Khamis, Mac 31

"You'll Never Walk Alone,Nami!"



Pintu pagar ini sekadar hiasan untuk artikel kali ini(courtesy:LFChistory.net)

"Kalau ikutkan hati, mahu saja aku kunci hati ini dengan mangga Solex tebal dan kemudian kunci ini aku campak ke laut."

Ya - cinta itu tak semestinya memiliki. Cinta yang agung adalah cinta yang gagal. Cinta yang gagal seperti Quasimodo dengan Esmeralda, cinta gagal seperti Romeo dan Juliet, cinta gagal seperti Uda dan Dara, seperti cinta Khairuddin Wazir Khan dan cinta aku dan Sherina Ellyana - gagal kerana namanya dipanggil di Loh Mahfuz.

Aku pernah mengeluh, "why jerks can get girlfriend and treat like a jerk, I just want to love and to be loved", tapi seperti yang penyokong Liverpool pernah berkata, "you can't buy history". Benda yang agung macam ni tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, let alone dengan teddy bear besar gabak serta dressing baju Polo logo besar popped up collar dengan pakai sun glasses kat dalam shopping mall.

Aku merenung sejenak malam tadi sambil menikmati secangkir kopi pahit tanpa gula dan sebatang rokok Dunhill di tepi beranda. Aku merenung satu per satu kegagalan aku dan kegagalan aku selalunya telah digagalkan oleh saekor jerk. First girlfriend aku Intan telah dioverstreet oleh seorang anak Datuk yang bapanya kalah dalam pilihanraya umum tahun 2008. Kau tak tau aku gembira macam mana masa tu - walaupun aku bukan geng Pakatan Rakyat. Macam Luis Suarez melompat bila Asamoah Gyan ambik penalti tak goal masa quarter final Piala Dunia rasanya.

Aku sentiasa berjalan berseorangan. Dari kecik sampai ke besar. Dulu masa aku kecik, entah macam mana bapak aku buat keputusan yang menjadikan aku schizo pada hari ini - hantar aku rumah nenek sebab mak bapak aku nak kerja disamping mengajar sepupu aku yang dah darjah dua pun tak reti mengeja nama sendiri. Yang aku - umur 4 tahun dah baca paper. Umur 5 tahun dah boleh hafal semua ibu kota Asia, by 7 aku boleh hafal ibu kota seluruh dunia. I love that damn Atlas KBSM book. Siapa nak jadi sweet dengan aku bagilah aku hadiah tu confirm aku tersenyum riang.

Disebabkan bapak aku buat keputusan terfaktab tulah - aku bertemu dengan pakcik aku yang gila isim. Masa aku kat rumah nenek - even sepupu-sepupu aku pun tak nak kawan dengan aku. Ini kerana aku mat ulat buku, suka baca buku. I still remember my first book aku beli dengan duit raya aku, Mokhtar Dahari Lagenda Sepanjang Zaman. Ada diceriterakan pasal Hillsborough dimana disitulah aku kenal siapa King Kenny. By the time aku nak beli baju Candy, bapak aku penyokong tegar Man United mengarahkan aku beli baju Sharp.

Pakcik aku suka libas aku tanpa sebab. Apa dia ingat aku ni harimau sarkis ke nak libas-libas? Sepupu aku main mainan bersepah dia terpijak - aku jugak kena libas. Walhal soheh "toys" aku ada tiga je - buku komik Dragonball, Atlas KBSM dan Nirvana - Nevermind. Sepupu aku bising - dia tengah kat dalam bilik kunci - aku rasa maybe masturbate kot - bengang terus libas semua - termasuk aku yang sedang khusyuk menghafal ibu kota Afrika. Aku sedang nyenyak tido dan sepupu aku bising-bising sebab main mercun padi - gua jugak kena libas dengan pakcik psycho ni. Disebabkan pakcik psycho ini aku ada schizo, dan jugak insomnia akibat takut dilibas masa tido.

Aku pernah gagal bercinta beberapa kali. Kalau Muammar Gaddafi boleh menggelarkan diri dia Raja Afrika, aku boleh menggelarkan diri aku Raja Cinta Gagal. Despite masalah rumahtangga member-member aku, aku yang tolong settlekan - sampai jadi kaunseling pun ada, ada juga member aku nak adjust awek satu fakulti pun consult aku - guess aku boleh bukak company consult pasal lovey-dovey ni. Even member aku yang berguru dengan aku pasal menackle awek walhal dia ni mat nerd mengadap PC tengok kod C++ pun dah hantar kad kahwin dengan aku. Me? Gagal dan gagal lagi. Aku dah lost track dah berapa kali aku gagal.

Setiap malam aku menulis puisi kepada arwah Sherina sebagai tanda cinta yang mendalam terhadap dia. Setiap malam aku bacakan puisi itu di angin lalu, kemudian bakarkannya bagi tak siapa tahu - kecuali aku dan angin yang menderu. Kadang-kadang aku tak balik rumah pun housemate aku tak tau. Aku hanya duduk di tepi bukit - dan menghabiskan masa-masa sepi aku.

Lalu aku menonton filem Sepi yang didirect Khabir Bhatia. Adam, Sufi dan Imaan - semua macam aku.Macam Luqman dalam Pengejar Bintang, Nizam dalam Bau Semangat Anak Muda dan Hafiz dalam Awek Chuck Taylor. Adam, Sufi dan Iman - semua ada dalam diri aku. Adam menghadap cinta gagal, Sufi menghadap memori si isteri yang meninggal manakala Iman seorang yang sibuk bekerja sampai lupa orang sekeliling. Aku tonton filem itu dan tergelak sendiri. Khabir Bhatia ni buat filem pasal aku rupanya.

Jadi bila aku kenang kembali, mungkin aku tak keseorangan. Mungkin cinta hati aku sedang berada di seberang lautan Pasifik, mungkin ia berada di Toulouse, Perancis. Mungkin di Konya, Turki. Mungkin tertinggal di Walthamstow, London. Mungkin di Calgary, Canada. Mungkin di Accra, Ghana. Mungkin di Lanus, Buenos Aires. Atau mungkin kat depan mata aku selama ni aku tak pernah nampak dia. Atau mungkin Sherina Ellyana adalah yang terakhir - dan selepas satu demi satu kegagalan aku tak mahu lagi meruntun sedih dan emosi. Mungkin aku akan sibukkan diri aku, kunci hati aku dan campakkan kunci hati aku tu jauh-jauh. Siapa jumpa dialah bukak. Tapi kalau tak jumpa kunci tu, kalau rasa-rasa nak pecahkan mangga Solex tu - cubalah. Mana tau berjaya.

When you walk through the storm
Hold your head up high
And don't be afraid of the dark
At the end of the storm
It's a golden sky
And the sweet silver song of the lark

Walk on through the wind
Walk on through the rain
Hold your dreams be tossed, and blow
Walk on, walk on
With hope in your heart
And you'll never walk alone
You'll never walk alone.

Bersederhana Adalah Yang Terbaik.

Assalamualaikum. Hai semua! Siapa yang rindu gua, angkat muka dan pandang skrin cepat. Okay, bagus. Gua dah cukup terharu dah ni. Kikiki.

La ni, gua nak tules something untuk lu orang fikirkan. Kalau lu orang pesen malas fikir, gua takleh tolong la. Otak lu orang kan, pepandai la nak guna. Gua tak masuk campur.

Gua kalau tengok pasangan depan mata gua, gua selalu terfikir; 'Bagusnya ada orang sayang. Tapi, betul ke dia sayang ? Macam mana tahap perasaan sayang dia tu?'

Soalan ni biasanya akan terdetik dalam benak kepala geliga gua lebih-lebih lagi bila gua tengok pasangan tu macam melebih-lebih. Melebih-lebih ke terlebih sudah ke, idok ler pulek gua ketahui. Tapi, itulah dia. Penah tak lu orang tengok, kenapa bila perempuan tu dah kena macam-macam dah dengan pasangan dia, tapi maseh nak jugak bertahan? Kenapa bila lelaki tu dah kena cukur sampai habes licin bulu kaki dia, pon maseh lagi terhegeh-hegeh? Jangan gtau gua itu semua sebab cinta. Cinta itu buta lagi membutakan semua tu gua dah tahu. Tapi, apa yang gua nak tahu skang ni, apa punca dia jadi tak boleh tinggalkan je pasangan dia kalau sampai tahap tak larat dah nak melayan kerenah pasangan dia tu? There must be something fishy... Ah sudah. Jangan bagi gua speaking. Kehkeh.

Contohnya gua boleh bagi, macam dia penah melabur banyak duit ke untuk pasangan dia sampai sayang gila nak putuskan hubungan. Ataupon, dorang penah buat apa-apa yang di luar jangkaan ke sampai tak sanggup nak lepaskan si dia pergi. Atau apa saja. Yang penting, jangan bagi gua alasan, "Ittew cayawng diew cangawt cangawt. Ittew ta leyh hidorp tanpew diew. Ittew lewbeyh welew (rela) matiew dawipadew hidorp tadew diew". Gua luku jugak karang.

Bagi gua, dalam hubungan ni, elok kiranya jika kita dapat bersederhana dan tidak melebih-lebih. Seriously. Sebab once kita dah overdo in a relationship, we'll tend to regret. Soon. Kenapa ada orang boleh meroyan sampai dua tiga tahun lepas putus dan lebih dahsyatnya tak kawen terus lepas putus cinta? Sebab dia terlampau mengagung-agungkan perasaan yang pernah dia alami tanpa membuka ruang untuk peluang yang seterusnya. Dan kenapa pula ada orang dengan sangat mudahnya melepaskan pegangan dalam satu-satu hubungan? Sebab mungkin dia bersambil lewa dalam hubungan dan tidak memupuk perasaan dengan bersungguh-sungguh, maka jika putus sekalipun, apedehal.

Dalam graf hubungan percintaan, jangan melebih-lebih. Dan jangan pula mengurang-ngurang. Maksudnya, just be moderate. Bukan dalam kehidupan je kita kena bersederhana, dalam percintaan pon macam tu jugak. Untuk meroyan tahap dewa19 sbnanye membuktikan yang kita sbnanye sangat melebih-lebih dalam perhubungan. Tapi, untuk tidak meroyan langsung pula menunjukkan yang kita tak beria langsung dalam perhubungan yang sebelumnya. Serba salah bukan? Maka, bersederhanalah. 

Maksud bersederhana dekat sini adalah bukan tak boleh meroyan dan bersedih langsung. Boleh je. Tapi, jangan melebih-lebih. Satu dua minggu sedih sudah lah. Lepas tu, move on. Move on dekat sini pulak tak semestinya kena dapatkan pengganti, cukuplah sekadar tidak hidup dalam bayangan memori silam.

Ya, gua tak nafikan yang kebanyakan pengalaman lampau mengajar kita erti kehidupan. Tapi, gua juga tak nafikan yang memandang ke hadapan tanpa menoleh ke belakang dengan lebih kerap turut mengajar kita erti kehidupan. Bagi gua, lebih banyak penyesalan yang akan berlaku kalau kita kerap sangat menoleh ke belakang. Sebab nanti, mulalah; 'Kenapalah aku kenal dengan dia. Kalau aku tak kenal dia, takde la aku meroyan macam skang ni...'

So, hati lu orang, lu orang sendiri jaga. Jangan nak harap sangat orang lain tolong jagakan. Nanti dia bukan jagakan, dia tolong hancurkan, ada la. Otak lu orang, lu orang sendiri fikir. Jangan nak harap sangat orang lain fikirkan. Kang jadi Pak Pandir pulak. 

Hidup kita ni sbnanye memang tak lari daripada konsep kebergantungan. Cuma, sederhanakan tahap kebergantungan tu. Sebab kita juga perlu sedar yang dalam kebergantungan kita pada orang lain, sbnanye kebergantungan pada Sang Pencipta adalah yang teragung. Jangan nak seronok sangat bercinta sampai lupa pada segala benda yang menjadi tanggungjawab. *efek cengkerik*

Kenapa mesti melebih-lebih bila kita tahu kita boleh pilih untuk bersederhana? *efek unggas*

O k a y t h a n k s b y e .

Rabu, Mac 30

Tentang Perkahwinan dan Mak Andam

Saya ada seorang kawan, yang agak cantik orangnya. Ops, bukan agak cantik—memang cantik, dengan bulu mata RCWnya dan kulit putih gebu serta muka bujur sirih, dia memang menarik perhatian semua. Lagi-lagi dia tidak pernah kelihatan di luar rumah tanpa mekap penuh. Biasalah, Customer Service.

[link]
Nani, kerja macam ni berapa la sangat gaji. Dah la penat kena marah dengan customer, lepastu kena marah dengan supervisor kerek tu pulak. kau nak tak kerja mak andam? Aku ada opening,” kata rakan kami yang merupakan promoter Maybelline.

Mak andam?

Ya, kau kan memang pandai mekap. Mudah dapat duit. Satu job berapa ratus dapat. Sebulan beribu-ribu gaji. Kerja mudah aje. Nak tak?” promoter itu memuji Nani. Dia senyum saja.

Memang, kerja begitu seronok. Tapi family aku, boyfriend aku mesti tak bagi. Silap hari bulan kena tarik rambut, heret keluar salon tau.” Nani bermuka serius.

Nani memang bukan sebarangan orang. Dia memang berpengalaman mengandam pengantin secara part-time. Namun semuanya dilakukan secara rahsia, serta tanpa bayaran atas dasar “tolong kawan”. Pernah bergaduh besar dengan kekasih sehingga dia enggan menghantarnya kerja. Sebabnya? Tiada siapa menyokong profesion ini. Masuk neraka kata mereka.

Ya saya tahu, dengan satu klik Google saja anda akan dapat beratus forum hukum-hakam yang meletak label langsung bahawa kerja di salon sama ada menyolek, mengandam atau memotong rambut adalah berdosa. Namun, seperti juga pekerjaan lain seperti berniaga dan membuat pelaburan, ada keadaan yang mengharuskan, ada yang mengharamkan, bergantung kepada cara ia dilakukan.

Dengan pukul-rata mengharamkan keseluruhan profesion ini, secara tidak langsung kita menyekat peluang kerja dan kemahiran wanita muda melayu dalam bidang yang dekat dengan naluri wanita—bidang kecantikan. Bidang ini bukan lagi bidang kekampungan--pendek kata kalau kena gaya, memang boleh profesional macam pakar-pakar Sunsilk ni.

Jepun ada, Inggeris ada. Malaysia bila lagi?

Panas hatikah anda wahai #serbanistas, jika saya mengatakan bidang kecantikan itu satu kerjaya profesional? tanya sesiapa saja—siapa pengantin yang tidak pernah menyolek dan mengandam diri? Se-alim manapun seorang wanita itu tidak pernah dia bernikah dengan muka sememeh, gelap, berjerawat dan berkantung mata macam mak orang.  Menyolek pengantin bukan hanya untuk menarik perhatian orang seperti yang anda fikirkan. solekan membolehkan kekurangan seperti jerawat, ton tidak sekata, dan kesan-kesan lebam bawah mata disorokkan. Kalau bab mekap terlebih atau terkurang, itu bergantung kepada individu sendiri.

Saya mekapkan diri sendiri. Cantekkk tak?

Cuba fikirkan dari segi ini—semua pengantin memerlukan mak andam. Tapi dalam industri kecantikan sekarang, berapa ramai yang melayu-Islam? Kalau salon di kawasan rumah saya, cina, india, dan bumiputera bukan islam banyak lah. Kalau adapun yang islam, mereka ialah BAPOK.

Hai, kami boleh make-upkan anda.

Memang ramai yang menggunakan khidmat BAPOK sekarang. Tapi tanya pengantin sekarang—kalau boleh nak yang perempuan sejati. Bapok pun lelaki juga. Aurat kita nampak pada dia tetap dosa. Kalau dia sentuh-sentuh, batal air sembahyang nanti, macamana nak solat sunat dua rakaat selepas nikah tu? (plus, part lelaki ‘batalkan air sembahayang’ tu tak jadi la, sebab abang bapok dah batalkan dulu hahaha!)

Ya, walaupun bapok itu keperempuanan (dan kekadang bertudung bak kata @loveydoveydoo) tetapi ramai yang masih segan berada dengan mereka—nak tukar baju, nak kasi pegang muka, nak mengumpat pasal seks-EH!) yang penting, hakikatnya ramai yang prefer pengandam perempuan.

Bukankah lebih baik kita ada tukang gunting rambut wanita melayu islam? Mak andam melayu islam? Yang arif tentang apa yang perlu dibuat seperti meletakkan tirai pemisah dalam salon, menggunakan pewarna rambut halal saja atau tatacara menyolek yang tidak bercanggah dengan Islam?

Contoh mak andam melayu islam. Pinjam pic kak!

Jadi bagi sesiapa yang tengah bercita-cita menjadi mak andam atau dalam kursus kecantikan, teruskanlah. Saya suka melihat satu hari nanti pakar-pakar andaman dan gaya rambut wanita ada di kalangan kita. Supaya mudah kita berurusan tanpa ragu-ragu. Lagipun, anda juga sama dengan saya—jadi anda juga tahu apa yang saya mahu!

Sekilas Dari Terfaktab 3

Permulaan sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pembaca Terfaktab yang telah me-review blog Terfaktab di entry blog masing-masing. Pihak kami sebenarnya tak menjangkakan langsung penerimaan blog Terfaktab sehingga ke tahap ini, di mana banyak pujian dan mungkin ada juga kritikan yang di terima. Segala pujian dan kritikan yang di lemparkan itu akan kami hadamkan, akan kami Skuad Terfaktab cernakan sebagai pemangkin kepada kami dalam meningkatkan mutu dan idea penulisan di blog Terfaktab.

Sekali lagi, jutaan terima kasih tidak terhingga dari kami kepada kalian semua.

Baiklah, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Menongkah arus sosial yang semakin meluas pada tiap saat dan waktu, telah menyebabkan pihak kami terlupa akan beberapa perkara basis yang penting untuk kami sentuh dalam menentukan halatuju sebenar percintaan yang di berkati oleh Maha Esa.

Sewaktu mesyuarat ringkas di pejabat Terfaktab tempohari, timbul beberapa idea dan skeptikal yang mahukan blog Terfaktab menyentuh lebih luas mengenai hal-ehwal perhubungan manusia. Berdasarkan kajian dan statistik yang kami terima dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kami melihat lebih 90% perempuan yang hamil luar nikah terdiri dari mereka di bawah umur.

Hal ini menggusarkan kami sebagai pihak yang bermisi untuk mendidik masyarakat ke arah lebih berminda cerdik terutamanya dalam hal perhubungan manusia di mana ia turut menyentuh perhubungan kekeluargaan.

Maka, kami mengambil keputusan untuk mengadakan minggu istimewa bermula 7 April 2011 kelak. Minggu istimewa yang sebelum ini tidak dapat di adakan pada bulan Mac atas faktor menghormati kejadian Tsunami dan pergolakkan di Timur Tengah, akan kembali semula di bulan April yang indah ini.

Minggu tersebut akan kami namakan sebagai 'The Bloodline & Familyhood Special Week', di mana ia khas untuk membincangkan hal perhubungan kekeluargaan yang perlu di pupuk dan di ambil iktibar dalam memperluaskan kefahaman masyarakat tentang pentingnya menanamkan kecintaan yang kukuh dalam institusi kekeluargaan.

Banyak topik yang penulis-penulis Terfaktab akan sentuh dalam minggu tersebut. Yang pastinya, ia menarik dan boleh di jadikan karangan bahasa Melayu anda untuk peperiksaan pertengahan tahun akan datang. Hehe.

Perancangan mengadakan minggu ini telah kami aturkan sebaik mungkin dan kami berharap ia dapat berjalan dengan lancar. Sokongan dari kalian amat kami harapkan dalam menjayakan minggu tersebut. Semoga ia juga berhasil membantu serba-sedikit dalam menganjakkan paradigma kecemerlangan institusi kekeluargaan. Lagi seronok sebenarnya jika pihak kementerian dapat memberi sumbangan. Hehe. Doakan kami ya!

Tuan-tuan dan puan-puan yang di hormati,

Nampaknya, masa telah mencemburui kita semua. Kami di pihak Terfaktab sekali lagi mengucapkan terima kasih atas perhatian kalian dan berjumpa kita di minggu istimewa itu nanti.

Chalo dan assalamualaikum!

Selasa, Mac 29

Belajar Mana Penting? Kahwin Penting.


Penulisan aku dari sini.
Terpaksa pinjam dari sana disebabkan aku bertarung dengan masa ibarat Ultraman yang terlupa membayar bil elektrik pada TNB. Lebih kurang begitulah. Nanti bagi alasan panjang-panjang orang pijak aku nanti. Ha ha ha.

Salam semua.
Minggu yang sibuk akan bermula lagi. Kenapa kata sibuk? Petang ini sahaja sudah pergi ke klinik untuk ambil surat temujanji Abah. Tak termasuk ada jiran telefon minta tolong hantar dia ke balai polis. Baiklah, itu pengalaman pertama pergi balai polis. Walaupun tak sama macam CSI, tapi sekurang-kurangnya tidaklah sama macam yang digambarkan dalam GK yang, baiklah tak nak mula mengutuk. 

Keputusan STPM sudah diumumkan, keputusan SPM juga dah keluar.Begitu juga dengan majlis graduasi kecil bagi yang menamatkan pengajian pada penghujung November. Selain kampus selatan, aku difahamkan ada beberapa universiti lain turut meraikan graduan mereka. Tahniah diucapkan atas kejayaan menamatkan pengajian dan tentunya, jangan dilupakan kepada mereka yang berjasa membawa anda sehingga ke tahap anda hari ini.

http://farm3.static.flickr.com/2499/4141677144_b103438aa0.jpg
Gambar : Kalau kopi adalah faktor kejayaan juga, bolehlah cakap terima kasih kalau kamu mahu.

Dalam kesibukan semua orang mengejar pendidikan dan sebagainya, seseorang menghubungi aku dengan menyatakan bahawa dia sudah tidak punya rasa mahu belajar lagi hanya disebabkan oleh keinginan untuk berkahwin. Jujurnya, bercakap dengan aku yang merupakan seorang guru apabila datang bahagian begini, sudah tentu aku akan melebihkan pendidikan. Tetapi, sebagaimana biasanya aku, berikan sahaja pendapat dan selebihnya biarlah orang itu menentukan sendiri.

MD : Salam Kak Zara. Terima kasih sebab bagi Skype.
Aku : Salam. Tak ada masalah. Nak cerita apa?
MD : Nak tanya pendapat sedikit.
Aku : Tentang apa?
MD : Saya baru habis diploma tapi saya tak nak sambung belajar. Semua orang sekeliling saya marah sebab kata saya muda lagi. Baru 21 tahun tapi dah tak nak belajar lagi.
Aku : Tak nak sambung belajar, nak kerja ke?
MD : Tak. Nak kahwin.
Aku : Oh. Nak kahwin?
MD : Ya.
Aku : Teman lelaki dah kerja ya?
MD : Tengah belajar lagi. Belum habis lagi sarjana muda.
Aku : Er, bila nak kahwin tu?
MD : Tunggu teman lelaki habis belajar.
Aku : Bila habisnya?
MD : Dalam dua tahun lagi.
Aku : Oh, teman lelaki sebaya?
MD : Ya.
Aku : Dalam masa dua tahun nak tunggu dia habis belajar ini, awak nak buat apa?
MD : Duduk rumah, belajar cara nak uruskan rumah ke apa ke yang patut. Malas nak kerja, nanti penat. Lagipun, kalau guna diploma, kerja apa sahaja yang dapat?
Aku : Tapi, kamu pun tak tahu nak kahwin bila kan?
MD : Lepas teman lelaki habis belajar, kami akan kahwin.
Aku : Keluarga setuju ke?
MD : Mestilah tak. Tapi saya memang dah tiada rasa nak belajar, saya cuma fikir nak kahwin, hidup berkeluarga ini nampak seronok.
Aku : Ni kalau Kak Zara cakap sedikit jangan marah ya? Cuma pendapat dari sudut seorang perempuan.
MD : Cakaplah kak.
Aku : Apa jaminan yang dia akan betul-betul bersama awak?
MD : Dia cintakan saya, saya cintakan dia.
Aku : Tapi kalau setakat cinta sahaja, tak membawa erti apa-apa. Cinta tanpa duit juga tidak akan membawa ke mana.
MD : Itu cinta materialistik.
Aku : Bukan bermaksud materialistik. Cuma katakanlah kamu nak telefon atau SMS dia, mesti perlukan duit kan? Kalau keluar bersama dan sebagainya, masih perlukan duit. Kalau kamu tak minat nak belajar, tak minat nak kerja, macam mana nak dapatkan duit untuk itu semua?
MD : Duit simpanan ada.
Aku : Bukit dan gunung pun boleh rata orang tarah setiap hari, inikan pula duit. Kalau nak kahwin, lagi banyak perlukan duit. Dengan bersandarkan cinta semata-mata, duit tidak akan masuk.
MD : Tapi saya percayakan dia kak. Dia tidak akan sia-siakan saya. Kami akan berkahwin.
Aku : Baiklah. Awak akan berkahwin dengan dia. Katakanlah berlakunya masalah sehingga berlaku penceraian. Apa awak nak buat?
MD : Tak mungkin akan berpisah sebab kami cinta sesama kami.
Aku : Katakanlah berlaku. Kalau awak tiada kerja, tiada pekerjaan, bagaimana nak menampung hidup selepas itu?
MD : Masa berkahwin, wujudkan harta penceraian ataupun tetapkan syarat tidak boleh bercerai.
Aku : Mana datang harta sepencarian kalau dia seorang sahaja yang bekerja? Dan katakanlah dia tidak dapat kerja walaupun dah habis belajar, bagaimana?
MD : Dia akan dapat kerja, dia pandai.
Aku : Moga-moga dia dapat sebab kursus yang dia ambil sudah terdapat lambakan.
MD : Kalau dia lambat dapat kerja sekalipun, saya tetap akan tunggu dia.
Aku : Baguslah kalau awak yakin begini.
MD : Jadi, kalau saya tak sambung belajar pun tak mengapa kan kak?
Aku : Terpulang pada awak sendiri. Sebab kak yang dah kerja, yang tamat belajar dengan setakat sarjana muda ini pun menyimpan keinginan untuk sambung belajar demi masa depan sendiri, tapi terpulanglah. Setiap orang tidak sama kan?
MD : Kan bagus kalau saya boleh cakap camni dengan keluarga saya.
Aku : Agak-agak awak berapa lama awak boleh bertahan tak kerja dan harapkan cinta?
MD : Selama yang diperlukan.

Gambar : Kalau dalam Forest Gump, hidup dikatakan seperti sebuah kotak coklat. Kita tidak akan tahu apa yang kita akan dapat didalamnya. Dan pada aku, begitu juga dengan segelas kopi. Kita tidak akan dapat menelah apa yang kita rasa akan sama atau tidak.

Aku tak menghalang orang yang mahu melunaskan impian perkahwinan dan bersama dengan orang yang mereka cintai. Itu sesuatu yang baik dan tentunya dapat mempunyai hubungan yang sah. Cuma, kalau kamu masih punya keluarga, fikirkanlah perasaan mereka. Jika mereka merestui, sujud syukur kepada Yang Maha Esa atas kurniaan tersebut. Jika tidak, mungkin mereka masih mahu lihat kejayaan yang boleh kamu dapatkan dalam hidup. Tidak salah jika berkahwin semasa belajar, bahkan ada sahaja yang dilakukan oleh kawan-kawan aku sendiri, bahkan lebih berjaya dari aku.

Cuma, kalau tidak mahu menyambung impian hanya disebabkan oleh cinta, aku sebagai seorang yang sangat dahagakan ilmu agak merasakan itu bukan suatu keputusan yang tepat sebab kita tidak dapat meramal masa depan kita. Kalau bahagia dan gembira di hujung cerita, baguslah. Kalaulah cerita dongeng impian kita tidak mempunyai penghujung yang menggembirakan? 

Sebelum fikirkan orang lain, fikirkan natijah kepada diri sendiri.
Memang benar, mencari kegembiraan sendiri adalah penting. Tetapi, fikirkan juga orang disekeliling kita yang tidak pernah meninggalkan kita sewaktu kita susah, sentiasa menyayangi kita, sentiasa menyokong kita. Kalau kita mengecewakan mereka, apakah kita mampu untuk mengukir senyuman bahagia bila ada mata yang redup dan menakung air jernih di tubir mata?

Tapi, sekali lagi.
Terpulanglah.
 
Lord Zara : Nak kahwin, nak beranak guna duit. Percayalah. Nak besarkan diri sendiri pun perlukan duit, apatah ;agi nak besarkan anak. 

Isnin, Mac 28

Kisah Babih Di Malam Hari :)

*MOOD PANAS HATI*
(baca dengan hati terbuka sebab sumpah aku banyak mencarut)

Sambungan perang status di FB.

Aku tak paham dengan perangai satu minah ni. Perghhhh.. Aku sepak kau laju laju kang baru kau tau. Benda ni start dari sorang MAMAT BABI yang aku kenal 5, 6 tahun lepas.


First, mamat ni (ex-bf) memang babi tahap loser dewa. Dah ah tak kerja, aku dah ah belajar, kena sara dia gak. Perangai dah ah tak boleh blah. Aku ni jenis percaya orang akan berubah. Aku treat dia baik gila kot. Konon jenis buat baik dibalas baik ah kan. Abah dia!!

Aku letak deposit sewa rumah dia kat Seremban, beribu!! (aku guna duit PTPTN). Cepat kata aku bangang. Fine, aku terima! Masuk bulan kedua, dia tak bayar sewa, kena halau. Aku nak dtg sana dari Shah Alam, nak collect balance duit deposit, rupanya dia dah amik awal awal siap shopping kat PS. Memang SIAL kan kau! Masa kat rumah tu, aku banyak ah letak gambar gambar, kau bawak perempuan gemuk mana ntah datang cakap kita SEPUPU. Tau ah kita dua dua muka macam cina-cina sikit. Tapi babih apa kau?
Kalau sebut nama kawan kawan kau dulu, siapa je yang ada kawan ngan kau sampai sekrang? TAKDE weyh!! Semua ada dengan aku sampai skang!!

Perangai mamat LOSER kaki kelentong, buat kawan kawan macam SIAL ni memang akan aku sumpah ke tujuh keturunan. Kalau nak cerita perangai Lahanat dia ni sampai  esok pagi pun aku tak habis cerita. Okay, nak di jadikan cerita, tahun lepas aku ada ternampak mamat BABI ni kerja kat Carrefour Subang, jual PERIUK!! Fine, aku tak judge. Dah bekerja ah gak kan.

Oleh kerana, benda yang lama usah dikenang, aku pun dah kawan balik dengan dia kat FB, ada phone no, aku just call je ah nak say HI. Bertahun tak jumpa. Aku nampak dia angkat tapi tak bercakap. Fine, aku just text cakap' Sombong gila.' End of story.

Next week, ada satu minah msg aku kat FB, tanya sikit punya baik, apsal aku contact BF dia. Aku pun jawab ah nicely. Pastu aku click ah kat FB minah tu yang tak private. Baikkk punya minah ni kutuk aku kat FB, cakap aku tergila gila kan BF dia la, cakap aku macam macam ah. Dia start nak amik gambar aku konon-konon nak tag kat FB suruh kawan kawan dia kutuk. Cakap muka aku macam selipar jamban la, budget HOT ah. Memang berbulu je aku. Dapat aku tag gambar kau, dengan mereka mereka yg berbulu ngan kau, memang terbaik kena sound tepek terus!

Lalu, cehhhh.. HAHA. Aku pun msg ah dia balik, apsal nak cakap aku mcm tu kat FB. Pastu dia melenting. Siap nak cakap aku cari BF dia sebab BF dia dah 'POWER' sekarang. Perghhhh.. perempuan apa sey kau naik berbual macam tu? Macam minah bohsia je. Geli gila aku weyh!! Siap bergaduh gaduh bagai, lagi nak mengutuk rupa paras aku macam kau tu sesempurna bidadari syurga. Cakap takde lelaki nak kat aku, tu sebab cari BF dia. ABAH KAU LA!! Kang aku list lelaki yang que, menangis kau kang.

Nak dijadikan cerita dieorang kahwin beberapa minggu yang lepas. Si minah ni add aku kat FB dan say sorry semua bagai. Aku terima dengan hati terbuka. Fine, dah kahwin pun. Siap jemput aku datang. Alhamdulillah. Tapi beberapa hari lepas FB Status dia banyak buat aku terasa. Apa yg dia tulis mesti macam nak reply balim status aku. Bila aku baca comment comment kat awahnya, memang mengumpat pasal aku.

Kata aku

- budak JB Celup ( aku lahir kat HSA, JB baiiiii!! Aku memang budak JB )

-cakap aku tak seHOT budak semPUNK *read: Simpang Renggam ( biar la aku tak seHOT budak Simpang   Renggam, asalkan aku tak eja SIMPANG jadi SEMPUNK ke SIMPUNK ke bodoh apa.



-konon siapa CUN akan KAHWIN dulu. Gila apa kau? Kau la agaknya takut dah tak laku, kahwin la cepat cepat. Aku ada banyak pilihan kot. Nak cakap takde laki nak kat aku, AA bagitau dia sikit aku malas nak riak. HAHA!! Ishhhh...

-Peduli apa aku tulis status nak buat mani, pedi ke, nak pergi saloon ke, nak pergi London ke, yang kau nak meluat sangat tu pehal? Tu la, gedik gila nak add aku kan? Haaa.. Rasakan. Aku pergi mana mana pun ada pakai duit kau ke?

-Pastu nak kata dia pun CUN jugak, kalau tak takkan la ada lelaki nak habis puluhan ribu nak kahwin ngan dia. Habis kalau setakat habis 3,4 ribu tak cun ke apa? Kau kahwin dulu, tu rezeki kau, bersyukur. Jaga rumah tangga kau. Aku takut tak sampai 6 bulan kau dah menjanda.

-Adakah kau ANTI aku sangat sebab kau rasa tergugat? Tolonglahhhh.. Setakat si LOSER tu, tak payah berlaki pun lagi bagus!!

Last but not least, aku banyak belajar dari pengalaman cinta yang lepas. Aku tak kesah orang nak cakap aku apa, asalkan aku tak ulang balik kesilapan yang lama. And tolong lah. aku ngan DIA dah OVER tahap dewa punya. Tak payah la kau nak emosi sangat sampai nak kutuk kutuk aku tak pasal pasal. Aku tak pernah kacau pun hidup kau. Setakat kau nak add aku, pastu nak cakap aku tak se HOT mana pun, baik kau simpan je niat suci murni kau. aku memang panas hati sebab aku dah buang jauh jauh pasal kau dalam hidup aku, tetiba benda ni jadi pasal balik.

Aku nasihatkan kau jaga ah laki kau and rumah tangga kau elok elok ye. What past is past. Tak guna kau add aku and stalk aku pastu nak judge semua benda yang aku buat. Tak payah nak kata kau meluat ngan aku, kau nak kata aku good good, sila DELETE aku dari FB tu.

Aku memang tak se CUN/ HOT mana pun tapi sedikit CUN/HOT dari kau tu dah buat aku sangat sangat bersyukur weyh!!



p/s: busuk siak hati kau wahai perempuan physco!!

Implikasi Mudah Mengenai Fesyen Terhadap Perempuan Dari Kaca Mata Lelaki

Perempuan yang memakai seluar jeans memang mengasyikkan. Bentuk pinggang dan punggung mereka akan menceritakan segalanya. Ya, mungkin menjadi point untuk sekumpulan lelaki bercerita apabila ternampak gadis hot yang baru saja lalu di depan mata dengan memakai skinny jeans dengan sexy-heel. Apakah klasiknya antara jeans dengan perempuan?

1. Heel yang seksi hanya elok di padankan dengan skinny jeans. Legging? Kurang sesuai. Mini-skirt? Awesome! Memakai heel dengan seluar jeans yang jenis bell-bottom (ukuran bukaan kaki yang besar) akan menjadikan heel yang seksi menjadi penyapu sampah. Straight jeans pun sebenarnya agak kurang sesuai dipadankan dengan heel. Dan jangan lupa juga untuk TIDAK memakai heel dengan seluar track-suit ketat. It's lunatic.

2. Memakai jeans yang ketat seperti skinny jeans or straight ladies jeans memerlukan wanita membawa beg tangan. Perempuan tidak di sepatutnya membawa dompet walaupun dompet nya berjenama Guess sekalipun.  Dompet, bila di masukkan ke dalam poket seluar jeans yang ketat itu, amatlah pelik bentuknya. Seperti nampak benjolan di punggung. Malah, dompet yang mahal tu pun menjadi leper sebab di hempap dengan punggung sewaktu duduk di kerusi. Letak dalam kocek sekalipun, agak susah hendak berjalan apatah lagi cat-walk. Apatah lagi hanya di pegang, kepit di ketiak. Penat dan tidak selesa. Jadi, bawalah beg tangan.

3. Opss, beg tangan mudah di ragut? Baiklah, jika di katakan dompet mudah di bawa kerana tidak berisiko dari di ragut berbanding beg tangan, pakailah seluar jeans yang longgar agar dompet boleh di masukkan dengan mudah. Jika merasakan mahu juga memakai skinny jeans. Gunakan bag case yang kecil berjaring-jaring seperti yang selalu di jual di kedai cenderahati. Kecil, mudah, hanya isi kad pengenalan, lesen memandu dan duit kertas. Paling tidak pun sebuah gincu dan eye-liner. Heh, perempuan dan make-up tak dapat dipisahkan.

4. Kebanyakkan lelaki sebenarnya merasakan amat leceh untuk menjaga beg tangan perempuan sewaktu perempuan ke tandas. Terasa janggal walau mahu nampak gentleman. Maka sebenarnya, lelaki tidak akan berasa perempuan itu sebagai selekeh jika dia tidak membawa beg tangan. Lelaki sukakan benda yang mudah dan tidak remeh. Secara tidak langsung, bag case yang kecil seperti di bincangkan tadi adalah paling efficient.

5. Akan ada lelaki yang punyai mata helang boleh men-detect sama ada perempuan itu pernah melakukan hubungan seks atau tidak dalam hidupnya melalui pengamatan terhadap bentuk punggung perempuan yang memakai seluar jeans ketat. Dalam istilah lelaki, ia di panggil 'dah pernah kena' atau masih 'freshie' lagi. Macam mana bentuknya, itu rahsia lelaki. Namun, ia hanya hipotesis, belum teori.

6. Jika perempuan yang pergi ke klub atau majlis seperti gathering contohnya, dan mahu mendapatkan perhatian. Jangan pakai jeans. Pakai lah skirt, mini skirt, atau long-blouse. Sebab jeans terlalu common di mata lelaki. Lelaki perlukan sesuatu yang nampak lain dalam kalangan yang serupa. Seperti 9 perempuan pakai jeans, 1 perempuan pakai skirt. Mestilah yang pakai skirt akan jadi perhatian.

7. Jenama jeans bukanlah suatu peranan besar bagi sesetengah perempuan. Ada yang asal cantik, ok lah. Tapi banyak perempuan kini gilakan jenama. It's obvious. Levi's adalah typical brand. Sebenarnya memakai jeans berjenama bukanlah suatu status. Ia hanya menyedapkan hati si pemakai. Keyakinan melangkah kaki sewaktu berjalan. Namun, prinsip ini jika di aplikasi dalam keagamaan. Ia di panggil 'jiwa materialistik'.

8. Wajar atau tidak perempuan itu memakai jeans adalah terletak kepada akal masing-masing. Soal maruah, takwa dan perilaku adakalanya terlalu rawak untuk di letakkan maksudnya ke atas pemakaian seluar jeans. Contohnya, memakai jeans yang ketat berdosa kerana menampakkan bentuk tubuh kepada umum. Oleh itu, pakailah seluar yang longgar atau memakai long-skirt. Persoalannya, mengkritik memang mudah, tindakan? Kosong.

9. Ini kerana, setiap pandangan dari seseorang lelaki terhadap perempuan yang mengenakan skinny jeans berbeza. Jika tanya pada penulis, ia biasa saja. Tanya kepada playboy, dia akan kata WOW!. Tanya pada lelaki beragama, dia akan cakap nauzubillah. Rawak bukan?

Whatever it is, pemakaian jeans dalam fesyen wanita semakin kelakar. Trend gadis yang memakai shawls, baju ketat berlengan panjang, cardigans, dan skinny jeans agak semakin ramai kini. Apatah lagi dengan kewujudan harem-pants dan macam-macam lagi. Pengaruh Yuna? Pengaruh Maria Elena? Fatin Liyana? Miera Liyana? Mungkin. But, fesyen sebegini banyak menggelengkan kepala ramai lelaki. Sampai ada yang terpacul mulut, "Baik tak payah pakai tudung, tiada beza dosanya". Ohhh, life is hard kan?

p/s : Last-last pakai sneakers dan baju kurung cotton. Setel!



Ahad, Mac 27

Cerpen Faktab: Cinta Kontrak.

"Itu je lah yang awak tahu. Cari kesalahan saya sahaja. Lepas tu cemburu buta. Haih. Saya bosan lah dengan perangai awak macam ni." herdik seorang jantan alah bisa tegar biasa. 

"Saya bukan cari kesalahan awak. Saya cuma nak tahu apa awak buat masa saya tak di depan awak. Itu je. Saya berhak tahu kan?" jawab Hawa.

Suasana petang di taman permainan Taman Kelapa Muda itu sangat ceria. Anak-anak kecil berlari ke sini, ke sana. Burung-burung terbang laju kejar-mengejar. Anak-anak tahfiz dari surau berdekat yang berjubah dan serban bising merebut bola di padang. Aktiviti riadah petang itu unik sekali kerana turut di meriahkan dengan suasana pergaduhan kecil seorang jantan dan Hawa.

"Tak cari salah apa kalau dah ikut saya dari belakang ke mana saya pergi."

"Sebab saya dengar macam-macam berita. Kalau saya tak ikut macam ni, macam mana saya nak tahu yang awak selalu pergi ke rumah Liza?"

"Habis dah tak percaya dengan saya?"

"Bukan tu . . ." jawab Hawa sayu.

"Kalau dah tak percaya, macam mana nak terus?" seorang jantan tadi bangun dan meletakkan satu cincin ke atas meja dan beredar.

Hawa terkelu.

Di atas cincin itu terukir satu perkataan 'FOREVER'.



"Kalau kita takde jodoh, awak beri balik cincin ni dekat saya ye? Hehe. Tapi saya harap awak akan terus pakai cincin ni sampai bila-bila." ayat yang di ucapkan  setahun yang lepas tu masih terngiang-ngiang di kepala Hawa. Kini, cincin itu ada di depan matanya.

Menangis pun dah tak guna. Kalau gua ada kat situ, gua dah lama pinjamkan bahu untuk si Hawa ni menangis. Tapi malangnya, tak boleh.

*****

Hawa masih sakit akibat ditinggalkan seorang jantan. Oh salah. Bukan itu yang dia sakiti. Dia cuma sakit kerana kecurangan seorang jantan itu. Sedang Hawa mengemas buku-buku ke rak, bunyi telefon dengan nada dering lagu Selamat Pagi Gadis, Waktu Indah Dahulu kedengaran,

"Hello. Ini Hawa ke?"

"Oh hello. Ya ini Hawa. Awak ni siapa?"

"Ni Atirah lah. Ingat? Fasilitator Kem Bina Semangat di Pulau Pangkor dua tahun lepas?"

"Oh ya! Atirah! Kau apa khabar!"

Mereka berdua bersembang panjang. Memori satu minggu di kem di Pulau Pangkor. Menjaga budak lepasan SPM. Mengenai aktiviti sebelum menerjah masuk ke alam universiti kononnya. Gua dulu takde pun kem macam ni siap ke pulau. Jeles juga gua. Tetambah ada kak fasi cun macam Hawa ni. 

Sampai satu ketika,

". . .hahaha. Kelakar kan masa tu? Kau amacam sekarang? Ada contact Adam lagi?"

satu persoalan yang belum ada jawapan yang pasti. Lidah Hawa bagai di belah tujuh belas. Walau banyak perkataan yang mahu di kata, namun tak terkata. 

*****

"Eh, hai. Nama saya Adam. Saya berasal dari Kubang Pasu, Kedah."

Sesi pengenalan kepada semua Fasilitator yang hadir bermula. Hawa ketika itu baru sahaja semester 3 di universiti. Dan Adam pula semester 4 di universiti yang sama tapi berlainan kampus.Tanpa di sangka, Hawa dan Adam di letakkan di dalam satu pasukan Delta. Bersama dua lagi fasilitator yang lain. 



Sedang Hawa membantu menyiapkan barang-barang untuk adik-adik mereka beraktiviti esok hari,

"Hawa, sini kejap. Adam ada benda nak cakap."

"Oh, sekarang? Err. . ."

"Alah kejap je, kat depan pintu dewan tu eh?"

"Hurm, baiklah."

Hawa berjalan ke muka pintu tu tanpa ada fikiran apa-apa. Cuma yang dia tahu, dia membantu siap menggunting kadbod-kadbod untuk hari esok.

"Ha, Adam. Kenapa?"

"Jadi girlfriend saya nak?"

"Hah? Adam gila ke? Kita baru je kenal sehari."

"Hahaha. Untuk kem ni sahaja. Kita couple contract? Seminggu?"

Hawa tersenyum pantas.

Seminggu. Rasa sekejap sangat untuk mereka. Adam. Sang misteri. Entah dari mana dia muncul. Tiba-tiba terus hadir dalam hidup Hawa. Walau untuk satu minggu sangat bermakna. Mereka bagai sangat serasi. Kadang kala, ada masa lapang, mereka akan buat kerja bersama sambil bersembang tentang diri masing-masing.

"Kalau muzik, saya suka dengar post rock. Macam Toe. Saya suka Toe. Adam macam mana?"

"I love post rock! You should try Damn Dirty Apes. Diorang dari Malaysia. Tak macam Toe dari Japan kan?"

Banyak betul persamaan. Tapi sayang. Gua pun sedih. Sebab seminggu sahaja. Ketika hari terakhir mereka di kem itu, sedang mereka berat untuk berpisah,

"Bak telefon awak Hawa."

"Kenapa Adam?" 

Adam ambil telefon itu dan delete nombornya. 

"tengok ni."

Dia juga telah mendelete no Hawa dari telefonnya.

"Biar kita tak perlu ada apa-apa lagi lepas ni. Kita kan cinta kontrak?" Adam senyum palsu. Hawa mengangguk senyum. Padahal dah bergenang.

Sedang bas Hawa hendak meninggalkan perkarangan kem,

"Hawa, tengok pakwe kontrak kau tu!"

Di lihat Adam mengejar bas itu dari belakang. 

Jauh,

jauh,

jauh.

Hilang dari pandangan.

*****



Hawa termenung keseorangan di jendela biliknya. Walaupun yang nampak hanya perumahan yang baru nak naik. 

Perlakuan sang jantan sebegitu dan teringat kisah dua tahun lepas di Pulau Pangkor betul-betul buat Hawa teringatkan Adam. Seorang lelaki misteri yang duduk di nun utara sana. Entah di mana dia sekarang.

Cinta kontrak antara dia dan Adam perlu di panjangkan lagi. Mungkin mereka boleh buat bidaan untuk memanjang kontrak? Mungkin sahaja. Itupun kalau lelaki misteri itu muncul semula.

Sabtu, Mac 26

Malam Ini..

Sukahati kau orang nak tutup lampu ke tak. Tapi yang paling penting..

Jangan lupa kunci pintu. Nanti kena rogol, samun, pukau baru tau. Sekarang ni macam- macam kes ada beb!


*Gambar diambil dari blog lama aku.

Surat Terbuka Untuk Gadis Belon Merah.



"There is always hope" - Banksy.

Kita semua ada cerita duka. Kita semua selalu berharap. Saya selalu menganggap bahawa kerja mengharap ini adalah satu kerja sia-sia. Bak kata Mira Awek Chuck Taylor, hope is for the losers. Kata ibu saya, semakin kita berharap - semakin besar chances kita untuk gagal.

Saya lebih banyak belajar dari pengalaman saya - kepercayaan saya adalah berdasarkan apa yang saya alami. Jika sesuatu itu tidak kena serta absurd dalam fikiran saya itu kerana saya sendiri tidak mengalaminya. Hasil dari tabula rasa yang saya alami, selalu apa yang saya harapkan akan gagal. Pertama kali saya jatuh cinta dengan seorang gadis ketika saya berusia Darjah Lima. Sejauh pengalaman memori saya, ini adalah kali pertama saya jatuh cinta. Masa itu "adik" saya baru sahaja lepas digilotinkan setahun. Nama gadis itu ialah Nadirah. Dalam kotak pemikiran saya yang penuh dengan memori 'sandarkan pada kenangan' - (sebab itu saya sesuai jadi fan Liverpool FC - siapa nak power Sejarah SPM sila jadi fan Liverpool), dia adalah cinta hati saya yang pertama yang saya gagal.

Apabila hati saya berdetik - "i'm in love" - segala oxytocin dalam tubuh mengarahkan saya untuk bertindak seboleh mana untuk membuktikan saya cinta padanya. Dia mintak tolong saya belikan air kat kantin, saya beli. Saya tolong beratur untuknya di kantin. Saya bawak beg dia ketika nak pergi sekolah (sekolah saya SR Taman Cuepacs - boleh Google), naik bukit - dan saya pikul dua beg sekaligus. Dengan harapan saya dapat memenangi hatinya. Instead, budak lelaki yang bernama Hidzir yang tak payah pikul beg, tak payah beratur dan tak payah buat macam-macam - berjaya memenangi hatinya. First time harapan saya digagalkan oleh realiti.

Terdapat banyak lagi siri kegagalan saya. Cerita kisah cinta gagal saya jauh lebih epik dari Awek Chuck Taylor. Kalau anda mengatakan cerita Awek Chuck Taylor adalah epik sebab cerita tentang 8 orang kekasih, bahagian gagal lagi banyak agaknya. Kegagalan kedua yang saya ingat ialah nama Natasha. Dia ini saya minat dia ketika Tingkatan Empat. Sebagai seorang mat grunge, mat pelompat pagar sekolah kaki ponteng, kaki game, kami hisap rokok belakang kelas dan kaki ponteng ni, memang tak deserve nak dapat Natasha yang merupakan pengawas sekolah. But you know what? Saya sanggup jadi pengawas sekolah, masuk koir peringkat sekolah dan pertandingan teater peringkat daerah untuk dia nampak saya. Saya sanggup jadi stalker dan lukis gambar dia untuk dijadikan hadiah pada hari lahir. Apa saya dapat? Gagal lagi. Dia fall in love dengan member baik saya. The worst part dia maki saya - "kau kencing kat tempurung, kau tengok kat tempurung tu - macam tu la taraf muka kau". What an epic rejection.

Ye lah, kawan saya Shafiq memang betul. He gave me reality check to me. "Kau tu dah la selekeh, kaki ponteng kelas, muka penuh jerawat, badan gemuk, siapa nak kau? Natasha? Pergi matilah." - sampai sekarang saya ingat itu. Yeah,kita kena refer dengan reality kalau nak berharap sekalipun.

Then saya kenal Intan. My first girlfriend. How happy finally I got a girlfriend. Saya rasa self-esteem saya kembali meningkat selepas dihentam teruk oleh Natasha. Ini kerana dia suka lukisan komik saya, dan cinta berpaut dari situ. Demi Intan, saya sanggup belajar beratus-ratus jenis stroke lukisan kartun untuk upgrade lukisan saya. Demi Intan saya sanggup membeli buku Jepun beratus-ratus ringgit yang saya tak faham bahasa hanya nak tiru stroke. Begitulah kuatnya oxytocin saya menolak dalam badan untuk berkata, "to dare is to do". Untuk buktikan cinta saya - saya sanggup lakukan apa sahaja.

Tetapi dia lari dengan seorang anak Datuk. Ini kerana bila saya nak berjumpa dengan dia - saya sanggup berjalan dari Cheras Perdana ke Sungai Sekamat yang jaraknya hampir 10 kilometer ke rumahnya. Tapi baginya, kenapa nak balak yang berjalan sedangkan ada yang memiliki kereta?

Jadi saat 6 Ogos 2002 adalah saat paling gelap dalam hidup saya. Saya menjadi pesimistik dan saya enggan berharap. Pada hari itu saya harap saya tidak lagi hidup di dunia dan cuba menjadi malaikat Izrail untuk mencabut nyawa sendiri. I failed because I'm not an angel of death. And I failed it miserably.

Banyak sekali kisah cinta hidup saya sehingga saya tak tau nak mulakan dari mana. Ini kerana apabila saya bercinta - saya menggunakan segala kudrat dan fikrah saya untuk membuatkan orang yang saya cinta itu nampak diri saya. I don't care if it's hurts. I don't care if it's suffocates and I don't care if I die. Asalkan dia nampak yang saya cintakan dia.

Banyak lagi kegagalan dalam bercinta dalam hidup saya. Awek pindah oversealah, awek kaki kikis lah, macam-macam. Semasa bersama dengan arwah Sherina Ellyana - satu harapan baru tercipta. Disinilah apa yang saya harapkan akan berbunga harapnya. Tetapi ia tak lama - 8 Julai 2007 dia meninggal dunia. Harapan yang besar seolah-olah seperti balang gelas yang dilambung dan terhempas pecah.

Dalam meniti kisah hidup yang panjang, banyak lagi cerita yang saya ingin tulis. Ada seorang tu saya sanggup dari Pulau Pinang turun ke Kuala Lumpur semata-mata nak teman dia untuk makan tengah hari. Ada seorang tu saya sanggup berjalan dalam hujan ribut hanya untuk telefon dia okay ataupun tidak. Saya tak pernah kisah walaupun nyawa saya di hujung tanduk sekalipun. Ini bukan lirik lagu Bruno Mars by the way. Sebelum Bruno Mars terkenal saya dah buat tu semua.

Saya kenal awak dalam ruangan cyber ini. Sekali lagi oxytocin saya sekali lagi menolak saya. Setiap malam saya dilanda angau dan insomnia memikirkan awak. Menunggu awak reply BBM saya. Menanti bila nak reply Twitter. Dan saya rasa inilah yang saya rasa ketika ini. Tetapi, awak mengaku awak ada boyfriend. Sekali lagi another brick of the wall menghalang saya. Lamunan saya terhenti.

But here's another side of the story. Boyfriend awak suka tengking awak, suka maki awak dan suka merendahkan awak. Which bagi saya adalah satu nilai dosa dalam hidup saya. Saya menganggap emansipasi wanita adalah satu perkara yang maha penting dalam kemajuan manusia. Negara yang maju adalah negara yang menghargai wanita. Itu apa yang saya percaya. Itu apa yang saya pegang.

Minggu lepas, saya mahu bertemu seorang teman di Kudu. Dalam saya menaiki monorel dan saya berhenti di Stesen Medan Tuanku. Tiba-tiba saya ternampak seorang lelaki,berusia awal 20an memaki hamun girlfriendnya di tepi stesen. Girlfriendnya hanya tunduk menahan malu dan saya terdengar tangisan itu. Bagi saya tangisan itu sangat mengilukan saya. Ikutkan hati saya rasa macam nak bagi penerajang Kyo Kusanagi je kat mamat tu. Punca kenapa girlfriend itu dimaki ialah kerana girlfriend itu salah beli tiket monorail - berhenti kat Bukit Bintang tapi girlfriend dia beli kat Imbi. Big deal - drop je la kat Bukit Bintang, apa problem? Kerana rugi seposen dah nak maki macam lancau?

Saya seumur hidup saya bercinta saya tak pernah maki girlfriend saya - tertinggi suara mungkin sebab mungkin kita tak dapat elak emosi kita. Tapi untuk memanggil girlfriend saya bodoh, bangang, bingai, babi, atau sundal(saya pernah dengar orang panggil girlfriend dia sundal bila terlampau marah), itu saya tak pernah buat. Dan mendengar boyfriend awak suka maki hamun awak, suka buat awak menangis dan kecewa, suka buat awak patah hati dan tertekan - saya tiba-tiba teringat kepada Knox Overstreet seorang lelaki dalam cerita puitis "Dead Poet Society". Do an overstreet? Should I do an overstreet?

Saya tahu ini adalah risiko. Hidup ini memang penuh dengan risiko. Ketika ibu saya nak melahirkan saya - saya ada risiko mati tersepit di rahim atau hidup. Semua orang ada risiko untuk mati semasa dilahirkan. Risiko untuk gagal atau berjaya. Sepanjang hari-hari ini saya memikirkan apakah saya patut overstreet sahaja dan kesatkan air mata awak yang berlinangan tu? Seperti yang awak cakap - "I want to be happy - but love always kills me". Yeah,love ALMOST KILL ME. Disebabkan oleh kerana kecewa dengan 1st ex-girlfriend saya hampir mencabut nyawa sendiri. Tapi one thing - walaupun apa yang dikatakan oleh Mira Awek Chuck Taylor, "hope is for the losers", tapi Banksy kata "there is always hope".

Melalui entry ini, saya akhirnya berani menyahut cabaran. Sama ada saya gagal ataupun berjaya - terpulang kepada keputusan awak. Saya hari ini mengatakan saya sayang kepada awak dan saya akan sanggup buat apa yang saya mampu demi awak. Saya tak tahu sejauh mana saya akan duga kemampuan saya ini demi awak. Jika saya gagal, saya tidak akan menyesal, sekurang-kurangnya saya dah mencuba. Dan kalau saya gagal, biarlah saya nikmati kegagalan ini seperti apa yang saya lalui selama ini. Lebih baik saya gagal dalam percubaan - dari gagal mencuba langsung.


Loving someone is nothing,
To be loved by someone is something,
But loving and to be loved is everything,
Would you be my everything?


Saya tidak melakukan janji-janji seorang YB, tapi sekiranya awak bersama saya, saya akan buat awak gembira - macam arwah Elly lakukan kepada saya. Through happy and hard times, through each and every moments - we cherish together - if you ever give me a chance.

This song is for you. Enjoy.



p/s: Cinta yang agung adalah cinta yang gagal - tapi kalau asyik nak gagal - tu loser namanya.

Jumaat, Mac 25

Lelaki & Perempuan VS Nafsu

Perempuan's 'WET DREAM'


GUCCI 249709 J0731 2461
EST PRICE : RM 880.00



CHANEL CLASSIC
LEATHER BLACK
EST PRICE : RM10340.00



DAFFODILE 160
CHRISTIAN LOUBOUTIN
EST PRICE : RM 3383.00


LV - SUHAILI LEATHER
LE MAJETUEX
EST PRICE : RM 9662.40



Lelaki's 'WET DREAM'


SOURCE : GOOGLE
FOC


SOURCE : GOOGLE
FOC



SOURCE : GOOGLE
FREE GAK AH!


p/s : ni semua ni, DUNIAWI ni!!