Khamis, September 29

sedalam mana cintamu



Love is more than a noun -- it is a verb; it is more than a feeling -- it is caring, sharing, helping, sacrificing.
- William Arthur Ward

Berapa ramai dari kita yang berapi api bilang cinta, tapi bila tiba satu ketika, pada suatu keadaan, cinta yang dilaung laung itu seperti hilang arah. Sepertinya sudah tidak cukup perisa. Hari hari manis berganti hambar. Malah kasih sayang dan kemesraan yang dahulunya hangat, dengan tak semena mena bertukar menjadi dingin dan beku.

Situasinya mudah.

Kekasih engkau ditimpa petaka. Kekasih engkau dilanda malang bertimpa.
Kau jadi gusar.
Kau jadi tak senang.
Kau tidak lagi girang.
Kau mula rasa susah.
Justeru itu kau jadi menyampah.

Bala sudah datang. Kau juga ditimpa tempiasnya. Yang belum pernah engkau buat, terpaksa engkau lakukan. Yang tak mahu kau tanggung terpaksa juga kau bawa. Yang memberat di kepala terpaksa juga kau hirau. Kau mula rasa kacau.

Sekejap.
Nanti dulu.

Dulu kau kata kau kasih. Tapi, kenapa bila tiba waktu kau diperlu kau seakan menyisih?
Mana dia lukisan wajah girang, redup pandangan, manis tingkah engkau yang dulu?

Tanya kembali sama hati kamu.
Apa kamu masih cinta? Apa sejak dulu kamu memang cinta? Atau ada sesuatu padanya yang membenihkan cinta? Maksud aku, mencintai dia kerana sesuatu. Mungkin rupanya. Mungkin kesenangan yang disogokan olehnya. Atau mungkin, hanya semata kerana ingin membalas semula perasaannya dan kamu juga tidak betah hidup sendiri sendiri, lalu berteman dengannya menjadi opsyen terbaik untuk kau mengisi kekosongan selama ini.

Kadang kadang kesusahan boleh menjadi titik relatif untuk menguji sejujur mana perasaan kita. Seikhlas mana kita menerima. Sebab pada hemat aku, kalau kita tidak sanggup berkorban, kalau kita tidak sanggup berkongsi segala susah payah sakit pening, kalau kita tak tahu erti menjaga dan peduli, maka cinta dan kasih sayang itu masih belum cukup mapan. Belum utuh. Atau mungkin sebenarnya kau tak ada lansung rasa cinta melainkan rasa yang terlalu perlu akan hadir dirinya untuk kamu. Untuk mengisi kekosongan kamu.

Jadi sedalam mana cinta dan kasih sayang kamu?

Jangan lah masa sihat cergas kaya berduit je kau sayang. Bila dia jatuh, kau tinggal tinggalkan.

from my very own blog; Aku Bukan Kamu

Rabu, September 28

Aturcara Launching Kitab Terfaktab, Awek Chuck Taylor dan Zine Sarkasis Horizon Raya



TARIKH: 1 OKTOBER 2011
TEMPAT: UYA DISTRO, SS15 SUBANG JAYA, SELANGOR
MASA: 4.30 - 6.30 PETANG

4.00 Petang: Ketibaan para tetamu yang tidak diundang. (Suka diingatkan di sini bahawa masuk ke Majlis Pelancaran ini adalah percuma. Sesiapa yang menjual tiket untuk medapat keuntungan tepi daripada penganjuran majlis ini akan didakwa mengikut suka pihak penganjur dan penerbit buku yang garang)

4.10 Petang: Ketibaan para tetamu yang diundang.

4.15 Petang: Pendaftaran tetamu untuk cabutan bertuah.

4.20 Petang: Persembahan Gamelan oleh Shafirul Azmi diiringi penari kebudayaan daripada Ultras Subang Jaya.

4.25 Petang: Perarakan masuk para penulis Kitab Terfaktab, Awek Chuck Taylor & Horizon Raya.

4.30 Petang: Perarakan masuk pihak penerbit (baca: Lejen Press) diiringi percikan bunga api dan tepung tawar.

4.40 Petang: Persembahan pembukaan oleh artis jemputan Cikgu Vee.

4.50 Petang: Sessi memperkenalkan barisan penulis buku. Ucapan ringkas dan persembahan bebas daripada para penulis.

5.30 Petang: Persembahan daripada Aifaa Rizwan.

5.40 Petang: Persembahan daripada Shafiq Helmi.

5.50 Petang: Persembahan penutup oleh artis jemputan Nik Jidan.

6.10 Petang: Pelancaran buku yang akan dilakukan oleh Fadzil Zahari.

6.20 Petang: Penyampaian saguhati dan cenderamata kepada artis jemputan dan pelancar majlis.

6.30 Petang: Sessi autograf dan bergambar bersama para penulis yang kebanyakannya adalah orang-orang yang fotogenik.

Di sebelah malam, Uya Distro akan menganjurkan futsal muhibbah di The Challenger, SS14 Petaling Jaya. Semua dijemput sama-sama turun beraksi secara suka-suka selama 2 jam dari pukul 9 hingga 11 malam. 1 court untuk lelaki dan 1 court untuk wanita.

Sebarang pertanyaan dan kekhuatiran boleh diajukan ke emel lejenpress@gmail.com atau uyadistro@gmail.com


sumber: akulinglung.com

WORDLESS WEDNESDAY: Sindrom Kakiku di Bibirmu (Foot In Mouth Syndrome)

video asal: iklan silkygirl

Selasa, September 27

Dari Pejabat Terfaktab 4 : Launching Kitab Terfaktab


Hai kawan-kawan! Kami dari Skuad Terfaktab menjemput korang semua ke launching Kitab Terfaktab yang akan diacarakan di Uya Distro, Subang Jaya SS15, Selangor DE pada 1 Oktober 2011 (Sabtu). Acara akan dimulakan pada pukul 4.30petang dan sampai-lah habis. Hehe.


Juga nantikan Kitab Terfaktab yang akan berada di Ipoh yaw! Ipoh  Rock-city. Moh la datang! 

p/s: Malam ini, Kitab Terfaktab telah boleh dibeli secara walk-in di Uya Distro. Dan untuk penghantaran post-order, akan dimulakan pagi esok. Yipee!

Cinta dan kentut lagi

Isnin, September 26

Selamat Bergraduasi Cinta!


Assalamualaikum wbt.

Hai semua. Harap-harap sejahtera dan gembira selalu. Terutamanya kepada yang tu, tu dan yang tu--yang baru lepas grad tu. Amboi bergambar sakan nampaknya. Penuh news feed dengan album gambar korang--guling-guling la, gambar lompat-lompat la, salam mak la, dengan pakwe pun ada. Seronok kami yang menstalk ni, apatah lagi dengan layout baru ni. Eh.
Gambar gaya camni, satu album sepuluh pics. LOL [link]


Satu perkara tentang graduasi ialah ia membawa kita berfikir tentang masa depan. Tentang kerja, tentang keluarga. Dan tentang kekasih. Terutamanya kalau kekasih itu sama-sama sudah bergraduat. Jadi banyak pula persoalan timbul dalam fikiran tentang hala tuju perhubungan anda.

Dunia sudah lain, maka cabarannya pun lain. Jadi sebelum anda melangkah lebih jauh ke dunia dewasa ini ada beberapa perkara yang biasanya menjadi kerisauan para pasangan graduan sekarang, dan pendapat saya mengenainya.

1) Kahwin sekarang, atau kumpul duit dulu?

As you guys might have read, my parents get married soon after grad. Mak baru dua tiga minggu kerja kot kalau tak silap. Ayah pula baru ikat perut selama enam bulan. So...idea yang baikkah?

Depends. Sebaik saja lepas grad, kerja pun masih mencari/tidak tetap. Wang simpanan pun baru sedikit. Lagipun biasanya yang kahwin selepas grad ni samada mak ayah support belanja kahwin, atau kahwin simple-simple macam parents saya. Kebanyakan rakan saya (yang ada GF/BF sejak study) akan tunggu setahun dua baru kahwin. Ada yang tetapkan sampai 4 tahun after grad baru kahwin! Nak kuatkan ekonomi dulu katanya. Belanja kahwin bukan sedikit.

"Koje untuk kapel ade dok?" [link]
Tapi saya teringat perbualan dengan seorang kenalan: "Saya dengan kekasih nak kahwinlah juga. Dah setahun grad ni. Kalau tunggu sampai duit cukup, entah bila nak cukup".Betul juga. Kos sara hidup makin lama makin naik. Huh.

2) Patutkah kami cari kerja di tempat yang sama?

Yes, IMHO. Ah, mesti ada yang sindir "Uhh hanya kerana pakwe je? Booo". Well, kalau tak boleh, tak apa. Tapi kalau anda serius nak bawa dia ke jinjang pelamin, usahakan cari tempat kerja di kawasan sama (paling lebih pun negeri bersebelahan). Sebab kalau betul anda berkahwin, nak berhenti kerja semata-mata nak ikut ke tempat suami/isteri agak risky. Berhenti kerja, tapi belum tentu di sana ada kerja yang sesuai. Syarikat sekarang pun belum tentu rela hati lepaskan. Time kita hantar surat berhenti tu mulalah dia tabur dengan janji elaun tambahan gaji naik segala. Hish! Tak jadi nak berhenti. Last-last jadi perkahwinan LDR.
Cintaku tertinggal di Malaysiaaaa.....{via detik.com}

Lagi satu, kalau yang memang couple masa universiti, hari-hari berkepit, bila bekerja jauh-jauh hubungan mulalah retak. Tak biasa berLDR katakan. Ramai juga yang putus selepas grad kerana duduk berjauhan begini.
*Disclaimer: syarat ini tidak tertakluk kepada org yg memang ada posting tetap, cth cikgu dan tentera. heuheuheu

3) Dia sukar mendapat pekerjaan yang setaraf dengan saya. Atau tak ada langsung!

-kadang-kadang selepas bergraduasi baru disedari bahawa jurusan yang si dia ambil itu agak kurang peluang pekerjaan. Selepas enam bulan dia masih bekerja di shopping mall sedangkan anda sudah bersusun syarikat besar menghantar interview letter.

[link]
Bila terjadi kes sebegini, saya mohon anda sabar kerana rezeki orang lain-lain masanya. Apa yang kita perlu lihat ialah kesungguhan mencari kerja. Bagi saya kalau memilih pasangan atas nilai tangga gaji adalah sangat rugi. Kerana tangga gaji boleh naik boleh turun. Hari ini hanya pomen di syarikat, esok dapat tawaran jadi pengurus besar--mana tahu?

Bantu kekasih anda mendapatkan pekerjaan. Carikan dia peluang pekerjaan di suratkhabar, Jobstreet dan bertanya kepada kawan. Tidak kisahlah sama ada mengikut jurusan atau tidak. Memang normal untuk kebanyakan graduan mendapat kerja yang 100% tiada kena-mengena dengan ijazah.

4) Bagaimana pula kalau pasangan hendak menyambung pelajaran?

Haiyo...ni pun kekadang jadi isu tahu! Lagi-lagi kalau dapat Uni yang jauh. Boleh ikut cadangan no. 2 tadi, ataupun tunang/kahwin je la time study. Kalau dalam kes PJJ atau postgraduate, kuliah adalah amat fleksibel (OK takdela "Amat" sangat kan, over lu nyah). Ramai orang yang dah berkahwin buat degree PJJ atau ambil postgraduate, no problem. Lagipun dapat awek/pakwe student ok apa. Cuti sem 2 sekarang kan panjang, boleh jumpa selalu. OPPPS!

Ha empat point ni je la yang ada sekarang. Semua berdasarkan pengalaman rakan dan keluarga saya. Tapi kalau korang ada point, sila jangan segan silu tambah lagi di komen. Akhir kata selamat bergraduasi kepada rakan-rakan di luar sana, dengan ucapan AILEBIU SOOO MACHHH

eh. Assalamualaikum wbt. Heh.

Ahad, September 25

Anda Tak Cun dan Tak Tahu Cara Untuk Cari Bakal Suami?

Assalamualaikum


Hello gadis kesunyian dan jejaka player sekalian. What's up?

Kalau korang perasan, pagi petang siang malam, aku dok sebut pasal awek comel. "Awek comel, awek comel, awek comel". Ya, sikit-sikit awek comel. Sikit sikit awek comel. Kan? Kalau check-check balik entry aku yang lama-lama, mesti awek comel je yang jadi perhatian kan? Dah tu, awek tak comel aku nak taruk mana? Obviously, how the hell I know. Pffff.

But then, bila di ingat-ingat balik, aku dah banyak kali terjumpa komen-komen di entry blog aku (Ya, aku baca setiap komen anda), aku perasan yang ramai gila cakap seolah-olah:

"Oh, untuk awek comel je entry ni. Saya tak comel, tak ada orang nak dan tak ada orang kisah. Saya tak wujud pun tak apew."

Ololololo, ciannyaaa. Oh come on, girls. Apa korang fikir lelaki hanya aim untuk gadis comel semata-mata? Okay memang ya most of lelaki sukakan gadis yang berdahi licin, gebu dan comel. But... but... but apa ya. Hmm. Nevermind. Actually, tak semua lelaki yang sukakan perempuan comel semata-mata. Sebab aku rasa kalau korang perasan pun, ramai je kawan-kawan korang yang tak lawa tetapi dah ada boyfriend kan? Kan?


Saya dah ready nak kahwin. Tapi tak ada calon suami. Nak mintak keluarga yang pilihkan, memang tak ah sebab mak ayah dah tak ada. So, camneww?
Imagine yang korang adalah seorang gadis. Korang dah ada pekerjaan, dan ada duit apa semua. Semua dah lengkap. Tinggal nak kahwin je. Tapi tak ada orang nak kahwin dengan korang. So, apa korang nak buat? Oh oh ya, tak ada yang nak kahwin dengan korang sebab korang tak cun. So, again, what to do?

Some of us asyik cakap-cakap pasal girl cantik, boyfriend kacak, perfect couple dan sebagainya. Dan sebenarnya benda macam ni la yang membuatkan girls yang rasa dia tu tak cantik, akan bertindak seperti orang yang tak cantik. And, what the hell is "cantik" anyway?

Let me tell you a story pasal seorang lelaki dan seorang perempuan yang bercinta melalui telephone rumah. Ini cerita zaman dulu-dulu tau. Zaman ni tak semua orang tahu internet tu apa kebenda jadah. And satu-satunya cara untuk contact someone dengan cepat adalah dengan menggunakan phone. Dan dengan menggunakan phone tu, aku pernah tengok member aku call random number dengan harapan ada gadis yang akan angkat. Bila dapat awek yang sama umur angkat call, haa, apa lagi, terus tackle lah. Ya, seriously, ada lelaki buat macam ni.



Dan cerita yang aku nak cerita ni pun lebih kurang lah modus operandi dia seperti di atas. Cuma, this guy tak buat random call. Dia just tersilap tekan numbor phone. And bila dia tersilap tekan nombor phone, maka, dia tersilap call orang lain lah. And orang tu adalah seorang gadis dengan suara yang amat-amat merdu. Bila dah merdu, lelaki pun cair lah. Ya, ini lah sebabnya suara tu aurat. And di sebabkan lelaki tu ciar, lelaki tu pun ayat-ayat lah perempuan suara merdu tersebut sampai dapat.

And bila si lelaki tu berjaya tackle hati si gadis, dia ajak lah si gadis tu berjumpa. Tapi si gadis tu tak nak. Why? Sebab katanya, si lelaki tu sure akan dah tak minat kat si gadis sebab si gadis tu gemuk. Tapi selepas di pujuk-pujuk, akhirnya si gadis tu setuju untuk berjumpa. And bila berjumpa apa yang jadi? Ya, si lelaki tu tinggalkan si gadis tu. No! Seriously no. Bila si lelaki tu jumpa si gadis tu, si lelaki tu agak kekok at the first place. Tapi di sebabkan ciri-ciri kelembutan termasuk kemerduan suara si gadis, maka, si lelaki tu tetap jatuh hati. And now, diaorang orang dah berkahwin. Lebih dari 10 tahun dah rasanya.

You know, the best thing about cinta cyber / cinta phone adalah kerana ianya tak berdasarkan fizikal semata-mata. Imagine yang korang jatuh cinta bukan kerana paras rupa tetapi kerana sifat dia, cara dia bercakap, cara dia menjawab soalan korang dan sebagainya hanya dengan melalui suara / text. Nice kan? Instead of boys yang hanya aim gadis-gadis dahi licin dan badan lentik kan? Puih. Nak cari yang dahi licin je. Dahi dia penuh jerawat tak sedar diri. Bila jumpa girls yang banyak jerawat, terus tak layan. *Terasa*.

Oh, othar than that, apa yang boleh saya buat untuk dapatkan calon suami?
Pernah tak korang dengar lagu "Black and Yellow" dari Wiz Khalifah? Ya, lagu dia pernah dapat #1 dalam carta Billboard. And korang suka lagu ni? Well for me, ni lagu paling teruk pernah aku dengar. Yet, dapat no 1? Why? WHY? Sebab dia asyik di main kan lah. Lagu shit macam mana sekali pun kalau dah setiap hari play kat radio sure orang akan rasa best kan?



Begitu juga dengan your face. You're ugly? It's fine. Tapi trust me, akan ada punyalah lelaki yang terpikat bila tengok muka korang nak-nak bila asyik luangkan masa bersama-sama. Well, ini telah di terangkan oleh The Barnicle Barney dalam How I Met Your Mother tentang The Mermaid Theory. Ya, theory dia simple.

"The theory explains that no matter how unattractive a man finds a woman today, there will eventually be a time when she becomes attractive to him."

Untuk hari pertama korang jumpa that ugly boy and girl, korang akan nampak dia sebagai dugong. But selepas beberapa hari, korang akan nampak dia sebagai mermaid. Ya, ini adalah satu fakta. Why? Sebab kita asyik dok mengadap muka dia lah. Macam kawan-kawan korang. First day jumpa dia, rasa macam nak benci tanpa sebab. Tapi bila dah kenal, perh, terus rasa dia ada a good looking face kan?. Dan juga, for certain reason yang tak boleh di huraikan dari segi fizikal, mental dan sains, wajah yang tak cantik / tak handsome akan nampak cantik / handsome untuk certain people yang lain. Sebab tu lah wujudnya istilah "Beauty is in the eye of beholder".

But how? Ya, spend your time together. Kau minat kat colleague kau, kau pandai-pandai la buat ajak dia lunch ke. Apa ke. Hari-hari tengok muka korang, sure dia akan rasa muak okay. Ya, dia mungkin akan rasa 'okay' bila pandang muka korang. Actually, 'okay' is way much better than huduh to him. Why? Sebab as long you girls boleh buat si lelaki rasa sejuk hati or tenang or selesa bila melihat / borak dengan korang, then korang boleh dikatakan ada chance untuk tackle hati dia. And of course, those unexplained phenomena adalah termasuk dengan Sex Appeal. Masih ingatkah lagi korang dengan entry Sex Appeal aku? Dengan Sex Appeal, tanpa muka yang kacak / comel pun sure akan dapat buah hati kan? But remember girls, always play hard. Kalau play cheap, sure tak akan dapat.

So, show up your face, girls and boy sekalian. Tell the world that you are handsome and comel! But please don't ask for mine. Aku pernah nak letak gambar aku yang tak handsome ni. But somehow, kawan aku ada kata "Kau tak yah lah letak gambar kau tu Khairul. 100 kali orang tengok pun tetap tak akan nampak handsome." Sejak dari hari itu. Saya give up. Wuu. Wuuu.

Please, untuk certain people, jodoh tak akan datang bergolek. Macam rezeki juga lah. Kadang-kadang, ada orang di lahirkan kaya, dan ada yang di lahirkan miskin. Ada yang kena berusaha untuk dapatkan rezeki. Dan ada yang abis belajar je, terus sambung business keluarga. Jodoh dan rezeki tu kerja Tuhan. Kalau korang kerja keras untuk dapatkan rezeki, then, why the hell korang rasa yang korang boleh relax-relax goyang kaki tunggu jodoh datang bergolek?

Tapi kalau korang super comel, tak der hal lah jodoh tu akan datang bergolek. Comel? Untung laaa.  



Khamis, September 22

[Troll awek] : Jenis lelaki yang awek suka.

I know I have a long hibernation from writing on Terfaktab. The last post I wrote was on August. I am so busy with my college stuff for the whole month actually. Until today. When I am taking shower the idea came to me. Voila! Ok stop all the crap Amoi and all your broken English writing here. Back writing in bahasa kebangsaan. - lol.

Jangan percaya kepada awek yang kata macam ni :
"I tak kisah dapat laki yang tak berapa nak hensem asalkan dia sayang I. Jujur dengan I dan caring terhadap I. Miskin pun tak apa. Janji I bahagia dengan dia."
Will you fucking believe that? No. I won't. Girls normally will said those cliche to an ordinary guy like you. Yes you. Who are reading this.

Because girls normally will like this kind of guy. True story.

Kenal laki kat atas ni? Aaron Aziz. Yang mempunyai wajah yang kacak sejak drama Nora Elena dia meletop macam gunung berapi. Sebelum Nora Elena tayang, kau kau semua perasan ke Aaron Aziz kacak unless kau memang minat Aaron Aziz from his beginning of his career. Because now you girls fantasize Seth Tan in Aaron Aziz body. Girls. Said it that you want a guy that is exactly just like Seth Tan which is a fictional character. Seth Tan who just look like Aaron Aziz. You want a guy who have a good personalities value just like Seth Tan in Nora Elena. Am I right now?

Tak berminat kepada Aaron Aziz? Now look at this.

This is Park Si Hoo. Pelakon Korea. Disebabkan tak jumpa gambar separuh bogel Aaron Aziz macam Park Si Hoo, maka gambar Park Si Hoo akan digunakan. Girls. I know you want guy who have this kind of body. Auuummm. At least kau tak nak lelaki yang perut boroi macam mengandung 3 bulan kan? At least you want a guy who have a flat stomach.

Now is Lee Min Ho turn.

Tahu tak tinggi Lee Min Ho 185cm. Kalau tengok drama City Hunter, you will noticed that his body shape is really nice. I mean damn nice. Perempuan selalunya nak lelaki yang lebih tinggi daripada mereka sendiri. Jangan nak cakap orang tua-tua cakap perempuan yang dapat lelaki pendek murah rezeki. But by the end of the day, you still wanna a guy who's tall like Lee Min Ho or Park Si Hoo yang mempunyai ketinggian 187cm. At least tall than you right.

Persamaan antara 3 jenis lelaki kat atas ini ialah mereka semua kaya. Berduit dan mampu belikan kau 10 handbag jenama Gucci. wakakakaa.

Dan percayalah seorang awek sedang ikhlas berterus terang dengan kamu bila dia cakap macam ni :
"I kalau boleh muka you tu kena lah iras-iras Aaron Aziz. Sikit pun jadilah. Tak ada body macam Park Si Hoo pun tak kisah. Janji tak buncit macam mengandung 3 bulan. Tak tinggi macam Lee Min Ho pun I tak kisah asalkan tinggi 3cm dari I. Miskin sikit dari Mark Zuckeberg pun ok tapi ok lagi kalau you kaya dari dia kan."
If you said that to a guy right now, YOU ROCKS BABE!

Apa pun, jenis lelaki macam ni ialah Mr.Right kepada semua perempuan tapi kita tak akan dapat sebijik apa yang kita impikan. Kita kena berpijak di dunia yang nyata kan?

Rabu, September 21

SELFISH!!

Hai,


Artikel ini di share dari blog Green Apple. Thanks kak D sebab bagi permission. 


Untuk iktibar dan perbincangan. Bukan untuk menjadi 'judgemental'.




Eiiiiiiii aku tak faham dengan kawan aku yang sorang ni.
Dulu aku pernah beberapa kali buat entry pasal dia yang sanggup ditipu so many times dengan boifren. Dari dulu lagi aku cakap laki ni tak boleh pakai. Tak boleh pakai. Tak boleh pakai.
Layak pakai buang je.
Tapi dia tunggu gak laki ni.

Ok la fine.
Cinta itu buta.
Aku pun pernah alami jugak kebutaan terhadap cinta ni sampai kena belasah pun aku dok jugak stay dengan laki yang sama.
Tapi, setelah beberapa kali dihentak, aku akhirnya sedar jugak relation aku dengan boifren aku tu takkan ke mana.

Yang kawan aku ni pulak dah 8 tahun dah dengan boifren dia ni tapi still tak sedar-sedar jugak.
Laki ni sebenarnya laki orang.
Masa dia cerita kat aku dia bercinta dengan laki orang (tapi sebaya dengan dia), aku nak mara pun ye jugak, tapi aku taknak komen apa-apa. Sebab benda ni sangat sensitif. Kot-kot la esok jadik kat keluarga aku pulak.

Cuma aku bagitau dia, kau bercinta dengan laki orang, risiko sangat besar.

Risiko tu citer lain.

Kalaupun dapat kawen pun esok, kebanyakkan benda takkan berpihak pada kau.
Dah nama jadik nombor dua kan, of cos la segala-galanya akan jatuh jadi nombor dua untuk kau. Takkan jadi yang pertama sampai bla-bila pun.
Nak pulak kalau isteri pertama tak tau laki dia dah menikah lagi.
(eh tapi boleh ke menikah lain tak minta izin isteri pertama?)
Sorry la kau nak merasa bahagia.
Boleh la kot merasa bahagia, tapi lagi banyak derita la dari bahagia.

8 tahun dia bercouple dengan laki orang ni, memang aku nampak laki ni sayang kat dia. Kalau kawen, anak dah masuk darjah satu dah pun.
Itu kalau dah kawen.
Masalahnya sampai skarang tak kawen-kawen!

Aku tak nafikan laki ni sangat baik.
Dia layan kawan aku macam isteri.
Segala keperluan kawan aku, dia sediakan.
Everyday dia call/sms.
Everytime berjumpa, dia pastikan keperluan kawan aku ni cukup.
Memang sebijik macam suami isteri la.
Cuma tak kawen-kawen sampai skarang.

Bila aku tanya kawan aku laki tu tak pernah ajak dia kawen ke?
Kawan aku cakap, laki tu nak kawen dengan dia tapi dia takut kalau kerana dia berkawen lain, kebahagiaan dia dengan keluarga dia skarang akan hancur.

Laaaaaaa.
Bahagia rupanya kau dengan bini kau?
Aku ingatkan tak bahagia.
Habis, kalau dah bahagia, apakejadahnya kau bercinta dengan kawan aku?

Takdir.
Cinta tak mengenal siapa.
Cinta itu buta.

Ok la.
Betul.

Sometimes kita sendiri tak sedar yang kita berupaya untuk sayang 2-3 orang dalam satu masa.
Itu bukan persoalannya pun.
Kau nak bercinta dengan laki orang ke, nak bercinta 4 orang serentak ke, itu cerita lain. Bak kata Norman Hakim dulu 'Soal hati dan perasaan ni susah nak diceritakan'.

Yang aku soal sekarang ni kenapa taknak kawen-kawen dengan kawan aku????
Kau dah 8 tahun bercinta.
Kau layan dia sangat-sangat baik.
Masing-masing happy, bahagia.
Apa masalahnya sekarang???

Hanya kerana kau sayangkan isteri and anak-anak kau, kau takut keluarga kau pecah-belah, kau takut makbapak ipar duai pandang serong, kau malu dengan jiran-jiran and kawan-kawan, maka kau jadikkan kawan aku perempuan simpanan forever???

Gila selfish kau kan?

Kau sorang je nak bahagia ada anak cucu?
Habis kawan aku?
Esok dah tua humbankan kat Rumah Orang Tua-Tua?

Dah berapa kali aku cakap kat kawan aku, ajak dia kawen, ajak dia kawen (tiba-tiba aku jadi peng-keji sebab sokong kawen dengan laki orang).
Memang kalau boleh aku taknak dia di-cop perampas sebab aku tau kawan aku takde niat nak rampas pun laki tu. Cuma entah la eh, kita susah nak jangka la benda-benda macam ni. Mentang-mentang kita kawen dengan lelaki bujang, maka kita boleh kutuk orang yang kawen ngan laki orang. Tup tup sok laki kita buat perangai yang sama. Kan??

Niat aku cuma nak laki tu be fair dengan kawan aku.
Korang dah saling sayang.
Daripada kawan aku di-cop pengikis harta laki orang, baik ko kawen je dengan kawan aku. Sah-sah dia dah jadik bini kau sok, memang tanggungjawab kau sara dia.
Kalau laki tu tak tanggung kawan aku skarang pun tak jadik hal, sebab kawan aku memang bekerja, professional field lagi. Duit tu insyaallah takde masalah. Tapi dah kau nak tanggung dia sangat kan, silakan.

Bagi aku laki ni sangat-sangat tak fair, malah sangat kejam buat kawan aku macam ni.
Walaupun pada zahirnya laki ni baik, tapi bagi aku, dia kejam secara halus, tanpa dia sedar.

Kau hari-hari balik rumah kepada keluarga kau, anak bini kau, ada orang masak untuk kau, tido berteman, hujung minggu keluar berjalan sama-sama.
Habis kawan aku?
Gundik je la kan?

Kawan aku dah 3 kali mintak putus sebab mak dia nak terima pinangan orang.
Tapi laki ni merayu-rayu jangan tinggalkan dia.
Dia cakap bukan dia taknak ambik kawan aku sebagai isteri, dia nak sangat kawen dengan kawan aku cuma dia mengharapkan miracle berlaku.

Miracle what????
Apa yang kau expect?
Kau expect bini kau mintak cerai?
Kau expect bini kau ditangkap khalwat dengan laki lain so kau ada alasan nak kawen lain?
Kau harap bini kau mati?

Plis la babi.
Jangan pikirkan diri sendiri je boleh tak?
Kau nak kawan aku jaga perasaan kau, tapi kau ada jaga hati kawan aku?
Ada fikir perasaan makbapak kawan aku?
Kawan aku tu perempuan.
Of cos makbapak dia risau dia tak kawen-kawen lagi.
Of cos makbapak dia nak pastikan sebelum diorang mati, anak perempuan dia ada orang jaga.

Dijaga oleh suami!
Bukan boifren!

Lain kali, kalau kau tak boleh nak berlaku adil, jangan commit!
Jangan tamak, semua kau nak. Yang sana kau nak, yang sini kau nak.
Kau suruh kawan aku bersabar dan serahkan semua pada takdir.
Kalau kau tak berusaha, nasib tu takkan berubah.

Yang kawan aku ni pun satu hal.
Dah lama sangat dia tungggu laki tu kawen dengan dia, sampai bila nak tunggu??
Dah la...
8 tahun dah pun.
Dah cukup nak buktikan masing-masing sayang each other. Tapi kalau macam ni je takde kesudahan baik kau blah je la.

Aku kan jahat.
So 2-3 hari lepas aku search nama laki tu kat twitter. Tapi aku tak tau bin apa, so aku search atas nama dia je. Kawan aku ni pulak anti-sosial. Dia patut satu geng dengan En Wan. FB takde, twitter takde. Frenster pun dia tak tau menatang apa.

Search punya search sekali jumpa, sebab dia letak avatar gamba dia.
Aku baca tweet dia.

"Cuci kereta with anak dan isteri. Baling-baling buih. God, I love them so much!"

"Jogging with my beloved wife. Now it's mamak time. Just the 2 of us"
 

"Melihat isteriku tidur, syukur Tuhan. Terima kasih atas anugerahMu"



Bahabiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Memang puki.

Aku tak marah dia tweet kebahagiaan dia.
Itu memang wajar.
Sebab itu anak bini kau. Keluarga kau. Memang patut pun kau sayang.

Tapi yang aku marah tu di mana hati perut kau?
Kau pernah terfikir tak, masa kau tweet kebahagiaan kau ni, kawan aku tengah buat apa kat rumah?
Pernah tak terlintas kat fikiran kau, waktu kau tenung bini kau tengah tidur, kawan aku tengah tengok gamba kau baru dia boleh tido??

Pernah kau fikir tak babi???!!!!

Fine.
Kawan aku salah sebab bercinta dengan laki orang.
Tapi benda ni takkan jadi kalau laki tu tak bagi dia harapan!!

Selasa, September 20

Wordless Wednesday, NOT.

From my tumblr, again.

Guys, guys, guys.

There is a difference between being a man, and being just a sperm donor, you know.

There's more to it than just finding the so-called "perfect woman"--which by your standards meaning physical things such as voluptuous body and the ability to gourmet a meal.

Truth is, no perfect woman will find you until you perfect yourself. And honestly even the less-than-perfect women wouldn't settle for less.

Picky species, you gotta admit. But it's just that animalistic, prehistoric desire to procreate that makes them picky.

No female would want their future offspring weak, poor and unkempt, do they?

So chuck off that PS3 and iPad2 of yours, and get yourself some lifelong useful skills. I don't know--like changing a lightbulb and fixing a clogged drain or something. You know, the ones that will make you more useful around the family than being the one shouting "I'm home!" and giving orders for some sandwich and a Kopi-O.

Be a man. Don't just be a dick.

Isnin, September 19

Lelaki & Fakta

Selamat kepada semua. Selamat Hari Raya, Selamat Hari Satu Malaysia, Selamat Hari Ulangtahun, Selamat untuk Move On, Selamat untuk Menackle Awek Baru, Selamat Hari Pertunangan, Selamat Menjadi Pengantin, Selamat Menyambut Anak dan sebagainya. Kemain banyak lagi SELAMAT. Gua tahu hari-hari korang tak akan bermakna tanpa membaca TERFAKTAB. Ecehhhh..

Okay, hari ni gua tertarik nak menulis pasal awek-awek semua. Setelah gua amati dan selidik dan pertimbangkan, al-maklumlah gua ni kan dah dikira separa lelaki. Dari kecik-kecik sekolah tadika ke dah tua bangka, kengkawan lelaki lagi ramai dari kawan perempuan. Jadi gua boleh dikatakan cukup masak la dengan perangai dieorang ni. So kat sini gua nak list down kan hasil pemantauan gua selama bertahun-tahun lamanya.


1) Lelaki Tak Suka Perempuan Banyak Tanya

Korang tahu tak yang kaum Adam ni jenis cepat rimas? Jadi pertanyaan hendaklah K.I.S.S (Keep It Simple Stupid!) Ini tak, kalau dah janji nak dating, bf/suami lu lambat sikit, lu dah menggelabah nenen. Call je dah 16 kali. Lepas tu tanya kat mana, lalu jalan mana, kenapa lalu jalan tu, tak reti tengok jam ke, kenapa kat sana hujan kat sini tak pun. Soalan feveret: Kenapa tak angkat phone? Kenapa lambat angkat phone? Kenapa tak balas SMS? Kenapa itu? Kenapa ini? Pehhhh.. Kalau gua jadi lelaki, dah lama gua shoot dengan machine gun tahu?

Paling untung kalau laki tu dpaat gf/bini yang hanya tanya "Baby dekat mana? Jauh lagi eh? Lembap ah baby ni. Okay bye."

Habis cerita. Lu nak bising bising pun bukan dia boleh sampai cepat pun. Gila ke apa?


2) Lelaki Memang Gila Bola. Sila Pasrah.

Kalau BF keluar dengan kengkawan dia lepak mamak sampai 3,4 pagi tak payah la nak jadikan isu besar.  Lu tak bagi dieorang keluar macam dieorang dah jadi suami. Ada ke patut suruh layan bola dekat ASTRO sensorang? Tak berperi kemanusiaan langsung. Tengok bola je kot. Bukannya apa sangat. Jadi sebagai kaum perempuan, tak banyak, sikit pun jadilah untuk korang amik info pasal bola sikit-sikit. Bukannya apa, at least kalau BF/Laki korang nak keluar tetengah malam tengok bola, cakap MENYU vs SPURS punya game, boleh ah korang detect betul ke tak. Tak pun tanya score ke. Paling tak pun lu tarik selimut tidur je lah tetengah malam. Takde pekdahnya pun nak tunggu dia balik sampai pagi buta.

Paling untung dapat GF/Bini yang kaki bola sekali. Boleh gak lepak sama-sama tengok bola. Kan senang, depan mata.

Habis cerita.

3) Lelaki Suka Awek Sempoi.

Lu tau sempoi tu apa? Sempoi ah. Tak payah nak menggedik sangat. Tak payah nak poyo sangat. Tak payah nak garang sangat. Tak payah tu tak boleh, ni tak boleh. Perempuan sempoi yang boleh tolak ansur dalam semua benda and faham yang lelaki ni jenis tak boleh nak dipaksa paksa. Yang jenis sempoi boleh cuba nak sesuaikan diri dalam semua keadaan/tempat. Yang boleh memaafkan kesalahan-kesalahan kecik tanpa drag sampai merajuk 16 hari. Perempuan sempoi yang tak perlu berlebih-lebihan tapi still gojes mengalahkan Fasha Sendat.

Paling untung yang boleh dapat awek yang lelaki boleh share semua benda, boleh cakap semua benda dan faham keadaan lelaki tu macam mana.

Habis cerita.

4) Lelaki Suka Perempuan Pandai Masak dan Pandai Mengurut.

Lebih praktik kepada pasangan suami/isteri. Yang GF/BF pun boleh. Gua apa ada hal ye tak? Adalah penting bagi korang kaum perempuan belajar memasak dan mengurut. Ini adalah FAKTA tahu? Sesiapa lelaki yang tak setuju dengan gua, dah boleh berhenti jadi lelaki. Cuba selidik apa makanan kegemaran si dia, then boleh lah belajar sikit sikit. Lagi satu kalau dia amik korang balik kerja. Tengah jem pepenat tu. Tolong lah urut urut sikit kepala dia. Bahu ke apa ke. Jangan urut tang lain sudah. Kehkehkeh. Jadi sebelum laki korang menempah mana-mana rumah urut, baik menyediakan payung sebelum hujan. Lelaki ni nampak kasar tapi suka dibelai tahu?

Paling untung dapat gf/bini memang power gila memasak dan juga seorang guru urutan 'Cakar Harimau'. Kehkehkehkeh.

Habis cerita.

5) Lelaki Tak Suka Layan Benda-Benda Remeh dan Emosi.

Kalau korang dok bergaduh 24 jam, bf/laki korang buat bodoh je bukan maknanya dieorang tak kesah pasal korang. Benda remeh temeh lagi lah tentang hati dan perasaan ni lelaki seboleh-bolehnya nak simpan. Lu ingat muka macam Leplep tu tak pernah rasa rabak ke? Ingat kental macam Aqram tu tak pernah menitis air mata ke? Silap silap. Kadang-kadang dieorang lagi emo dari perempuan. Tapi kalau boleh dieorang taknak campur aduk kan dan juga berat nak share atau luahkan. Takpe, bagi dieorang masa, InsyaAllah tak ada apa.

Paling untuk dapat awek yang jenis COOL je 24 jam. Gaduh pun gaduh tapi still boleh gelak-gelak bila cakap tentang benda yang tak berkaitan dengan apa yang digaduhkan. Ni tak, belum kahwin dah gaduh macam setan.


Peh peh peh.. Gua dah rasa macam menulis untuk majalah REMAJA plak. Gua harap kaum perempuan pun boleh amik iktibar. Dan kaum lelaki jangan amik kesempatan ke atas kebebasan yang kaum perempuan berikan.

Takpe lah, gua beransur dulu. Semoga anda semua berbahagia dunia akhirat.

Jejaka Perasan

Gua sangat yakin perkataan "perasan" ni mesti orang selalu guna. Kalau lu tak pernah guna mesti lu ni tergolong dalam spesies baik,pergi umrah pun dah dua tiga kali. Tapi apa yang menyebabkan kita dicop oleh orang lain sebagai perasan? Pernah fikir tak? Pernah perasan tak? Untuk entri kali ni,gua akan cerita bagaimana seorang lelaki itu boleh menjadi jejaka perasan.

Bila lu tengok semua makwe yang cantik,semuanya lu nak ngorat,semuanya lu nak poke dalam fesbuk,semuanya lu nak like status fesbuk dia,semuanya lu nak chat dengan dia dan akan mulakan perbualan dengan cara paling hambar sekali macam,"hai,u buat apa tu?" sambil kasi smiley bajet comel. Cilake,Johnny Depp pun tak buat perangai macam ni tahu? Lu bajet lu hensem sangat? Perasan!

Bila lu berjalan kat mana-mana dan ada makwe tengok lu,lu mula berkelakuan gila. Betul-betulkan rambut,betul-betulkan kolar baju,kalau ada cermin tengok cermin dan lu akan approach terus makwe tu. Eh,macam tu ke eja approach? Ahh,pergi meninggallah dengan ejaan. Apa lu bajet semua makwe yang tengok lu tu suka lu? Dia tengok sebab lu jalan kemain mendada serupa ayam jantan,bukannya sebab dia tertarik kat lu. Perasan!

Bila lu berbual dengan mana-mana makwe,semua topik lu sapu. Semua benda lu paling terer. Semua benda lu paling power. Orang cerita pasal Jerantut,lu sembang pasal France. Orang cerita pasal Myvi,lu cerita pasal Lamborghini. Orang cerita orang dapat ikan 3 kilo,lu cerita pasal lu dapat ikan 30 kilo. Kalau power sangat,pergi masuk Who Want To Be A Millionaire la,sembang dengan makwe bukan boleh dapat duit. Perasan!

Lelaki perasan ni mudah dikesan kat tempat-tempat yang ada ramai makwe,kalau dia blogger dia pergi gathering blogger,kalau dia syaitan twitter dia pergi twtup,kalau dia orang kerja kerajaan dia akan pergi Family Day. Kalau lelaki lain lepak dengan lelaki lain kat event tu,lelaki jenis ni lebih banyak melepak dengan makwe-makwe dan sibuk bercerita pasal diri dia. Apa lu ingat kisah diri lu tu happening sangat sampai semua makwe nak beri perhatian kat lu? Perasan!

Ok,gua syak baik gua hentikan kriteria-kriteria lelaki perasan ni sebelum ada yang terkena pada diri gua. Tapi gua bukan perasan,gua ultra konfiden!kahkahkah!!Gua akhiri entri ni dengan sebuah lagu yang paling sesuai buat semua jejaka perasan di luar sana dengan ucapan,kalau lu rasa lu kacak,akan ada seribu kali orang yang lagi kacak dari lu,kalau lu rasa lu hebat,akan ada seribu kali orang yang lagi hebat dari lu,jadi diri sendiri dan lu akan jadi satu-satunya lelaki seperti itu.





Jumaat, September 16

Cara Detect Fake Facebook Awek-Awek Comel.

Assalamualaikum


Hello awek-awek comel yang fake sekalian. What's up?

Aku bet yang korang semua ada Facebook kan? Aku bet ramai diantara korang pernah terserempak dengan Fake Facebook Profile yang kurang kasih sayang yang menyamar jadi orang lain kan? Tak kisah lah owener fake facebook tu lelaki ke, perempuan ke, pondan ke, still, korang mesti pernah jumpa kan? And, why the hell dieorang wujudkan profile facebook palsu? Kenapa nak menyamar?

Well, bukan setakat menyamar je, mengurat pun ada. Contohnya, si lelaki. Dia pakai gambar Aaron Aziz and then tackle plenty of fish in the seas. Nak tackle fishes tu, bukan sebarang tackle. Dia tackle yang comel-comel je. Tapi tu yang bestnya, bila kita tengok facebook dia, mesti semuanya di kalangan awek-awek yang comelll belaka. Secara tak langsung, kita boleh usha tau. Mana tau kot-kot ada yang berkenan ye tak?

Untuk si perempuan pulak, bila faking the profile, mesti nak pakai gambar taraf Hamis Jalika and then tunggu pancing mengena jejaka-jejaka kesunyian yang kekurangan belaian. Iye lah. Dah la lawa, comel pulak tu. Sure tanpa buta apa-apa, akan ada jejaka datang tackle kan? But why? Adakah kerana bilangan lelaki terlampau sedikit sehinggakan semua perempuan menjadi desprate untuk mendapatkan boyfriend sampaikan perlu menyamar jadi gadis 'cantik'? Relax girls, there are plenty of boys in the land. You just need to err... errr... you know... comelkan diri, merahkan bibir, cantikkan muka, licinkan dahi, hilangkan jerawat, kerenggakan badan and pooofffff, sure ramai jantan datang tackle. Never failed... Yeah.

Antara Top 3 gambar awek-awek comel yang di gunakan untuk fake facebook
Elly Tran Ha (Model)
Honeykyuki (Unknown)
Heliza Hilmi (Pelakon)

So, berbekalkan pengalaman aku menyamar jadi awek-awek comel di Facebook yang... er... errr i mean berbekalkan pengalaman aku meng-add awek-awek comel di Facebook, aku... err.. erm. Hey, what? You can't blame me. I just being a man you know. And berbekalkan pengalaman aku being a man, aku ada beberapa tips on How To Kesan Fake Facebook User dengan jayanya.

Tip 1 : Real awek biasanya akan malu-malu bila di puji gambarnya.
Pernah tak korang lepak di Facebook awek-awek comel? Sure akan ada ramai yang komen gambar tu kan? Iye lah, kalau perempuan lawa dan comel, bukan je lelaki yang akan suka. Perempuan pun akan suka. And mostly, perempuan akan kata:

"Wow, comelnya Kak Ariana." 

Then the owner akan jadi tak tahu nak jawab apa. Most of then akan jawab

"Eh tak ada lah. Lagi pun awak lagi comel. Saya nampak comel sebab kebetulan angle tu cantik :)"  

But, as for the fake facebook user, dia akan cuba sedaya upaya untuk tak kata yang gambar tu dia punya. Most of then hanya akan buat smiley senyum or apa-apa je lah. Tapi tak boleh blah bila still ada fake facebook user ni yang mangaku yang tu gambar dia. Tak malu. But obviously, mudah gila nak detect seseorang yang pakai fake picture orang lain. Korang sendiri akan perasan bila bertanyakan pasal gambar tu.

Tip 2 : Too much horn for the horny creature?

Pernah tak masa korang dok chat-chat dengan awek comel or jejaka auummm, tetibaa korang perasan ada satu notification di Facebook. Korang bukak ah and then tengok-tengok ada awek pakai baju sarung kelapa yang tak cukup kain yang add korang. Apa respond korang? Untuk most of lelaki mesti korang akan kata "Wah awek seksi add aku weh. Happy gila aku.". Then terus approve kan? Tapi aku tak. Approve friend invitation Facebook semata-mata sebab dia berpakain seksi dan tak cukup kain? That is so not me. Korang tahu apa aku buat? Aku buka gambar-gambar dia dulu. Then cari muka dia. Kalau lawa baru la approve. HAHA.



Cer korang tengok gambar di atas. Ya, gambar di atas adalah gambar profile Facebook seorang awek comel yang aku ragui keaslian jantinanya. And... Tak ke korang rasa yang gadis ni overhorny? YA! Y U SO HORNY, HUNNY? How old are you? You are on the wajib kahwin stage already? Oh-oh what? You lessbian? Y U LESBIAN? What so special about girls? Errrr. Okay fine girls are cute and smell nice. Make sense kalau ada girls yang jadi lesbian. BUT! But, jangan ar doe. Sedih aku tengok awek-awek comel yang dah di kebas dengan penkid.

But seriously, aku rasa semua owner Facebook yang ada gambar tak cukup kain tu mostly mesti lelaki dan gay. Iye lah, bila lelaki normal tengok ada awek comel, dia mesti add / approve / accept Facebook invitation kan? Bila dah jadi friend, sure dia akan geli-geli kan? Then sure gay tu dapat apa yang dia nak which is geli-geli dengan lelaki lain.

'Real' Lesbian = Lelaki. Fake Lesbian = Juga lelaki. Tapi gay.


Tip 3 : Google email dia.
This is the easiest trick to be done. Bayangkan, korang ni lelaki. Dah lah tak handsome, perangai buruk, otak pun tak bijak tapi ada awek comel nak add Facebook. Tak ke korang rasa curious dengan situasi ini? Mesti ada something yang tak kena kan? Begitu juga dengan perempuan. Tak ke pelik bila tengok ada lelaki yang tak dikenali add korang di Facebook? Dah lah mutual friends ada sorang je. Tak ke korang rasa macam something tak kena?


Yea, so bila korang rasa pelik, cepat-cepat mintak email dia. Kata lah nak add YM ke, Skype ke, webcam ke apa ke. Dia mesti bagi punya. Kalau dia tak nak bagi, check je kat Info Facebook dia. Biasanya as the default setting Facebook, dia punya email akan shown up. Then bila dapat email dia, terus Google. Selepas Google tu, korang akan tahu identiti sebenar si dia melalui Social Network yang lain. Ya, bila korang Google email dia, korang mungkin akan sampai ke Twitter, Friendster or Myspace dia. Dan dari situ lah korang akan tahu sama ada dia tu lelaki, or perempuan. Or gay. But, if dah google tetapi result tak memberangsankan, tu maksudnya dia baru create email tu which is probably bermaksud yang itu ada satu fake Facebook account. Peh-lis. Zaman sekarang setiap orang dah ada email at least kan?

Tip 4 : Gambar Facebook dia tak banyak dan putus-putus.
Don't you think yang ianya amat pelik bila gambar user tu hanya ada satu atau pun dua gambar je? Ya, the less is more. Semakin sikit, semakin tertarik. But, seriously perempuan yang hot-hot (termasuk yang perasan hot) akan suka  letak gambar dia banyak-banyak di Facebook. Aku tak pasti kenapa. Tapi seriously any perempuan in fact suka letak muka dia di Facebook. So, kalau korang nak detect tu Facebook palsu or tak, just check gambar-gambar dia. And then, make sure gambar dia tak putus-putus. Pastikan yang tak ada gambar dia yang sekejap di Langkawi. Then Melaka. Then Langkawi balik. Then Melaka balik. So, kalau korang nampak gambar dia macam terlampau sikit dan tak ikut flow, then memang sah lah ianya adalah fake Facebook account. Experience talks. 

Tip 5 : Always single. Always available. 


No offence but aku rasa ada jenis-jenis user yang buat fake Facebook ni doe antaranya adalah kekurangan kasih sayang dan dia inginkan lebih perhatian. So, dengan kata lain, dia akan jadi amat-amat cheap dengan jantina yang berlainan. Dia akan layan semua jejaka yang gatal dan mesra alam dengan sesiapa sahaja. But how? Well, bila dia buat account fake Facebook yang menggunakan gambar dan profil awek comel, sure di akan mendapat perhatian dari jejaka-jejaka Malaya kan? Perhatian macam mana tu? Ya, perhatian seperti sekali on YM, 10 lelaku buzz. And then surely dia akan feeling-feeling dengan perasan yang paling girls suka which is perasaan ketika di-mengurati oleh lelaki. You girls mesti suka bila ada lelaki kacau and swiiiiiiit swiiiiiiiiit kat korang kan? Eleh, macam la aku tak tahu.

Well. Actually, aku menggunakan gambar dR Rozmey yang handsome sebagai DP Facebook aku. Aku ni kekurangan kasih sayang sebenarnya. Ada sesiapa nak volunteer kasi sikit kasih sayang? Girls only.

 ***************

Aku rasa lah kan. Kebanyakkan owner Fake Facebook profile ni biasanya dia curi gambar kat Google je. Tak caya, try Google Image dengan menggunakan keywork "Awek Melayu Comel" or "Awek Melayu Sexy". Dan kalau bukan dari google pun, mesti dia curik gambar manusia-manusia yang hot yang dia nak jadi tapi tak mampu, kan?


Good news, you boys boleh detect fake facebook awek-awek comel. Bad news, now those 'awek comel' (and lelaki gay) akan tahu cara untuk tak kantoi bila buat fake Facebook bila baca entry ni. Damn.



No Money, No Honey.

Mana-mana pun aku pergi, kalau aku tanya kepada para lelaki terutamanya kepada kawan-kawan aku. Ramai akan jawab;

"Perempuan zaman sekarang memang pandang duit dan harta. Kau takde duit dan harta, lambatlah kau nak berkapel dan berkahwin"

Ok, ini mungkin cerita lama. Tapi, series-lah. Kalau pandangan ini menjadi satu fahaman kepada setiap lelaki, korang yang perempuan ini tak rasa something ke? Macam tergugat ke atau takde rasa secubit kesedaran nak memperbetulkan fahaman ini yang semakin menular dalam jiwa sanubari lelaki?

Ye-lah, kalau dulu ramai orang perempuan berfahaman;

"Lelaki hanya pandang perempuan cantik saja"

Tapi, bila hari-hari berlalu, kita dapat lihat fahaman itu salah dan tak mengena apabila terbaca Ashraf Muslim contohnya, berkahwin dengan perempuan yang 'u-know-what-i-meant'. Kan? Kalau lelaki betul-betul pandang perempuan cantik saja. Mungkin sepatutnya Ashraf Muslim itu berkahwin dengan at least selevel lawa macam Tizz Zaqyah mungkin? Kan?

Well, kalau baca akhbar pun. Ada seorang lelaki yang sanggup berkahwin dengan seorang nenek. Rupa jadi ukuran bagi lelaki? Sudah tak boleh pakai dude!


So, back to the topic. Perempuan pandang harta. Sampai bila fahaman ini boleh dikikis? Kita sendiri dapat tengok betapa Lisa Suriani sekarang pun dah pilih Yusry bekas Erra yang ada sebuah Lamborghini. Kesian Mr.K weh, sampai sekarang merajuk dengan Lisa. Tengok, lama dah dia tak tulis kat Terfaktab. Merajuk punya pasal-lah. Baik korang pujuk dia cepat. Hehehe ;P

Even, Dahlia Teteck tu pun nak-kan si Khairul Fahmi, padahal antara Khairul Fahmi dengan Pipiyapong. Aku rasa Pipi lagi macho. Ok, mentang-mentanglah gaji Pipi tak setinggi Khairul Fahmi. Dahlia Teteck tak pandang dengan Pipi. Apa kelas pemain Arsengal? Kamonlah, gaji pemain Red Warrior antara tertinggi kat Malaysia tahu? YNWA! Kehkehkeh. >_<

Eh, aku ni dari tadi nak beri contoh artis. Apa jadah?

Baiklah, tapi aku memang nak tegaskan disini. Boleh tak fahaman ini diubah wahai kaum perempuan? Aku tahulah mungkin korang pernah terbaca kajian purata nilai hantaran perkahwinan yang pernah aku tuliskan dulu.

Ya, akulah penulis asal dan pengkaji analisis tersebut yang pernah kecoh kat facebook haritu. Kajian tersebut aku buat sewaktu di universiti. Kajian sosial rambang yang dibuat dengan responden kira-kira 50 orang. Aku buat kerana ingin dapatkan kepastian disamping kepuasan sendiri. Itu saja. Takdelah hendak set betul-betul nilai hantaran tersebut sebagai suatu pegangan yang korang kena ikut. Malah aku sendiri sewaktu mengadakan kajian tersebut, terkejut dengan keputusannya. Tapi, hasil analisis perlu didedahkan walaupun apa jua keputusannya. Dalam hati aku, biarlah ia menjadi pengajaran dan kesedaran bahawa nilai hantaran kahwin di Malaysia sebenarnya terlalu mahal, melampau dan teruk. Boleh memufliskan tahu?

Aku harap fahaman ini boleh dihentikan dengan wujudnya satu contoh yang boleh spin semula perkara tidak seimbang ini. Manatahu, mungkin boleh untuk satu hari nanti kita dengar gara-gara Bik Mama tak setuju dengan Najib pasal mansuh ISA. Gaduh-gaduh sampai diorang berdua bercerai, Bik Mama pulang balik cincin 24juta, dan berkahwin dengan lelaki sekampung yang kerja berkebun je. Dah tak pandang dah dengan PM. Berkebun pun dia sauk je, janji bahagia dunia akhirat. Peh peh peh! Epik!

Kalau jadi itu macam. Alangkah seronoknya dunia.. Lepas ini nak meminang gadis lepasan IPTA, hantaran seribu pun dah jadi Malaysia Trending dalam Twitter. Wow wow wow! Ini AWESOME!

Orait? Chalo!

p/s: Sinis Hari Malaysia. Jangan kecil hati broo. Hihi.

Surat untuk bekas bakal ibu mertua

Assalamualaikum.

Hai makcik! Ingat saya lagi? Yup,saya yang pernah tulis surat kat makcik dulu. Kalau ingat,syukur alhamdulillah tapi kalau makcik tak ingat,makcik pura-pura jelah ingat. Jangan nak buat saya terluka sangat.

Untuk makluman makcik,saya sedang serius tidak dicintai oleh anak makcik. Entah apa silapnya,jodoh kami tidak panjang. Yang saya tahu perasaan itu tidak boleh dipaksa-paksa,tidak boleh dibentak-bentak,tidak boleh diugut-ugut. Yup,saya sedang rabak serupa celaka sekarang. Astaghfirullah,tercakap celaka pulak. Maafkan saya makcik tapi sejak dua tiga menjak ni emosi saya memang tidak menentu sikit.

Makcik tahu apa rasanya bila seorang penagih dadah tak dapat bekalan dadah? Atau bila seorang penagih twitter tak dapat sambungan internet? Atau bila seorang mat rempit kena kerja tengah laut? Darabkan sepuluh rasa itu untuk sama apa yang saya rasa sekarang. 

Makcik,

Terus terang saya katakan tanpa anak makcik,hidup HD saya tiba-tiba jadi hitam putih. Saya tak boleh berfikir,saya tak boleh menaip entri,saya tak boleh tengok kaler pink,saya tak boleh dengar lagu Safura,saya tak boleh tengok makwe ada lesung pipit,saya tak boleh buat apa-apa. Yang saya boleh buat cumalah mencarut dan terajang objek berdekatan.

Tapi makcik jangan risau,saya okay. Serius,saya okay(sambil tonyoh-tonyoh mata). Cuma saya nak katakan kalau ada sesiapa kasitahu makcik yang saya sibuk ejas makwe sana sini,percayalah saya buat semua itu untuk menghilangkan imej anak makcik dan tak pulak saya berniat mempermainkan perasaan sesiapa dalam proses itu.

Saya seorang yang percaya pada jodoh dan saya tidak menolak kalau jodoh itu datang dalam masa yang cepat. InsyaAllah,saya tidak akan pernah memaksa jodoh. Andai jodoh itu tiba-tiba datang esok atau seminit lepas saya publish surat ni,tak bermakna perasaan saya pada anak makcik dulu tidak real. 

Betapa ruginya saya tidak dapat beribu mertuakan makcik dan begitu jugalah betapa ruginya makcik tidak dapat bermenantukan saya. Percayalah,kita sama-sama kerugian dalam hal ini. Saya terlepas mendapat bakal ibu mertua seperti makcik dan makcik terlepas mendapat bakal menantu paling happening seperti saya.

Ikhlas saya cakapkan,saya tidak pernah menyalahkan anak makcik atau sesiapa pun dalam hal ini. Semuannya saya anggap kelemahan saya sendiri. Setiap benda ada hikmahnya dan saya yakin perkara ini terjadi untuk saya memperbaiki diri sendiri. Apapun alasan anak makcik,saya yakin tujuannya tepat.

Maaf saya ucapkan andai selama ini saya banyak melukakan hati anak makcik,banyak janji yang saya tidak dapat tepati dan banyak ruang kosong yang saya biarkan begitu sahaja. Saya hanya puaka biasa berketinggian 175cm tetapi bermimpi untuk mengutip bintang. Power jugak ayat saya ni kan makcik? Kehkehkeh..

Akhir kata,saya harap makcik sekeluarga hidup bahagia. Saya juga berharap anak makcik akan lebih gembira tanpa saya dan dia dapat menjaga dirinya sebaik mungkin. Andai satu hari nanti anak makcik ingin menamatkan zaman bujangnya,tak perlulah hantar kad undangan pada saya,risau saya datang mengamuk dengan mesin rumput pulak nanti.

Oleh sebab saya dah tak berapa steady mana ni,saya akhiri surat saya kali ini dengan serangkap pantun. Assalamualaikum!


Pecah kaca Pecah gelas,
Berat bahu memikul berat lagi hati menggalas.

Rabu, September 14

Definisi Cantik



Leila Lopes Miss Angola Miss Universe 2011.[gambar hiasan]

Aku pernah fikirkan satu perkara - bila aku di UK - kenapa aku tengok mat salleh waktu summer sanggup travel sejauh Ibiza, pulau Crete di Greece atau sejauh pulau Tioman untuk bersantai tepi pantai untuk menggelapkan kulit, manakala orang Malaysia sibuk membeli krim pemutih kulit untuk memutihkan wajah kulit. Aku jadi bingung - apa definisi bagi umat bumi ni? Macam mana mereka nak determine orang itu cantik, orang itu tidak cantik?

Flashback kepada kehidupan aku. Seumur hidup aku ramai yang kata girlfriend aku cantik dan tak padan dengan kehuduhan dan kegemukan aku. Ya kadang-kadang buat aku down jugak fikir pasal benda tu tapi buat aku terfikir dari dulu lagi - apa dia yang cantik, dan apa dia yang tak cantik. Kadang-kadang aku tengok kaum perempuan sanggup spend sampai beribu-ribu hanya untuk "kelihatan cantik", tapi kadang-kadang hasil beribu-ribu tu bagi aku tak cantik mana pun.

Sebelum aku bertanya kepada korang semua - aku tanya diri aku, apa itu cantik? Cantik tu ialah satu objek yang membuatkan kita terpegun, terpesona dan tertarik. Satu definisi cliche. Tapi dalam kecantikan tu macam mana nak buat kita terpegun, terpesona dan tertarik?

Definisi cantik bagi aku ialah rambut curly, mata hazel, size badan petit, femme fatale, rebel, dan juga artistik. Semua ciri-ciri ni bagi aku cantik. Siapa ada ciri-ciri ni boleh buat aku kata "wow!" dan "sumpah awak, abang tak cari lain". Erica ada semua ciri-ciri ni. Lisa Surihani takde ciri-ciri ni. Jadi hipothesis saya - awek saya lagi cun dari Lisa Surihani. Khalas. Titik. Period.

Ex girlfriend aku dulu sanggup beli pewarna rambut untuk warnakan rambut untuk buat mulut aku cakap "awak cantiklah". Tapi sebaik sahaja dia colourkan rambut dan dia tunjuk kat aku, kata ada surprise katanya - aku diam tak berkata apa. Dia tanya berulang kali "you perasan tak ada apa difference" - aku jawab "ya you colour rambut". "You suka tak". *long pause*

Bagi aku - walaupun aku ni bukan cikgu disiplin tapi aku kureng gemar awek colour rambut. Bagi aku rambut neutral yang dianugerahkan Tuhan adalah warna rambut terbaik untuk diri sendiri. Ada sebab kenapa rambut anda berwarna hitam dan ada sebab kenapa kaum Caucasoid ada rambut blonde. Semuanya bersebab - jadi kalau anda nak menukar sebab itu anda akan nampak awkward macam Ganguro Girls.

Berbalik kepada definisi cantik - kita luaskan pada konteks lelaki pula. Ada perempuan suka lelaki berwajah jambu dan berkulit putih melepak dan secute Justin Bieber. Aku tak tahulah orang ramai tapi bagi aku ini sangat awkward. Aku tak pernah tengok lelaki menggemari perempuan body builder macam Chyna atau Hollie Walcott kakak Theo Walcott. Kadang-kadang aku pertikaikan kenapa perempuan sanggup berdiri berjam-jam untuk jerit-jerit tengok Justin Bieber atau David Archuletta sebab mereka takde ciri kelelakian langsung bagi aku. Bagi aku lelaki yang nampak macam lelaki barulah lelaki - mereka yang tak kisah soal parut di muka ke apa.

Soalan ini berulang-ulang kali melalui fikiran aku sebagai seorang lelaki. Dalam aku cuba merumuskan untuk jawapan ini berdasarkan pengalaman empirikal aku, aku akhirnya dapat membuat kesimpulan sebegini.

Semasa perempuan baru akil baligh mereka tidak tahu rupa lelaki yang memang "lelaki". Preference mereka yang terdekat adalah rakan-rakan seperempuan mereka. Jadi apabila mereka melihat lelaki yang "berupa perempuan" (keyword:jambu) maka mereka akan terpikat dengan lelaki tersebut. Sebab berupa macam mereka.

Tetapi bagi kaum lelaki - bagi aku - awal-awal kaum lelaki hampir semua yang aku kenal adalah gay. Gay bukan dari segi orientasi sexual tapi hampir semua aku kenal masa kecik dulu cukup geli nak duduk sebelah perempuan. Aku masa kecik bila cikgu aku suruh aku duduk sebelah perempuan - itu adalah hukuman paling berat. Kalau sekarang kalau boleh memang nak awek duduk sebelah aku. Tu perubahan utama bagi kaum lelaki. Tak tahulah masa kecik lelaki suka kepada Chyna atau Hollie Walcott.

"Macam mana pulak dengan kulit gelap kulit cerah ni Nami, tu soalan awal kau kan?"

Berbalik kepada soalan asal, merujuk kepada penduduk UK yang aku jumpa dulu - mereka merasakan orang berkulit putih adalah mereka yang tidak sihat. Putih macam mayat. Apabila kulit mereka sawo matang mereka dianggap sihat dan cantik. Masa mula-mula aku pergi UK ramai yang cakap kulit aku cantik sampai aku rasa aku sendiri pun nak muntah hijau. Ada pulak kulit gua ni cantik? Mereka mengidam-idamkan kulit sawo matang dan mereka sanggup bayar beribu-ribu pound menghabiskan masa di tempat tan tiruan. Sedangkan orang Malaysia ni seboleh-boleh nak putih macam mayat.

Sebabnya "kita selalu inginkan apa yang kita tidak ada". Masa kawan aku yang rambut curl pergi straightkan rambut aku facepalm mengkritik tindakannya. Aku memang nak sangat rambut curl - securly rambut Justin Timberlake sebelum beliau botak. Aku juga selalu inginkan perempuan yang bersaiz petit sebab aku ni berbadan besar. Aku tanya member aku yang badan kurus mesti nak awek yang ehem-ehemnya bersaiz besar. Serius aku tak minat.

Jadi konsep itu juga boleh digunakan untuk menjawab kenapa manusia Caucasia sanggup spend masa dan duit di tempat tan tiruan sedangkan orang Malaysia sanggup membeli krim pemutih. Aku percaya Fair and Lovely takkan laku di negara-negara Hemisfera Utara. Kalau ada Tan and Lovely pasti laku.

Jadi benarlah "beauty is in the eyes of beholder". Cuma aku rasa perempuan-perempuan seluruh Malaysia ini telah dipergunakan kapitalis untuk menjual krim pemutih kulit dan membandingkan dengan kaum Caucasia pulak. Siapa cakap kaum Caucasia cantik anyway? Minda kita masih terjajah? Opps - kita tak pernah dijajah kata professor Zainal Kelentong.

Jadi soalan untuk semua - apa definisi cantik bagi anda?


Selasa, September 13

I got it from my momma.


Salam semua. Hai, saya lagi, Ze Bent Penzel. Asyik-asyik saya je kan? Well, hari ni saya nak mencapap sikit. Nak buat perutusan selamat ulang tahun kat mak ayah saya. Eh, sukatilah, saya kan author jugak. Ada hak buat post merepek meriban. Ah, tak adalah! Sebenarnya, sempena ulang tahun mereka, saya ingin menulis sedikit-sebanyak ilmu percintaan dan perkahwinan yang saya belajar dari mereka. Sesuailah dengan tema definisi cinta infiniti. So here are the things that I learned from them:

1) Couple before marriage, they do exist.
Jadi anda semua expect bila saya bercerita tentang kisah cinta ibu bapa saya, saya akan sebut tentang "pakcik/makcik kampung sebelah datang meminang, mak tak pernah jumpa muka dia, terus kahwin blablabla,bahagia ke anak cucu blablabla..." well, no.

Ibu dan bapa saya sama seperti kebanyakan anda--belajar di universiti, bertemu semasa belajar, terpikat pandang pertama, minta nombor dorm (dulu mana ada hanset), berutus surat, outing hujung minggu keluar bandar...etc, etc. Jangan terkejut, 20-30 tahun dulu trend macam ini sudah ada (blame Woodstock on that--oh, everything is westerners fault). Tapi, unlike kata orang, yang cinta zaman belajar tak ke mana--well, cinta zaman belajar dia dah bertahan hampir 30 tahun.

OK, saya bukan nak justify couple itu tidak haram--we had that discussion before do we?--cuma nak cakap, nak tak nak cinta macam ini boleh wujud dan akan wujud. Cuma pandai-pandai la jaga diri. I'm sure my parents takde adegan menggeletis dalam kereta sebelah Tasik Sri Cempaka macam budak-budak Uni zaman sekarang. Nak bercinta, bercintalah. jaga adab!

2) Kahwin tu senang je. Jangan susahkan.
Ingat tak dalam artikel Bukan Penggoda minggu lepas saya ada komen bahawa mak saya dikahwinkan dengan mahar+hantaran yang agak murah, serta majlis yang agak simple? Ya, walaupun dia wanita lulusan universiti (yang zaman dulu, memang tak ramai).

"Tok lepaskan mak hang murah ja," saya ingat kata-kata tok saya ketika kami duduk bercerita berdua. Tok menceritakan yang perkahwinan mereka pantas dan mudah. Ayah saya datang ke kampung mak, meminang. Dua minggu kemudian, kahwin. Pakai baju melayu putih, kebaya les putih. Duduk atas kusyen leper, mana ada pelamin gerbang cinta bunga ros segar. Ye la, mana ada masa dan duit nak buat grand-grand. Rasionalnya kerana ayah bukannya kaya sangat, maklumler baru berapa bulan grad. Elaun seciput jari kelingking nak buat majlis kahwin sampai lima enam persalinan baju, apekedehel?

3) Semua bahtera perkahwinan boleh dilanda badai.
Ya, cuma bezanya nak cara kita handle badai tu. Nama pun bahtera, nahkoda kena pandai kemudi, pembantu kena sentiasa sapot. Krew pulak kena setia patuh kat dua-dua walau apapun jadi. Geddit?

Ada saintis pernah berkata bahawa perkahwinan memang akan dilanda krisis apabila tiba tempoh 6-10 tahun. Lagi-lagi time tu semua orang dah berada dalam "comfort zone"--sibuk dengan kerjaya, anak dll--dan lupa nak semai cinta tu balik. Jadi ada lopong-lopong dalam hati diorang yang lupa ditampal balik. Dan bila tiba racun (gangguan), samada dari luar atau dari dalam, maka terhakislah, makin dalamlah lopong-lopong tadi.

Apa yang buat saya tabik spring kat mereka berdua ni, ialah mereka betul-betul nak fix perhubungan tu dengan pelbagai cara--dari cara psikologi (berbincang dari hati ke hati), minta advice orang, sampailah cara spiritual (doa-doa, sembahyang dsb). Yang paling penting lepas semua tu selesai, he said, she said, he forgive, she forgive, everybody moved on. Tak ada siapa ungkit pasal krisis tu since then. And now they are stronger than ever--sekarang macam couple zaman muda-muda pun ada. Oh!

Tu la kita, time couple ni kalau krisis sikit je pun dah give up kata "ah takde harapan dah ni...mungkin berpisah lebih baik," padahal bergaduh benda yang merepek-repek (petty arguments) yang cuma dibakar oleh ego. Like a saying, petty arguments are common, just make sure nobody gets hurt from it--bergaduh tu biasa. Tapi pastikan gaduh tu diselesaikan cara baik.

Ok, ada banyak lagi sebenarnya. Tapi kan, cukuplah tiga. Nak gi google jap, fikir apa hadiah yang terbaik untuk diorang. Oh lupa, hadiah terbaik untuk ibu bapa yang baik adalah anak-anak soleh. Harharhar!

Ok lawak la sangat. bai!

Isnin, September 12

cerita tentang kertas yang kita dah koyak dan buang semalam


Benda yang paling tak best sekali dalam sesebuah perhubungan bila kita terpaksa sebut tentang bekas kekasih kepada kekasih kita yang sekarang ini.

Ada orang bilang, kita masih belum boleh move on
Ada pulak yang bilang, kita masih gagal tinggalkan kenangan lalu biarpun sudah move on
Ada juga yang bilang, kita ini haloba, yang dulu mahu, yang sekarang juga mahu.

Kadang-kadang, sedikit sebanyak perlakuan dan minat kita dipengaruhi oleh orang-orang tertentu. Mungkin ada dua atau tiga minat kita itu kelihatan sedikit menyimpang dari personaliti yang kita bawa. Misalkata kita ni sebenarnya orang yang jiwa-jiwa, alih alih ada pula minat ke lagu rock-rock keras. Mesti ada pengaruh lain yang mendedahkan kita kepada genre yang demikian.

Dah tu bila ditanya, tak kan nak tipu pulak ye dok?
Yang paling menjadi kepantangan dalam sesebuah perhubungan adalah perkara tipu menipu. Berkata benar walaupun pahit. Baik begitu. Bukan apa, sekali kita menipu, akan wujud tipu menipu yang lain pula nanti. Worst come to worst, sebab menipu je boleh jadi putus kasih nanti. Nak macam tu?

Berbalik kepada bekas kekasih tadi. Kadang-kadang kekasih kita pun tak terlepas juga dari menyebut perihal kekasih lama dia di hadapan kita. Bukan sebab tak boleh move on. Bukan sebab masih teringat-ingat. Kadang-kadang ada cerita yang bersangkut paut. Kadang-kadang kita cerita pasal orang lain, ta[i sebab bekas kekasih ni berkawan dengan sipolan yang kita sebut tu, maka secara tak lansung boleh jadi tersebut perihal si bekas kekasih. So, pandai-pandai lah kita nak tackle benda ni. Tak payah la nak touching touching sangat. Sebut tak bermakna ingat. Yang jadi bekas kekasih itu pernah jadi sebahagian dari hidup, jadi normal la kalau ada tersebut.

Tapi...
Kalau kau saja-saja je nak sebut, tu memang sengaja nak tempah perang dunia.

"Sipolanah dulu suka la buku-buku pesen gini"

"First time saya jejak kaki kat sini dengan sipolan dulu"

Dem !
Kalau dah benda yang kita tengok, apa yang kita dengar, tempat yang kita pergi pun mengingatkan kita kepada sipolan sipolanah, maknanya kita kena kaji balik diri kita. Betul ke kita dah benar-benar move on. kalau dah move on, cemana pulak kita boleh benarkan ingatan terhadap bekas kekasih tu bertandang?

Renung-renungkan..
xoxo~

p/s: tak kan nak kutip balik kertas yang kita dah koyak dan buang.

Bercakap Pasal Kahwin.



Aku baca entry Hellioz - Your Relationship Is Not A Priority Unless You Are Officially Married To That Person dan aku ingin keluarkan pendapat aku pulak. Honestly, apabila refer dengan entry tu dengan entry Bukan Penggoda pasal nilai hantaran - aku rasa lebih baik kita berpijak pada realiti yang ada sekarang.

Kahwin - satu perkataan yang cakap je senang. Masa aku kecik-kecik dulu adik aku pun main kahwin-kahwin dengan budak jiran sebelah. Kacis je bunyinya - main sanding kahwin-kahwin. Tapi berdasarkan entry Bukan Penggoda - aku rasa dia nampak realiti tu. Sekarang ni aku nampak orang suka letak status kat Facebook - SPM berapa, STPM berapa, degree berapa, master berapa - dah macam harga kilo kat pasar malam. Macam Indeks Pasar Ramadhan aku buat dulu.

Ada yang bercakap perkahwinan ini adalah tuntutan ugama. Tetapi ada juga manusia yang tidak berugama dan meragui ugama - contoh macam ex girlfriend aku. Tapi bagi aku ex girlfriend aku - yang cakap dia akan jadi annoyed bila aku start bukak cerita kahwin sebab dia rasa perkahwinan ini adalah satu rantaian sistem dari daulah untuk mengongkong manusia untuk tidak melawan sistem (harap maaf dia seorang hipster anarkis yang agnostik), tapi aku rasa tak boleh blame ugama jugak. Bak kata Bukan Penggoda, dalam surah al-Quran mana ada cerita hantaran kena ikut degree atau master. Aku rasa yang silap di sini adalah sistem dowry atau hantaran yang menjadikan priority Homo Sapiens Melayu ini untuk membiak menjadi lebih sukar.

I mean, you're young and you're just start a life. Takkan kau nak tunggu umur 40 - masa tu kau dah stabil dan steady baru nak kahwin? Dude - yang menjadi problem dan duri dalam daging sampai ex aku yang agnostik tu salah sangka bukan masalah ugama - tapi masalah budaya orang Melayu ni. Lagi pulak Melayu urban pasca moden yang terpengaruh dengan Nona dan Cerekarama ni.

Mak bapak dah bising - "anak Saodah jiran sebelah tu dah kahwin dah, dah timang cucu, mak kepingiiiiiinnnn nak timang cucu". Tapi atas desakan endorfin dan testosteron kau pun cakap dengan awek kau nak berkahwin - loan bank hutang. Ada jugak yang kerja kilang memang nak loan pun pak guard bank tak kasi masuk.

Akhirnya - kau stuck in the puddle, kau nak jadikan priority membiak kau tu gagal disebabkan harga yang mahal. Aku rasa kalau semua bangsa manusia macam Melayu - nak kena letak harga bagai - aku boleh kira-kira species Homo Sapiens bakal pupus tak lama lagi.

Perempuan jenis letak harga tinggi-tinggi ni bagi aku mengingatkan aku dengan kedai audio visual aku kerja masa kat Bangsar dulu. Harga speaker RM30,000, harga TV RM50,000 - gila mahal. Orang memang pandang "waaahhh" tapi beli? Tak jugak ye tak? Kadang-kadang ada la towkey balak Sarawak, mat salleh kerja kedutaan atau pak menteri yang beli speaker kat situ - tapi nak mengharapkan mereka-mereka ni je beli, lama-lama barang tak terjual. Akhirnya tak laku dan bankrap.

Akhirnya jual lelong dan turun harga gak.

Lagipun bagi aku - student yang masuk universiti ni bukannya pandai mana pun. Ada yang aku pernah jumpa - Jozef Stalin pun tak kenal. Ada yang tak reti beza George Washington dengan Denzel Washington. Aku darjah tiga dah kenal dah siapa dia tu. Lagipun aku ni percaya kepandaian manusia tu tak bergantung kepada universiti. Socrates, Plato, Cicero, Muhammad, Buddha, Che Guevara, George Washington - mereka ni mana masuk universiti - hebak-hebak pun. Bill Gates, Mark Zuckerberg, Steve Jobs - mereka ni flunk universiti tapi relax je make money dari student university dari pembelian iPhone atau Facebook. Kalau alasan pelajaran kau tu nak mark up harga tinggi - cuba tengok kau power masak ke, power mengemas ke, power ehem-ehem ke - sebab akhirnya itu yang seorang suami mahu. Belajar tinggi-tinggi kalau suami tak puas hati pun tak guna juga.

Akhirnya - berbalik kepada isu priority - untuk membiak - akhirnya manusia Melayu ni dapat melahirkan generasi yang gembira dan ceria kerana tidak dibelenggu hutang - sebab benda bodoh macam hantaran ni jika kita meninggalkan budaya ini. Barulah kita boleh meletakkan priority yang tulen kepada pasangan seperti yang Hellioz katakan tu.

Oh ya sila haramkan Nona - atau sekurang-kurangnya paksa Nona cerita bajet kahwin rendah pula. Kalau Tony Fernandes boleh berjaya tambang murah rendah - kenapa Nona tak boleh pulak? Sampai bila nak cerita Datuk itu Tengku itu je berkahwin? Sekali sekala Nona memarheinkan siaran dengan tunjuk perkahwinan mamat kilang atau minah 7E apa salahnya ye tak?

Ahad, September 11

PET 101-couple perlu ke ada pets?

“Ayang, ayang suke ittew tak?”
“suka, suka. Mestilah suke. Ayang kan ayang ayang. Ayang suka ayang tak?”
“suke la. Tapi ada yang ayang lebih suka...”
“siapa?”
“kucing.”
“hamagaddd! Ayang pun suka kucing jugak!”
“hamagadd kite pun samew....jom bela kucing jom!”
“jom....pastu kita namakan dia ayangayang...hihihi

Seronok bukan bila anda mendapati bahawa pasangan anda turut meminati haiwan yang sama dengan anda. Tidak sia-sialah anda bersusah payah menyertai hashtag dengan mentweet selama 45697 kali yang kucing membuatkan anda #turnon; alih-alih dapat RT dari sorang pakwe yang turut minat kucing. Selepas beberapa RT, secubit dua DM, dan satu #twtup dia pun menjadi pakwe anda yang sah. Ewah! Merepek la kau ni senah. Back to the program!

Ya, seronok benar kalau ada “anak” yang boleh dijaga bersama-sama. Yalah, lepas ni ada la alasan nak bergilir-gilir jaga macam orang bercerai baru dapat hak penjagaaan dari Mahkamah Syariah. Tu belum lagi sesi pilih nama sama-sama, sesi beli makanan sama-sama, sesi beli mainan sama-sama, sesi beli baju sama-sama; maklumler nak raya, sugar glider pun kena pakai sedondon purple dengan abah dan mamanya tak gitew?

Tapi tunggu! Membeli haiwan untuk jagaan bersama bukan semudah membuka blog dua-author bersama kekasih. Almaklumler ni benda hidup yang kita mainkan. Takut nanti jadi apa-apa terabai pula. Jadi sebelum anda berkejar ke World of Pets dengan kad kredit boyfriend dato’ anda, sila ambil masa untuk membaca panduan saya di bawah.

1: pastikan pasangan anda BENAR-BENAR menyukai haiwan.
Ada beza antara “sayang, I suka kucing” dengan “sayang I suka kucing.” Kadangkala pakwe anda cuma setuju saja apa anda cakap, maklumlah cinta. (ataupun dia buat-buat mendengar semasa anda membebel enam jam tak berhenti dalam telefon—biasalah tu, tengah main DOTA2 kot). Di mulut setuju saja, dalam hati siapa tahu. Tambah lagi kalau jenis haiwan yang disukai berbeza. Awek suka pets, tapi yg bulu-bulu comel macam hamster. Pakwe suka pets jugak--tapi satu hari dia bawak balik iguana! Menjerit si awek.
kalau makhluk camni saya pun lari gak wei!-[source]
 Lagi satu kena ingat, nanti tentunya ada sesi bergilir-gilir jaga pet anda. Kalau tak bergilir-gilir pun, mungkin ada sekali dua terpaksa dijaga oleh pasangan. Contohnya ketika bercuti ke luar negeri atau rumah baru diubahsuai. Kalau salah seorang tu tak mahu jaga, last-last member/jiran/rumet jugak yang kena tolong jagakan. Hadoi!

2: pastikan pets yang betul-betul sesuai untuk korang berdua.
Tak semua pet sesuai untuk semua jenis rumah. Contoh kalau salah seorang duduk kondo—ada kondo tak bagi letak pets. (ada dorm uni yang tak bagi bawa pets jugak—susah tu kalau tetibe nak kena simpan kat dorm awek!)  Also, ada orang yang ada "limit" dengan pets dia. Contoh orang yang suka kucing tapi kucing dalam bilik tidur dia totally NO-NO. Si pakwe pulak memang tido dengan kucing. Bayangkanlah kalau diorang bersama. (Eh wa nak ajak buat dosa ke? Harom! contoh je beb, contoh!). Contoh lain ialah ada orang yang suka bawak pets dia pergi dating bersama. Ada yang tak nak, takut nanti ganggu orang lain (bayangkan bawak pet masuk wayang, pastu wayang tu gelap, pet pun terlepas. EEEE! naya). Jadi yang penting BINCANG, BINCANG, BINCANG. 


3: $$$$$-- mampu ke nak bela?
Ye la, bela kucing. Ambil kucing dari SPCA, tak payah bayar berjuta. Lepas tu kasi makan kucing tu nasi dan ikan dari meja. Jimat! Pastu bila nak pergi outstation, letak depan rumah dengan cage terbuka. Pandai-pandai la dia pergi cari makan tupai ke anak cencurut ke. Minum air lopak hujan. Takpayah bawak gi boarding house. Lagipun bukan boleh caya sangat syarikat Pignot tu. #ehtetibe   

Truth--menjaga haiwan tak semurah yang disangka—terutama untuk orang yang baru first time pegang haiwan berbulu (pakwe berlengan lebat tak termasuk). Kucing pun--walaupun kucing kampung—paling kurang ada deworming, neutering, spaying. Tu belum lagi kalau tetibe haiwan tu sakit. Balik-balik rumah terpeleot depan sofa dengan sekilo muntah nasi. Lepas tu awek merayu-rayu nangis tolong minta bawa gi Hospital Veterinar. Nak tolak nanti tarik muka dua minggu tak sudah. Tapi sekali hantar—ha amekau! Lima ratus ringgit brader. Bela kekasih gelap sorang pun tak mahal macam ni.

4: pastikan dua-dua ada tanggungjawab!
Ye la, macam pasangan berkahwin ambil anak angkat, korang ambil anak kucing. Walaupun korang tak tinggal serumah tapi dua-dua kena ada tugas juga. Amboi, mentang-mentang dia enjinia, awek zoologis, awek dia la yang kena pumpangpumpang baca PetDigest. Mana boleh bang! 

Jadi sebelum beli Si Comel tu buka buku atau google fasal haiwan tu. Hafal dari cara menjaga sampailah cara mengubat. Ingatlah kata pepatah “pet is a commitment, not a lifetime accessory.” Kalau nak cari haiwan sekadar nak buat “tanda cinta”, baik takpayahlah. Beli couples keychain macam orang-orang marhaen ni buat.

5: pastikan ada “backup plan” kalau breakup
 
“Hish! Simpang malaikat 44 Izzie! Ko doakan kami breakup ke?” Bukan macam tu kak oih, tapi anything can happen. Cuba fikir kalau breakup, siapa nak jaga haiwan tu. Awak ke dia? Sanggup tak mengenang kisah lama tiap kali tengok si Comel yang tak tumpah tembamnya macam awek anda. Kalau anda sanggup, dia pula macam mana—sanggup tak lepaskan kucing yang selalu dipeluk cium tu kepada orang yang paling dia benci? 

Maybe kat sini jarang berlaku, tapi kes couple berebut pets lepas berakup memang selalu kat Amerika. Sampai bergaduh pun ada. Ada jugak kes dua2 tak hingin. Last2 Si Comel up for adoption. Terabai. Tak ke kesian? Benda hidup kan tu? Tunggulah kat akhirat dia tuntut balik nanti.

Tu lah sebenarnya point yang paling penting --Pet ni commitment. Macam kahwin jugak, kalau berpisah paling kurang ada mahkamah boleh uruskan hak penjagaan. Haiwan? Harap nama dekat sijil milikan je la. Itu pun kalau ada. Jadi, kalau perhubungan anda dengan pakwe-makwe anda belum cukup kuat lagi, jangan mengada nak tambah beban dengan berhaiwan peliharaan pulak. 

Akhir kata simpan je la balik duit anda tu, kalau anda belum sedia. Andai ilmu panjang sejengkal, jangankan haiwan hendak dijaga--tamagotchi pun kirim salam je le. kehkehkeh!

ps. gambar semua adalah plushies dari Littlest Pet Shop. Boleh dibeli di mana-mana ToysRUs berhampiran. auw!