Tengok tajuk pon mesti lu orang dah tahu kan gua nak tules pasal ape arini? Kalau lu orang fikir gua nak tules pasal kes perceraian yang ada kat Malaysia skang ni, gua terpaksa lukakan hati lu orang dengan mengatakan jawapan lu orang salah. Gua pon taktau ape motif gua buat ayat panjang berjela tapi maksud yang gua cuba nak sampaikan sikit je pon dan kalau lu orang boleh tangkap apa maksud yang gua cuba nak sampaikan, lu orang memang errr memang hmmm memang nak kate bijak, itu gua, okay la lu orang memang bijak, macam gua. Hikhik. Okay kawan-kawan. Sila tarik nafas dedalam dan lepaskan pepelan.
Intro yang panjang memang menampakkan yang gua bersungguh dalam menulis entri kali ni. Baiklah. Where should I start then? Hurm... Sbnanye kan, kalau lu orang refer balik apa yang gua penah tules sebelum ni, gua ada tules pasal jom bergerak (baca: let's move on) kan? So, apa lu orang fikir? Okay simpan dulu apa yang lu orang fikir. Skang ni gua nak tanya kat lu orang, apa pendapat lu orang pasal satu statement yang gua penah baca ada orang tules, 'Letting go is easier than moving on'? Betul ke? Betul ke? Okay, ni lu orang boleh jawab. Tapi, bagi gua ada betul dan ada tak.
Pendapat setiap orang kan berbeza-beza. CONTOHNYA, kalau gua rase yang HZ dan FL tu biasa-biasa je dan lu orang rasa yang mereka sangat goddesssss, bukan hak gua untuk menidakkan apa yang lu orang rasa kan? (Sape hentam gua lepas ni, siap lah. Gua tepek besau-besau kat mata lu orang yang ini CONTOH semata). Because I believe that beauty lies in the eyes of the beholder. Cuba bayangkan kalau semua orang nampak pasangan kita macam mana kita nampak dia, tak ke haru? Ah sudah, taste semorang dah sama, acane? Jadi, Tuhan itu Maha Adil dan Maha Mengetahui, Dia tahu yang manusia ni memang suka sangat berperang dan bergaduh, memang tak sah kalau takde pergaduhan sehari, maka Dia jadikan setiap antara kita ni dengan rasa dan minat yang berbeza. Maka, harus direspek perasaan dan keminatan orang lain.
Ehh, bukan gua nak tules pasal gila talak ke sbnanye? Ape kes gua dah melalut pulak ni kan? Baiklah. Jangan nak risau sangat. Sebab sbnanye gila talak dan apa yang telah gua lalutkan di atas ada kena-mengena ye. Ya, ada kena-mengena. Macam mana? Macam ni...
Bila lu orang dah putus, perkara yang lu orang patut buat (selain menangis 3 hari 3 malam) adalah untuk bersikap cool dan tenang. Gua tahu tak ramai yang boleh buat macam ni termasuk gua. Jadi, gua akan gunakan 'kita' untuk menunjukkan that you'll never walk alone. Kehkeh. Okay sambung. Dah sah-sah la kita akan meroyan kan, lebih-lebih lagi kalau kita di pihak yang ditinggalkan. Kadar keroyanan mungkin lebih tinggi. Mungkin.

don't easily fall because it hurts like hell everytime you fall.
Apesal gua cadangkan untuk lu orang bertenang? Sebabnya, gua sendiri pon taktau. Hehe. Okay tipu je. Sebabnya, kalau lu orang tak bertenang, lu orang akan cenderung untuk jadi seperti tajuk di atas. Lu orang penah dengar istilah Cina Buta tak? Gua bukan saje nak bersikap racist di sini, tapi memang inilah istilah yang gua biasa dengar bila suami tu dok gasak menceraikan isteri dia sampai dah tak boleh nak cerai dah, last-last kena tunggu isteri dia kawen lain dan bercerai, baru dia boleh kawen balik dengan isteri dia. Kekadang orang buat, main sauk je sesape untuk dikawenkan dengan isteri dia sebab dia nak kawen balik dengan isteri dia. Orang yang disauk itulah dipanggil Cina Buta. Kenapa Cina Buta? Jangan tanya gua. Jangan tanya Amoi jugak! Kami inesen.

the ones we need not necessarily need us in return.
So, moralnya kat sini, janganlah gila talak sangat weh. Saiko tahu! Saiko! Gua paling meluat kalau dah putus pastu hegeh-hegeh kat bekas (bukan bekas tupperware makanan tu) dia macam orang gila. Tu yang orang panggil orang gila talak tu. Saiko weh! Saiko! Lagi gua paling takleh handle kalau dah lah dia mintak putus, pastu sket lagi dah kapel baru tapi dok kacau-kacau bekas yang dia tinggalkan macam payung yang tak digunakan bila hari redup dan emo kalau orang tu tak layan dia. SAIKO!!!!!!!!!!

inilah erti SAIKO!
Okay. Entah kenapa gua terlebih emo malam ni. Mungkin sebab gua meluat gila kot tengok orang-orang gila talak yang saiko ni. Kalau nak contact cara baik, takpe weh. Jangan sampai nampak sangat lu tu gila talak weh. Geli weh! Okay dah. Baik gua pegi amek wuduk jap. Dah banyak sangat dah setan ni bersorak gembira berdansa salsa dan sebagainya. Berjumpa lagi di lain hari, insyaAllah. Pesanan gua, biar gila-gila, jangan gila talak. Assalamualaikum!
p/s: Apa kaitannya, lu orang pepandai mengaitkannya okay? Takkan sume gua nak bagi? Lemak lah weh! Saiko! Kehkehkeh.
pictoras: link





















