Khamis, Jun 30

[Sajak] Definisi Cinta Mati

Kiriman ini datangnya daripada Aniq.

Definisi ku mati,
Melihat kau pergi,
Usah lagi perlu kucari,
Makna rahsia yang kau sembunyi,
Timbul terang kau berlari,
Timbul gelap aku sendiri,
Aku sedar memiliki kau hanya mimpi,
Walaupun sekejap aku rasa puas hati,
Kerana kau adalah aku punya pertama kali,
Semasa ku dibawah, kau pergi,
Kau kata aku dan kau tak sesuai lagi,
Kau suruh aku cari perigi,
Kerana aku bukan timba yang kau ingin lagi,
Aku faham aku mengerti,
Ruang masa kita berbeza, berlainan dimensi,
Kita dipisahkan 2 negeri,
Aku cuba menerima dan memberi,
Tapi latar kehidupan kita yang dengki,
Tidak boleh melihat hubungan yang ku anggap suci,
Mungkin aku gila terfikir sebegitu sekali,
Bila jatuh cinta... lelaki mana yang sedar diri,
Akhirnya dengan pahit ku lepaskan kau pergi,
Kau pergi mencari timba kau sendiri,
Sebegitu pahit ku telan realiti,
Hingga terbayang kau disana sini,
Kalau itu orang kata aku berhalusinasi,
Aku kata aku depresi,
Aku terfaktab meneruskan realiti,
Kenapa realiti ni babi? tanya si Nami,
Ini cara tuhan menguji,
Kesabaran kau, khilaf kau semuanya teruji,
Supaya kau ingat DIA lagi,
Kini aku sendiri,
Ditemani suka dan duka,
Kenangan aku kau atau kita,
Mungkin juga aku terus sendiri,
Tak tahu berapa lama lagi,
Menghadapi depresi yang terbawa ke halusinasi,
Terus mencari definisi cinta mati.......

by Aniq.

Rabu, Jun 29

Serius Terfaktab.



Salam. Hai. Annyeong.

Ingat lagi tak ni sape? Kehkeh. Hurm... First sekali sorry sebab dah lama tak menules. Walaupon aku tahu ramai je yang tak kesah kalau aku tak menules, tapi sebab ada sorang dua yang tanya dah cukup buat aku terharu. Kahkah! So, pada hari baik bulan purnama ni, aku nak merakamkan tulisan baru bersempena usia yang baru menginjak 12 tahun.

Percaya tak kalau aku cakap cinta tu kadang-kadang datang pada saat yang paling kita tak sangka dan akan pergi pada saat yang juga kita tak sangkakan. Orang kate, don't love too much, don't care too much, don't miss too much, don't be nice too much, because when it ends, it hurts too much. Personally aku rase perasaan adalah satu-satunya perkara yang ramai orang tak boleh kawal pada kebanyakan masa dan merupakan perkara yang terpaling halus. Mungkin juga seni yang terhalus. Bukan seni kamasutra semata ye. Beyond that.

So, bila kita dalam alam percintaan, don't put your hope too high. Cuba bayangkan. Kalau kita berada di tempat tinggi pastu kita jatuh, amacam rasanya? Kalau tak patah riuk, innalillah... Macam tulah jugak kalau kita bercinta ni. Jangan nak terawang-awang sangat. Nak terawang-awang boleh, jangan sampai tukau nama jadi awang sudeh. Ok tak lawak. Kalau dah rasa macam gila kaw-kaw punya terawang, bawak-bawak lah tangga tu sekali. Kalau agak-agak frust, jangan jatuh, turun tangga je.

Untuk pesanan diri sendiri dan juga sesape yang rasa macam nak amek pesanan ni, silakan. Kalau kita nak pasangan yang baik, jangan cari kesempurnaan dia. Sebaliknya perbaiki diri dulu dan seandainya ditakdirkan dengan pasangan yang tak seberapa, percayalah everything happens for a reason. Kalau bukan sebab untuk melengkapkan, mungkin itu adalah diri kita yang sbnanye? Sape tahu kan?



p/s: aku rase lebih baik aku tules guna aku daripada gua, ye dak? :D

Selasa, Jun 28

Tips Cinta Lepas Subuh


Berikut ialah entri kiriman pembaca yang telah di kirimkan di e-mail terfaktab@gmail.com. Pengirim ini menggunakan nama samaran macho macha. Sebuah entri yang menarik di kongsikan kepada semua. Terima kasih.

Lepas subuh gua,
berteleku,
insaf

RE: Nak masuk dua tahun putuih cinta kali pertama.
Nak masuk setahun putuih cinta kali kedua

Sejak-sejak putuih cinta ni je lah bende routine gua apply dalam kehidupan seharian, tapi tak bercinta yang paling atas tu tetap gua buat. Cuma lepas subuh masa tak bercinta lebih cool, lepas subuh punya bila putuih cinta memang macam ayaq laut banjirnya gua cakap. Pergh pergh makin tua nak matangkan diri dengan air mata rupanya, hahaha terimakaseh Tuhan, macam mana jahatnya gua, gua rasa Tuhan tetap dengar segala macam omongan segala macam keluh kesah gua, ape ade hal kalau xde orang nak gua kongsi, Allah kan ada, keh keh keh *_*

Hari ini gua terpanggil untuk berkongsi segala rasa macam tips gua ada. Bila gua tengok terfaktab, gua tak rasa ape, gua mana penah gagal part bercinta, gua cool ok, ape ade hal. Buah hati pengarang jantung curang? Gua tak pernah rasa, hidup bermadu dalam diam? gua tak pernah rasa, madu kau canang segala apa aktiviti manis asmara depa? Gua mana penah rasa.. madu kau saiko sampai kau hilang fokus bekerja? Gua tak rasa, gua tak rasa, buah hati pengarang curang kau kata dia tak bahagia bersama selama? Perghhh memang tak pernah rasa lah perasaan macam ni.. Cinta yang membinasakan, yang membawa kepada kejahatan? Mana lah gua pernah rasa, cinta kedua yang lebih sempurna, lebih beragama, lebih suci sampai kau rasa ini cinta manusia yang mahu kau pegang sampai mati tup tup Tuhan masih mahu uji kau. Hilang sekelip mata bahagia kau kecapi? Haaaaa bende macam ni gua langsung tak penah rasa. Ape lagi jatuh terduduk ibarat tempang di langgar duka? Pergh itu bukan gua bukan , keh keh keh..

Cukup kau semua kenal gua sebuah jiwa keibuan yang telah hidup tak lebih tak kurang 57 tahun, jadi gua kirim tips yang gua rasa nak kirim, ha ha ha. Biasalah dek, dah tua ayat gua pon tunggang terbalik >_<

 >_<, Gua rasa muda letak emoticon macam ni, keh keh. 

Ini tips gua buat sendiri lebih lebih lagi garam dalam dunia dah gua telan banyak dah, jadi kalau tips gua tak kena agak agak sebab ape? Sebab umoq kita tak sama dek, tips *kite* lebih neutral, taknak pakai sekarang takpe dah tua kang engkorang bukaklah terfaktab ni baca akak punya tips, ape ade hal? Akak tak charge , akak yang gatal post kat terfaktab , ha ha ha. 

Tapi tips ni untuk adek-adek luar sana naa. Ni gua post supaya adek-adek tak gatai nak bunuh diri bila putuih cinta. Gua pon penah ape putuih cinta masa muda gila remaja, gua tak bunuh diri pon. Waima niat pon idak le ada, eh bukan gua lah, gua mana penah putuih cinta, tu tu akak yang kat atas tu, yang bagi mukadimah hok panje sangat, keh keh keh. 

Tips untuk adek yang rasa depa tak/kurang cantek/jelita/menawan/hidungmancung bak seladang, ehh seludang >_< 

Gua paham, bila adek-adek tak rasa adek tak bape lawo (Baca dengan tenang: ni adek yang rasa, gua/akak tak tahulah adek macam mana ke tak lawa annya tu ) mesti adek rasa confident level tu macam tipis je kan nak bercinta. Tapi dek selow selow, jangan gelabah tak tentu pasal, tak cantek tak bermakna tak ada cinta untuk hang dek non oi. Tu ape lah gunanya pepatah masa gua muda muda dulu , *yang cantek selalu dapat yang tak bape hensem/bolelah, yang kurang cantek sikit dari yang cantek akan dapat yang lebih hensem/good looking dari yang tak bape hensem/bolehlah, dan yang kurang cantek lagi dari yang sememangnya kurang cantek. Akan sah sah lah dapat yang macho/hensem/taf macam lelaki lelaki di luar sana, keh keh keh. 

Kiranya yang rasa down je tengok diri tu jangan down sangat, tapi jangan level confident tu tak memasal hang pi up, tu memang taknak berpijak di bumi yang nyata. Yang cantek melentik macam gua, *ha ha ha* pon kena tinggal ape lagi yang macam adek adek seperti tajuk gua ni, ye dak ? Peh jangan panas, ni pengalaman, gua tak kata gua cantek, gua melentik je , ha ha ha yang penting dek, jangan risaw. Jodoh tu rupa kau tara mana sekalipon, tetap ada. Tu Tuhan tak buat rupa kita jadi macam ni tak memasal. Kau rasa tak cantek, kau jawab lah dengan Tuhan nanti, sebenaqnya cantek itu ada, cuma kau je tak rasa, macam cinta, cinta ada. Kkau je tak rasa, tak pon kau yang tak nak rasa. So main point : JANGAN RISAW, jodoh ada dek non oi, cuma kalau dia dah meninggal ke redha je lah, tak ke suweet kalau jumpa kat syurga, keh keh keh. 

Jangan lah lupa diri bila berjaya memiliki pakwe yang lebih tinggi taraf kehensemannya, gua yakin lah perasaan ni muncul sebab gua dah hidup 57 tahun. Jangan melawan cakap gua, haip ! Haha haha. Nanti adek dah bercinta rasa dunia indah, haaa masa tu lah lupa segala, lupa Tuhan lagi lah. Kalau dulu kemain siap duduk berteleku mintak peluang kasi bercinta. Haaa dah elok elok Tuhan bagi toksah lah lupa daratan naa, toksah, dek non, hidup kau takkan tahu kau akan kena tipu ke tak, kau takkan tahu kau akan jauh terpesong sebab dikaburi cinta buta. Peh peh. Gua tahu macam mana manis nya ayat lelaki, kalau adek silap langkah dek menangis tak de lagu dek, kalau ada mai habaq kat akak, eh mai habaq kat gua , keh keh keh. Kalau dah tersilap langkah takpe, silap akak sebab post tips ni lewat sangat, ha ha ha. 

Takpe takpe, nanti akak kasi post baru untuk yang silap langkah, jangan bunuh diri dek, hidup tak selamanya gelap, iklim dunia kita ni ade je hujan kejapkejap, sama lah macam dugaan, kejap kejap ja, anjing/kucing/hamster pon tahu berhenti berlari, ni kan dugaan. Pandai-pandailah nanti depa berhenti, jangan bunuh diri bila adek adek muda tersilap langkah naa, jangan jangan jangan. Tak cium bau syurga kang dek non, haa lagilagi kalau true love hang sebenaqnya nunggu hang kat syurga, haaa kalau bunuh diri cemana nak dating nanti, nak cium bau bau syurga pon tipis . So : JANGAN BUNUH DIRI. Dek kau nak menangis, meratap, meraung buatlah dek, tapi jangan bunuh diri, kau nak baling henfon baling lah, gua tahu kau banyak duit. Kau nak pegi tepi tasik meraung lah, tak kan keringnya air tasik, kau nak tekup muka kat bantal buat buat lah, tak dosa. Paling koman busuk je lah bantal+ayaq liuk lentuk basi tu, ha ha ha. Tapi, ingat pesan orang tua tua, jangan bunuh diri, nanti kau tahu manisnya putus cinta tu tara mana. Gua tak boleh habaq biaq kau rasa sendiri dek , manis manis, manis lah sangat kan , keh keh keh. 

Dua tips je untuk adek-adek? Selama 57 tahun ni je lah dua tips yang gua jamin relevant. Biaselah, bila down rasa tak cantek rupa paras fizikal mulalah ubah penampilan lepastu bercinta mula lah lupa diri semua haa. Lepas tu yang cukup amal iman takwa bolehlah lepas ujian, yang tak cukup macam mana, kool dek kool, tak terlambat untuk kau duduk hadap Tuhan. Kau jumpa manisnya kat situ, kalau tak jumpa? nanti aku ajar cara jumpa Tuhan, kasi lah respon sikit ok, keh keh keh *ayat pancing*. 

Nak jadi jahat boleh, solat jangan tinggal, -pesan orang tua- 

Kau bukan tak lawa kau lawa di mata akak, keh keh keh. Bersyukur dek non bersyukur >_<

Isnin, Jun 27

Cerpen Faktab: Andai Angin Mampu Sampaikan Berita.

Adam memandang tepat ke arah Hawa. Tangannya di genggam erat. Udara kini tak senyaman dulu. Kotor. Penuh dengan debu-debu akibat kebodohan manusia sendiri. Tiada lagi siulan manis burung-burung. Tiada lagi bunyi serigala menyalak waktu malam. Pekan kecil itu kini sunyi dan tak semesra dulu.

"Maafkan saya Adam."

Google.
Selalunya tiga perkataan yang diberi yang memberi makna yang indah mampu buat kau tersenyum lima malam, akan di balas dengan indah. Mungkin Adam tidak punya luck haritu. Atau tiga perkataan yang diberi Adam kepada Hawa tak sejujur yang Hawa jangkakan. Adam dari berdiri, terus melutut. Angin kuat menghembus-hembus rambutnya.

"Apakah tanda maaf itu satu jawapan, atau masih ada ayat sambungannya?"

Adam masih mengharapkan bahawasanya Hawa mempunyai options lain yang boleh buat dia bangun berdiri kembali dengan senyuman. Dia harap Hawa mampu beri dia satu jawapan yang pasti, contohnya dia punya satu jenis penyakit yang tak boleh di ubati, kerana takut Adam akan kecewa satu hari nanti, Hawa undur diri dulu.

Hawa masih lagi tidak mengeluarkan apa-apa respons sejak tiga perkataan yang pedih bagi Adam itu. Adam melutut dengan penuh sabar. Matanya tepat memandang mata Hawa. Hawa tunduk. Kalau boleh dia tak mahu melihat mata Adam. Kerana dia berpegang pada satu pepatah, 

"Mata mampu menipu, tapi tidak hati."

Dua-dua manusia tadi tak buka mulut. Tudung hawa terbang di hujungnya kerana angin yang membawa debu-debu pekan semakin kuat. Bunyi angin sahaja mampu mencelah sikit-sikit perbualan mereka.

"Jadi? Masih sama?" Adam tanya dengan penuh jiwanya mahukan jawapan yang pasti. 

"Maafkan saya Adam." jawab Hawa. Masih sama.

Adam tunduk. Dia pejamkan matanya. Tangan di sisinya, dia genggam erat-erat sepenumbuk. Seperti marahkan perompak yang merompak kedai. Mahu di tumbuk-tumbuk sehingga lunyai. Lainnya, siapa yang mahu dia tumbuk kalini?

Dia bangun.

"Angin bawa lah aku ke dunia sebelah sana di mana aku mampu lupakan semua rahsia selok belok dunia ini. Bawalah aku ke dunia baru di mana aku tak mampu lagi punya rasa yang pedih seperti ini. Bawalah aku ke suatu tempat di mana airnya jernih namun punya virus E.coli yang mampu padamkan segala jenis memori."

Adam bergerak ke belakang satu langkah demi satu langkah. Hawa masih di situ. Ayu. Manis. Tunduk. Adam pandang tepat ke arah Hawa. Mana tahu ada jawapan yang mampu buat dia kembali berlari ke hadapan.

Satu langkah.

Satu langkah.

Satu langkah.

Satu langkah.

Google.


"Adam, berikan Hawa masa. Sekarang ini belum masanya."

Adam hilang di balik ribut debu itu. Tiada lagi terlihat bayang-bayang. Tuntas dialog Hawa luahkan tadi, tidak sampai ke telinga siapa-siapa melainkan telinganya. Hawa terlambat beberapa langkah untuk mengungkapkan dua ayat 8 perkataan itu. Hawa dongak ke hadapan. Tiada lagi kelibat Adam.

Satu badannya menggeletar. Adakah ini satu kesilapan atau satu ketentuan? Air matanya mengalir perlahan-lahan membasahi pipi comelnya. Dan berharap agar angin mampu memberikan berita gembira itu kepada Adam.

//Terima kasih miss.IeraAnuar kerana tiba-tiba buat aku nak kembali menulis cerpen. Hasil cerpen kerjasama bersama beliau.Terima kasih saudari.

Surat untuk bakal ibu mertua

Assalamualaikum..

Hai mama eh makcik..Apa khabar? Saya harap makcik sekeluarga sentiasa sihat dan berada di bawah lindungan Tuhan. Walaupun saya tahu makcik takde blog,takde fesbuk,takde formspring saya tetap degil untuk menulis surat ini kepada makcik. Siapa tahu ada kawan-kawan makcik yang membaca blog dan menceritakan tentang surat ini kepada makcik kan?


Untuk makluman makcik,saya sedang serius mencintai anak makcik. Maksud saya anak perempuan makcik,tak pernah terfikir lagi saya nak mencintai anak lelaki makcik. Jangan risau,saya normal orangnya. Saya yakin makcik cantik orangnya,kalau tak cantik mustahil makcik mempunyai anak secantik itu.

Untuk pengetahuan makcik,saya berasal dari Kuantan,Pahang. Rumah saya dengan Teluk Cempedak tak sampai 4 lagu main kat radio dah boleh sampai. Sebagai orang Kuantan saya tidak mempunyai loghat atau dialek yang sukar untuk difahami. Jadi saya yakin makcik boleh berkomunikasi dengan saya secara mudah dan jelas.

Pada masa lapang mungkin saya boleh membawa makcik ke kota keriangan Genting Highlands dan tahukah makcik Pahang satu-satunya negeri yang mempunyai kasino dalam Malaysia. Tapi sumpah saya tak pernah berjudi,setakat bet rokok time bola tu selalulah saya buat. Selain Genting Highlands,Pahang juga mempunyai Cameron Highlands yang terkenal dengan tanaman strawbery dan teh. Makcik suka makan strawbery? Kalau tak suka,jangan risau. Saya akan cari apa sahaja yang makcik suka..

Makcik..

Di sini saya ingin memberitahu beberapa kelebihan saya,bukanlah niat saya untuk membesar diri tapi sekadar untuk menyakinkan hati makcik. Sebagai seorang yang peramah dan mesra,saya boleh memeriahkan rumah makcik dengan kehadiran saya. Oleh kerana mak saya mempunyai sebuah kedai makan,saya juga tidak kekok untuk memasak. Selain dari itu,saya juga agak cekap menguruskan kanak-kanak dari usia setahun hingga 12 tahun lantaran sudah mempunyai anak saudara yang ramai.

Tapi saya juga sedar saya turut mempunyai kelemahan. Saya mendapat tahu yang makcik tidak suka mempunyai menantu yang menghisap rokok. Walaupun payah untuk saya lakukan,saya berjanji pada hari saya mengambil anak makcik untuk dijadikan orang rumah saya pada waktu itu saya sudah bebas dari nikotin. Atau paling kurang pun saya akan menghisap rokok secara curi-curi tanpa makcik ketahui. Percayalah,saya profesional dalam melakukan sesuatu tanpa diketahui orang.

Saya juga sedar saya masih tidak mampu untuk menjaga anak makcik sekarang tapi Tuhan saje yang tahu betapa saya mencuba untuk hidup secara stabil demi membahagiakan anak makcik pada masa depan. Saya boleh memberi jaminan ketika saya datang dengan rombongan ke rumah makcik pada masa itu saya sudah bersedia. Saya tidak akan mengada-ngada datang untuk menakluk hati makcik dengan keadaan di mana saya tidak mampu menjaga anak makcik. Ini saya boleh janji..

Makcik..

Saya tak pernah meletakkan syarat pada cinta saya. Tapi saya tidak kisah jika makcik meletakkan apa-apa syarat kepada saya. Makcik lebih mengenali anak makcik dari saya. Andai kata makcik tidak memberi restu,saya akan mengundurkan diri walaupun saya agak pada waktu itu saya geram-geram nak bawak anak makcik kahwin lari. Siapalah saya untuk membangkang seorang ibu yang lebih tahu apa yang bagus untuk anaknya.

Saya cuma ingin tegaskan yang saya mencintai anak makcik bukan untuk sehari dua,bukan juga untuk setahun dua tetapi saya mencintai anak makcik selagi saya boleh mencintainya. Saya mungkin paling puaka dalam dunia tapi tentang perasaan,saya mungkin yang paling true. 

Ketahuilah kalau perasaan saya terhadap anak makcik tidak serius,saya dah lama pergi. Saya syak makcik pun tahu anak makcik seorang yang degil dan keras kepala. Buat apa saya nak penat-penat tahan dengan sikap anak makcik kalau saya tidak serius dengannya ye dak?

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada makcik. Terima kasih kerana melahirkan,membesarkan dan menjaga seorang perempuan yang saya sayangi. Sepertimana saya sayang anak makcik,begitu jugalah saya sayang makcik. Kirim salam pada ayah eh pakcik dan sampaikan padanya untuk jaga kesihatan betei-betei kerana saya ingin dia sendiri yang menyerahkan anak perempuannya pada saya suatu hari nanti. Saya akhiri surat saya kali ini dengan serangkap pantun.

Pecah kaca,pecah gelas,
Cukuplah makcik baca,saya tak mintak makcik balas.



Nota Cinta : Restu ibu bapa merupakan pengakhiran cinta yang hebat.


Nota penulis : Penulis terpaksa menggunakan kata ganti nama diri "saya" pada kali ini untuk mengelakkan dipandang kurang ajar oleh bakal ibu mertuanya. Segala kesulitan amat dikesali.

Ahad, Jun 26

The Off Side Of Having A Beautiful Creature As A Partner


Semua orang suka bila dapat partner or gf or bf yg hot, cun dan segala pujian melangit yg menusuk hidung n mampu membuatkan manusia lupa diri dua tiga round. Sape tak suka? Kita manusia kan?
Manusia punya definisi cantik indah and so on and off is benda yg dekat dengan sempurna. Hampir sempurna. Yup, tu memang sifat manusia.

Sebenarnya tahi, air kumbahan, dan segala benda jijik dan kotor yg terlintas dekat kepala anda sekarang tu indah jugak. Cuma benda ni berbeza. Persepsi setiap manusia tak sama. Tapi Common human will actually prefer to agree with me at my 1st paragraph.

Oleh sebab gwa lelaki, gwa nak cerita side lelaki.
Takkan nak cerita off side cerita dalam konteks perempuan, gwa tak layak untuk jadik lesbian walaupun gwa suka lesbian. Kelaut sudah.

 Pisang Goreng Panas
Bila dia cantik, lawa, cun, hot, badan lentik, bibir mintak nak kena gigit, rambut ikal mayang, and so on, mesti sikit sikit dalam diri rasa tercabar. Masa ni lelaki tu akan cuba untuk jadik the better side of him sebab nak tunjukkan diri dia worth it untuk gf dia yg cun tu. Ni nama dia insecure. Standard lah. Bila dah ada relationship. masing2 pun start la rasa jelaous dekat satu sama lain.

Being jealous is a good thing actually. It helps us to show and express our feelings indirectly towards your loved one.

Kadang2, lelaki macam gwa, ok gwa nk cite pasal diri sendiri. Gwa ni heartless boleh tahan. Gwa boleh gelak2 buat muka tahi walaupun dalam kepala hotak serabut pk pasal masalah dengan gf. Lelaki punya expression tak sama denagn perempuan. Perempuan tend to show their emotion more than men.

Sebab tu jealous is a good thing since lelaki susah nak tunjukkan perasaan dia kat semua orang. Jarang nampak lelaki menangis sepah sepah sebab ada masalah dengan gf or ada masalah lain kan? Lelaki memang sejak lahir telah dilengkapkan dengan kuasa menyembunyikan perasaan. Kewl ey?

Goreng pisang panas = perempuan tu lawa, masih lawa, cantik, cun and maintain lagi walaupun dah kahwin. Masa ni, dia masih lagi tumpuan mata mata liar lelaki yang sangap tak bayar bil tah berapa bulan tah.

So, ni lah off side for having a beautiful girl as your soulmate.
Eventually, kita, lelaki kena jaga baik. Sebab? Dia masih lagi idaman setiap gen X yang sangap tak ingat tempat. Yang mulut manis macam gula, gaya crocodile semua ramai kat luar sane. Tunggu masa je nak baham. So, lelaki kena take good care of their loved one sebab anything can happen. Even bila dah kahwin. #truestory.

Marriage tak menjanjikan apa apa sebenarnya. Marriage cuma menjanjikan kau masa untuk bersama berdua dekat mana mana tempat without feeling guilty since sex is already legalized. Right? Macam yang gwa dah tulis dekat Sini.

So, siapa siapa yang ada, pernah, akan ada and bakal ada gf yang cun and hot nak mampos, pandai pandai la jaga sebab setiap saat yang berlalu mampu mengubah senario hidup lu orang semua. Good way or bad way gwa tak mampu nak predict. Tu bukan kerja gwa. Yang penting, cuba buat yang terbaik for each other for the sake of each other.

Love is not a one way relationship. Love is a two way relationship that needs two human to have this virtual bond together for each other. All the best humanoid.

Ciao


Sabtu, Jun 25

Harap Kau "The Perfect Ten" untuk Aku.



Gambar hiasan. Gadis rambut hitam curly dan mata hazel memang buat aku cair.

Dia datang dalam keadaan paling aku paling rendah sekali. Dalam keadaan aku sedang memburu kerja, dalam keadaan aku miskin, dan keadaan aku paling selekeh sekali. Susah nak cari awek yang datang dalam keadaan yang macam ni. Especially bila kau sedang miskin. Bak kata Elena Reeney, nak masuk jamban pun sekarang 40sen.

Seperti yang telah ditakdirkan, aku adalah seorang yang banyak kali gagal dalam percintaan. Tahap Leplep punya gagal dan menunggu pun bagi aku macam tunggu bas kat Seksyen 2 Shah Alam je. Daripada 10 kali berjaya couple, aku rasa yang aku gagal 10 kali ganda rasanya. Dah banyak kali gagal sampai aku lost track dalam mengira berapa kali cinta gagal aku. Aku dah macam Charlie Sheen takpun Ryan Giggs dalam seks - tapi dalam kes aku cinta gagal. Berapa kali gagal entah. Nama pun aku tak ingat.

Umum mengetahui aku ada schizophrenia - split identitical personality. Ini macam Dr Jekyll and Mr Hyde. Atau Tyler Durden dengan si Edward Norton dalam filem Fight Club. Untuk mengetahui betapa teruknya schizo aku, si @arilunited pernah tengok aku bertumbuk dengan diri sendiri. Adik aku pernah dengar aku bertekak dengan diri sendiri. Well, dalam hal ini, aku dengan Jack. Kadang-kadang apa yang aku tulis - sama ada dalam blog, dalam Twitter atau dalam Facebook - kalau lain macam tu, tu bukan akulah tu. Itu Jack. Kadang-kadang aku rasa diri aku tidur tapi sebenarnya aku keluar merayau-rayau. Aku pun tak tahu besok pagi-pagi aku dah tidur kat luar pintu sebab member aku kunci rumah aku tak bawak.

Dan bukan semua boleh faham schizo aku. Aku telah alami kegagalan yang maha banyak sebab Jack. Banyak benda yang dia buat yang aku tak tahu tapi merosakkan hubungan aku. Kadang-kadang kalau dia tak suka perempuan tu, dia sendiri yang dumped perempuan tu tanpa consult dengan aku. Dan sebelum ini - ada sembilan gadis yang pernah hadir dalam hidup aku - 3 aku(atau Jack) dumped, 5 lagi dumped aku manakala 1 meninggal dunia. Dan bukan senang kalau aku ada not just Jack - tapi ada lagi 8 lagi character selain Jack. Ada satu character perempuan. Tu lah aku. Kalau ada 8 character dalam split personality kau - tanpa lorazepam dan tanpa penjagaan rapi gua memang akan terfaktab di Tanjung Rambutan.

Tapi jangan pandang negatif kepada Jack sangat. Dia inilah yang menguasai bahagian ilmu dan falsafah. Kalau aku tulis pasal benda-benda yang agak falsafah, komunis Marxis tu maka tu bukan akulah tu. Aku selalu tulis bab cintan-cintan macam Awek Chuck Taylor. Jack yang menjadikan Teh Tarik Gelas Besar itu macam tu. Kalau aku je, mungkin tulisan berbunga-bunga atau a whiner tulisan cinta gagal. Dan Jack seorang yang perfectionist. Aku tak kisah sangat pasal kalau nak jadi girlfriend aku tapi tidak Jack. Dia ada standard level dia sendiri so kadang-kadang ex aku terpaksa raise the bar to meet his standard. Dan disebabkan ini kadang-kadang karenah yang Jack buat menyebabkan aku banyak kali terkandas dalam relationship.

Jadi sebagai ubermensch aku(ubermensch ialah apa yang dikatakan oleh Friedrich Nietzsche sebagai Superman - orang yang kau harap kau akan jadi), Jack sebagai seorang diktator Stalinist memikirkan apa yang paling terbaik untuk aku. Kadang-kadang bukan takde awek yang nak datang menyinggah, tapi Jack yang cakap tak nak. Kalau aku accept tanpa Jack, dia akan kacau awek tu sampai awek tu menyampah dengan aku. Dan bila gadis ini datang, dalam keadaan aku paling miskin, paling rendah dan paling hina - Jack cakap, mungkin dia boleh membantu aku untuk terus berjaya. Jack pernah bercakap tentang "space monkeys" dengan aku. Dia cakap "no space monkeys, no satelite. No guts, no glory" bermaksud kau perlukan sesuatu untuk mencapai kegemilangan.

Dia berambut curly. Dia bermata hazel.Dia datang dengan meredah hujan dari satu tempat yang jauh. Senyuman dia manis. Dan dia tidak pretentious dengan tahu semua perkara. Dia tidak cuba menjadi macam ex-ex aku yang lain. Tapi dalam satu hal, English dia so flawless sampai aku yakin kalau aku nak translate novel aku dan nak jual ke oversea one day pun kalau boleh aku nak dia buatkan. Grammar aku banyak kali kena betulkan dengan dia ni. Dan dia benar-benar nak memahami siapa Jack. Dengan ini Jack berikan dia peluang - sebab dia tak pretentious dan dia cuba nak memahami keadaan aku.

Dulu - masa aku tulis Bau Semangat Anak Muda, aku ada big argument dengan Jack pasal bagaimana ending cerita itu hendak diakhirkan. Jack berkata jika kau tanam "percaya dalam diri kau" maka benda itu akan datang dengan harapan kau berusaha ke arah itulah. Ini yang dikatakan Jack - "law of attraction". Contoh, kalau kau percaya kau nak awek yang rupa macam ni, dia macam tu, dan kau tanam dalam kepala otak kau - maka dia akan datang. Sebab dalam cerita ini - watak utama, Nizam, yang jatuh cinta dengan seorang gadis cun kat sekolah - Kamelia, yang sebenarnya stalk Nizam dulu sebelum Nizam stalk dia. Sebab Jack nak Nizam, yang menaruh minat dengan Kamelia, untuk berjaya dengan kepercayaannya.

So dia suruh aku bayangkan seorang awek. Aku sebut ciri-cirinya. Rambut curly, mata hazel, tinggi 4 kaki 7 inci lebih kurang, tinggi lebih kurang Ez #3, aku gelakkan je bila Jack cakap "kau bayangkan dan simpan dalam kepala otak kau, esok dia akan cari kau.". Aku gelakkan sebab selalu awek jenis macam ni hot stuff sampai orang macam aku takde chance langsung nak dapat. Orang power macam Obefiend je boleh dapat awek jenis macam ni. Instead, Jack (technically, sebahagian dari minda aku jugak), berkata, "kau tunggulah nanti".

Dan "Law of Attraction" ni akhirnya menjadi kira-kira 6 bulan selepas tu bila dia datang. Aku admit dia ni hot stuff. Sampai sekarang kalau dia jumpa aku pun tangan aku boleh keluar peluh sejuk macam keluar dari peti ais. Dan tak sangka "Law of Attraction" ni benar-benar berjaya. Aku berfikir aku mahu jadi penulis novel - dan aku masih mencuba. Kalau berjaya, "Law of Attraction" ni berjaya. Dan semoga dengan kehadiran dia - buat aku bersemangat mengatasi masalah yang aku sedang lalui ni. Dan aku harap - bila aku dah jadi penulis berjaya nanti, serta ada kerjaya, aku mula fikir benda-benda yang agak serius - kahwin, ada anak, mula nak merancang ekonomi keluarga. Stuff like that. At the beginning aku masih lagi tak memiliki apa-apa lagi. Hutang kawan masih banyak belum settle. Semoga ini satu pembakar semangat untuk aku.

Harap kau adalah "The Perfect Ten" untuk aku.



Lagu tema untuk #10. Both are Liverpool FC fan so we pick this song. Plus, now we feel that we'll never walk alone again.

Jumaat, Jun 24

Satu pagi di Terfaktab: Kak Makjun membebel.



Pagi itu di pejabat Terfaktab keadaan agak sunyi daripada biasa. Tiada bunyi keletak-keletuk orang menaip ke komputer. Hanya bunyi pen Aqram mengetuk meja dengan ritma yang tetap.

“Harini siapa punya entri kita nak post?” tanya Aqram.

“Ntah..” jawab suara dari kubikel paling hujung.

“Leplep, udah la tu mengorat awek dalam fanpage. Buatlah entri.”

“Nantilahh...hari tu kan dah buat,” jawab Leplep sambil terkekeh ketawa. Amboi, adalah awek yang merajuk dalam fanpage tu. Kejap lagi boleh main pujuk-pujuk.

“Reeney, you ada entri?” Aqram beralih kepada ER pula.

“Takmau lah kacau. I sibuk ni.” Kata Reeny tanpa mengangkat muka dari kubikelnya.

“Eleh, sibuk baca Sperma Cinta lettew.” Usik Raksasa Jahat. Tiba-tiba dia dibaling kertas ronyok dari kubikel Amoi.

“Woit! Asyik usik orang je. Taknak buat entri, meh tolong aku buat heading ke, edit layout ke, ada guna gak,” arah Amoi.

“Tak mau! Nanti aku salah coding kau cubit aku lagi...” Raksasa Jahat melarikan diri.
.
“Dah! Dah korang semua. Kalau tak ada siapa buat entri, macam mana nak tambah follower?” Aqram mengetuk meja dengan pennya.

“Tak payah, kita post je email dari readers.” Tiba-tiba Husky Pusky mencadang.

“Ada ke?”

“Ada, meh sini tengok.” Semua orang berkumpul di mejanya lalu membaca e-mel tersebut.
_____________________________
To: terfaktab@gmail.com
Subject: Ni kak Makjun Nak Membebel

Hai you alls author Terfaktab! Harap-harap you all dalam kebahagiaang semata. Ni kak Makjun ni, saja nak berkongsi kisah sikit. No, bukan mengumpat tau, mengumpat dosew. Nak cerita je ni, buat pengajaran. Dapat pahala tau kasi pengajaran.

Kak Makjun gerwam sangat ni sebenarnya. Gerwaaam, ya, GERWAMM! Adik-adik dan ikan-ikans  zaman sekarang ni semua pemalu-pemalu mengalahkan anak dara time malam pertama. Malu sangat nak merisik orang nak jadi pasangan. Malu sangat nak luahkan isi hati diorang. Yalah, malu tu boleh tapi kenelah bertempat. Kalau bab nak mencari pasangan ni jangan ler malu-malu sangat. Lagi-lagi yang lelaki.

Bukan apa, kak Makjun marah tau ni. Baru-baru ni kak Makjun terjumpa jejantas eh jejanTANS dan pompuan ni. Dua-dua macam suka sama sendiri. Tapi sampai ke sudah main tarik tali macam lagu Elena eh! Elyana tu. Ala ingat tak lagu tu “main tarik tali.... malu mahu memulakangg... luahan hati kita...” ha sedap tak kak Makjun nyanyi? Eh mana la korang tahu kak Makjun  nyanyi sedap ke tak. Ni email la noks mana boleh dengar!

Yang lelaki ni kak Makjun tengok pi la tulis kat forum segala yang dia suka kat pompuan ni. Yang perempuan pun pi tulis kat blog dia ayat-ayat bunga-bunga cinta layu di pusara yang dia suka kat jejantans ni.  Bila kak tanya si lelaki tak mengaku. Lepas tu delete pulak post dia kata “eh mana ada, kak Makjun salah orang ni.” Yang perempuan, hah--habis tak mengaku, dua kali lima je perangai.  “Ala saje-saje tulis je kak Makjun...tulis bebenda cinta ni boleh naikkan rating blog. Nanti fofuler macam Terfaktab boleh masuk DigiWWWOW...”

Kak Makjun tepuk dahi bila dengar fasal dua-dua orang ni. Hok aloh mu berdue ni! Sama-sama suko kot! Ikutkan hati Kak Makjun nak ikat je korang dua dengan tali merah macam dalam drama Jepun tu.  Tak pun garikan dua2 pakai gari polis yang rambu-rambu pink macam cerita Hollywood tu. Hadooooyai!

Kamu berdua ni, laki ke perempuan ke, kalau dah suka, cakap je la suka. Jangan kata “alah entah-entah kita je suka dia, dia tak suka kita.” Mana tau dia suka. Kalau dia tak suka apasalahnya aceterai cuba test dewater sikit. Kalau segan nak cakap ce pakai member sat. Suruh member gi risik. Kalau dia macam suka, ajak berdepan, cakap terang-terang. Apa susah sangat. Janji la dengan member tu, kalau dia tolong, mu belikan buku Kougar dari Fixi, dia mesti nak punya! Aum nyahh!

Yang perempuan ni pun satu. Tak kisahlah orang cakap perigi cari timba ni tak malu ke apa, buat la juga. Taknak? La, dah kamu pergi tersuka lelaki pemalu tu buat apa. Haram sampai ke kiamat la dia tak cakap dia suka kamu. Dia ingat perempuan tu ada kuasa mejik boleh telepati ke apa. Jadi kena la tanya dia terang-terang sebab kalau tak tanya, haramjadah dia nak beritahu.

Alah, kak Makjun bukan suruh kamu confess dengan stranger. Kalau baru dua tiga jam kenal, lepas tu confess, sah-sah la tak ada respon. Kamu ni dah tunggu lama, dah kenal lebih lima enam bulan. Bak kata Amoi dalam Tumblrnya kalau lebih empat bulan tu bukan cinta monyet (crush) dah, tapi kalau masih tidur tak kenyang mandi tak lena makan tak basah, cakap pun tonggang terbalik, twitter pun asyik typo, cinta betullah tu!

Kalau kamu tak pasti, gunakan je la orang ketiga. Tak pun cari pendapat orang lebih tua atau pengalaman macam kak Makjun.  Tunjuk, cerita semua benda yang dia pernah cakap dan buat, pastu tanya sama ada tu benda biasa ke benda “istimewa”. Kak Makjun pengalaman banyak dalam benda ni tau! Tapi tua bukan la. Kalau cakap akak tua akak gigit pipi sekor-sekor!

Dah, kalau betul-betul dah sedia fizikal dan mental nak confess, silalah confess. Kalau ada kawan, bawak kawan. Kalau berani buat sorang-sorang (lagi baik macam ni sebab takde la dia rasa malu sangat). Tapi buat la sopan santun ayu-ayu gadis Melayu. Jangan pakai seksi lepas tu buat ekspresi muka macam orang gatal tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuut (ha kan terpaksa sensor ini perkataan). Yang penting cakap terang-terang. “Saya rasa awak ni _____,_____,dan_______ (insert 10 perkataan pujian yg describe beliau), saya tertarik dengan sikap awak tu. Dan saya rasa sekarang saya ada perasaan kepada awak lebih dari sekadar kawan.” KAN SENANG KAN?

Paling penting jejais dan gegurls sekalian, cinta ni trial and error. Ye la orang cakap jodoh tu ketentuan Allah semata. Tapi tak adalah salah mana pun kalau mencuba. Mana tahu yang diconfess ni jodoh tu kan? Haa...mana tahu. Dan kalau pun dia bukan jodoh pastu dia rijek kaw-kaw sampai nak printscreen tunjuk kat member buat modal lawak minggu ini, ingat je la yang ni sebahagian dari pengalaman.  Kalau tak merasa jadam manakan tahu ia pahit atau manis kan? Ala, biasa la kene rijek menangis adik-adik sekalian. Cabut gigi pun menangis, inikan pulak cabut cinta dari hati. Eh berfalsafah macam Fedtri Yahya pulak Kak Makjun ni. Ala kak Makjun minatlah Fedtri tu. Dia aum. Oh dia dah kahwin ke? Eh mana akak tau! Akak tak baca la Ohbulang-Ohbulang ni.

Ok tak pe la, suami akak dah balik ni tau. Akak terpaksa berenti gosip eh menasihat dulu tau. Akak nak kena layan suami ni. Nak ambik dia punya anu..anu...anugerah dalam bo-bo-eh botol eh bonet kereta ok! Bonet kereta. Dia baru menang Anugerah DigiWWWOW sebagai retis blogger paling kekwat di alam semesta. Auw, kekwat-kekwat pun die hensem you. Jangan bagi dia membebel sudahlah.

Sekian terima kasih. Assalamualaikum.
____________________

“Camne ni Karem. Panjang bebeno e-mel dia, nak post ke?” kata Apit PS selepas selesai membaca.

“Ah, letak je la, dah takde post lain. Unless kau punya cerpen ada lagi,” balas Aqram.

Apit menggeleng kepala. “Mana ada cerpen lagi bos. Idea dah habis kot,” katanya. Aqram menepuk belakang bahu Apit sambil membantah.

“Ish kau ni, pantang single je idea terus kontang. Awek-awek Sarkasis kan ada...” 

“tak nak, aku tengok muka diorang semua sepesen je kat FB...”

"Bidaah semata je tu...dah, dah...jom pergi makan..."

Khamis, Jun 23

Mars Vs Venus.

Assalamualaikum

Hello humanity.

Have you ever wonder about da double meaning? Boys kadang-kadang berdouble meaning. Maybe because their mouth is trowing bullshit? Well, girls still ate em.

Now, let me tell some of the cheesy line yang biasanya korang akan dengar and their double meaning.

Boy : "Hai, nak berkenalan boleh?"
Meaning : "You menarik. Flirt-flirt jom?"

Boy : "Eh, hai. Comelnya you. Siapa nama?"
Meaning :  "You ni boleh tahan lah comel. Tapi nanti kalau jumpa another comel girl I pasti akan lupakan you."

Boy : "Ooo. Ni you borak dengan I pak we you tak marah ke?" (My fav line nak tahu girl tu single atau tak)
Meaning :  "You single lagi? I nak masuk line ni."

Boy : "Cantiknya baju awak dalam gambar ni.  Ehh, macam tak pakai bra je. Pakai ke tak ni? Size apa?"
Meaning :  "Im horny. Lets Sexting."

Boy : "Haha, kelakar la kawan lelaki awak tu"
Meaning :  "Im jealous, bitch."

Boy : "Oh you dah ada balak? I single. Susah tau jadi couple ni. Baik you single macam I. Hidup pun relax"
Meaning :  "Tinggalkan pak we you dan couple dengan I"

Boy : "I berjanji tak akan sakitkan hati you bebi. I juga janji tak akan menduakan you"
Meaning :  "I akan buat you happy dan setia dengan you sehinggalah I jumpa another cute wangi girl yang lagi better dari you. Till then, love you bebi."

********


See? Boys pelik tau sebab kadang-kadang bila bercakap dia ada double meaning. TAPI. (Yeah, ada tapi-tapi. Mesti la ada tapi. Apa korang ingat aku nak buat entry mengutuk lelaki ke? HAHA) Tapi, perempuan lagi pelik. Iye lah, lelaki kalau double meaning pun orang boleh tahu sebab lelaki double meaning kat mulut. Perempuan? Dia double meaning pun belum tentu ada sesiapa yang faham. Bukan apa tapi setahu aku, perempuan ni double meaning kat perbuatan.

Cuba korang bayangkan.

  • Perempuan suka pakai baju seksi-seksi nampak lurah apa semua. Then bila lelaki pandang mula lah kata lelaki tu gila seks lah, horny lah apa lah. Padahal dia pi tunjuk siapa suruh.
  • Bila lelaki buat romantik sket, dia dok kata lelaki ni mengelikan. Tapi bila lelaki tak romantik mula lah nak compare-compare dengan mamat korea. Mengada-ngada.
  • Bila single, sibuk dok kata nak cari pakwe yang tak smoking. Tapi bila dah ada suami tengok-tengok heavy smoker gila.
  • Bila nak kahwin, mintak hantaran Rm 20 ribu. Tapi masak nasi tak reti. Masak telur tak reti. Bukak stoken suami apa tah lagi.
  • Masa ada less dan promosi, semua baju dia pi beli sampai penuh satu almari. Then bila nak buang dia tak bagi. Alasannya tak pakai pun lagi. Dah tu pi belinya buat apa?
  • Bila suami isteri gaduh, si isteri bising-bising pastu tak nak tidur skali. Okay fine tak nak tidur sekali. Tapi apasal si suami yang nak kena tidur luar? You tak nak tidur sekali you ah tidur luar.
  • Hari-hari buka katalog order beli cawan / teko / pinggan mangkok edisi ter-had. Ingatkan nak pakai. Tengok-tepok pi simpan dalam almari kaca sambil susun cantik-cantik. Ingat tu piala ke apa?
  • Bila dah lama kahwin, hari-hari complain penat buat kerja rumah. Tapi bila je suami offer tambah madu tuk tolong, habis panggan mangkuk dia pi baling. Nak tolong pun marah. Pfff.

So, boleh tak someone kasi tau aku apa maksud segala perbuatan 'double meaning' ini? Please, aku perlu tahu apa agenda di sebalik perbuatan pelik tak bermoral serta tak bermotif yang belum dikenal pasti tersebut.



Rabu, Jun 22

Apa Yang Perempuan Nak?


  • Errgghh. Lelaki memang sukar di fahami. Apa yang dia nak dalam hidup? Apa yang dia nak dalam suatu masa? Susah nak di terjemahkan. Yang lelaki tahu balik-balik ; 'Rilek dulu, isap rokok sebatang, kalau ada, adalahh tu'.
  • Kenapa susah sangat nak decide? Pavillion atau Sungei Wang? Tak pasal-pasal kereta kena hon kat simpang Bukit Bintang pasal argue ke mana tempat hangout yang best nak pergi. Lambat! Errgghh! Benciiii!!
  • Kenapa lelaki suka buat keputusan drastik tiba-tiba? Penatlah kita mengharapkan sesuatu yang boleh di kongsi. Contohnya, berkaitan masa depan. Kenapa kebanyakkan lelaki suka mengelak bercerita tentang masa depan? Yang lelaki tahu, hanyalah bagi harapan pum-pang-pum-pang! Tapi, dari semua tu, hampir separuhnya harapan palsu. I benci laa...
Apakah yang perempuan risau mengenai lelaki?

  • Taklah risau mana. Emm, risau jugak. Risau dengan lelaki yang nampak tak serius dalam perhubungan. Macam anggap perhubungan ni seperti permainan forex. Macam anggap kita yang perempuan ni diperlukan bila 'on-call' saja. Pleaseee, kami perempuan ada perasaan tahu? Silalah serius kalau kami kata serius.
  • Bukan kami tak kesah dengan hobi lelaki. Tapi, berpada-pada lah. Ini bila kami call, ada benda penting nak cakap. Jawab call macam tak nak jawab, nada tak ikhlas. Isyhh, nak nangis tau bila kami tahu di perlakukan sebegitu. Tengok-tengok bukan ada kerja penting yang dia buat. Tak habis-habis download siri How I Met Your Mother. Mana yang dia pilih, Robin Scherbatsky atau kami niii?
  • Lagi satu, huh!, tak puas hati kalau suka sangat down kami macam kami ni bodoh sangat. Tau lah kami perempuan, lemah. Tapi, jangan ingat kami ini tin kosong tak tahu segalanya. Penatlah mak bapak kami hantar kami ke universiti. Kami belajar penat-penat. Memanglah kami tak dapat jawab soalan 'Apakah nama menteri perikanan Mexico?'. Tapi, macamlah kamu yang lelaki boleh terangkan 'Apa itu organometallic compound in details?' Kita semua ada kelemahan okaayy. Urghhh, geramnyee..
Apakah harapan perempuan kepada lelaki?

  • Kami bukan nak sangat dengan harapan dan janji. Perempuan normal seperti kami hanya mahukan lelaki yang boleh memberikan masa depan terbaik untuk kami. Jangan salahkan kami kalau kami tinggalkan lelaki dengan 'sekadar berlalu pergi'. Frust menonggeng orang lelaki nanti. Sudah tak guna untuk rasa deep. Tak guna untuk hembus asap rokok dengan rasa berat. Semua itu dah tak berguna tahu? Dah terlambat! Bohonglah kalau lelaki tak menangis bila putus cinta. Lelaki yang tak menangis tu bukan lelaki, tapi gigolo.
  • Kami mahukan lelaki yang tak berputus asa. Yang tak buat kerja sekerat jalan. Yang tahu bahawa setiap perkara harus di setel satu-satu dahulu. Setel sampai habis. Biar pun susah, harus hadapi dan tempuhi. Itu lah lelaki yang kami mahu. Kalau gagal sekalipun, tak mengapa. Dah berjuang. Ia lebih baik dari lari dari perjuangan. Tuhan murka dengan orang yang lari dari medan perjuangan. Ia selangkah ke neraka. Huhu, mata I dah nak menitis..
  • Kami juga mahukan lelaki yang pandai cari duit. Itu mesti. Dari melanguk depan komputer 24jam. Baik pergi cari lubang kerja. Atur hidup dengan baik. Bukannya tahu tidur saja. Okey, fine. Memanglah duduk depan komputer boleh dapat duit. Tapi, ingat lah. Kami yang perempuan tak mahu teman lelaki kami leka. Sebab kami tahu, lelaki kalau dah leka, bila-bila saja girlfriend sendiri boleh di campak sana-sini. Kami tak mahu itu. Selisih malaikat 44 di jauhkan lah.

p/s: Coretan dari gua khas untuk menyelami hati perempuan. Ada yang setuju? Tak setuju boleh komplen kat ruangan ulasan. Sila-silakan..

Masuk Toilet Pun Dah Naik 40sen, Bro.

Lokasi : Dalam bilik
Mood : Sedang menghabiskan Marlboro Biru berperisa gula gula

Gua agak struggle dari minggu lepas. Gua agak bengang bila idea tak datang datang dalam kepala hotak gua. Kadang kadang gua rasa agak benak la jugak. Tapi lately ni agak hangat bila gua baca tentang hantaran ah, mas kahwin lah, dinar emas lah, apa kejadahnya lagi lah.

Tapi lu perasan tak, kalau jejantans ni semua, bila berbual bab ni je mesti jadi super kedekut. Hellloooo? Nak menikah dengan anak orang okayyy.. Bukan hanak hayam.

Bila tanya, nak tunang ke tak sebelum nikah?

Laju je jejantans ni semua. Tak payah tunang-tunang, membazir je. Hah? Menjawab la kau dengan bakal mak mertua. Kalau gua, haruslah merisik, bertunang, nikah. 3 cincin kau. Tak nak ke? Lepas tu semua benda nak ala kadar. InsyaAllah benda ni sekali je seumur hidup, apa salahnya. Bukan nak suruh buat gah macam Elly Mazlin bertunang siap naik kereta kuda bagai. Tapi biarlah senonoh sikit. Banyak benda boleh kita buat kalau pandai. Ni tak, kalau boleh semua lu nak free kan?

Sebut plak pasal hantaran, semua nak menggelabah tetek. Nak siap keluar hadis la bagai. Cakap hantaran senaskah Al-Quran dah memadai. Eh eh eh jejantansss semua... Kalau lu nak bandingkan hantaran zaman mak bapak lu agak agak 20 tahun lepas memang tak dapat lah weyh. Lu ingat duit hantaran berbelas belas ribu tu pihak perempuan buat jadi sijil simpanan ke apa? Tu kan untuk kenduri. Jemput sedara mara, sekolah rendah je bertukar 4 kali, sekeloh menengah lagi, teknik lagi. Time amik diploma, degree, master bagai. Setiap semester kawan lain lain. Belum lagi jiran tetangga, budak budak Facebook, Geng Blogger Sedunia.

Ye ah, dah ah side jejantans nak buat kalau boleh paling ala kadar dalam dunia. Contoh:


kalau aku kahwin. maybe aku buat malam. buat kat masjid. ada makan2. dan mungkin ceramah agama oleh ustaz kazim elias. ucapan dari bapa pengantin. lepas ceramah, jemput ambil berkat. nasi bungkus je. so, dapatlah elak sanding2, tepung tawar, bersilat bagai ye dak?

tapi tu lah, lepas tu 10 tahun orang kutuk. di katanya KEDEKUT. keh3~~



                                                                                                                  Rujuk Facebook Alexia Aqram (hehe.. sorry Boss)


Haaa.. habis dah lu nak buat macam tu, takkan belah perempuan pun nak berkira. Duit tu jugak la nak sewa khemah, bagi door gift, Mak Senah nak bungkus berkat sampai 3 tong, beli baju glamor glamor. Tambah plak sekarang semua benda pun dah mahal kan? Takkan harga bawang sekarang sama macam harga bawang tahun 1968 baiiii? Agak agak ah.

Memang la bersederhana. Takde siapa marah just releven ah. Naik muak gua dengar/baca/tengok orang nak fight fight pasal hantaran sekarang mahal la, kalau boleh tak payah majlis lah, membazir amalam Seth Tan la. Buat majlis, bagi orang datang makan sedap sedap (sedap = agak mahal) apa salahnya nya kan? Lain ah lu jenis nak kahwin tetiap tahun.

Tak rasa berbaloi ke bai, habis berpuluh ribu (bukan duit lu sangat, pakai duit mak bapak gak nnti). Dapat isteri cantik molek, boleh basuh baju, memasak, tolong urut badan, jaga time sakit, penghilang stress dan juga memberi 'KERJA MENIUP' yang terbaik. InsyaAllah sepanjang hayat di kandung badan. Berbaloi baloi kan?                          

Pada gua senang lah, yang jenis memekak tu mahal, ni mahal, semuanya jenis tak cukup duit lagi tapi gatal nak kahwin dah. Apa kata para jejantans kat luar sana, bincang elok elok and itu duit kasi cukup. Susah susah lu pergi slow talk itu sama mak singa, mana tau dia bagi je anak dia kat lu buta buta. Dia kira sedekah je lah.

p/s: Lelaki mana suka perempuan free/murahan. Tapi time nak meminang lu orang semua nak discount/murah. Tak pun paling bangang boleh cakap,

"Takpe lah kalau JAWI tangkap, best lah kita kahwin free." 


Eh.. Eh.. Eh..

ABAH LU ah !!

Selasa, Jun 21

Kenapa Bila Kau Setia, Dia Tetap Curang?


 
Salam (secara umum) buat semua.
Sibuk dengan satu projek khas ala-ala rahsia, serta kerja yang tidak pernah putus membuatkan aku kurang sempat untuk berbahasa basi seperti selalunya. Aku kongsikan sedikit dari penulisan aku di blog.

*******

[Dari penulisan asal]

Itu antara soalan yang aku dapat di Mukabuku, kutip dari kawan-kawan dan juga paling terbaru pagi ini bila ada seseorang tulis di Twitter aku. Benda yang masih berlegar kepada manusia itu sendiri, bergantung kepada hati dan perasaan, kenapa bila kita cukup setia dan menjaga perasaan seseorang itu, tetapi akhirnya kita akan dikhianati juga?

Pada pendapat aku, ia berbalik semula kepada soal hati dan perasaan seseorang itu juga. Benda itu adalah tindakan dalam kawalan dan juga luar kawalan. Manusia itu sendiri yang lebih kenal hati dan perasaan mereka berbanding orang luar. Nah, orang boleh kata dia memahami kau luar dan dalam, tahu buruk baik kau, tetapi apakah dia tahu apa yang terlintas dalam fikiran dan naluri kau?
Tidak bukan?

Gambar : Kunci sebenar dalam kepercayaan adalah mengenali siapa seseorang itu dan percaya mereka dengan siapa sebenarnya diri mereka. Tetapi, kita selalunya mempercayai seseorang itu sebagaimana yang kita mahukan mereka dan bila mereka tidak seperti yang kita sangka, kita menangis dan kecewa dengan anggapan sendiri. (Shafaza Zara, 2011)

Dan kenapa sebenarnya kecurangan boleh berlaku?
Statistik perpisahan, penceraian kebanyakannya disebabkan oleh kecurangan pasangan, tidak mengira jantina, sama ada lelaki ataupun perempuan. Itu pasti walaupun mungkin ia didominasi oleh jantina tertentu, tetapi masih lagi kita tidak boleh melemparkan tuduhan bahawa lelaki yang akan curang dan perempuan akan setia ataupun lelaki setia tetapi perempuan yang membuat onar di belakang.

Tidak.
Ia bukan dipengaruhi oleh jantina, tetapi lebih kepada hati manusia itu sendiri.
Mari kita lihat kenapa seseorang itu boleh bertindak melakukan sedemikian dan mengakibatkan kesan yang bukan sedikit dalam sesuatu perhubungan. Nah, curang adalah salah satu faktor perpisahan dan penceraian boleh berlaku dan itu tentunya membawa kepada kesan yang lebih buruk - pergaduhan, pembunuhan dan macam-macam lagi, kau namakan, salah satunya mungkin akan terselit sifat curang dan pengkhianatan.

1. Belum bersedia memberikan komitmen.
Tidak kira sama ada lelaki atau perempuan, sesetengah daripada kita mungkin lebih mahu terus memberikan tumpuan penuh dalam kerjaya dan mencapai sesuatu yang lebih tinggi dan baik dalam hidup. Masih banyak yang mahu dikejar serta diberikan dan apabila pasangan mula terus mendesak untuk membawa perhubungan lebih jauh dan bermakna, sesetengah daripada kita mungkin belum bersedia. Istilah kita kawan dulu, baru kita kenal lebih rapat sering digunakan untuk mengelakkan diri daripada terus didesak.

Kita kena akui bahawa setiap orang mempunyai sikap memberontak mereka yang tersendiri. Sesuatu yang disembunyikan daripada umum dan apabila terlampau mendesak, biasanya ia akan meletup dengan sendirinya kemarahan yang dipendam sekian lama. Maaf, tapi ini kebanyakannya berlaku pada lelaki yang tidak tahan didesak oleh kekasih untuk ikatan lebih serius dalam perhubungan. Lelaki tidak suka didesak. Mereka lebih gemar membuat sesuatu dengan acuan mereka sendiri, walaupun ia mungkin menyakitkan wanita mereka.

http://farm4.static.flickr.com/3267/2576281201_d1ea64a3ae.jpg
Gambar : Kau pernah lihat sinar mata yang polos dan sangat kosong?

2. Melihat pasangan sebagai seorang yang tidak adil.
Ah, ini menggusarkan.
Bila melihat pasangan lebih banyak menghabiskan kerja di luar dan tidak memberikan pujian ataupun kata-kata perangsang dengan usaha sendiri, terbit rasa tidak berpuas hati secara senyap-senyap. Maka, mulalah mencari alasan untuk mendapatkan seseorang yang akan sentiasa memuji apa yang dilakukan dan lebih menghargai kononnya.

Maaf, ini kebanyakannya berlaku kepada perempuan.
Naluri perempuan kebanyakannya mahu diberikan perhatian walaupun sedikit. Percayalah, kalau lelaki sanggup tinggalkan permainan komputer mereka walaupun sekejap untuk mendengar celoteh si perempuan, pastinya si perempuan itu sudah cukup gembira sampai bunga-bunga penuh atas kepala. Dan begitu juga lelaki aku rasa, jika perempuan boleh luangkan sedikit masa untuk mendengar apa mereka luahkan, itu sudah membuatkan mereka lega.

Timbal balik benda mudah dalam perhubungan.
Setuju?

3. Bosan dengan benda rutin.
Ini sebenarnya dalam diri manusia itu sendiri. Sesetengah daripada kita memang sukakan rutin dan sudah terlampau mangli dengan hidup berjadual sehingga kita sudah tidak kisah dengan apa benda lain asalkan kita mencapai matlamat yang kita mahukan. Tetapi kita jangan lupa, ada orang yang benci dengan perkara sebegitu. Ada orang yang mahukan hidup dia sentiasa dalam keadaan sesuatu yang tidak diduga dan seronok dengan perkara demikian. Tidak salah. Cuma jangan sampai berlebihan.

Sebagai contoh, zaman aku belajar dahulu ada seorang kawan ini yang menukar teman wanita silih berganti sehingga kami sendiri rakan-rakan dia tidak dapat mengenalpasti siapa kekasih dia yang sebenarnya. Pernah duduk berbual dengan dia dan bertanyakan hal ini.

Aku : Kenapa kau suka tukar teman-teman wanita ni?
Dia : Sebab bosan bila asyik buat benda yang sama.
Aku : Maksud kau?
Dia : Setiap pagi bangun ucap selamat pagi. Tengah hari lepas kelas, makan sama-sama. Petang nanti riadah atau makan sama-sama. Malam nanti kena ucap selamat malam. Bosan.
Aku : Takkanlah semua sama?
Dia : Hampir semua sama. Percayalah cakap aku. Hujung minggu nak keluar. Tak pun duduk belajar di perpustakaan walaupun bukan sama kursus.
Aku : Kan kau ada aktiviti lain dengan kawan-kawan kau?
Dia : Ada aktiviti lain macam bola ke 'jamming' ke pun semua perempuan-perempuan tu nak ikut.
Aku : Belum jumpa yang lain macam?
Dia : Belum. Takpelah, ni masa untuk berkenalan sebelum jumpa yang sesuai.
Aku : Sampai bila?
Dia : Sampai jumpalah.

http://farm3.static.flickr.com/2448/3898612858_e83f9d1033.jpg
Gambar : Sukarkah mencari kepuasan diri sendiri dalam hidup?

4. Ada cinta baru ataupun jumpa semula cinta lama.
Macam-macam.
Ada yang jumpa cinta baru dalam diri mereka dan mula mahu menggapai satu lagi pelabuhan dengan meletakkan kaki di sebuah lagi kapal. Ah, kata orang, satu kapal satu nakhoda, tetapi kadangkala dalam dua kapal, kita boleh ada satu nakhoda. Lagi hebat kalau bilangan kapal dan nakhoda saling berkadar terus bukan? Kuasa dominasi yang melampau bila dibuat dengan cara yang tidak baik dan pincang gaya.

Pengalaman akan memberikan kita sesuatu yang tidak pernah kita mimpi akan berlaku. Mungkin kesakitan lampau akan membuatkan kita berjaga dan menjadikan kita tidak mahu alpa walaupun hakikatnya kita masih terleka. Dan dalam kelekaan, kealpaan dan kelalaian kita itu, tidak mustahil akan ada hati yang terguris sakit dengan betapa kejamnya kita bertindak sebagai manusia.

Bila jumpa dengan kekasih lama, benda yang kononnya sudah lama mati, tiba-tiba hidup kembali bagaikan disemai dan dibajai semula. Padahal, ada kekasih ataupun pasangan yang sedang menanti penuh setia.  Hanyut dalam coretan dan layangan kanvas cerita lama dan entah bagaimana, ceritera baru mahu dilakarkan semula. Aneh-aneh sahaja manusia.

http://farm4.static.flickr.com/3269/2340999549_02bbd8d4be.jpg
Gambar : Ada orang bertanyakan kepada aku kenapa manusia begitu susah untuk setia, dan aku hanya dapat bertanyakan kepada mereka kembali, kenapa sukarnya untuk mempertahankan sebuah janji? Itu menggunakan konsep yang sama. (Shafaza Zara, 2011)

Aku pernah menulis tentang kecurangan dan konsep kesetiaan suatu ketika dulu. Betapa orang yang tidak setia itu dikatakan bodoh oleh seseorang yang aku kenal rapat. Tidak juga sebenarnya, aku anggap dia sebagai orang yang rapat dengan aku dari segi komunikasi sebagai manusia. Itu sahaja, dan nasihatnya mungkin berguna walaupun ternyata sesuatu berlaku menggoncang paradigma nilai percaya.

Kegembiraan kadangkala akan datang dengan cepat dan pergi dalam sekelip mata. Terbang melayang tatkala tangan mahu menggenggam dengan pantas. Mata hanya akan dapat memandang ia berlalu pergi tanpa menyedari, itulah yang cuba digapai selama ini. 

Curang satu proses pelarian?
Bukan.
 
Nota Kaki :
Sedikit sebanyak hidup aku sudah mula lari dari kebiasaan. Aneh, aku sudah dapat membiasakan diri dengan cepat. Hidup memang indah. Dan kita yang bertanggungjawab untuk membuatkan ia lebih indah, semuanya bergantung kepada apa yang kita mahukan, dan tentunya apa yang telah dirancang oleh Allah buat kita. 
 
Lord Zara : Membekukan diri daripada menerima apa jua tekanan negatif daripada luar. Itu aku. Aku akan berusaha sedaya upaya untuk tidak melukakan hati orang lain di sekeliling aku, walaupun akibatnya aku yang sakit menanggung kesakitan sendirian. Senyum dan ketawa aku adalah kekuatan yang bukan sedikit aku himpun dalam menjalani hidup yang semakin buas memaksa aku agar lebih tabah.

Isnin, Jun 20

Peringatan | Marriage


Dear ladies and gentleman,

Everybody wants to be married to someone they love.
Why?
Because marriage is a license, a permit or a pass, might be a legal ticket for u to have a legal permission to fuck and stay around that one person u loved so much.

Yeah, lelaki yg rasa nak kahwin 4 boleh la rasa dia layak kawin 4 kalau dia rasa dia layak.

Marriage used to be a reason to stay around somebody, to be with the one u loved to share and care about each other. Since Malaysia belum lagi jadi liberal macam negara2 liberal kat luar sana, perempuan and lelaki tak boleh lagi hidup sebumbung tanpa  lesen perkahwinan ni. Though i bet, ramai gila dah duduk sebumbung, tidur sekatil, mandi sekolam sama sama even before marriage. (cerita lain)

Marriage is a big thing. Its a promise made to each other to be faithful and loyal and stay together high and low.

Gwa percaya ramai pernah dengar cerita pasal lelaki n perempuan yang 'dikahwinkan' and 'bercinta' lepas kawin. Right? No?

Tapi tu lah antara cerita paling lame ass gwa pernah dengar seumur hayat gwa, Life's not a fairy tale. Yes. Life is real. To know how real it is try to slit your skin with a knife and feel yourself bleeding. It hurts. Thats life.

So,  Perkahwinan yang dirancang and bercinta lepas kahwin is another story made by idk real life story or some drunk bollocks. Seriously. Get real.

If and only if that story is fucking real, it will only cover about less than 5 percent or maybe less than that. This is 21st century. Bukan cerita pasal mak ayah awak yang kawin before merdeka or masa masa lampau yang selalunya dipahat dalam ingatan sebab nak sedapkan cerita, no.

So, if u wanna get married, be real, get real. Love them, embrace them, The one u love of course. Make that vow to stay with each other a concrete illusion so that you'll stay forever the way u've planned it way before u even have the means to do so.

Jangan lah dimomok momokkan lagi dengan cerita mengarut zaman purbakala dimana semua orang dikahwinkan and mereka bercinta lepas berkahwin. Coz i'll tell this to your face out loud,thats  bullshit. It shouldn't happened since we have the freedom to love and to choose the one we loved. Blessing dari mak bapak is a yes tapi pilihan dari mak bapak is a big no for me. Coz it eventually violates our rights to our own choice.

So, jangan mabuk bila buat pilihan. Jangan stoned bila lafazkan kata kata janji dengan tok kadi. And jangan jadi manusia yang perangai macam pukimak lepas kahwin.

And oh, jangan lupa rancang keluarga. Main memang sedap tapi lagi sedap bila anak kau penuh satu bas lepas tu kau tak mampu tanggung satu satu.
Tu hak anak plak tahu? (cerita lain)

Ciao

dia dah bahagia. kau bila lagi?





[ihsan: TERFAKTAB]

kisah ni, salah seorang ejen terfaktab jugak yang up. aku tak pasti la siapa. tapi tuan punya status, izinkan daku menyampaikan sepatah dua kata, berbentuk pandangan peribadi in response of this status. izinkan daku ye. ini cerita yang betul punya syahdu. bekas kekasih dah kahwin dengan orang lain, dan kita pulak masih terbawa-bawa dengan perasaan sendiri. masih rindu, masih kasih.

okey cenggini. tak semua orang dilahirkan dengan hati yang sama. ada yang hatinya lembut, ada yang hatinya keras pejal, ada pulak yang hatinya mudah berubah-ubah mengikut cuaca dan keadaan. okey cuaca tu tipu. jadi, kita tak boleh nak expect semua orang sama. kalau kita boleh lupakan bekas kekasih dengan mudah dan senang hati, kenapa dia tak boleh? oh kita tak boleh expect cenggitu. lain orang, lain level of tolerant dia. 

jadi, apa kata kalau kita guna psikologi ke atas diri sendiri. hey kamon.. bekas kekasih engkau dah kahwin pun, dah bahagia dengan orang lain, pasangan yang dia sendiri pilih, yang dia cinta dan kasih. apa kau fikir dalam kepala dia masih ada ingatan terhadap engkau? cuba kau bayangkan pula, kalau waktu hujung-hujung minggu, sikit punya bahagia bekas kekasih basuh kereta sama-sama dengan isteri dia, siap main aci kejar, sembur-sembur air, last-last berpelukan, saling bertentang mata, kemudian ketawa lepas bebas bersama. bahagia. apa kau fikir, bila dia bahagia macam tu, sebaris nama kau masih bergema-gema dalam hati dia?

jangan berangan.

dia bahagia, sedangkan engkau menghiris hati sendiri dengan ingatan dan rindu terhadap dia. apa kau ingat itu berbaloi? kita dikurniakan tuhan dengan tubuh badan yang sihat, tuhan beri kita hati, untuk kita jaga dengan sebaiknya. diri kita ini amanah tuhan tahu? apa sanggup kita siakan amanah tuhan dengan merosakan hati dan diri sendiri? kamon !! bangkit dan cari bahagia kita. bahagia yang sepatutnya kita genggam. buat apa nak tunggu lagi orang yang dah tak sukakan kita? buat apa nak tunggu lagi orang yang dan bahagia dengan pasangan yang dia cinta? kalau pun ada cinta itu untuk engkau, itu dulu. itu cerita lama sayang. benda yang lama-lama orang dah tak ingat lagi. orang simpan dalam kotak, seal kemas-kemas dan letak dalam stor.

tulisan ini mungkin kasar pada pembacaan kamu-kamu yang sedang walang. tapi percayalah, bahagia untuk kamu ada menanti di hadapan. lupakan si dia yang telah bahagia. cari bahagia yang sepatutnya kamu genggam. boleh kan? 

sejak sebelum kejadian kita lagi, sebenarnya kita adalah insan yang menang.. dalam jutaan hidupan kecil yang berenang-renang, hanya kita saja yang berjaya menakluki dan mendiami rahim bonda kan? cari bahagia kita, dan raikan kemenangan itu dengan bahagia itu nanti.

Ahad, Jun 19

Selamat Hari Papa :')

Bila aku tengok gambar kat atas ni, suatu rasa kasih sayang seorang ayah kepada anak dia sukar digambarkan melalui ayat. Kau pun rasa macam tu kan?

Papa lah sumber kewangan aku. Kalau tak setiap bulan dalam akaun bank aku mesti kosong.
Papa lah yang bersusah payah hantar buku latihan aku kat sekolah bila aku tertinggal kat rumah - HAHA
Bila aku cakap aku nak something mesti papa cuba tunaikan. Contohnya nak henfon baru, terus Sony Cedar dia belikan walaupun phone tu murah tapi ada sentimental value tahu.hikhikhik.

Sebenarnya aku tak pernah pun nak wish ayah aku Happy Father's Day atau bagi kad. Tapi ini tak bermakna aku jenis tak mengenang budi orang tua woi :)

Happy Father's Day

A Kiss by a Rose on The Grave

“Hello.”

“Hey girlfriend! You hadn’t called me for a while. What’s up?”
“ It’s Ami. She told me about Rose.”

“What about her?”

“Well Rose...she passed away.”

“What?”

****************************************************
Some girl. [link]
Rose was a young and vibrant lady in her 20s. Small, young lady with deep-set but dazzling eyes, and high eyebrows. Her hair was straight and long, but never out of place in the summer heat—such a pretty lady. Lady I say, not teenager of even adolescent. I think her age was 25 during the last time I see her—but she was married.

“Well, I am from a small village in Borneo. Then I met my hubby. And then we got married. And then we moved to Peninsula, ended up in this town. We worked here, and I have my two kids.” She once told me. Yes, if my memory hadn’t failed me, she said she was married when she was no older than 19 maybe 17 or 18, I dare say. And by the time she was 25, she had two kids.

“Wait--not even twenty—and married? Wow that’s young!” I remember making that comment.

She smiled.

Rose quit the job soon after we met; she ended up as a housewife for the kids—sending them off and picking them up from the kindergarten, and sending lunches to her husband every day. Eventually as financial constraint increased, her husband quit this job too, and they all moved near the Causeway so dear hubby can work in Singapore.

Little did we know, two years after that last meetup at her rented house before they moved, was our last meeting. Rose passed away last week, barely four months after the birth of her third child. She passed away in her sleep.


Back then I used to think that she had wasted her youth marrying young. She could’ve collected some money from part-time jobs and go into Community College, pick up a skill or two, get a skilled job—then only marry her boyfriend and have some kids. At least she won’t end up in a tough job as a supervisor—which sometimes she complained it’s too heavy for a female to handle.

“Be like me, 25 is when I think of marriage,” I used to say to friends and family. For that was my principal.
But after her death I began to rethink my principles. What if waiting-waiting-and waiting—and you’ll end up too late? What if waiting for too long would not mean waiting till the time is right? What if waiting would mean losing it forever?

How young is young?

Young is defined by the age you spent and the age you are left with. If you will live to 75, then 25 is just a third of your lifespan—young. But what if you are 25 and your lifespan is 27?

Sometimes what we think of as “too early” is not early at all. Maybe it’s late, way too late.

Young Rose—died not even thirty. she had lived a full life, I think. School, work, fall in love, have kids—all of them she had experienced. Had she waited like me, she may never have it all.

Rest in peace.


Alfatihah [link]