Rabu, November 30

Pemenang Kitab Terfaktab

Assalamualaikum. Hai! 

Berdebor tak bila tengok tajuk entri ni? Kehkeh. Tapi sebelum tu, kami nak mintak maaf sangat-sangat sebab terlewat dari tarikh yang kami janjikan nak umum pemenang. Kami bukan malas cuma errr tak sempat. Kot. Hehe. Ye, kami akui tempoh kelewatan tu bukanlah sehari, bukan juga seminggu, tapi mujur belum sampai sebulan. Kalau tak, kami memang nak bakar je opis ni. Takde sorang pon nak dok umum keputusan ni. Kesian la kan kat pembaca-pembaca yang tersayang. *amek hati*

So, setelah kami buat penilaian, pemerhatian, pengiraan dengan menggunakan pelbagai jenis formula yang Sir Isaac Newton mahupon Albert Einstein pon pasti gerun bila mengetahuinya, jadi kami telah pon sepakat untuk memilih satu pemenang. Kenapa satu? Sebab memang kami nak satu je pemenang tapi bukan satumalaysia. Kahkahkah. Okay, tak lawak. =.='

Sbnanye memang banyak lagi nak merapu tapi memandangkan ni entri mewakili satu terfaktab, jadi tak bolehlah nak buat macam entri sendiri. Baiklah. Tanpa membuang masa dan tenaga aku menaip yang lebih bukan-bukan dan merapu lagi, moleklah kiranya aku mengumumkan saje sape pemenangnya. Agar yang berdebor tu dah boleh benti bernafas, yang tengah taknak scroll down sebab bimbang kalau-kalau namanya dipilih bolehlah dengan pantas dan tangkasnya menscroll down kan skrin lalu menekan butang pangkah kerana kecewa. Hukhuk.

Bagi yang menang, kami ucapkan tahniah. Bagi yang tidak bernasib baik, jangan berputus asa kerana mungkin ini bukan rezeki anda, boleh cuba lagi tahun depan. Ayat standard bila pegi mana-mana pertandingan okay. Hikhik.

*bunyi drum* (aku taktau nak tules macam mane bunyi dia so korang bayang sendiri la eh.)

v
v
v
v
v


Taraaaaaaaa~  (sila klik gambar untuk melihat entri beliau)

Inilah pemenangnya! TAHNIAHHHHH!

Okay dah. Bolehlah tido dengan lena ye memasing. Bagi pemenang, sila emelkan kepada kami cara untuk kami hubungi anda. Jangan risau, kami takkan jual nombor anda pada mana-mana publisher. Kikiki. Annyeong~

hati



Kala sunyi sendiri
Dipanjat doa pada Illahi
Kurniakan sekeping hati yang memberi
Hingga ke akhir hayat berjanji menemani

Tuhan mungkin mahu kita tunggu lagi
Kita tunggu sambil pujuk hati
Bersabar lah untuk sedikit masa lagi
Akan tiba juga yang kita nanti nanti

Tiba waktu segalanya tertepati
Hati tidak sunyi sendiri lagi
Berteman bahagia hari hari
Syukur atas kurnia yang tak terperi

Namun sekejap sahaja merasa serba mencukupi
Teruji dengan masa yang selalu dengki
Dulu dan kini sudah tidak serupa lagi
Kalau mengadu, apakah nanti di kata tidak mensyukuri?

Dipujuk pujuk hati untuk mengerti
Tercari cari penawar mengubat sunyi
Kita takut berteman sepi
Bantu kita temukan diri



careless, and you'll be happy

Selasa, November 29

Gatal dan Jodoh.


Assalamualaikum. 안녕...

Aku rase bila dah cecah certain umur, isu kawen-pasangan-jodoh ni sume dah macam minum air. Punyalah kerap orang citer pasal isu ni. Nampak tak? Kalau tak nampak, taknak kawen eh maksud aku taknak kawan. Heh.

Aku pon sbnanye sama je sedang lalui fasa yang kemaen merenyam lagi sikit-sikit je bukak citer kawen. Sikit-sikit je yang rase seronok di dunia ni adalah kawen. Yang rase meriah gila dalam dunia ni adalah kenduri kawen. Lebih-lebih lagi bila kawan yang rapat dengan aku pon dah nak melebihi fasa yang aku sedang berada. Maksudnya, aku hanya berada pada fasa yang 'hanya boleh CAKAP pasal kawen', tapi dia akan melebihi fasa ni dan akan berada pada fasa 'AKU AKAN KAWEN'. Huhu. Tak, tak, aku mane ada jeles pon. T_____T

So, bila orang sekeliling aku dah mula citer sana sini pasal kawen, aku pon ape lagi, haruslah ikuti perkembangan semasa dengan bukak citer pasal kawen-kawen ni jugak. Aku bukanlah nak kawen sangat dalam masa terdekat ni, tapi bila tengok orang kawen, macam best je kan. Tapi aku tahu aku sbnanye belum cukup bersedia untuk pikul tanggungjawab yang besar sebagai seorang isteri. Kof kof. Sorry, terbatuk pulak.

Ada orang penah cakap kat aku bila aku runsing macam mana nak kawen right after blaja sedangkan calon pon takde kan. Dia kata; "Jodoh ni datang tak kira masa. Bukan bila kita bercinta skang, lagi 2-3 tahun, kita kompom akan kawen dengan orang tu." Betul la tu kan? Kan? Kan?

Okay, so aku pon balaslah, "Yeah, jodoh tak kira masa kan. So, kalau jodoh tu datang time orang tengah blaja, takleh la halang ye dak?" Tapi haruslah aku di-smash balik kan. Katanya; "Kalau kawen masa tengah blaja, tu gatal bukan jodoh. Kalau kawen masa dah abes blaja, dah keje sume, baru jodoh." Erk!

Ahh sudah, parah bukan. Tak banyak cakap, aku terus masuk dapur nak masak. Maken banyak parut kena minyak panas kat tangan, maken kasar tangan, harap-harap dapatlah jadi menantu pilihan BILA DAH ABES BLAJA NANTI ye dak. Taknak aku dicop gatal. Dah la tak reti menggoda. Kikiki.

obviously bukan hantaran aku. nak bergambar dengan hantaran sendiri entah bila. 
mwahahahahaha!

How to move on


An advice for an advice

There’s a million ways to move on. There’s an endless lists for that.

Stop stalking your exes, they ain’t worth a dime and space in your present and future, unless you wanted them to still be apart of you

Redirect your daily thinking process and chores to something that might benefit you.

Go get a hobby, pet a cat, sing a song, write a song, write a book, go bungee jumping, play video games, get your head out of the phony mind that’d take you deeper into the past. Embrace your present with the things u’d enjoy.

Do not overthink, overthinking brings your feelings to another level of misery in which I certainly certain you don’t wanna conjure into. Who wants to live in a big ass mess you’ve done before?

There’s a various amount of time people take to move on
Some people can move the fuck on in a blink of an eye, while some other take almost their whole life just to move on. This depends on your will of life and the will to find a better picture of tomorrow.

Trust me, Tomorrow won’t only bring you sorrow,  there’s a universe to go for.
Catch that big ass fish in the deep blue sea.

Stop whining and start discovering. Whining is actually a must but over-whining won’t get you nowhere. 

There’s so much to life than just whining about what you past had done to you.

Be fucking optimists. Optimism brings you a big ass smile. Imagine the best part of losing that so called apart of you, I can guarantee you’d found it someway somehow unless u’re a total pain in d arse.

Be oblivious. If Your pasts brings you into the dark cave of horror and sorrow, get them out of your life.  Turn over a new leaf.  Crop a new picture. Find a new friends, Built a new circle.

Your will of life will determine your effort to move on. Losing isn’t everything, it’s just a game of life.
Why people don’t wanna move on?

Because they’re happy staying in the pain. Or maybe perhaps they’re too wishful. Miracle do happened, but they won’t happen all the time. Those fairy have a limited amount of miracle to glock on you.

Don’t look back in anger, look back, in a big wide smile
It’s ok to remember the past, but don’t do it frequently, do it so that you’ll learn from the past mistakes

The past can teach us a lot of thinky thanky steps on what to and what not to do in order for us not to do the same mistakes again.

Don’t forget the first basic step, the most important thing in this world is your own happiness. How could you be happy when u never try to be happy with your own self? haha

Lesson should be learned, not to be repeated again.

Vladiosa. Ciao…

Well I think honesty is the gravity of that thing called love.

Ahad, November 27

Perspective


So girls and women out there. Any opinion?

Keep away from hatred. Stay peace and love.

Sabtu, November 26

Cukup-cukuplah..

Ardy melihat air mata yang jatuh di pipi Athena. Dia menghembus asap rokok perlahan dan menggenggam tangannya yang menggigil. Demi Tuhan, malam ini dia tidak mampu mengesat air mata itu. Athena datang dengan rasa sesal yang berlangit-langit dan Ardy hanya mampu menahan hatinya yang sakit. Ini bukan soal ego, ini bukan tentang menjilat semula ludahnya, ini tentang perasaan. Andai diberikan semula perasaannya pada Athena adakah rasa itu akan semanis dulu? Andai diberikan semula satu peluang adakah percintaan mereka akan mekar seperti dulu? Tidak, dia tidak akan mengulangnya kembali. Manisnya rasa itu akan selalu diingati dan mekarnya percintaan dulu akan sering tersimpan rapi.

"Maafkan aku, Athena. Tiada apa yang dapat menggantikan diri kau meski diri kau sekalipun", bisik Ardy sambil melangkah meninggalkan Athena yang terduduk mengadap ombak.




Sudah terlalu banyak air mata kau yang aku tumpahkan,
Sudah terlalu banyak janji yang kubuat dan aku leraikan,
Sudah terlalu banyak jerit pekik kita memecah kesunyian,
Sudah terlalu banyak kata-kata nista yang kita lemparkan,
Sudah terlalu banyak impian dan angan-angan yang kita musnahkan,
Sudah terlalu banyak rasa cinta, rasa sayang, rasa kasih, rasa rindu yang tidak keruan,
Hari ini jika kau kembali,apa yang aku hanya mampu katakan,
Cukup-cukuplah..


Kau mungkin mimpi paling manis dengan pengakhiran yang paling menyeksakan.

Rabu, November 23

Long Distance Relationship is BULLSHIT!


*patah-patahkan jari bagi bunyi-bunyi sikit*
*bersiap sedia untuk di maki*

p/s: Tulisan ini adalah 100% pandangan peribadi gua. Mohon pasrah.


Ya, tengok tajuk pun lu orang dah boleh tahu apa isu yang gua nak ketengahkan. Gua tahu ramai yang tak akan puas hati. Ramai juga student-student berlainan universiti melemparkan kata-kata kesat ke gua di dalam hati. Sebab kebanyakan lu orang ni jenis berbudi pekerti katanya. Sudah bertudung litup takkan nak hisap rokok pulak eh eh takkan nak memaki hamun di khalayak ramai pulak kan?

Kenapa gua katakan LONG DISTANCE RELATIONSHIP ITU BULLSHIT?! Kenapa? Gua rasa banyak dah tahu kenapa, tapi pura-pura tak nak amik tahu katanya. Konon-konon ianya berjaya. Ya, adalah kot yang berjaya tapi ntah aku tak pernah nampak lagi kengkawan yang dah kahwin sebab LDR ni ha. Yang punah ranah itu berlambak.

Pada gua, satu relationship yang sihat itu haruslah mendaki puncak bersama-sama. Maksud gua ialah susah senang. Contohnya, lu kat Malaysia, pakwe lu kat Uganda. Jadi, apa-apa yang jadi ke lu, pakwe lu tak berada di sebelah lu. Katalah kereta lu rosak kat tengah jalan waktu malam, secara tipikalnya seorang awek akan call pakwe untuk datang jadi hero. Tapi takkan lah nak tunggu pakwe lu sampai dari  Uganda ye dak? Kemungkinan bila dia sampai, lu dah sempat beli kereta baru atau pun dah ada 18 pakwe stop nak tolong lu.

Jadi dari situlah bermula 'kawan baik sesuper'. Yang selebihnya, akan menempuhi segala kesusahan dan onak duri bersama lu. Rata-rata ialah berlainan jantina. Ye la, semestinya kawan baik lelaki lu akan tolong lu dalam segala hal. Takkan nak panggil gfsss kot tetengah malam pergi betulkan kereta lu ye dak? Dari situ akan jadi bestfriend sesuper yang akan teman lu tengok movie, makan, angkat buku, mengadu domba dan sebagainya.

Tak tak tak. Jangan buat andaian yang lu akan bercinta dengan bestfriend sendiri. Bukan tu maksud gua. Sebab pada gua sendiri, bestfriend tak boleh bercinta. Sebab benda itu akan men'destroy'kan friendship lu orang. Kalau ikut pengalaman gua yang ada 3,4 bestfriend lelaki, and bila one of them meluahkan perasaan ke gua, gua rasa awkward dan tak boleh terima. Sayangnya friendship nak di tukar ke ralationship yang takde jaminan, esok lusa bergaduh serupa puaka terus tak bertegur sapa. Hilang seorang kawan.

Okay berbalik kepada topik gua tadi, LDR tu BULLSHIT sebab lu susah senang dengan orang lain tapi jumpa balik pakwe lu lepas 6 tahun, lu rasa dia deserve CINTA lu? Macam lu dah ada pakwe tapi lu dapat tahu yang lu dah bertunang dari kecik. End up lu kahwin dengan orang lain. Lu rasa lu dah kenal pakwe lu tu betul-betul dengan hanya video call dekat SKYPE? Nak cakap kesetiaan orang yang jauh tu tak payah la nak cakap apa tapi tanya balik ke diri lu. Lu cukup setia? Tak lupa juga yang berpoya-poya di perantauan tapi takpe balik balik nanti dah ada makwe yang setia menanti. Itu memang BULLSHIT! 

Siapa ada dengan lu masa lu demam panas tak boleh nak pergi klinik? Siapa ada dengan lu masa lu tertonggeng menangis sebab result failed? Siapa yang tenangkan hati lu masa family lu ada problem? Siapa yang genggam tangan lu dan bisikkan yang semuanya akan jadi okay?

Lu nak cakap, dengan hanya  dengan dengar suara pakwe/makwe lu kat phone boleh buat lu cukup puas hati? Lu tipu gua ke lu tipu diri sendiri? Lu cakap kat gua yang lu memang percaya dia 100% tanpa rasa ragu-ragu. Okay itu memang lu tipu. Lu sanggup tolak cinta mamat-mamat yang depan mata lu yang teman lu makan, share ice-cream dengan lu, teman lu tengok bola, pick up lu masa kereta lu rosak, sebab lu tunggu pakwe Uganda lu balik? Heh! *senyum sinis*

PADA PANDANGAN GUA, LDR itu sesuatu yang BULLSHIT! Kalau lu berjaya setakat ni, gua ucapkan tahniah. Bagi baru nak berjinak-jinak, pikir secara mendalam, yang ragu-ragu dengan pakwe/makwe kat sana, gua ucapkan 'Good Luck'!

Okay, renung-renungkan lah dan selamat beramal!!

cinta obsesi

cinta ni kita tak boleh nak paksa paksa.
kau ubah lah di kau macam mana pun.
tapi, kalau orang dah tak mahu, apa daya engkau lagi?
soooo... berhenti buat itu dan ini untuk mengemis cinta orang yang tak mahu ke engkau.
jadi diri sendiri.
sayangi diri engkau, dan kemudian nanti cinta akan datang sendiri ke engkau tanpa perlu kau nak mengemis ngemis.
sumber: status facebook Terfaktab, 18 November 2011
 
Kadang kadang, kita ni rela untuk jadi macam macam demi untuk memenangi hati manusia yang kita suka. Kita fancy sangat dengan dia, jadi setiapnya yang jadi kesukaan dia mesti lah kita ambik tahu kan? Dia suka perempuan yang lemah lembut, dia suka perempuan yang rambut panjang, dia suka perempuan yang tak membantah bantah, dia suka perempuan yang pakai baju kurung, dia suka perempuan yang pakai baju warna putih, dia suka perempuan yang begitu, yang begini..

Semua kita ambil tahu.

Kita tanya kawan kawan dia, kita tanya adik beradik dia. Malah kalau kita tak kenal sesiapa yang rapat dengan dia pun, kita pandai cari sendiri. Ada ketika kita tebalkan muka tanya pada dia. Kadang kadang yang bijak sikit, jadi kawan baik dia. Well, banyak perkara kita akan share dengan kawan baik kan?

Lepas tu kita mula ubah diri kita. Kita bercakap lembut lembut, penuh satu lemari kita isi dengan baju kaler putih dah macam aci berkabung bila mati suami. Lepas tu kita labur dua tiga ratus pulak untuk rebonding rambut. Setiapnya yang dibilang kita turut kan saja walau kita tak suka.

Kita mahu jadi perempuan seperti yang di impi impi. Biar yang di pilihnya nanti kita.

Soalnya berapa ramai yang berjaya?
Kalau pun berjaya, boleh di kekalkan diri kita yang sebenarnya bukan kita itu?

Selasa, November 22

Nafkah Batin

Assalamualaikum wbt. 

Dengan rasa rendah diri dan tak malu saya up-kan entri kedua buat minggu ni. Almaklumlah sejak Malaysia menang bola dengan Indons ni, boss Aqram asyik bizi melayan cewek-cewek sokerleaks saja. Yelah siapa lah ceweks meleis dihatimu itu. Harharhar!

Eh saya nak cakap pasal apa tadi? Nafkah batin? Ha, ha! Dah fikir lain dah tu ya. Almaklumler post benda ni pukul 12.50 malam. Tapi tunggu dulu, ini bukan cerita pendidikan seks. Cuma nak berkongsi pendapat seorang ustaz di rancangan ceramah pagi beberapa hari lepas.

"Sesungguhnya kasih sayang dan sifat romantik itu sebahagian daripada nafkah batin seorang suami kepada isterinya. Akan tetapi ramai lelaki Malaysia menyangka romanticism=seks."
Ah, begitulah adanya cakap si ustaz tu. Pelik bukan? Tapi benar katanya. Sikap romantik kurang difahami oleh rakyat Malaysia (ok kita sempitkan niche--Bani Melayu). Malahan, perkataan "romantik" itu sendiri tidak ada makna yang setara dalam Bahasa Melayu asli--memperlihatkan bahawa konsep ini tidak wujud dalam budaya Melayu. Ya bukan?

Romantik, tipikal orang putih kot!...(source from here)

Pada kefahaman saya, romantik itu sikap dan tindakan yang menunjukkan rasa belas dan kasih. Contoh memberi SMS yang manis atau berpegangan tangan semasa berjalan. Sesuatu yang mudah dilakukan tetapi halus maknanya kepada si penerima. Saya ajukan persoalan ini kepada beberapa rakan. Apa itu makna romantik kepada mereka?

"Romantik itu membelikan air minuman kegemaran saya."

"Romantik itu layan TV series kegemaran saya, semata-mata kerana cinta pada saya."

"Romantik itu berbaring di pasir lembut dan melihat kepulan awan di langit"

"Romantik itu mencium matanya dia semasa bangun pagi."

"Romantik itu menanggalkan kutang bajunya dengan sebelah tangan..."

AHH sudah! bila lelaki jawab soalan, begitulah!

Ya, dua pernyataan terakhir itu datang daripada lelaki (koffkoff, troll boss sendiri). Maka saya bawa anda kepada pendapat kedua saya--bahawa lelaki memahami romantik sebagai sikap fizikal/sensual, manakala perempuan lebih kepada perkataan dan perbuatan yang non-sensual. 
Terjumpa senarai "romantik" ini di sini. menarik kan?

Itulah yang dikatakan oleh Ustaz tersebut--di mana kesilapan kaum Bani Melayu memahami bahawa Nafkah Batin itu hanyalah berjima'. Sedangkan sifat romantik dan menzahirkan kasih sayang itu sebahagian daripada nafkah batin yang boleh dituntut!

Beginilah saya terangkan dari segi bahasa. Batin dikaitkan dengan perasaan hati, jiwa dan semangat seseorang. Perlakuan romantik pula adalah sifat yang berkaitan  emosi. Jadi romantik itu adalah sifat yang termasuk dalam batin, dalam bahagian emosi dan perasaan. Maka, jika dikatakan nafkah batin itu wajib, fahamlah kita apabila ustaz itu mengatakan penzahiran kasih sayang dan sikap romantik adalah wajib juga--kerana emosi itu sebahagian daripada batin.

Ahh kau Bent. Dengan idealisma Barat kau. Tak perlulah romantik-romantik ini.

Ah, budaya Barat ya? Sebenarnya perkataan romantik itu berasal dari sana, tetapi sikap ini telah dizahirkan oleh Nabi Allah kita sendiri.

1) Rasulullah SAW selalu pegang tangan isterinya. Malah dalam rumah pun pegang tangan lagi.

1) Rasulullah SAW pernah main-main lumba lari dengan isterinya Aisyah. (Kalau zaman sekarang boleh ganti dengan main badminton bersama isteri dan anak-anak ye tak? Oh kenangan lama tu mak ayah!)

2) Dan semasa isterinya Safiyyah (remember her in my anti-Valentine post?) nak menaiki unta, Rasulullah meletakkan bahu supanya boleh dijadikan tempat meletak kaki untuk panjat naik (kalau di zaman sekarang, equivalent kepada buka pintu kereta semasa isteri nak masuk, ya tak?). 

3) Dan pernah sekali Aisyah r.a minum air dalam gelas, dan Baginda menyambut gelas itu, dicari dimana tempat Aisyah minum tadi dan Baginda minum. (eh, pernah tengok adegan serupa dalam anime Jepun. Gerakan ini dipanggil indirect kiss tahu tak? lalala~)

dan rasanya ada banyak lagi tindakan Baginda ini--tak caya sila baca entri Imam Muda Asyraf ni. Yang penting romantik dan kasih sayang ni wujud sejak zaman Nabi lagi. Lagipun fikirkan. Macamana dia boleh bahagia dengan empat isteri pada satu-satu masa sedangkan orang kita sorang pun dah porak peranda. Kita tak pandai jaga lettew!

Masalahnya orang kita ni, malu. Tambah-tambah yang Bani Melayu ni. Time saya kerja di mall dulu, pasangan suami isteri Melayu jarang berpegang tangan. Pasangan belum berkahwin pula tanpa segan silu pegang-pegang. Anehnya pasangan pak mak arab yang berpurdah hitam bagai, siap anak dalam stroller boleh pulak pegang tangan. OK-ok, ada la pasangan tempatan yang macam tu juga, tapi boleh dikira dengan jari. Amboi bila cakap couple itu haram, bergelen-gelen dalil korang keluar ya defend bagai. Tapi benda halal macam ni malu, tak mahu pula tunjuk ya!

Bukan saya nak impikan melihat lebih ramai orang berjalan berpegangan tangan sampai sesak shopping mall bagai--tapi cuma mengharapkan lebih ramai yang mengamalkan ekspresi kasih sayang secara jelas.  Bukan apa, secara tidak langsung environment pun jadi lebih ceria.  Cuba kalau anak-anak kecil sentiasa melihat ibu bapa mereka bersikap mesra ala-ala Rasulullah sesama mereka. Apabila anak-anak dididik dengan kasih sayang dan belas kasihan sejak kecil, bila besar nanti mereka pun akan menzahirkan perkara yang sama. Ni tidak--kalau kecik-kecik asyik tengok orang gaduh, besar-besar apa jadi? Troller? woha!

Ala silap gambar. Ni troller lain. [sumber]

Lagipun sikap romantik ini sejenis bentuk penjagaan emosi. Ia tak sama seperti pemberian fizikal (walaupun kadang-kadang kita kaitkan romantik ini dengan pemberian fizikal). Ia sebenarnya lebih kepada memberikan pemberian energi positif. Kita buat baik, berkasih sayang dan belas kasihan dengan orang--kita bagi dia energi positif. Makin banyak kita bagi, makin banyak pula energi positif yang kita terima. Mungkin awal-awal kita tidak nampak hasilnya tetapi lama kelamaan energi positif itu akan juga terzahir dalam bentuk perbuatan.

Jadi dengan itu saya gulung entri saya yang panjang ni. Kepada rakan yang baru je kahwin tu, dan yang akan kahwin tak lama lagi, janjilah untuk sentiasa mengamalkan romantik, dan mendidik generasi anda seterusnya supaya romantik. Dan jika anda malu melakukannya, ingatlah sabda Rasulullah bahawa, 

"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka."
Sekian dan jumpa lagi!

p.s. Hey-since the Prophet (pbuh) practices it, I can almost say it's sunnah, right? whoops~

Saya tinggalkan ini di sini. Assalamualaikum! [source]

Jumaat, November 18

Kalau kita ada 20k, mana lagi baik buat dulu--Haji ke Kahwin?

Assalamualaikum wbt. Heh. lama tak jumpa. Asyik buat entri berat-berat je kan? Well now kita letak entri mudah-hadam tapi separa ilmiah jugak. Almaklumlah SPM punya musim kan.

Hanset si budak Kardashian tu. Betul!
Kali pertama dalam sejarah hidup saya yang tak seberapa pendek ini, saya telah membeli smartphone sendiri. Jenis apa, wallahualam. Tapi cantik la (kot). Yang penting boleh up status troll sepam dua pukul dua tiga pagi dekat Terfaktab. wheehee!

Ok main topik entri ni bukan pasal beli smartphone. Tapi pasal rata-rata feedback orang yang #kekening semacam bila kita beli hanset mahal. Nak cerita kelebihan Android Froyo dan Ice Cream Sandwich pun bukan ada yang faham. Yang diorang tahu ialah jumlah duit yang digunakan untuk beli hanset tu.

"Apasal kau beli hanset mahal, booo, inilah gegurls, suka membazir je...beli hanset, beli handbag, kita kaum lelaki pumpang kumpul untuk kahwin" kata beliau sambil mencebik di belakang skrin komputer. Mak pula berkata, "Izzie, kumpul duit beli hanset boleh, pergi haji dengan mak ni bila lagi...." Habis hanset kita jadi kambing hitam simbolisme pembaziran padahal tu duit kerja part-time. Isk!

Apa-apapun, dua perkara menarik minat saya. Haji? Kahwin? Dua tu benda yang berkos tinggi. Haji kosnya dalam 10-15k, depend samada orang tu dapat subsidi ke tak; dan kahwin dalam 10-20k, depend orang tu letak hantaran tinggi ke tidak. Woha! bak kata Hamka blogger KeretaMayat. Apa-apapun, dua-duanya ribu-ribu. Dua-duanya bawa pahala. Dan dua-duanya amat dianjurkan dalam Islam.

Jadi datanglah ke persoalan utama saya (wah panjangnya mukadimah mak hang!), jika anda ada duit dalam simpanan, mungkin dalam 15-20k gitu, mana satu anda dahulukan, pergi Haji ke berkahwin?

Kita race ke bed! {lulz}
"Mestilah kahwin." kata kawan yang sudahpun mempunyai awek. Well, bernikah memang amat digalakkan dalam Islam. Siap dikatakan sebagai menyempurnakan separuh agama lagi tu. Ye la banyak kelebihan. belajar bertanggungjawab pada anak orang, meramaikan umat nabi, dan maksiat pun kurang.

"Haji kot, takde calon lagi ni." kata yang lain pula. Well, rukun Islam ada terang-terang senaraikan Haji sebagai kewajipan. Manakala kahwin tu tak ada pun disebut dalam Rukun Islam mahupun Rukun Iman. Begitu pentingnya haji sampaikan orang sudah meninggal dunia pun boleh buat haji (cara upah). Kahwin--boleh kahwin orang mati tak? Woha! Upah sejutabillion pun tak boleh beb!

Jadi andainya anda ada wang mencukupi, mana sepatutnya dahulukan? Ah, agak lama juga saya memikirkan jawapannya sehingga seorang rakan menghulurkan link ini.  Rupa-rupanya jawapannya agak ringkas, iaitu;

1) Menurut Sirah, Nabi Rasulullah S.A.W. berkahwin dahulu sebelum melakukan haji. Since setiap perbuatan dia ialah sunnah, maka kahwin dahulu sebelum haji ialah sunnahlah, ye dak? Woha!

2) Walaupun Haji ada dalam rukun Islam tetapi ia berada di tangga terbawah sekali. Secara indirectly ia bermakna dahulukan ibadah rukun lain seperti sembahyang dan berzakat, yang lebih ganjarannya kalau dilakukan selepas nikah.

Contohnya, lepas nikah dapat ganjaran jemaah sebab boleh jadi imam sembahyang jemaah dengan anak-anak, dan bayar zakat pun lebih sebab ada tanggungan. Tu belum lagi puasa sama-sama, dan pergi haji suami isteri. Kira macam lengkapkan rukun Islam lain jugalah kalau bernikah ye dak?

Jadi terlerailah sudah jawapan kepada persoalan saya tadi tu. Cuma bagi saya, kalau lambat jodoh, baik pergi haji dulu. Bagi korang mungkin lain pula pendapat. Tapi nak kahwin dulu ke haji dulu ke, mana-mana pun tak dosa. Yang penting buat dengan ikhlas, gunakan sumber yang halal, dan tak ada niat menunjuk-nunjuk. Baru berkat!

Oh ya, saya tinggalkan ni di sini. lariksssss!! [lulz]

Rabu, November 16

Melabuhkan Tirai

Minggu Penghargaan di Terfaktab telah melabuhkan tirai semalam dengan harmoni dan penuh perasaan. Para penulis dan pembaca bersama-sama melahirkan rasa terima kasih sesama sendiri dalam meluahkan apa yang terpendam dalam hati. Kami di Terfaktab berpendapat, minggu kali ini berjaya membawa para pembaca dan penulis-penulis sendiri untuk menghargai pemberian nikmat dan limpah kurnia yang diberikan oleh Sang Pencipta. Khasnya, menghargai mereka-mereka yang menyayangi diri kita selama ini.

Tiada apa ulasan panjang yang dapat kami panjangkan lagi melainkan jaminan dari pihak kami untuk komited bersama para pembaca merealisasikan misi definisi cinta infiniti dalam membawa penyemaian cinta sesama manusia secara inklusif mahupun eksklusif.

Semoga penulisan Terfaktab bertambah cemerlang dan pencambahan pemikiran para pembaca lebih matang di dalam blog yang bertunjangkan wacana ilmiah untuk kesejahteraan hubungan lelaki dan perempuan secara amnya.

Salam kedamaian cinta dari kami. :)

Selasa, November 15

Merci Beaucoup,Muchos Gracias,Thank You.




Terima kasih. Dua patah perkataan yang menjadikan dunia ini terasa tenang dan aman. Menjadikan diri ini dihargai. Menjadikan kita ini saling hormat-menghormati.

Aku rasa kalau aku nak senaraikan kepada mereka yang aku perlu berterima kasih - tak cukup satu blog - mungkin panjang berjela. Tetapi yang pertama aku ingin ucapkan terima kasih - kepada ibu aku yang melahirkan aku pada jam 2:36 pagi, 21 April 1984 di Kluang, Johor - kira-kira 4 hari sebelum perlawanan separuh akhir Liverpool vs Steaua Bucharest sebelum menjuarai piala Eropah tahun 1984. Selama 9 bulan 20 hari (aku terlewat 10 hari dari sasaran), ibu aku membawa aku kehulu dan kehilir dengan penuh kasih sayang dan berkat. Lahir-lahir je anak - 27 tahun kemudian bawak surah sesat dan rebel - memang anak tak guna aku ni.

Kepada ayah, dan adik-adik. Terima kasih sebab masih menerima aku sebagai ahli keluarga (walaupun ayah aku tak pernah menegur aku hampir 6 tahun rasanya), dan ibu aku hampir 2 tahun tak tegur aku, tapi dalam hidup yang terfaktab ni, aku diamkan sahaja apa yang aku rasa. Cuma bila entah lagi kita dapat berbual-bual macam dulu. Entah.

Kepada Erica Micheal kekasih hati, saya berterima kasih dengan awak sebab awak dah banyak bersabar dengan "boyfriend paling mengada-ngada dalam sejarah peradaban dunia dari djaman Hammurabi", dan sanggup melayan karenah 10 karekter saya yang lain. Kepada kawan-kawan, first sekali - Johan, kawan yang kadang-kadang banyak bercanggah pendapat tapi boleh jadi member best berborak - seumpama Sherlock Holmes dan Dr Watson, seperti Karl Marx dan Friedrich Engels - atau seperti Batman dan Robin. Kepada kawan-kawan Terfaktab, terima kasih sebab menerima saya masuk dalam Terfaktab ni. Kepada Lejen Press, Deus dan Linglung - terima kasih kerana sanggup terbitkan Awek Chuck Taylor.

Kepada kawan-kawan yang sanggup membantu dalam kesusahan - tak kira apapun kesusahan, Jiha Sudin, Lara Nur, Shazrin Azuan, Nadia Jalal, Shaiful Abdul Rahman, Shahril Iman Sulaiman, Nadzrien, Haizal Yatiran, Luqman al-Fareed, Nazmi Burhanuddin, Aizat Azmi, Hafiz Muhammad, Ravichandran, Jeevaprabathan dan ramai lagi kawan-kawan - terima kasih banyak-banyak. Kalau aku miliki dunia pun aku takkan mampu bayar balik jasa kalian. Ini bukan soal harta atau penat lelah, ini soal niat dan keikhlasan.

Kepada ex-ex girlfriends semua, saya pohon maaf dan berterima kasih atas apa yang anda telah lakukan pada saya. Intan, terima kasih kerana masakkan kuey teow ladna yang pedas tu. Shahida, terima kasih sebab "concern" sangat pasal saya. Ezreen, terima kasih kerana jadi teman debat, jadi penasihat, jadi pensupply buku best, dan jadi kawan baik saya. Diela, terima kasih sebab masih mahu jadi kawan saya. Tasha, terima kasih sebab mengajar saya erti kehidupan - baru saya tahu yang cinta itu perlu ditop-up selalu untuk kasih sayang. Sama ada in ringgit atau in euros - siapa tahu. Kepada Sue, takziah ke atas pemergian ayah awak, dan terima kasih kerana banyak meluangkan masa dan tenaga bersama saya. Terima kasih juga kerana banyak membantu saya dalam kehidupan ini. Kepada Nysa - terima kasih sebab bawak saya masuk kelas ugama kelas Hadis.

Kepada komrad-komrad dan rakan-rakan di London, Kayley Shipway, Suzanne Beishon, Clare Doyle, Andy, Anthony Main, Senan, Sarah Sachs, Hugh Caffrey, Danny Bryne, Alex Gordon, dan Ben Robinson - thanks a lot when I was there. You guys help me a lot.

Kepada semua pembeli buku Kitab Terfaktab dan Awek Chuck Taylor, terima kasih banyak-banyak.

Kepada Bill Shankly, Bob Paisley, Joe Fagan, Kenny Dalglish dan Rafael Benitez - terima kasih kerana buat pasukan bolasepak favorite saya pasukan yang hebat.

Kepada Thom Yorke, Billy Corgan, Kurt Cobain, Greg Graffin, Billie Joe Armstrong, Roger Waters, Noel Gallagher, Ian Curtis, Eddie Vedder, Richard Clayderman, Tchaikovsky, Mozart, John Cage, Michelle Branch dan Emmet - terima kasih kerana memberi muzik yang enak kepada halwaan telinga saya.

Terima kasih juga kepada JD Salinger, F Scott Fitzgerald, Harper Lee, Truman Capote, Tongkat Warrant, Hishamuddin Rais dan Pak Sako kerana menulis tulisan indah untuk saya baca.

Dan akhir sekali, dan yang tak pernah dan takkan saya lupa,

Terima kasih kepada awak. Terima kasih sebab buat 50 hari saya bersama dengan awak sebagai hari paling menggembirakan saya. Setiap pagi, selama 50 hari - saya bangun dan saya hanya memikirkan tentang awak. 50 hari itu adalah hari paling bermakna bagi saya.

Setiap pagi (atau tengah hari bila bangun lambat) - selama 50 hari, saya menampar pipi saya kerana tak sangka saya kini bersama awak. Setiap hari saya terbayangkan wajah awak. Walaupun jarak antara kita sejauh 13,112 kilometer dari segi zahirnya, tapi awak tetap dalam hati saya. Setiap hari - yang saya inginkan adalah melihat wajah awak di webcam dan merenung awak di screen computer. Itu sudah cukup mengubat hati rindu saya kepada awak.

Empat tahun saya tak boleh terima hakikat yang awak telah pergi. Dalam masa empat tahun itu, saya sentiasa mengharapkan awak tidak meninggal seperti yang telah dikhabarkan. Selama empat tahun saya menolak hakikat yang awak sudah tiada. Setiap hari, nama awak meniti di bibir saya. Saya tahu saya dah lukakan hati orang lain terutamanya Sue dan Nysa - kerana saya banyak bercerita tentang awak. Sebab empat tahun, saya rasa kehilangan awak.

Terima kasih, muchuk kerana 50 hari itu. Saya harap awak bahagia di sana. Saya harap nanti saya dapat bertemu dengan awak. Itupun kalau saya layak. Siapalah saya di sisi Tuhan anyway.

Terima kasih Sherina Ellyana Sulaiman. Terima kasih.

Isnin, November 14

Cintailah Aku. Cintai Diri Sendiri.




Salam.
Salam sejahtera.

Jadi, sempena minggu penghargaan ini, kami semua diminta untuk menulis sesuatu tentang penghargaan. Ya, penghargaan terbesar dan terpenting pada aku adalah nilai kesyukuran dengan apa yang dilalui setakat ini. Dapat bangun setiap pagi sudah dikira nikmat terbesar yang diberikan oleh Yang Maha Esa. Maka, penghargaan pertama - ALHAMDULILLAH, terima kasih Ya Allah atas pinjaman nikmat yang belum pernah gagal sejak azali.

[Sumber gambar] - Sudah 9 bulan bersama, kalau mengandung, mesti aku tengah nak meneran dalam bilik bersalin ni. Eh.

01 - Terima kasih pada Abah dan Emak 
Mereka yang tidak pernah suka aku menulis.Abah dan Emak anggap menulis adalah satu bentuk pembaziran masa dan tiada faedah. Oh, mereka hanya tahu aku sudah ada satu buku, tetapi mereka tidak pernah mahu endah dan ambil tahu. Jadi, aku seperti biasanya, hanya tenggelam dalam dunia sendiri, menulis agar satu hari nanti, mereka akan sedar dan buka mata. Apa pun, terima kasih pada Abah dan Emak - tanpa kalian berdua, aku mungkin tidak akan wujud di dunia.

Oh, ini termasuk juga adik beradik.

02 - Terima kasih pada keluarga.
Lahir dalam keluarga yang besar (sungguh besar) dan mempunyai rangkaian sosial yang luas, mereka menyebarkan cerita tentang apa yang aku tulis dan juga aku sudah punya buku (#KitabTerfaktab). Ada baik dan buruknya. Baiknya aku diperli-perli mana royalti, buruknya, aku cuma mampu senyum dan tahan diri. Ah, terima kasih juga pada mereka. Kalau tidak disebabkan terpaksa melalui pelbagai pengalaman sedemikian rupa, aku masih lagi anak kecil yang tiada makna.

03 - Terima kasih skuad Terfaktab.
Lamaran bekerja sebagai sebahagian daripada keluarga ini, buatkan aku rasa bangga. Terima kasih pada Aqram yang menghulurkan peluang ini. Bukan calang-calang lelaki Aqram ini - buatkan aku berkalih menulis di ruang yang baru dan bermula dari bawah (walaupun aku ternyata masih yang paling bawah). 

Q : Kau ni penulis Terfaktab ke?
A : Ya.
Q : Siapa? Tak kenal pun.
A : Tak kenal pun takpe.
Q : Aku cuma kenal si polan, si polan, si polan, si polan .....
A : Aku cuma biasa-biasa.
Q : Mesti tulisan kau tak best.
A : Mungkinlah.


Pada kawan-kawan lain dalam Terfaktab : gadis-gadis cantik dan jejaka-jejaka kacak - kalian antara manusia hebat yang aku jumpa atas dunia. Sumpah aku akan ingat sampai bila-bila pertolongan kalian bila aku ditimpa musibah. Terfaktab pada aku adalah bagaikan sebuah keluarga. Keluarga yang banyak mengajar aku tentang erti hidup atas dunia.

Oh ya, tidak lupa kepada geng Sarkasis, Lejen Press, Kontrol Histeria dan sesiapa lagi yang bersama ibarat Komrad.

04 - Terima kasih kepada pembaca.
Tanpa pembaca, ya, kamu semua, siapalah aku, siapalah tulisan aku dan mungkin juga siapalah kami di Terfaktab ini. Dengan sokongan padu kalian, kami mampu menghasilkan sesuatu yang baik dan ya, mungkin juga bermanfaat demi kebaikan kita semua. Kalau ada pembaca yang datang ke sini daripada Dunia Sebelah Zara, teruskan menyokong Terfaktab juga kerana Terfaktab adalah sebahagian daripada hidup aku juga. Penyumbang kepada kelangsungan hidup penulis marhaen yang ketagih kafein ini.

05 - Terima kasih kepada pembenci.
Terima kasih kerana masih terus membaca dan mencaci serta memaki.
Moga anda hidup dalam keadaan baik-baik sahaja.

06 - Terima kasih bekas kekasih.
Kalau tak pernah menjalani kenangan terbaik dan pengajaran terhebat selama satu tahun setengah dengan awak dulu ( 8 Mac 2006 hingga 18 Ogos 2007) - mungkin saya tidak mampu memberikan yang terbaik kepada dunia sekarang ini. Pembelajaran yang menarik dan buat saya mampu ketawa bila ingat dunia yang cantik pernah suram dan disimbah kembali dengan warna.

07 - Terima kasih kawan, teman dan sahabat.
Buat kawan-kawan : Terima kasih tidak terhingga.

Buat teman-teman : Terima kasih sudi menemani dalam perjalanan hidup ini.

Buat sahabat-sahabat : Ucapan terima kasih tidak mampu untuk membalas segala apa yang kalian berikan pada aku dalam menjalani kehidupan ini. Terjatuh, bangun, jatuh, dan bangkit, bingkas berlari demi menikmati senyuman yang tidak ingin sirna lagi.

08 - Terima kasih kekasih hati kini.
"Saya nak hidup dengan awak bukan untuk sebulan, setahun sahaja. Kalau boleh saya nak hidup dengan awak lama. Mungkin tak lama mana, 5 hingga 6 dekad pun dah memadai asalkan kita bersama hingga akhirnya" 

Er, awak. Terima kasih.
(Tiba-tiba)

[Sumber gambar] - Cintailah aku, cintailah diri sendiri.

Jadi, sebelum berpisah, terima kasih sekali lagi.
Cintailah aku,cintailah diri sendiri. 
Itu ucapan yang kalian patut ucapkan sebagai penghargaan pada diri setiap hari.

Lord Zara : Disebabkan perbezaan, maka kita dapat lihat dunia dengan lebih indah. :)

Ahad, November 13

Signal Dari Tuhan?

Bertemu lagi dengan aku, Isaac Ismael, atau singkatannya II. Bersempena dengan minggu penghargaan nih, aku berniat untuk menulis panjang sedikit. Nak berinteraksi dengan kauorang semua. Pertamanya, aku ucapkan bertan-tan terima kasih kepada Skuad Terfaktab, Aqram khususnya kerana menjemput aku sebagai komrad terbaharu Terfaktab. Sungguh aku tak sangka.Tak pernah pulak aku terfikir.Takda pulak Tuhan bagi signal yang suatu hari nanti aku boleh jadi sebahagian daripada Terfaktab.

 Maklumlah, sebagai penulis/pelukis baru, mungkin level aku tak selejen mereka-mereka yang dah berada 6,7,8,9,10,11 dan 12 bulan dalam Terfaktab ni. Tambah-tambah pengasas, Aqram yang memang lejen. Jadi, aku sumbangkan apa yang termampu, yang selari dengan konsep Terfaktab. And, I am open to any criticism. Kalau tak berkenan tu, ada cara boleh sampaikan. Kalau suka, terima kasih aku ucapkan. And, here is my stuff for this special week.





Seperti biasa, perkongsian aku selalunya lebih kepada hiburan ataupun luahan rasa. Jadi, peratusan fakta mungkin lebih sedikit berbanding poin yang sia-sia.

Okay,sehingga berjumpa di lain masa.


p/s- kepada bekas kekasih, terima kasih kerana menjadi bekas/to my ex lover, thanks for being my ex.

Sabtu, November 12

고마워요 - Thank You.

I am still alive. Thank you God for keeping me alive until now.

Bila cakap pasal penghargaan ni, ini lah benda paling susah aku nak tulis. Dulu kalau zaman sekolah menengah kalau buat folio je kena tulis column penghargaan (appreciation). I have no idea. Aku tulis tak ikhlas. "Terima kasih kepada Cikgu Abu(bukan nama sebenar) kerana telah mengajar saya buat folio ini and bla bla bla". Padahal cikgu tu langsung tak ajar aku buat folio pun. Bagi aku tulis penghargaan ini setakat cukup syarat je nak siapkan folio time tu.

That's why, when Aqram asked us to write about this week. I think for awhile. Who should I saying thank you? Mak ayah aku? Depa tak tahu pun aku dah tulis buku.haha. I am a quite person when around with my family. Next the hero dalam Kitab Terfaktab cerita yang aku tulis tu. Terima kasih sebab kalau tak kenal awak, tak ada lah cerita yang saya boleh tulis dalam kitab tu. Mesti lah kena berterima kasih kepada watak utama tu kan. Dah lah aku tulis cerita kitaorang tanpa pengetahuan dia. Maafkan saya andai awak marah. kehkehkeh.

Kitab Terfaktab edisi kedua mungkin akan keluar nanti. Terima kasih kepada cerita korea yang aku layan siang pagi malam tanpa henti. Kalau tak ada cerita korea tu, tak ada lah idea aku nak tulis untuk edisi kedua nanti. I am trying to learn different kind of love story here. I even have choose my own title for it. Just wait and see lahhh. Peranggan ini ialah thank you in advanced. Next time kalau kena tulis lagi, aku cuma repost sajork entry ini. Senang. emuehehehehe!

Seriously I am feeling so awkward right now writing this thank your entry. Sebab awal-awal aku dah cakap, aku tak pernah tulis penghargaan yang secara ikhlas dari hati aku. Tulis pun sebab nak cukupkan syarat. Kau agak-agak ikhlas tak apa aku tulis ni? kehkehkeh. Judge it by yourself. XD

Dah ler, sekarang dah pukul 4:23AM bertarikh 10-Nov-2011 kejadian di bilik sewa sendiri. Aku dah tersenguk-senguk ni menaip.

Before I end this and get my beauty rest, I really need to say this.


























"고마워요 for reading this entry" :')
고마워요 ( Thank you )

TERFAKTAB - Terima Kasih!

Hai semua,

Gua harap semua dalam keadaan sihat walafiat. Gua agak slow sikit kebelakangan ni. Mungkin kerana gua merasa kehilangan rakan puaka gua iaitu si Leplep. Dan juga gua busy pindah ke rumah baru. Jadi kesimpulannya, gua memang busy.

Oh ye, gua nak mengucapkan

SELAMAT HARI JADI YANG PERTAMA buat TERFAKTAB.

Semoga lebih maju ke hadapan, semoga lebih gempak, lebih menyengat, lebih power, lebih bergaya, lebih di iktiraf, lebih ramai pembaca, lebih membantu, lebih segala-galanya lah.

Setinggi penghargaan di ucapkan kepada, kemain poyo plak ayat gua ni. Ye, kepada boss merangkap BFF yang dikenali sudah 9 tahun rasanya. Tepukan untuk Abam Pendek, AQRAM. Kehkehkeh! Sorry Boss. Tanpa anda, siapalah Elena Reeney. Ye dak? Juga kepada skuad TERFAKTAB, anda semua memang POWER! Terima kasih atas segala kerjasama, support, saling memback up each other, dah rasa macam satu famili tahu? Tanpa anda semua, TERFAKTAB tidak akan berada di tahap ini.

TERIMA KASIH!

Para readers dan owners KITAB TERFAKTAB yang power betei. Anda memang ROCK! Terima kasih kerana melayan entries gua yang tak seberapa. Gua tahu gua takde lah power mana menyumbang kepada relationship korang. Gua takde pun post pasal perhubungan sangat. Banyak benda mengarut dan penuh kata-kata keji. Kahkahkah! Gua bukannya apa, gua memang dikenali dengan membawa watak angkuh, bongkak dan kaki troll berharap dapat menghiburkan hati korang dengan cara gua. Lemah jugak kalau entry syahdu 24 jam ye dak?

Kepada para haters TERFAKTAB atau haters gua *okay, ini bab paling gua suka*

Terima Kasih sebab membenci. Ye lah, gua paham tak semua orang suka kan? Tapi kalau sampai tahap membabi buta di page yang korang dah 'like' gua rasa itu kerja bangang. Terima Kasih sangat sebab semua tulisan-dan-umpatan-penghasutan-kekejaman-menyemai-benih-kebencian sesungguhnya membuat gua bergelak ketawa, baca sambil makan popcorn, di jadikan isu mengumpat di port lepak puaka puaka tersohor, di jadikan point untuk entri-entri seterusnya, dan sama waktu dengannya.

Dannnnnn... TERIMA KASIH kepada semua entri yang ambil bahagian dalam contest merebut KITAB TERFAKTAB. Serious cool! Terharu gua baca. Tapi agak pening sikit sebab biasalah, dah banyak banyak tu kan. Kemain meriah, pelbagai lagu ada. Belum lagi kira yang salji turun dekat page lagi. Power power. Good luck untuk semua!


Akhir kata, MAJULAH TERFAKTAB UNTUK NEGARA!

Jumaat, November 11

Greatful: To That God Somewhere, Up There

Assalamualaikum gadis dan teruna.

Saya tahu, saya tahu...entri ini akan membuatkan saya kelihatan separa evangelis. Dan tika masa orang lain menulis tentang penghargaan kepada teman lelaki/perempuan/mak/ayah/kawan baik dan entah siapa lagi yang dihargai itu; saya duduk di sini menaip tentang entiti bukan manusia--Tuhan. Ah, biarkan semua itu--kerana inilah titis pemikiran saya.

Jujurnya, saya dan rakan baik saya sedang mengalami masa yang sukar. Dalam siri cinta kami sesama manusia, kami berada dalam kitar persoalan "Adakah dia cinta sama aku?/Adakah dia benci sama aku?" dan kami tidak pasti di mana ia akan berakhir. Merunsingkan--buat sesaat mereka titipkan pesanan cinta dan harapan--sesaat lagi mereka buat panggilan dan berkata "saya sudah ada yang lain". Dan lusa mereka datang, menghujani kita dengan janji lagi.

Setiap kali rakan itu menghubungi dengan berita itu saya cuma boleh katakan, "Sabar sayang," tetapi selepas ribuan panggilan yang sama saya kaku--dengan telefon di tangan--tidak menjawab. Dan berfikir. Kenapa cinta manusia cepat berubah? Bagai angin di musim monsun. Wujudkah manusia tanpa perasaan? Tanpa cinta? Jadi mengapa mereka lakukan ini kepada si pencinta, walaupun mengetahui dirinya itu segala bagi si pencinta? Tika itu, saya berhenti percaya akan cinta.

Cinta manusia, maksud saya. Ya, sebab kita tak akan boleh yakin mereka akan cinta selamanya, atau kekal setia menyayangi hingga hujung nyawa. Yalah, hati manusia lain-lain. Pastikah orang yang berpegangan tangan dengan kita pagi ini; yang baring di sebelah malam ini, masih akan ada tiba esok pagi?

Ah, bukan salah mereka sepenuhnya. Setia itu bukan sifat wajib ada manusia seperti sifat marah dan sedih.  Kalau iman kepada Tuhan boleh naik turun tika hayat manusia, inikan pula rasa kasih kepada manusia. Saya belajar untuk tidak mengharapkan sebarang setia infiniti daripada lelaki--dan juga wanita. Tetapi untuk Tuhan?

Yea. Tuhan.

Bunyi agak jengkel dan evangelis (and yes liberalists, stop plugging your ears) tetapi...saya bercakap melalui pengalaman diri. Cubalah ditinggalkan cinta hati, putus sahabat dan tinggal berseorangan jauh dari keluarga--pada masa yang sama. Tika itu baru sedar--bahawa selama ini terlalu bergantung kepada manusia. Dan malangnya, tika itu baru sedar--manusia bukan ada di sisi kita dua puluh empat jam. Kalau adapun apakah mereka sudi bersimpati? Tika itu baru tahu--tak ada jalan lain melainkan membentangkan tikar menghala Al-Bait dan membuat panggilan kecemasan jarak jauh kepada Yang Maha Esa.

Tika itu baru saya nilaikan hidup ini seperti memanjat gunung—hanya memaut dengan kudrat kaki dan tangan. Kiri, kanan, bawah, adalah batuan dan gaung yang menjanjikan jatuhan maut. Dan dengan angkuh kita yakin bahawa pengalaman selama bertahun dan kekuatan diri yang dibina, tidak akan menjatuhkan kita. Dan tiba-tiba  *crack!* batu yang kita paut mula hancur. Dan batu tempat berpijak meluncur jatuh. Dan batu yang lain jauh dari capaian. Kemudian anda merasa--inilah dia--inilah penamatnya--dan terbayang diri sendiri melayang jatuh bebas dan tersembam ke tanah keras. 
Source-Flickr
Tetapi itu tidak berlaku.

Terlupa bahawa ada tali keselamatan yang mengikat diri di belakang. Tali yang diikat ke badan dan di pasakkan ke sesuatu yang jauh di atas sana. Tergantung sendirian disebabkan tali yang tunggal itu. 

Ilmu-Nya, ayat-Nya, janji-Nya, adalah seperti tali keselamatan. Bagaikan talian hayat, yang kadangkala tidak disedari kewujudannya. Kadangkala hanya disedari ketika mula jatuh.

Kembali kepada cerita saya--setelah kejadian itu--walau tidak ada perubahan drastik sehebat Wardina atau Al-Mawlid--saya mula mencari Tuhan. Cari di rumah-rumah Nya--daripada yang cantik bagai istana (tapi kosong), yang biasa-biasa tapi penuh dengan anak-anak kecil bersuara bingit, hinggalah kepada yang diisi oleh orang tua yang memandang jelek kepada gadis berbaju moden berkilau-kilauan (hey, fashionista juga maukan Tuhan). Sembahayang sedikit, membaca sedikit. Kalau tidak tahu, saya duduk diam atau mengikut satu-persatu orang lain dan berharap tidak tersilap rukun.

Hingga kini saya tertanya adakah perubahan ini sudah cukup mapan. Tapi melihatkan diri yang masih tidak secantik wajah, masih tidak berpasangan, masih bergerak sendirian, masih tiada kerja tetap--rasa cukup syukur kerana MASIH boleh hidup dengan akal yang waras. 

Dan ada pernah sekali saya mencari Rumah-Nya berjam-jam tidak berjumpa. Meminta jalan. Menunjuk arah, Merayu tempat. Hingga ketika senja hampir berlabuh, saya tiba di suatu jalan belakang yang buruk dan kotor. Lopak dan lubang di jalan, najis di hadapan pintu. "Bilik Solat" katanya. Ah, seorang hamba tidak boleh memilih. Saya terus solat.

Habis solat saya tersedar bahawa sejak tadi ada yang memandang. Dongakkan kepala, rupanya rakan. Yang sejak tadi mengekor saya berulang-alik mencari bilik. Dia sabar menunggu saya selesai berdoa, lalu menguntum senyuman.

"Mesti kau tenang kan sekarang?"
“Huh?”
“Sebab kau bersembahyang.”
“Ya, begitulah.”
“Apa kata kalau aku sembahyang? Mesti tenang juga hati aku.”

Boleh sayang. Sembahyanglah. Nyatakan cinta dan penghargaan kepadanya kerana dia pasti membalasnya.


"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah , dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara." Ali Imran 103

P.s. kita hidup kerana Dia, kita bernafas kerana Dia, malah hadirnya pencinta susuk manusia itu juga, atas belas ihsan Dia. Tidak apakah kalau kita tidak berterima kasih? 

P.p.s: Andai kita mengatakan Tuhan itu pencinta, bahawasanya Dia bukan pencinta seperti seorang pakwe. Dia juga bukan pemberi candu tetapi Dia pengubati. Fikirkan.



Of Me And You.


Assalamualaikum. 안녕...

Perasaan aku bercampur baur sungguh saat menaip entri ni. Entah berapa kali aku tules-padam-tules lagi-padam balik pon aku taktau. Mujur tak guna roba (baca: pemadam), kalau tak serius bersepah meja aku dengan habuk pemadam tu. Hukhuk. Terharu sangat kot dah sampai saat untuk tules penghargaan ke orang. Urgh, poyo. =.='

Okay, serius citer perjalanan aku dalam Terfaktab ni sbnanye banyak jugak onak dan duri (cewah ayat) tapi sampai ke saat ni, aku maseh juga gagah bertahan (walaupon hakikatnya banyak kali tersungkur dan enggan bangun). Aku akui aku bukan bermula dengan blogger pemes yang dah ada nama dan tempat di hati pembaca. Aku...adalah...sangat nobody. Nobody tu maksudnya wonder girls (?), okay tipu je. Maksud nobody aku tu aku menules untuk kepuasan sendiri di blog lama yang telah pon aku privatekan sebab mak aku baca. Kahkahkah. Macam lawak tapi serius. Mak aku pembaca setia aku kot. So, sebab mak aku selalu baca dan aku pon macam maken matang (celah mane matang pon aku taktau), so aku amek keputusan drastik untuk memprivatekannya. Untuk berapa lama, aku pon tak sure. Gilo tak istiqamah. Hikhik.

Masa aku maseh menules kat situ, aku taktau sangat pon pasal Terfaktab ni dan kebetulan blog ni baru nak kenal-kenal dunia blogging tapi orang belakang dia sume orang kuat-kuat kot. So, aku bagaikan semut merah yang cuba-cuba bergandingan dengan gajahmada (?). Masa aku dilamar oleh boss untuk menules kat sini, aku jadi macam; "Erk. Kenapa aku? Dah lah aku tengah rabak. Nak citer pasal cinta pulak kan." Bajet masa tu 'Hey hey hey aku tak percaya cinta. Aku tak percaya cinta' (kunun). Tapi aku sedar satu benda. Sbnanye cinta ni ada banyak pecahannya. Bukan cinta semata pada manusia. Jatuh bangun aku, aku kenal banyak pecahan cinta, and for that I thank Allah for giving me that chance.

Aku sedar aku takde peminat. Serius. Aku bukan saje buat ayat poyo bajet sedih dengan harapan akan ada orang datang comfort, "Weh, rilekla. Aku minat ko kot". Tak. Serius aku takde niat cenggitu. Ni ape yang aku rase jauh dari lubuk hati aku yang terdalam. Aku tak penah rase aku femes. Aku tak penah harap aku akan femes. Sebab mungkin aku tak bersedia lagi kot untuk orang add fesbuk aku semata-mata nak tanya, "Awak ni penulis Terfaktab ke?". Aku bukan belagak. Serius. Cuma...aku...belum bersedia. T________T Okay, stop being poyo, please.

So, di kesempatan ni aku just nak ucapkan thanks for bringing me in and never letting me out, boss. Without you, aku takkan dapat experience life like this, takkan dapat tules buku walaupon ciput je, takkan dapat kenal orang yang pelbagai, takkan dapat pape jela yang sewaktu dengannya. Thanks jugak untuk sume skuad Terfaktab. Tanpa kalian yang suka menghalang aku daripada keluar, aku pasti sudah bukan sebahagian daripada kalian skang. Srob srob. Terhatu betei. Aku typo kan? Okay, malas nak tekan backspace. Biakan je boleh tak? Typo tu kan seni. Alasan. Huuu.

Ohh, sekalung penghargaan (ayat buku beb) buat pembaca, pengkritik, pengutuk, pengelike dan yang seangkatan dengannya kerana sentiasa ada di situ tak kesah la ada sebab nak bagi sokongan atau sebaliknya. Aku sangat menghargai kalian. Serius. Sebab tanpa kalian yang meluat dengan aku, aku takkan kenal apa itu haters. Tanpa kalian yang stalk aku (bajet ada orang nak stalk kau kan =.=') aku takkan kenal stalkers. Tanpa kalian yang bagi kata-kata perangsang yang kekadang boleh membuatkan hormon-hormon seksaitmen aku terembes dengan sendirinya, aku pasti tidak akan dapat merapu dengan jayanya.

Untuk setiap insan yang pernah hadir dalam hidup ini dan pernah suatu masa dahulu menjadi inspirasi untuk menules atau yang bakal menjadi inspirasi tersebut, terima kasih aku ucapkan. Sesungguhnya aku adalah insan yang rumit untuk difahami, tapi bukannya mustahil untuk kalian fahami. It's just difficult, not impossible.

Kalau aku tak menulis kat Terfaktab, sepupu-sepupu aku takkan meroyan sebab gambar dorang keluar buku, kawan-kawan aku takkan meroyan sebab aku suka tules pasal dorang, aku jugak sendiri takkan meroyan bila rabak ataupon sedang terjatuh (baca: fall for someone). Eh, bila masa pulak aku reti meroyan kan? Okbai.


Antara kau dan aku, maseh ada penghubung walau tembok pemisah sebesar alam, iaitu kata maaf dan terima kasih. Thanks for being around! I really appreciate it. 
감사합니다. 사랑해요. :)


notanoti: Saje je letak gamba tu konon nak tunjuk betapa gagah dan penyayangnya aku. Mwahahahahah! Ok, geli.

Terimalah kasih gua ini apa adanya.

Rasanya semua sudah sedia maklum tentang hasrat gua untuk mengundurkan diri ataupun berehat seketika dari Terfaktab jadi gua rasa kurang molek kalau gua tak up entri dedication ye dak? Jadi lepas entri ni kemungkinan besar lu orang mungkin akan lambat lagi membaca entri gua yang seterusnya atau mungkin tak baca lagi entri dari gua. Tengok,gua banyak guna perkataan mungkin kan? Kalau gua pandai meramal masa depan,gua takkan guna perkataan tu..kehkehkeh.

Sebelum gua teruskan pasal dedication atau sesi penghargaan gua,izinkan gua sentuh sedikit pasal isu seksualiti merdeka atau isu gay/lesbian. Gua bukannya seorang homophobia, kawan-kawan gua pun banyak yang datang dari golongan tersebut tapi gua percaya hukum Tuhan bukannya hukum manusia yang boleh diubah macam tu je.

Gua andaikan macam ni,macam mana suatu hari nanti lu orang yang heteroseksual ni tiba-tiba ada orang suruh lu jadi gay/lesbian mesti lu rasa tak puas hati kan? Kalau lu mencuba pun benda tu akan jadi hipokrit dan pura-pura. Percayalah kalau secara semulajadi seorang lelaki tu dilahirkan untuk menyukai lelaki atau seorang makwe tu dilahirkan menyukai makwe ia semua adalah kerana kuasa Tuhan. Susah untuk kita mengubahnya, melainkan perkara macam tu terjadi sebab beberapa faktor. 

Makwe yang kena rogol dengan ayah dan buat dia benci lelaki dan terus mengubah dia menjadi lesbian atau lelaki yang sejak lahir diasuh macam perempuan oleh ibu bapanya,dalam kes ni masih ada peluang untuk mereka berubah. Tapi kalau secara semulajadinya mereka memang begitu,memang susah untuk berubah. Susah tapi tak mustahil dengan kuasa Tuhan.

Jadi untuk golongan macam ni percayalah hanya lu orang sendiri yang mampu mengubahnya. Kalau dah memang begitu naluri lu, gua yakin akan ada tempat yang baik untuk lu kalau lu mampu menahan nafsu di dunia ni. Fikir macam ni je la, Syurga Tuhan tu indah. Kalau lu memang sukakan lelaki dan lu mampu menahan nafsu lu kat dunia, percayalah lu boleh dapat berapa ramai lelaki kat syurga nanti. Bukan ke dalam syurga tu semuanya halal ye dak? 

Dan kalau lu makwe yang sukakan makwe, lu pun mampu dapat bidadari dalam syurga nanti kalau lu boleh menahan diri lu dari buat benda bukan-bukan. Tak payahlah kahwin kalau benda tu cuma menyeksa pasangan lu nanti je. Bersabar dan bertabah, gua yakin akan ada ganjarannya. Tak payahlah bising-bising tuntut hak, gay dan lesbian tu salah di sisi Tuhan kan jadi kalau lu orang semua sibuk tuntut hak kompem ramai yang buat benda salah di sisi Tuhan pun sibuk nak tuntut hak nanti. Tak ke bangang kalau ada perhimpunan perompak menuntut hak nanti?

Ok,gua teruskan dengan sesi penghargaan gua. Kali pertama gua join Terfaktab gua mintak banyak pendapat dari orang, sesuai ke puaka macam gua menulis tentang cinta. Ada yang beri sokongan dan ada yang tidak. Makwe gua masa tu walaupun tak pernah baca Terfaktab dan takkan baca Terfaktab tak pernah halang gua join Terfaktab. Ingat lagi tak entri pertama gua tulis pasal Cursed of Terfaktab? Nampaknya sumpahan tu dah makan diri gua, dari ada makwe sebelum join Terfaktab gua dah takde makwe lepas join Terfaktab. Kahkahkah. Tapi gua tak pernah salahkan Terfaktab atau sesiapa. Gua salahkan diri gua sendiri.

Dengan ini gua nak ucapkan terima kasih pada semua readers Terfaktab,Leplepmania, penulis-penulis Terfaktab yang gua taknak tulis nama diaorang sebab takut termiss nama siapa-siapa dan kawan-kawan gua. Gua nak mintak maaf kalau gua ada tak approve mana-mana readers dekat fesbuk sebab kadang-kadang gua memang bawak karekter sombong dan angkuh dan maaf jugak pada readers yang mintak nasihat tapi gua kasi nasihat merapu. Oh,terima kasih jugak pada Geng pengisak, puaka-puaka Sokerleaks, puaka-puaka MASTAKOK, adik-adik sayam, makwe-makwe khayalan dan ramai lagi yang banyak menyokong penulisan gua. Dalam Terfaktab gua belajar satu perkara, kalau lu rasa rabak macam celaka, ada orang yang lagi rabak dari lu sebenarnya. Jadi tak payahlah nak berlumba siapa paling rabak,bangang sangat bunyinya.

Kalau lu sayang dia serupa nak mati, kalau lu rindu dia setiap hari, kalau lu sayang dia berkati-kati tapi kalau baginya lu tiada erti maknanya lu harus passing perasaan itu ke orang lain kalau lu nak rasa bahagia tu sampai ke hati. Apapun teruskan menyokong Terfaktab, mudah-mudahan dengan sokongan lu orang,kita mampu menakluk dunia dengan cinta bersama-sama.

Khamis, November 10

Terima Kasih & Appreciation List.

Alhamdulillah. Dengan setiap butir doa ini aku panjatkan untuk Sang Pencipta, Allah S.W.T dan shalawat atas Nabi teragung, Rasulullah S.A.W atas semua anugerah dan karunia yang telah Kau sampaikan untuk memperkuat diri sepanjang aku menempuh hidup di dunia ini. Aku yang selalu tertatih saat aku rapuh, aku yang selalu tangis dihadapkan dengan dunia gelapku, aku yang selalu takut untuk tiap ujian yang datang menerpaku, terima kasih atas tuntunanMu Tuhan.

Buat almarhum papa tercinta di surga. Al-Fatihah, aku mau papa tau kalau aku kangen sama papa, moga moga aja papa tenang di sana ya pa. Buat mama, heroin yang selalu tampil gagah untuk aku dan untuk keluargaku. Buat adek yang selalu lucu dan selalu menyayangku, dan tidak lupa buat keluarga besar aku lain lainnya. Terima kasih banyak buat dukungan kalian yang tak pernah ada hentinya buat aku. Terima kasih banyak untuk semua kasih sayang dan motifasinya.

Buat semua malaikat kecil yang Kau cipta atas nama teman teman aku yang selalu ada untuk bimbing di waktu senang sulitku. Aku tak akan pernah habis untuk sebut nama kalian satu per satu, tapi kalian tau siapa kalian di hati aku. Yang tiap siang malamku, kita berbagi suka, duka, tawa dan canda. Kalian pelengkap hidup aku. Dan tanpa kalian mungkin aku bukan aku yang seperti ini. Terima kasih.


credit: tumblr


Buat arjuna cinta yang pernah dekor (baca: decorate) masa laluku, yang bakal lukis masa depanku, (sekiranya kamu ada, sekiranya aku tau siapa kamu, sekiranya aku salah memilih kamu, sekiranya kamu adalah pasangan yang tepat tapi aku selalu khilaf dalam menilai kamu) Terima kasih sudah mengajarkan aku tentang hidup dan cinta. Semoga kedepannya (mungkin) kita akan jauh lebih baik, ya.

Tidak lupa buat kakak kakak, teman teman aku yang jauh di seberang yang selalu ada buat nasehatin aku, buat berbagi curhat (baca: curahan hati). Terima kasih atas waktunya meski kalian sibuk, kalian tetap punya waktu untuk diluangin buat aku.

Terima kasih yang sebesar besarnya buat keluarga Terfaktab karena telah beri kesempatan buat aku tebar karya karya penulisanku di sini, semoga satu saat kita dikasih kesempatan buat ketemu dan saling berbagi ide (baca: idea). Terima kasih juga buat tiap sahabat Terfaktab yang sudah menghargai tulisan tulisanku yang nyatanya, harus lebih banyak lagi buat ruang improvisasi. Terima kasih atas semua kritik dan sarannya, semoga apa yang ditulis, hasilnya bisa dimanfaatin untuk sesama kita.

Tuhan, sungguh ini aku mau ungkapkan terima kasih, dengan sangat sangat terima kasih atas semua cinta dan sayang yang telah Kau cipta untuk kami, sang manusia.

To each and everyone of you, thank you for making this reality show in this television channel placed in my heart alive (^_^)

Terfaktab Setahun Bersama, Pertandingan dan Hadiah Untuk Pembaca!

"Sudah setahun kita bersama sayang." ujar seorang lelaki sambil memutar-mutarkan sebatang lighter berjenama Zippo. Matanya tepat memandang anak kecil yang sedang seronok bermain-main gelongsor, papan jongket dan bermacam lagi mainan di satu taman permainan. Haritu ramai betul anak-anak kecil bergembira di taman. Maklumlah, sudah 3 hari hujan petang berturut-turut. Hanya facebook dan youtube sahaja teman mereka.

"Hurm, yeap. Lama kan? Banyak betul naik turun yang kita alami." seorang wanita seperti teman kepada seorang lelaki tadi senyum menjawab ayat yang dinyatakan. Perempuan itu nak di katakan seorang yang terlampau keagamaan sangat tidak pula dia sarung jubah ke mana-mana. Nak kata terlampau seksi tidak menutup aurat, tutup sahaja semuanya. Tudung tiga segi yang biasa menutup rambutnya, baju t serta cardigan hitam di luar serta seluar labuh menjadi pakaiannya haritu.

"Awak rasa kita ni bagus tak?" si lelaki tadi menyambung perbualan. Lighter tadi di letak di atas meja. Matanya kini redup memandang si perempuan.

"Manusia wak. Ada salah silapnya. Tiada siapa pun sempurna."

"Kalau ada yang tidak kena, elok kita perbetulkan. Kan?"

"Aah." jawab si perempuan. Senyum terukir di bibirnya. "Awak. Hurm, awak ada apa-apa nak cakap pasal kita? Apa-apa sahaja mengenai setahun ni?"

*****

Ya! Hai, saya penulis.sahaja. berbesar hati nak menyatakan kepada anda semua, minggu ini, ialah minggu di mana blog Terfaktab menyambut ulang kelahiran yang ke,

SETAHUN!

Tepuk-tepuk-tepuk! Sebagai seorang penulis yang paling lama bersama Aqram dalam menubuhkan terfaktab ni, aku sudah diberikan satu tugas. Atas dasar perbincangan dengan boss Aqram yang sedang hangat bercinta sekarang ni, aku ditugaskan untuk menyampai kepada anda semua bahawa, kami akan mengadakan satu pertandingan. Ya. Pertandingan. Pertandingan untuk para pembaca Terfaktab. Pertandingan mengenai apa ya?

Kamu semua boleh menulis apa sahaja mengenai Terfaktab. Dan boleh tinggalkan link di komen post ini. Yang tak ada blog tu, boleh pakai medium seperti Note Facebook dan set kan Note kamu tu kepada Public supaya kami boleh membacanya ok? :) Pemenang akan dipilih berdasarkan majoriti sebulat suara penulis Terfaktab. Kami akan memilihnya. Jadi, apa tunggu lagi! Mari mula menulis!

Oh ya, kalau pertandingan mesti ada hadiahnya kan? Hadiahnya, jeng-jeng-jeng! Sebuah Kitab Terfaktab. Akan tetapi, ini edisi yang bersama tandatangan beberapa penulis! Ingat senang ke aku nak tandatangan? Jumpa kat luar belum tentu kau orang semua akan dapat tandatangan aku. Sebab kau orang bukan kenal aku pun. Macam mana nak mintak sign ye dak?



Hah! Kalau dah menulis tu, jangan lupa butir-butir untuk kami senang nak roger anda. Nanti dah menang, tak dapat nak contact, kami pilih lain!Tarikh menulis ialah dari hari ini, sampai Ahad ini, yakni 13 November. Dan pemenang akan di beritahu dalam minggu selepas itu. Marilah mula menulis! Apa sahaja mengenai TERFAKTAB!

Sekian dari saya,
penulis.sahaja.