya pasal duit. Si isteri mengadu:

"Kemonlah abang oi. I punya gelang pun tak sampai ke siku lagi, ada hati abang nak berbini dua."

Kalau nak pikir macam tu, gelang selori pun takkan cukup Senah oi. Cukuplah kalau si suami memang dapat memberi keperluan dekat kau. Yang lain kan boleh share-share. Kalau isteri pertama, kedua, ketiga dan keempat buat girls night out sambil shopping kayapkan suami dieorang bukankah lagi power? Ini serious COOL!

Ya, orang akan cakap. Cuba kena pada batang hidung aku sendiri. Aku just nak cakap kepada lelaki masa hadapan: 

I tau kalau u ada duit boleh tampung 15 bini pun and if u rasa u boleh nak bahagi masa seadil-adilnya. Maknanya semua isteri dapat jumlah masa yang sama, I izinkan. I taknak nanti if u ada kemampuan dari segala segi, I tak izinkan, and u berzina, I yang berdosa. 


Kalau kau nak suruh aku smabung tulis, mahu panjang gila kot. Maybe aku akan cuba sambung dalam #Kitab Terfaktab 2. Ehem.. Ehem.. 

Oh ya, itu saja huraian aku tentang poligami hari ni. Just satu je aku nak cakap, kalau lelaki tu setakat ikan bilis, maknanya duit nak makan sendiri pun mintak kat bini, kebajikan bini pun terbiar,  jangan harap ah weyh nak poligami. 

Aku sokong poligami tu apabila seseorang lelaki tu sudah layak mental dan fizikalnya. 



p/s: percaya atau tidak, if bapak atau atok seseorang lelaki tu berpoligami kemungkinan besar untuk diri dia sendiri(lelaki) berpoligami sangatlah tinggi. It already in their blood u knowww.. 
p/s/s: orang yang cukup POWER je yang boleh terima poligami ni. 
p/s/s/s/: Allah tu takkan uji kita kalau kita cukup power. 










Awak, jodoh itu rahsia Allah

Berikut ialah entri yang dikirim oleh saudara Ceghap di email kami creativesupport@terfaktab.com . Sebuah entri yang mengajak kita berfikir tentang jodoh. Jika anda ada entri yang baik untuk dikongsikan, sila email kepada kami ya!.


Assalamualaikum. Aku ceghap. Aku saja nak menumpang tulis kat sini. Sekian. Aku saspek yang mesti segelintir dari pembaca terfaktab ni sendiri pernah post status seperti di bawah ni tak kira sama ada di facebook mahupun laman sosial lain. Mesti ada punya tak payah nak bohong lah.
                                                                                                                                                          

Awak jodoh itu rahsia Allah..
 ☻♥☻
/█\/█\
.||.||.
SEKUAT mana awak setia...
SEHEBAT mana awak merancang...
SEJAUH mana awak menunggu...
SEKERAS mana awak bersabar...
SEJUJUR mana awak menerima saya...

Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama..Kita Tetap Tidak Akan Bersama..
                                                                                                                                                          

Aku sebenar nak komen sikit pasal statement di atas ni. Korang sebenarnya tahukah apa yang korang post ni? Terutama barisan yang aku dah boldkan dan warnakan Merah tu. Kelakar la korang ni. Jika Allah tidak menulis jodoh kita bersama kita tetap tidak akan bersama? Ya aku tahu semua yang berlaku memang sudah tercatit di loh mahfuz sejak awal dahulu lagi. Tetapi tidakkah kamu tahu tentang sifat-sifat wajib, mustahil dan harus bagi Allah? Tepuk dada tanya selera.

Aku rasa tak perlulah aku huraikan kesemua sifat-sifat tu sebab korang dah pandai guna google kan? Cuma aku nak terangkan sedikit sahaja. Sifat-sifat Allah, Allah ada 20 sifat wajib, 20 sifat mustahil dan 1 sifat harus. Kat sini aku nak huraikan tentang 1 sifat harus bagi Allah. Apa ya? Sifat harus bagi Allah adalah BERKEHENDAK ya adik-adik. 

Ha! Jadi komen aku pada statement "Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama..Kita Tetap Tidak Akan Bersama.." adalah, dapatkah korang hubungkaitkan 1 sifat harus bagi Allah dengan statement ini? Masih belum? Isk kamu ni takkan lah masih belom faham? Owh lembab betul kamu ye. Mari abang terangkan.

Ya seperti yang diterangkan pada awal tadi, memang betul semua perkara yang berlaku sudah tercatit di loh mahfuz. Tetapi dengan 1 sifat harus Allah, Allah boleh menukarnya jika Allah berkehendak untuk berbuat demikian. Kun fayakun (Jadilah, maka jadilah). Jika Allah tidak boleh menukar peraturan yang Dia cipta maka bukan tuhanlah Dia. Betul kan?

Mungkin ada yang bertanya, kenapa Allah nak tukar pula? Allah boleh tukar kalau dia suka. Misalnya Hambanya berdoa kepadanya. Allah kan maha memberi, maha mengasihani, maha penyayang. kan? Dengan berkat usaha, doa, dan tawakal, tak mustahil Allah berkehendak untuk menukar apa yang telah ditulis di loh mahfuz.

Ok. tu saja komen aku pada status tersebut. Dan aku berharap dapat menukar mentaliti segelintir masyarakat kita. Aku juga harap yang ini boleh menjadi info berguna kepada semua. Semua yang baik sesungguhnya datang dari Allah dan yang buruk adalah dair kelemahan saya sendiri. Semoga hidup anda diberkati Allah. InsyaALLAH. wassalam.

Selasa, Januari 3

Perutusan Terfaktab 2012


Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 ya? 

Pejam celik pejam celik sudah masuk tahun baru. Pejam celik pejam celik dari ada makwe, dah takde makwe. Pejam celik pejam celik, dari takde makwe-pakwe, tengok-tengok dah nak bernikah. Kehidupan ini semakin singkat. Masa berlalu pantas dengan pelbagai rentetan peristiwa berlaku disekeliling kita. Begitu juga dengan organisasi yang di-salut ini, Terfaktab.

Tiga tahun lepas di mana kita berada dan apa status kita? Apakah kita berjaya ataupun masih dalam kegagalan? Masih dihantui kenangan memedihkan hati atau mahu keluar mencari sinar harapan yang mampu menjulang diri kita lebih berdominasi menggapai kejayaan. Ini semua terletak pada tangan kita untuk mengubahnya.

Pujangga ada menyatakan;

"Nasib dan takdir itu dua perkara berbeda. Nasib boleh diubah, tetapi takdir tidak boleh. Kejarlah nasib yang baik, dan terus berdoa agar takdir sentiasa menyebelahi kita."

Sepanjang penubuhan organisasi sejak November 2011, aku melihat organisasi ini berjalan menempuh pelbagai rintangan dan dugaan. Aku sedar bahawa terdapat suara-suara sumbang yang mengkritik dan mencemuh organisasi ini. Mungkin bertujuan untuk melemahkan, menghakisi kepercayaan dan ingin mengambil kesempatan. Manusia-manusia sebegini bagi aku (jenis suka down-kan orang lain), tak perlulah untuk kita warga kerja Terfaktab dan para pengikut yang dicintai ambil endah sangat. Kepercayaan yang diberikan dari para pembaca, terfaktab-lovers dan para puaka yang setia amat pihak aku dan warga kerja hargai, dan itulah yang seharusnya dipupuk dalam segenap pemikiran anak muda yang dahagakan kasih sayang, cinta untuk kekal positif bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Terima kasih dari aku dan warga kerja kepada kalian. Kalian adalah permata berharga. Kehadiran kalian membuktikan sebenarnya masih ramai lagi manusia yang berhati mulia yang mahu melakukan perkara-perkara kebaikkan. Salut!

Kami di Terfaktab terdiri dari latar belakang penulisan dan profil yang berbeza. Tetapi kami bersatu hati dan seiring sekata mengatakan setiap orang layak mendapatkan cinta yang baik, dan bertindak betul dalam memilih cinta. Juga kami turut sama berpendapat bahawa hubungan yang baik antara lelaki dan perempuan itu datang dari sikap yang baik. Buruk sikap kita dalam hubungan, maka buruklah hubungan itu. Itu saja peraturannya. Mudah difahami. Namun, secara realitinya sukar untuk kita cernakan kerana subjek cinta dan perhubungan itu dalam dan besar. Komplikated juga kerana terdapat pelbagai perkara-perkara kecil yang perlu diteliti.

Secara peribadi, aku memberi kepercayaan sepenuh hati kepada semua warga kerja di Terfaktab. Mereka bukan sahaja pekerja yang baik, anak buah yang berdedikasi, tetapi juga rakan karib aku sendiri yang aku hormati. Setiap ahli skuad yang ada, punyai cara dan gaya masing-masing dalam menjalankan misi. Kesungguhan mereka juga memberi inspirasi kesungguhan aku sendiri. Menjadi kapten dalam sebuah organisasi yang berkembang pesat sebegini bukan mudah sebenarnya. Namun aku lebih sukakan sikap optimis untuk mara kehadapan. Sikap steady dan kental yang digunapakai juga membantu mengekalkan kestabilan yang ada. Love it.

Untuk para pembaca dan Terfaktabians (Terfaktab-Lovers), ada banyak plan yang kami rancang untuk kalian semua. Kesemua rancangan-rancangan itu telah kami permesyuaratkan sebelum ini. Kitab Terfaktab edisi #2 misalnya akan menemui kalian pada akhir Mac atau awal April. Kami juga akan menghasilkan beberapa produk edisi terhad seperti baju dan merchandise yang difikirkan sesuai pada tahun ini dan akan mula beroperasi pada Mac nanti. Disamping itu, untuk menggiatkan bahagian kaunseling, kami juga bercadang untuk mewujudkan siri-siri video khas bagi melicinkan kefahaman permasalahan relationship kepada kalian. Kiranya, selepas ini kami tidak lagi tertakluk kepada penulisan sahaja. Ya, kami akan bergerak ke video blog pula. Oh, juga dalam perancangan ialah menerbitkan sebuah filem cereka pendek Terfaktab yang akan mendapat usahamasa dari penggiat video independent terkenal. Untuk setakat ini, kami masih dalam proses menyiapkan skrip dan filem cereka pendek ini dijadualkan memulakan penggambaraan pada April dan menemui kalian di pawagam-pawagam indie berdekatan pada Jun hadapan. Nantikan ya.

Bagi memulakan kerancakkan tahun 2012 ini. Kami akan mengadakan minggu istimewa! Yeah, minggu istimewa akan datang lagi. Bila-bila masa dalam minggu ini, sebuah minggu istimewa dinamakan Minggu Poligami akan diadakan bagi membincangkan skop poligami secara santai. Kami harap anda menyukai topik sebegini dan turut sama menyertai perbincangan yang disediakan. Pasti mengujakan.

Akhir kata dari aku dan warga kerja Terfaktab. Kami berharap kalian akan terus setia bersama kami. Semarakkan cinta hingga sampai ke bima sakti.! Semoga tahun baru ini kita semua akan lebih cemerlang. Chalo, Asalammualaikom!

Isnin, Januari 2

The Real AdaMaya!

Bapak atuk aku (moyang aku) adalah orang india.Jadi atuk aku punya muka pun automatic jadi macam Saif Ali Khan.Dia memang handsome I tell you.Sampai sekarang pun masih handsome.Dia cikgu daripada Johor yang ditugaskan di Terengganu (kampung nenek aku),dia mengajar english.Dia suka lepak dekat satu kedai dengan membe-membe dia setiap petang (kedai moyang aku,sebelah nenek) atuk aku ni memang friendly tapi bahasa terengganu dia teruk gila.Apa-apa pun dia berkawan dengan ayah nenek aku,Pok Mail.

Satu malam,atuk aku nampak nenek aku baru balik daripada kelas mengaji.Masa tu atuk aku tengah duduk melangok kat padang bola sambil hisap rokok.Terus dia panggil nenek aku dengan mengeluarkan bunyi burung. (dimana pada zaman ini hanya dilakukan oleh rempit dan bunyi itu sangat dibenci oleh kaum wanita.Take note,jangan mengulangi kesilapan atuk aku) nenek aku,of course rasa sangat meluat tapi aku tak faham kenapa dia layan juga atuk aku.

"apa?"

"pergi mana?"

"balik lah."

Nenek aku,pada zaman itu salah satu anak dara paling hot dekat Gong Kapas.Dia memang cantik.Cantik gila gila punya cantik.Nama nenek aku Railey.Nama atuk aku Rahman.

Malam tu,atuk aku dah jatuh hati dengan nenek aku.Love at first sight bak kata omputih.Pagi esoknya dia bagitahu membe dia pasal nenek aku.Membe dia pulak ketawakan dia,membe dia baru pecah rahsia yang nenek aku tu anak Pok Mail,pemilik kedai temoat dorang selalu lepak tu.Dan bila atuk aku dapat tahu,aku tak faham kenapa dia buat tindakan drastik untuk pergi merisik nenek aku.Family nenek aku semua suka dia,kecuali nenek aku.Mungkin sebab atuk aku buat bunyi burung kot. Tapi menurut cerita nenek aku.Dia tak suka atuk aku sebab atuk aku macam keling. K.Macam jahat. Lagipun pada masa yang sama nenek aku dah ada boyfriend.Dengan profesor. Profesor vs cikgu? Damn. Jauh beza.Tapi disebabkan keluarga,nenek aku kahwin juga dengan atuk aku.Kira macam kahwin paksa. Tapi nenek aku untung. Atuk aku sweet kot.

Menurut cerita pakcik,mak dan makcik aku.Dorang jumpa dairy atuk aku. Dia tulis pasal nenek aku. Dia tulis kisah saat dia panjat bukit and jerit nama nenek aku kuat-kuat. So sweet.Dah mabuk cinta sangat lah tu.Zaman sekarang laki jerit nama bini sebab nak suruh ambikkan something je.Hmp! Tapi akhirnya nenek aku pun jatuh cinta dengan atuk aku yang handsome ni.Until now,they still call each other darling.I'm always so impressed when their love story.Come to think of it,they are the "Adamaya" of their century.Kisah cinta ni klishe,cuma klishe dalam terma cinta ada seribu satu cara untuk diluahkan.





(my nenek and atuk,yang aku panggil Nani and Tata ikut gaya orang india)


(my lovely Tata)


*takde kena mengena*

Bermuka-muka di Muka Buku.


Assalamualaikum. 

Aku tules ni sambil ngadap tengok citer Ombak Rindu kat Astro First. Jangan tanya kenape aku tengok citer tu walaupon aku tak suka. Ya, memang mulut aku tak benti menyumpah citer tu. Kalau Maya Karin ke Aaron Aziz ke Osman Ali ke, atau sesape jela yang berkaitan dengan filem tu baca entri aku ni, mohon jangan mengada nak saman aku. Bawak-bawak la belajar terima hakikat. Huh.

Ohh, aku takde la nak tengok sangat pon citer ni tapi sebab aku tengah online kat ruang tamu, jadi takleh nak elak la. Takkan aku nak tutup mata sambil tules entri pulak kan. Memang tu namanya aku sedang ngigau dalam tido. =.= Haaaa, dan sebelum aku tules entri ni, aku macam biasa la bukak fesbuk. Facebook = Muka buku. Orang Melayu memang suka buat direct translation kan. Aku sampai skang takleh terima. Facebook bukan ke membawa maksud buku muka? Jadi, kenape orang sebut muka buku? Sebab Najwa Latif nyanyi lagu muka buku, so terus menjadikannya betul untuk sebut muka buku? Yela, yela. Aku tau ramai peminat dia kan. Fine.

So, masa aku bukak fesbuk tadi, ada la aku baca sorang kawan aku ni tules status dia, wishing one of his friend. Something like, 'Happy birthday ___________ (nama yang berwarna biru). Wishing you all the best bla bla bla'. Aku pon, okay jela kan tengok wish tu. Pastu aku pon klik la kat nama yang berwarna biru tu untuk konon-konon nak wish jugak la kan, tules kat wall ke kan. Ya, sebab dia pon kawan aku jugak sbnanye. Tapi, ape yang memeranjatkan aku adalah jeng jeng jeng! Ada butang ADD FRIEND ye di page dia. Ya, bila ada butang add friend tu ape maksudnya kawan-kawan? Ya, maksudnya dia dah remove aku daripada friend list dia. Eh wait, dia dah remove aku? Wth???

Aku ingat nak belagak cool blog kan walaupon selepas di-remove. Well, ini bukan kali pertama aku mengalami situasi ni. Tapi, masalahnya skang ape kes dia remove aku??? Oh, mungkin makwe dia jeles kot dengan aku. Sebelum ni, dia penah je pm (private message) aku kat fb, tanya ape hubungan aku dengan pakwe dia. Ayat dia memang pedas ah. Siap tanya penah check in hotel ke segala. Hoi, ingat aku murah ke nak check in hotel segala dengan pakwe kau? Pelik-pelik la pompuan zaman skang ni. Belum kawen lagi tu, dah serang aku macam-macam. Macam la aku hadap sangat pakwe kau tu. Tu pon belum tentu dapat jadi suami, dah menggelabah ayam.

Okay, untuk menambahkan lagi ke-cool blog-an aku, aku pon usha la fb si makwe, untuk check adakah dia pon sudah berjaya me-remove aku. Ohh ya, dia memang friend dengan aku (dalam fb jela) pon sebelum ni. So, bila aku check, memang kompom dia pon dah remove aku. Oookaayyyyy. Dedua merpati sejoli ni dah remove aku. Sepupu aku kate, boleh jadi si makwe yang tolong me-remove aku daripada fb si pakwe. Ahh tak kesah la. Yang si pakwe pon bangang duduk diam je biar makwe dia buat macam tu apekes? 

Aku bukan nak cakap ape la. Aku pon penah ada pakwe dulu. Tapi kena faham la. Masing-masing ada private life kan. Takkan la sume benda nak share. Dah tu, pakai la satu baju untuk dua orang, satu kasut untuk dua orang, senang citer pape pon mesti buat sekali, jangan pisahkan hatta spender sekali pon. Kau ni, aku nak kate bangang, ada akai. Tapi letak kat mana akai tu pon aku taktau. Janganlah jadi bangang bila dah bercinta. Karang yang orang salahkan cinta jugak. Patotnye salahkan orang bangang yang bercinta macam korang ni.

So, please la. Aku mintak sangat kepada yang sudi membaca ni, bila bercinta tu, jangan tolak terus akal korang ke tepi. Parah jugak kalau setiap masa nak ikutkan hati je, ikutkan perasaan je, logik akal sume tolak tepi. Please tolonglah jangan. Jangan jadikan perasaan cemburu korang sebagai alasan untuk korang mengongkong kehidupan pasangan masing-masing. Jangan jadikan perasaan sayang dan cinta korang sebagai alasan untuk membiarkan pasangan memperlakukan semahunya. Ada sebab kenapa Tuhan letakkan posisi akal tu di kepala, bukan di kaki. Gunalah akal sikit, jangan biarkan setakat menjadi lemak tepu yang teragung.

Baiklah, itu sahaja permulaan bagi tahun 2012 yang sangat terfaktab daripada aku yang serius terfaktab. Maaf kalau kelihatan sedikit emosi. Tapi fb skang ni kan dah macam buku biodata masa kecik-kecik dulu. Sedih tahu bila kita penat-penat suro orang tules dalam buku tu, tup-tup dah kena koyak. Payoh doh la weh nok saing pah-pah ni. Gewe sep-sep ni bekeng belako. =.='


p/s: Cakaplah yang kau rase aku ada potensi nak rampas pakwe kau yang sampai kau takot sangat tu. Simpan pakwe tu dalam ketiak jela. Heh.