Ahad, Januari 30

Seperti Lesen Memandu, Bertunang Adalah Lesen Berpacaran.

Apabila tunang adalah suami...

Ta-daa! Secara rasminya anda mempunyai calon suri hidup. Sudah steady, dan hanya berkira masa untuk menjadi pasangan secara sah.

Ibu bapa pun suka sangat dengan pilihan anda.

Tersangat suka.

Tersangat suka sampaikan seluruh jiwa raga anak dilepaskan sahaja kepada si bakal suami.

For them, bertunang bermakna sesi “berlatih jadi suami” maka kenalah diberikan anak bersama si tunang sebagai “latihan” bukan?

Maaf, kalau ada yang terasa lagi dalam entri saya. Semua perkataan di bawah ini saya kumpulkan dari pemerhatian saya kepada begitu ramai orang (Ya. Begitu ramai. Kenapa ramai sangat orang macam ini ha yang saya kenal?) Tetapi nasihat ini saya berikan secara terbuka untuk rakan-rakan terdekat, juga yang tanpa nama dalam dunia maya ini.

Jujurnya saya hairan seketika melihat gelagat ibu bapa zaman sekarang. Membiarkan anak dibawa ke sana ke mari oleh pasangan yang belum tentu muhrim. Melepaskan terus hak penjagaan anak perempuannya kepada lelaki yang bukan darah daging, yang confirm dosa kalau bersentuhan. Tu baru bersentuhan, kalau lebih daripada itu?Ya, sungguh aneh saya tengok apabila ibu bapa sedikit pun tak membebel kalau anak balik lewat atau tidak balik-balik. Selagi mereka tahu anak perempuan keluar dengan si bakal suami. Malah ada yang memberikan pelepasan penuh kepada si bakal suami untuk menentukan segala inci hidup si perempuan, kerana dia berstatus bakal suami.

Pernah ada seorang rakan saya merungut kerana dia sukar keluar rumah, walaupun berjumpa kakak angkat, kerana si lelaki terlalu cemburu.

“Apa susah,” saya nasihatkan. “Lain kali mintak izin mak ayah aje. Lantak la dia tu. Bukan suami kau pun.”


“Tapi...” kawan saya jawab. “Mak ayah saya pulak cakap suruh mintak izin boyfriend tu dulu!”

Semua boleh kawtim, ya ke?

“Tetapi kami sudah tunang, nak kahwin dah. Apa kau sibuk? Mak bapak kami pun tak marah tau.”
Walaupun dah selangkah ke alam perkahwinan, tapi belum bermakna segala yang dilakukan sebelum itu confirm boleh kawtim.

Bergayut tiap malam? “Tak apa, dengan bakal bini pun, tak salah.” (padahal cakap lucah-lucah. )

Keluar malam? “Tak apa, bakal suami ada. Dia akan lindungi anak saya.” (entah-entah dia cabut dulu kalau perompak datang)
Pergi konvoi motor ke PD bermalam di hotel? “Ala, bakal bini. Dia takkan kasi orang lain sentuh anak saya.” (padahal dia sentuh dulu—kot?)

Lepas ni apa pula, Seks? “Tak apa, dua bulan lagi kan diorang nak kahwin.” (Eh, apa tak boleh tunggu lagi dua bulan ke? Bukan susah sangat, puasa je. )

Banyak lagi perkara yang “diluluskan” oleh ibu bapa tunang hanya kerana ikatan tak sah tersebut. Saya pasti anda tahu dan pernah dengar pelbagai gelagat tunang, yang lebih ‘advanced’ daripada yang ini. Tapi hukumnya masih sama-HARAM. Sama level haramnya dengan lelaki yang sekadar boyfriend, ataupun “teman tapi mesra” apatah lagi skandal kekasih gelap!” Tak kiralah kalau termengandung masa tunang, lepas tu dia bertanggungjawab dan kahwin jugak, anak itu tetap luar nikah, okay. Okay, correction, selepas beberapa bulan boleh dinasab jadi anak sah. TAPI zina tetap zina, okay.

Alah, tapi budaknya baik ha. Tak mungkin la buat kerja jahat.

Are you sure about that? I mean like, really, really sure?

Kadangkala orang memang talam dua muka. Depan ibu bapa baik. Ala kita pun sama. Biasa kan, datang rumah kawan masa Raya Aidilfitri? Pakai baju formal segala dengan baju kurung dan baju Melayu. Kemudian buat muka sopan santun dengan tuan rumah padahal dekat luar gelak macam Kiah Propa KEKEKEKEKEKE

Ibu bapa sesungguhnya old school dan naif. Mereka mudah percaya dengan kemahiran Oscar Actor anak-anak zaman sekarang. Dan dengan itulah mereka meletakkan seluruh kepercayaan dan tanggungjawab. Bila ada cerita buruk tentang tunang ini disampaikan kepada mereka, pantas mereka menempelak “Ahhhh mak Jah jangan buat cerita. Dia tu baik tau. Ni entah-entah kau jeles sebab anak kau tak laku macam anak aku”. Bila dah tengok betul-betul depan mata barulah menepuk dahi. “Alamak Jais kenapa kau macam ini nakkkk...”

Truth is, engagement is just a statement.

It’s like putting down on your calendar the day of your marriage—but that’s just it.

Lagipun tunang tu cuma perjanjian, tapi bukan legally binding contract macam perkahwinan. Pernah tengok majlis tunang, ada tak sign-sgin papers macam orang kahwin? Tak ada kan?

Hakikatnya perjanjian tanpa hitam putih macam itu memang boleh terbatal. Tunang hari ini, esok boleh breakup. Tak ada bezanya dengan berpacaran sebenarnya. Maaf kalau saya katakan belum tentu anak anda akan berkahwin dengan lelaki itu, tidak kira bertapa berkenannya anda kepada dia. Malah tak keterlaluan mengatakan tunang adalah status yang adakalanya digunakan lelaki untuk memperalat si wanita dari segi kewangan, cinta dan dotdotdot. Iya-iya berjanji segala langit dan bumi tapi tiba hari kahwin, tak datang! (episod Blogger Boy yang mana tu ya?). Kalau setakat wang tak apa lagi, kalau benda lain pula yang hilang bagaimana?

Nasihat kepada ibu bapa, janganlah terlalu meletakkan kepercayaan kepada lelaki lain hanya kerana beliau berjanji akan berkahwin dengan anak anda. Ingat bahawa beliau masih haram kepada anak perempuan anda. Bukan menggalakkan anda bersangka buruk dengan sesiapa tetapi lebih baik berwaspada daripada terlambat!

P.S. Mak saya baik. Mana saya ada pasangan tau. hehehe

Cerpen Faktab : Tiada Rahsia Antara Kita?

Berikut ialah Ruangan Entri Penulis Jemputan yang dikirim oleh : http://aremierulez.blogspot.com/ Enjoy! Tahniah kerana terpilih! Untuk menghantar artikel anda ke Terfaktab. Sila alamatkan ke email kami di terfaktab@gmail.com Yosh!

Ahmad Durrah dan Chinta Chanduri sepasang kekasih yang sama-sama menuntut di UiTM Segamat dalam jurusan Ijazah Pengurusan Perniagaan (Pemasaran). Mereka sudah menjalinkan hubungan cinta semenjak dari zaman diploma lagi.

Ahmad Durrah dan Chinta Chanduri mengamalkan sistem "Tiada rahsia antara kita". Dengan kata lain - "sila bagi password e-mel, Friendster, Myspace, Facebook, Twitter dan segala benda yang menggunakan password supaya saya boleh check setiap hari supaya awak tidak curang dibelakang saya (atau diatas talian sebenarnya)".

Chinta Chanduri sangatlah jealous kepada Nur Amina, kawan baik Ahmad Durrah semenjak zaman sekolah rendah. Walaupun tidak belajar di IPT yang sama, mereka sering berhubung melalui telefon mahupun laman sosial.

Chinta Chanduri pun mendapat akal bagaimana untuk mengelakkan Ahmad Durrah dan Nur Amina berhenti berhubung. Oleh disebabkan Chinta Chanduri tahu password Facebook Ahmad Durrah (kerana mengamalkan sistem "Tiada Rahsia Antara Kita"), Chinta Chanduri pun login masuk ke dalam akaun Facebook Ahmad Durrah.

Menyamar sebagai Ahmad Durrah, Chinta Chanduri pun menghantar private message ke dalam inbox Nur Amina. Message yang dihantar penuh dengan ayat caci maki dan ayat yang boleh memutuskan persahabatan. Chinta Chanduri menunggu masa Nur Amina online untuk memudahkan kerja dan jejaknya tidak dapat dikesan oleh Ahmad Durrah.

Maka, kecillah hati si Nur Amina apabila terbaca ayat-ayat yang memedihkan hatinya. Lalu, Nur Amina pun menghantar private message yang berbunyi, "Kalau awak tak sudi kawan dengan saya lagi, tak pe lah." Maka, Nur Amina pun remove Ahmad Durrah dari friend list-nya.

3-4 hari berlalu, Ahmad Durrah mula pelik kenapa Nur Amina tidak membalas SMS atau mengangkat telefon apabila dia memanggil. Ahmad Durrah pun dengan segera login ke Facebook untuk memujuknya melalui chat box di Facebook. Terkejut Ahmad Durrah bila melihat yang Nur Amina tiada dalam friend list-nya. Dengan pantas dia menelefon Chinta Chanduri.

"Apa yang you buat ni?" Tanya Ahmad Durrah.

"I jealous la you layan dia macam dia tu special sangat," Chinta Chnaduri cuba mempertahankan diri.

"Dia tu kawan I dari tadika tau? Dia tu banyak tolong I masa I susah. Dia kawan baik I je la. lagipun, dia dah ada balak. Dia pun dah nak tunang next month. And apa yang you buat ni mencabuli privacy I," marah Ahmad Durrah.

Pergaduhan mereka berterusan selama 3 hari. Ahmad Durrah tidak puas hati dengan tindakan Chinta Chanduri. Ahmad Durrah pun dengan segera login ke akaun Facebook Chinta Chanduri.

Ahmad Durrah lebih keji dan dahsyat. Dengan menggunakan akaun Chinta Chanduri, Ahmad Durrah pun menghantar private message ke semua kawan lelaki Chinta Chanduri. Isi private message tersebut sama seperti apa yang Chinta Chanduri hantar kepada Nur Amina.

Akibatnya, semua kawan lelaki Chinta Chanduri mula menyisihkan dirinya. Bukan setakat kawan, malah sepupu lelaki Chinta Chanduri juga sudah mula menyisihkannya selepas membaca private message yang dihantar oleh Ahamd Durrah.

Chinta Chanduri pula bengang dengan Ahmad Durrah. Mereka terus bergaduh sehinggalah semester tamat. Sepanjang cuti semester sebulan, mereka tidak berhubung antara satu sama lain. Perhubungan mereka kita bagaikan tergantung. Masing-masing mengubah status di Facebook dari "In a relationship" ke "It's complicated".

Cuti semester berakhir. Semua pelajar dengan berat hati pergi mendaftar diri untuk semester baru. Semasa hari pendaftaran, Chinta Chanduri ternampak Ahmad Durrah sedang berbual mesra dengan Ezora. Terdengar dari mulut longkang kawan-kawan yang lain, rupa-rupanya Ahmad Durrah sudah pun menjalinkan hubungan dengan Ezora sepanjang cuti semester.

Ahmad Durrah memang tidak berniat untuk memberitahu Chinta Chanduri tentang hubungannya dengan Ezora. Dia sengaja merahsiakannya dan mahu Chinta Chanduri merasa sakit hati bila dia berjalan bersama-sama ezora.

Geram kerana sudah diduakan, Chinta Chanduri segera pulang ke rumah dan menghidupkan laptopnya. Dengan segera Chinta Chanduri mengubah status Facebooknya bersama Ahmad Durrah dari "It's Complicated" ke "Divorced". Dengan segera juga Chinta Chanduri meng-tweet yang dia kini sudah single.

Tiba-tiba, Chinta Chanduri mendapat satu idea.......

==========

Seperti biasa, setiap semester pelajar di UiTM perlu mendaftarkan modul atau subjek yang ingin diambil sepanjang semester. Pendaftaran subjek boleh dibuat di laman web Student Portal UiTM.

Sebagai salah seorang pelajar UiTM, Ahmad Durrah perlulah mendaftar subjek di Student Portal. Ahmad Durrah pun segera melayari web Student Portal. Ahmad Durrah pun segera login ke Student Portal.

Sudah 5 kali Ahmad Durrah cuba login, tapi tak berjaya. Asyik keluar amaran "Your username/password is incorrect." Ahmad Durrah mula mengesyaki perbuatan khianat Chinta Chanduri memandangkan Chinta Chanduri tahu password Student Portal-nya. Menyesal rasa Ahmad Durrah kerana tidak menukar password Student Portal.

Maka Ahmad Durrah pun pergi ke bahagian admin UiTM Segamat untuk menyelesaikan masalahnya.

"Saya terlupa password Student Portal saya, puan," Ahmad Durrah membuat aduan pada salah seorang pekerja di bahagian admin.

"Ok. Kami akan hubungi bahagian Student Portal ni di UiTM Shah Alam. Esok adik datang balik," terang pekerja tersebut.

Maka Ahmad Durrah pun pulang sambil menyumpah Chinta Chanduri. Penat dan geram rasa dihati terpaksa menunggang motor Honda Cup-nya balik ke rumah sewanya di Jementah dalam keadaan hujan bertambah dengan rasa geram terhadap Chinta Chanduri.

Keesokkan harinya, Ahmad Durrah dalam semula ke admin untuk mengambil password-nya.

"Lain kali jangan hilangkan password lagi ye, dik?" Pesan pekerja admin sambil tersengih-sengih menahan ketawa semasa menghulurkan helaian kertas yang tertera nama, username dan password Student Portal milik Ahmad Durrah.

Ahmad Durrah pelik melihat keletah pekerja admin. Lalu Ahamad Durrah pun melihat apa yang tertulis pada kertas tersebut:

Nama: Ahmad Durrah bin Aliff Firdaus
Username: AHD0799297
Password: Ahmadbabimukamacamgampangperangaimacamgay

Maka, memaki hamunlah Ahmad Durrah di dalam pejabat admin sambil digelakkan oleh semua pekerja admin secara beramai-ramai.

Dari luar pejabat admin, Chinta Chanduri dapat melihat dari tingkap bagaimana Ahmad Durrah sedang menanggung rasa aib.

"Revenge is a bitch!"

==========

Memang trend sekarang pakwe/makwe mintak password e-mail, Facebook, Twitter dan semua jenis benda yang ada password. Tujuannya? Untuk memastikan pasangan masing-masing tak main kayu tiga dibelakang.

Tapi, kadang-kadang (sebenarnya selalu) benda ini akan menyebabkan pergaduhan yang tak sepatutnya. Bila pakwe/makwe masing-masing sudah ada password masing-masing, akan timbul sifat cemburu buta tak menentu seperti apa yang terjadi pada kes Chinta Chanduri dan Ahmad Durrah.

Lebih baik kamu tak payahlah mintak password pakwe/makwe kamu. Kadang-kadang, mereka perlukan privacy juga. Setiap manusia pun perlukan privacy. So, hormatilah privacy pasangan anda. Mak bapak pakwe/makwe kamu pun tak tahu password Facebook pasangan kamu tu, yang kamu menyibuk nak tahu kenapa pulak?

Fikir-fikirkan dulu baik buruk sistem "Tiada rahsia antara kita" ini sebelum anda amalkan bersama pakwe/makwe anda. Kadang-kadang, ada perkara yang perlu di privacy-kan atas keselamatan sejagat.

Sekian.

Sabtu, Januari 29

Tips Cinta Lahanat #5 (Pasangan Curang?)


*Raw images are taken from free stock photo sxc.hu

Jumaat, Januari 28

3 Perkara Penting Lelaki Harus Tanam Dalam Otak Dari ER

Hai semua,

Thanks sebab terus menyokong #Terfaktab. Tanpa anda siapalah kami semua. Ecehhhh.. Macam nak memancing undi la pulak. So, tak payah nak ber intro panjang sesuper, hari ni ER nak share antara 3 perkara yang ER nak bagitau dekat lelaki lelaki semua. and of course la, pada perempuan perempuan di luar sama untuk di share kepada bf-bf anda. Ini semua adalah untuk mengelakkan ke'terfaktab'an di kemudian hari ye. Jadi, drummmm rolllllll....



1) Konsisten

This is the most important part. KONSISTEN. Tolong la faham wahai lelaki lelaki di luar sana. ER rasa ramai yang mengamalkan, 'kau-aku-punya-and-aku-kau-punya-jadi-paham-paham-lah-ye'. Maksudnya disini, macam mana korang care sangatttt sangattt pasal gf-want-to-be korang tu sila lah amalkannya sepanjang hidup. Ni tak, kalau dulu masa seminggu bercinta, semua benda nak cakap 'teringat'.

"You, I ternampak baby doll tadi ada budak kecik pegang, terus teringat dekat you sebab muka you kan macam baby doll. Tu yang I sms tu. Lap you."

"Baby, Honey dalam kereta ni, on the way amik mak kat kedai. Kat radio ada lagu kegemaran u la, alaaa yang Three Episode by GABAN SEVEN tu. Terus teringat kat u. Hope u mish me like I do.xx"

Hah! Cuba dah lama sikit. Lagu kegemaran pun tak ingat apa ntah. Apa semua pun tak ingat. Wish goodnite pun tak ingat. Biasalah gf kan, suka mesej panjang panjang, ayat manis lagi sweet tahap diabetes.

"Buchuk, eventho we are so far away apart, I want u to know that ure always in my mind. I had a looooonnngg day today but when I want to go to bed, I wish I dream of u so my life will be better. Dream of me okay?"

Dapat kat balak reply, "K. I keluar main futsal. Bye."

Demmmmmmmm.. Jadi haruslah konsisten tu penting ye. Kan bagus kalau dah kahwin beranak pinak, husband nak keluar kerja korang cium molot dulu. Ni tak. Kecik kecik pasal KLCC pun boleh main lidah tepi jalan. Dah jadi HALAL, kalau boleh nak jalan sebatu dua. Semua kana konsisten. Kalau dulu lautan api pun korang sanggup renang untuk gf. Kenapa tak teruskan untuk 2,3 tahun selepas itu? Kalau dulu jaga penampilan diri sebab nak tackle bagai, after 2,3 tahun pakai komain serabai lagi. Cuba konsisten. Boleh?


2) FUNNY dan ANNOYING adalah dua maksud berbeza ye.

Benda ni selalu jadi kat lelaki. ER tau memang perempuan ni suka yang ada sense of humor, suka melawak bagai. Tapi kannnnn.. Kalau dah stock macam dalam cerita 'Adnan Sempit' tu, time dia konon nak masuk duni si Intan Ladyana, ikut makan steak konon bajek sarcastik nak makan steak guna tangan sampai perempuan tu tergelak, tu bukan KELAKAR okayyy.. Tu tahap ANNOYING ohhhh..

Pernah tak jumpa lelaki jenis macam ni? Banyak jugak la. Yang try too hard or yang over lagi worse. Kalau setakat lawak jenis sama nak ulang banyak kali, sumpah annoying lah.. Hmmm.. apa lagi eh? Haaaa.. lagi satu jenis lelaki yang semua benda pun taknak serius. Semua pun nak buat kelakar. Bajek handsome habis ah kan buat macam tu. Sumpah ER pernah jumpa dengan mamat jenis macam ni. Last last pikir, oh oh oh.. Tak boleh tahan. Bila tegur,

"Awak, saya menjadi diri saya sendiri. Saya peduli apa orang nak cakap apa."

By the wayyyyy, memang boleh jadi diri sendiri tapi kan kalau semua orang asyik nak jadi diri sendiri tanpa boleh bertolak ansur dan berpikiran matang memang dunia ni porak peranda lah. Malas nak cakap, dah besar kan?


3) Bijak

Yang ni sangat penting bagi orang lelaki. Tolonglah jadi BIJAK. Tak tahan jumpa lelaki yang jenis bengap bengap alam. Bijak ni merangkumi semuaaaa assppeekkkkkkkk. Paham? Maksudnya, bijak bertutur kata. Hati perempuan kan lembut. Kalau korang ada buat salah ke, terlupa janji ke, jadilah bijak untuk memenangi hati gf korang balik. Ni tidak, makin menyakitkan hati lagi adalah. Contoh:

"U ni semua u lupa. Tarikh kita tunang pun lupa. Teruk betul. Kata nanti kahwin anak nak 11 orang. Nanti nama anak pun lupa, kena pakai jersey bagai. Tak payah jauh la. Nak akad nikah nanti pun agaknya nama penuh I pun lupa."

"U ni kan, I nak cakap apa lagi. Dah lupa, nak buat cam mana. Lupa kan out of control."

Haaaaaa... Cuba jadi bijak. Minta maaf dulu. Pastu kena lah bijak menyusun ayat supaya pergaduhan tak berpanjangan. Sebab perempuan ni memang suka benda benda manis and ayat ayat yang sedap di dengar. Contoh, kenapa ramai perempuan suka blog MR K? Sebab apa yang dia tulis tu memang apa yang nak di dengar oleh kebanyakan perempuan. Macam, "Eh, suweeeeet giler lah MR K ni." Kan?


Pada ER apa salah korang mengalah sikit pada perempuan. Baru lah ada ciri ciri lelaki yang disanjungi. Kalau api ngan minyak sampai bila nak habis nya? So memang segala galanya lah kena bijak. Kalau nak menipu pun wahai kaum lelaki, sila menjadi bijak juga. Nak usha awek pun kena bijak juga. Nak start conversation pun kena bijak juga. Cuba kalau korang bijak, insyaAllah awek yang korang dapat pun jenis bijak bijak. Dan sila lah banyak membaca. You are what you read okay. Baru lah dapat pick up line yang tak typical. Barulah conversation lebih meluas. Pernah tak dapat lelaki yang korang speaking pastu dia tetiba je nak cakap,"Eleh speaking plak, kita sama sama Melayu, cakap lah Melayu." sumpah tak boleh terima.

Lagi satu, bercampur la kita dengan lain lain bangsa. Serious banyak gila yang kita boleh belajar dari mereka. Jangan nak racist sangat eh. Tetiba lari topic.

 Okay lah, cukup lah ER membebel untuk hari ini. Yang baik buat pengajaran, yang tak berapa tu jadikan sempadan.

Perghhhhhhh.. apsal gua semakin hari semakin berhemah? Demmmmmm..



*semua gambar adalah random*


Rabu, Januari 26

Siri Tafsiran Seorang Pemerhati.

Okay. Dah lama sangat gua tak tulis dalam Terfaktab ni. Asik-asik cerpen je. Ni nak buat kelainan sikit. Hampir di buang kerja oleh boss dah. Tapi gua koyak surat kena buang kerja tu. Jadi, gua tak kena buang kerja dah. Buat lah cara ni nanti kat tempat kerja lu’olls. Sumpah lepas tu lu kerja free je tanpa gaji.

Bila sembang lebat pasal pakwe – makwe ni, menipu lah kalau gua kata relationship paling best ialah bila relationship tanpa masalah. Betul ke? Pakwe buat salah, makwe beralah. Makwe buat salah, pakwe beralah. Alahai. Walau terasa hati, beralah juga.

Best ke macam tu sebenarnya? Kalau boleh di buat graf hubungan lu dan dia, gua dapat analisa hubungan lu’olls mungkin akan menaik secara sekata untuk awal-awal hubungan, tetapi mendatar selepas itu. Jaga-jaga! Boleh juga menurun sebenarnya kalau tak reti nak kawal perasaan yang asyik beralah saja. Ni dah macam graf bandwith dah ni. Haha.



Jom bincang masalah yang dari apa aku perhati.


Masalah 1 – Keluar dengan kawan lain gender.

“Nak keluar dengan polan”

“Buat apa?”

“Melepak kawan-kawan.”

“Berdua?”

“Yalah. Melepak saja.”

“Okay.”

Gua rasa kalau pasangan lu’olls tak terasa hati kalau lu’olls melepak berdua dengan gender yang berlainan, PANDANGAN gua lah kan, dia tak ambil serious dekat lu’olls. Pandangan gua lah. Dialog di atas menunjukkan pakwe/makwe tadi beralah walaupun sebenarnya dalam hati sangat terasa. Tapi bagus juga orang yang mintak keluar tu.

Sebab, atleast dia mintak dahulu kebenaran. Biarlah kawan baik pun. Sebagai seorang yang dah punya status “in relationship” dekat fesbuk, korang patut tahu benda iaitu jaga hati pasangan lu’olls. Ada bagusnya melepak bertiga. Kalau takde option lain, cakap lah sesuatu yang dia tak perlu risau tentang dia. Convince dia. Walaupun nampak remeh, tapi itu yang terbaik.

Contohnya,

“Jangan risau! Kedai mamak je. Dalam pukul blab la bla, balik ah. Lama tak jumpa ni. Hehe”

Di susuli dengan gelak itu sangat mengancam. Menunjukkan bahawa aktivit melepak dengan si polan tu adalah hanya melepak kasual. Nak lagi bagus? Ajak sekali pakwe/makwe lu’olls melepak. Baru boleh kenal mengenali hati budi kawan lain gender lu’olls tu. Mungkin bila dah jumpa, dia dah percaya, lain kali dia dah kasi lu’olls melepak dengan si polan tu tanpa ragu-ragu kan?

Mengadanya! Siku tau laa.


Masalah 2 – I kasi hint, you yang tak nampak. Macam mana ni? Hurmm.

Masalah ni selalu sangat berlaku. Sampai dah di kupas oleh beberapa entri lepas dalam blog ni. Mungkin orang kata benda ni selalu makwe yang kasi hint. Sebagai pemerhati kisah cinta untuk di cedok masuk dalam cerpen, gua perasan juga, ada juga sebenarnya pakwe kasi hint tapi macam biasalah. You tak Nampak. Macam mana?

“Eh, you dah balik dari kelas belum?” text message oleh pakwe.

“Ha, dah nak balik ni.”

“Petang ni you pergi mana?”

“Takde ape sebenarnya.”

“Tadi I ad abaca satu blog ni pasal cendol. Terasa sedap juga tekak kalau dapat minum.”

“Kat mana cendol tu. Esok kita pergi yeh? Adoi penat pula rasa kelas dari pagi sampai petang harini. Kalau balik tidur pun sedap ni.”

“Haha (gelak tak ikhlas). Balik kelas ni tidur lah puas-puas ye.”

Danggg! Nampak tak kesilapan di situ. Mungkin benda tu Nampak sekecil zarah je. Tapi bawa satu makna yang besar sebenarnya. Signifikasi si pakwe Tanya si makwe balik kelas tu menunjukkan dia dah mengidam sangat dah tu nak pergi minum cendol. Haha. Gua malas nak hurai panjang-panjang pasal benda ni sebab dah di hurai dalam BUAT BODOH tulisan penulis Terfaktab lain tu.

Serupa juga untuk pakwe. Sebenarnya aktiviti you yang tak perasan ni lebih kepada pakwe sebenarnya. Sebab pakwe ni jenis makhluk lembab juga sebenarnya. Lebih senang untuk lu’olls sebagai kaum hawa, terus terang sahaja dekat dia apa benda yang terlintas di fikiran.
Seorang pakwe yang bertanggung jawab sebenarnya fikir dari pelbagai aspek untuk merealisasikan impian seorang makwe sebelum dia katakan tidak. Kewangan, masa, hati. Semua dia fikir. Jangan lah terasa pula kalau dia katakan tidak. Sebab pakwe yang macam ni, dia ada sebab tertentu untuk tidak. Sekurang-kurangnya, dia mesti kata,

“Nanti duit dah ada lebih sikit, ada masa, kita pergi ye!” dengan penuh semangat.

Tapi kalau dah dapat pakwe macam tu, jangan nak gatal ambil kesempatan pula ye?


Masalah 3 – You ni tak memahami langsung! I dah cuba okay!

Masalah tak reti nak appreciate apa dia dah buat untuk lu. Ini masalah yang sangat serius sebenarnya. Jenis suka sangat berimajinasi yang indah. Lepas tu apa yang di-imajinasi langsung tak sama dengan realiti. Lepas tu sedih.

It’s okay to be sad actually. But not for too long okay? Ahh, cakap mat saleh pula. Kesian pasangan lu tu. Dia blur je lu sedih tak bertempat. Silap-silap dia pun boleh emosi dengan tiba-tiba. Tak kisah ah laki ke perempuan. Tapi please. Ingat satu benda. Realiti adalah realiti. Tak mungkin dapat sama dengan imajinasi. Kalau kata sama tu, sebenarnya nasib saja. Sipi-sipi.

Tolong ah appreciate sikit apa yang dia dah buat tu. Apa yang jadi. Walaupun tak sama langsung dengan apa yang lu’olls berangan di siang hari tu. Positif lah sikit. Mungkin dia nak buat. Cuma ada halangan yang membantutkan segalanya. Mungkin dia tak mahu cerita segala halangan tu kat lu. Sebab mungkin dia tanak lu anggap dia jenis manusia yang selalu sangat cari alasan. Kan?

“Esok hari sabtu. Mesti dia nak bawak aku tempat special. Atas bukit tengok pemandangan alam mungkin. Hehe.”

Esoknya.

“Jom you. I nak bawak you satu tempat ni. Hehe.”

“Omaigot! You ni penuh surprise lah! Love you! (cara menggedik)”

Sampai di destinasi.

“Sunway je ke you?”

“You kan suka shopping dengan tengok wayang? Kan kan? Haha. Nanti I bawak you main esketing nak? Hehehe”

“Oh. Okay. (masam muka)”

Ini contoh saja. Haha. Sekurang-kurang pakwe tu dah berusaha nak happy kan lu. Dia tau kesukaan lu. Jangan asyik nak penuhkan hasrat dalam imajinasi lu saja. Kan? Enjoy the day! Apa kata lu buang imajinasi tu. Kosong. Takde langsung imajinasi pasal bukit tu. Mesti lu’olls akan happy kan pakwe lu’olls bawak lu’olls main esketing lagi. Kemaen tau!

Dah lah. Gua bukan gempak sangat bagi nasihat macam boss gua. Gua ni picisan je. Cerpen-cerpen pun dah banyak ala-ala drama TV swasta RTM. Loser gila rasa. Haha. Sebagai penutup, gua nak kopipes status member gua kat fesbuk,

“ya ALLAH Kau kurniakan la kasih sayang yang melimpah-limpah di antara keluargaku, pasanganku, ya ALLAH,mereka lah HARTA di dunia yg paling ak sayang ya ALLAH. Ya ALLAH satukan lah kami di dalam syurgamu ya ALLAH”

Amin.



Konon cool kopipes ayat cenggitu. Hahaha! Kemaen!

Selasa, Januari 25

Buat Bodoh?

Pernahkah kamu sebagai seorang perempuan mengalami masalah sebegini dengan teman lelaki? Begini ceritanya.

Ada suatu situation di mana kamu memerlukan pertolongan dan perhatian dari teman lelaki kamu. Contohnya, kamu mahu teman lelaki kamu membelikan sesuatu yang penting seperti tuala wanita ke, alat tulis ke, dan  t-shirt This Is Good yang cun supaya boleh melaram depan member ke..

Dan macam biasa naluri normal kebanyakkan perempuan, kamu akan menunjukkan reaksi malu tapi mahu. Kamu mahu yang tersayang kamu itu membantu kamu, namun kamu bercakap dengan nada berkias trend wanita terkini. Nadanya seperti mahu menjual mahal sedikit dengan konon-nya tak mahu menyusahkan teman lelaki, namun sebenarnya 'dalam hati', memerlukan sangat. Ia seperti berbunyi begini ;

"Abang, ayang nak beli baju This Is Good tu. Adik ayang pesan. Penting. Sayang takpayah lah tolong belikan, nanti ayang pergi beli sendiri."

Kemudian, teman lelaki kamu berkata ;

"Oh ok, hati-hati pergi kedai beli baju tu."

Dan kamu sebagai wanita yang mengharapkan perhatian bantuan dari si dia rasa tercengang sendiri. Kamu berfikir, "Eeee bengapnya pakwe aku, takkan dia tak tahu aku nak mintak tolong dia?". Dan mula berkata dalam hati, "Tak guna punya balak, tak boleh di harap nak mintak tolong pun tak nak, tak gentleman langsung!"

Dari situ, kamu rasa sakit hati. Di lain harinya, bila kamu bertikam lidah. Hal yang ini di timbulkan, bergegar bumi dengan pergaduhan.

Si lelaki membalas ;

"Hak alah, yang awak tak cakap terang-terang kenapa? Nak mintak tolong, cakap straight to the point tak boleh ke?"

Kamu menjawab ;

"Ahhh, awak tu kalau nak jadi pakwe tapi tak faham naluri makwe buat hape? Awak ingat orang perempuan macam orang lelaki ke?"

Fight and fight so on so on. Sampai bila pun tak habes.

........................................................

Cara nak setel benda macam ni? Aku lebih suka menerapkan knowledge pada setiap pasangan yang menghadapi masalah sebegini. Sebab itu wujudnya Terfaktab ini, untuk memberikan sedikit-sebanyak knowledge pada korang semua.

Menerapkan knowledge pada setiap pasangan masing-masing lebih aku suka simpulkan sebagai 'kenali lah hakikat budi, tatacara, perilaku bahkan anatomi pasangan korang masing-masing'.

Para pasangan yang mengalami masalah seperti yang di sebutkan di atas, twist-nya senang sahaja. Mereka sebenarnya masih belum mengenali sepenuhnya pasangan mereka dan masih tercari-cari rentak harmoni dalam percintaan. Mungkin baru awal percintaan, dalam 3 tahun kebawah.

Ia lebih tepat jika di katakan sebagai masalah komunikasi dalaman yang tidak sampai halatujunya.

Yang si perempuan terlalu bersikap 'mengharapkan yang terbaik dari lelaki'. Seolah apa yang di fikirkan-nya mengenai lelaki adalah sweet-sweet sahaja. Gurls, itu tidak adil. Kata berpegang pada prinsip 'terima seadanya'? Maknanya, kenalah buangkan fantasi cinta yang mengandalkan bahawa lelaki sentiasa akan memahami wanita setiap masa. Itu karut. Tidak setiap masa seseorang lelaki itu akan boleh memahami apa yang perempuan inginkan. Ingat, tidak setiap masa.

Yang si lelaki pula bersikap terlalu mengambil ringan dalam perhubungan dan perasaan perempuan. Ini satu masalah yang sejak sekian lama di alami oleh para lelaki. Untuk keluar dari masalah seperti ini, para lelaki perlu ingat bahawa percintaan itu melengkapi perasaan satu sama lain. Perasaan perempuan memang sensitif, jangan samakan tatacara dan sifat perempuan itu sama dengan lelaki. Ini kerana, rasional bagi seseorang perempuan itu berbeza dengan rasional seorang lelaki. Kita ingin menjadi teman lelaki terbaik bukan? Jadi, cubalah untuk sekurang-kurangnya jadi ringan tulang terhadap teman wanita sendiri. Tak rugi, malah sebenarnya ia akan buat teman wanita kita lebih sayang pada kita.

Bukakan pintu kereta untuk si dia teman wanita. Benda itu remeh, dan memang perempuan boleh buat sendiri. Namun, untuk serlahkan sikap gentleman, bukakanlah pintu untuk si dia itu. Apatah lagi kalau masalah di atas, kalau kita sebagai lelaki rela menolong membeli barangan di kedai. Kan itu berfaedah dalam perhubungan. Faedah perhubungan tak semestinya di nilai dengan mata kasar beb. Ingat tu.

Para wanita pula perlu juga ingat bahawa, dalam menginginkan sikap gentleman seseorang lelaki. Korang tak bolehlah terlalu mendesak atau cepat terasa hati jika tak dapat layanan sebegitu. Adakalanya, sedar tak sedar sebenarnya kita terlalu cepat beremosi dengan diri sendiri. Kemudian, kita luahkan dan jadikan teman lelaki kita sebagai mangsa. Mana boleh macam tu selalu. Benda itu semua jika selalu terjadi, ia boleh menyebabkan teman lelaki kita naik muak dengan sikap kita. Karang bila kena dump, tahu pula menggelabah? So, berpada-pada lah dalam sikap berharap pada lelaki. Maybe dia bukan seorang yang gentleman, tapi dia tidak panas baran. Ada kelebihan dan kekurangan bukan?

Kesimpulannya, 

Hek eleehhhh. Jiwang-jiwang sangat tak rock la bai. Awek gua rock, lu rock tak? Tak rock boleh jalannnn! Geli ketiak gua! Geli!



p/s : Entri ini didedikasikan kepada seorang pembaca setia Terfaktab. Mekaceh!

Perempuan And Extra Laughing Nerves

Selamat hari ________ (insert days)
Hellioz in d house.

Perempuan adalah makhluk yang pelik.
Perempuan suka benda yang kewl, hensem, kelakar, cute, hamster, kucing comel, dildo, eyh? Haha~

ok2 sori kelaot.
Perempuan dalam ertikata lainnya wimmenz adalah sebahagian dari manusia yang bernama lelaki.
Itu fakta.

So, perempuan perlukan kasih sayang seorang lelaki yang mampu buatkan dia rasa Selamat dan dihargai tiap mase, walaupun masa dia tengah marah sebab PMS melanda. Bukan kasih sayang seorang pengkid yang keliru dengan jantina sebenar dia yang bertetek tapi malu2 nak ngaku sebab tetek kecik. lulz~

Pada pemerhatian gwa, perempuan mempunyai extra laughing nerves yang selalu buat gwa confuse kerna perempuan suka sangat ketawa, walaupun benda tu takde la lawak mane pon.

Acfuckingtually, Lelaki tak perlukan bakat untuk join raja lawak atau bakat untuk kerja sebagai seekor badut dekat funfair untuk membuatkan perempuan ketawa kerna perempuan sememangnya telahpun di isi tempat kosong dengan laughing nerves yang banyak. Serious.

(Case study)
Gwa berada dalam satu kelompok manusia berjantina lelaki dan perempuan.
Salah seorang lelaki yang gwa kenal dalam group tu adalah lametard. Lametard ialah lelaki yang membosankan dalam kalangan lelaki. (hellioz, 2011). So, sebagai seorang lelaki,  gwa dan groupies gwa tak pernah mengharapkan apa2 aksi extravaganza dari lametard ni untuk buat lawak sebab dia lametard. Lametard tak buat lawak, tapi orang akan bahan dia untuk diperlawakkan. Geddit?

So, masa gwa ada dalam group tu tengah minum2 borak2 sekali si lametard ni buat lawak. Lawak dia confirm2 la kalau lelaki yang dengar macam, "hek eleyh, tak lawak pon". Tapi certain perempuan dalam group tu ketawa macam tengah menonton final raja lawak pulak. Bullshit gile. Cakap sikit gelak, cakap sikit gelak. Nak mampos ke ape?

Imagine this, gwa yang blah belakang tu,
yang depan ni perempuan dalam group tu


Gwa agak impressed dengan si lametard sebab dia mampu menjana tenaga dari perempuan ni.
Laughing do require certain amount of energy. Sebab tu lepas ketawa rasa penat.

Tapi after a few sessions of group lepaking, (#englishmalay) gwa dapat conclude bahawa perempuan ada extra baggage of laughing nerves. Seriously. Kadang2 lawak yang gwa dengar tu sangat lame, sebab ia datang dari lametard, tapi, si perempuan2 ni masih lagi gelak kena rasuk dengan hantu kelakar.

So, lelaki2 di luar sane. Tak kisah la kalau lu orang bukan pakar buat lawak tahap spender basah ke lawak porno ke, jangan risau.
Tuhan itu maha adil. Dia memang ciptakan perempuan dengan extra laughing nerves untuk buatkan perempuan gelak walaupun dia dengar benda yang paling mengarut dalam dunia.

(Kadang2, lu bukan kelakar pon, cuma dia rasa semua benda yang lu cakap tu kelakar, mungkin sebab dia dah attached dengan lu)

Sekian.


Isnin, Januari 24

Lu Kejar Gua, Gua Kejar Lu. Cer Citer Cer Citer.

Hi Geng,

Bersama lagi dalam entry oleh ER. Sebenarnya gua dah lama nak tulis pasal benda ni. Biasalah, gua kan tulis pasal 'percintaan dalam dunia urban.' So, hari ni gua nak berbual pasal aksi 'kejar mengejar dalam percintaan.'





Pernah tak lu orang sendiri atau orang yang dekat dengan lu orang, jenis yang suka kena kejar dalam menjalinkan hubungan. Maksud gua, ada satu mamat ni suka lu, lu pun suka jugak, tapi lu buat buat jual mahal sebab lu suka tengok mamat tu terkejar kejar dekat lu. Pada lu macam,

'Biar ah mamat tu kejar kejar gua, best apa. Kita tengok berapa lama dia boleh tahan.'

Pada gua di zaman serba moden lagi pantas ini, semua benda bergerak laju. Gua rasa memang tak salah kalau lu orang nak jual mahal sikit tapi agak agak ah weyh. Kalau stock tunggu bertahun tu memang tak dapek la den nak nolong weyhhhh.. Boleh tapi setakat seminggu dua tu okay la kan? Kalau hati dah suka, nak tunggu apa lagi? If perasaan tak berapa nak sure, how can you know if you dont give it a try honey?

Lagi satu, gua rasa dunia sekarang ni dah cukup complicated so tak payah nak complicated kan life lu orang. Kalau suka ON, kalau tak suka, jangan gedik nak layan, nak bagi harapan. Kalau tak suka, confess, blah. Kalau rasa suka, gembira, stay la sampai mati walaupun hari hari kena makan plempang se das dua.

Face the fact. Pastu mamat tu dah give up, baru lah rasa terkitai kitai macam left out. Nak menyesal pun tak guna. Mamat tu dah ada gf baru. Then rasa nak sedapkan hati, cakap lah yang minah baru tu easy gila. Hellooooooo? Sape suruh lu nak tarik tarik tali bagai. Kejap nak, kejap taknak. Last last lu habuk pun tarak.

Kenal seminggu dua kalau lu orang nak terus couple pun boleh apa. Lepas tu lu explore la each other. Okay what, interesting apa. Habis kalau semua benda pun dah tau, after declare apa je tinggal? Terus lu rasa keseronokan masa mengejar tu dah habis. Last last hampeh.

So hipotesisnya ialah: Semakin cepat kita mengenali seseorang, semakin cepat kita mengetahui sama ada dia untuk kita ataupun tidak, jadi semakin senang kita membuat keputusan sama ada nak meninggalkan mereka atau tidak, so semakin kurang masa yang terbuang.

Mana tau lu orang punya terlari lari stock 6 tahun, bila dah rapat baru tau mamat tu hampeh. Cehhhh.. terbuang masa 6 tahun tu dok lari sana sini. If betul lu orang suka tapi belum bersedia, confess depan depan. Suruh mamat tu teruskan hidup dulu. Kalau jodoh kuat adalah. Ni kesian gila kat orang yang tertunggu tunggu.

Last sekali bagi gua:

Perempuan: Tak suka jangan layan!
Lelaki: Dah try 3 kali still takde good respond, sila angkat kaki.
Perempuan/ Lelaki: Sudah sudah la tu nak jual mahal sangat, takde ke mana la. If u think that ure worth to wait, then u better be damnnnnnnn goooooodddddd okay?

Kita hidup tak lama mana pun, penuhilah dengan kasih sayang dan jadikan lah hidup kita semudah yang mungkin. By the end of the day, it still depends on u. Ure the one who make decision.

Last but not least,

There is no bullshit thing that MEN ARE FROM MARS, WOMEN FROM VENUS.



 MEN AND WOMEN ARE FROM EARTH. Thats it!

Ahad, Januari 23

Let's move on.

Hai! Hari ni kan, gua rasa nak jadi doktor cinta sikit la. Sikit jela tapi. Jangan risau. Dan jangan nak mintak banyak sangat. Baiklah. Apa tugas doktor kawan-kawan? Ya, mendiagnos apakah masalah dan cuba memberikan rawatan yang sesuai, no? So, here I am! Let's start our session.

Kalau kita bercinta, ehh bukan kita, maksud gua lu orang. Kalau lu orang bercinta, pastu putus, kecewa tak? Okay. Tak kesahlah lu orang kecewa ke tak, apa yang gua nak highlight kat sini adalah apa yang lu orang akan buat lepas putus? Bunuh diri? Too cliche. Tak thrill langsung hidup lu orang kalau suicide ni. Straight to the hell dapat. Ekekekeke.

Jadi, apa yang lu orang akan buat lepas putus dan ya, kecewa oskof. Nampak tak? Macam ni la. Gua terangkan dalam bentuk persamaan eh. Jangan nanges eh. Gua terangkan ni. Alolololo.

A + B = <3
A - B = </3
A = :')
B = :'(

Dia ----> 


Lu ----> 

Maknanya, dia lah peluka kat sini. Sebab dia dah mengecewakan lu dan lu dah kecewa teramat. Okay. Kat sini lah sebagai doktor cinta, gua harus mainkan peranan gua. Gua dah diagnos dah penyakit lu ialah kekecewaan akibat putus cinta dan gua nak cadangkan rawatan pemulihan kekecewaan kat lu. Lu nak ke taknak ke, lu kena nak jugak. Huhu.

#1 Rupa bukan segalanya
Penah tengok tak citer 'Beauty and the Beast'? Ok. Gua pon tak penah tengok. Tapi, gua penah dengar. Bila gua dengar je frasa tersebut, (kemaen lagi frasa kan) gua teros terdetik dalam kepala otak gua yang dah sedia genius ni tentang pasangan yang sorang hodoh, sorang bodoh. Eh? Ok ok. Maksudnya, sorang tak bape nak cantik dan sorang lagi memang cantik. Though beauty lies in the eyes of the beholder. Mane pegi prinsip ni pulak? Oh, dalam longkang sudah. So, kalau sebelum ni lu orang dikecewakan sebab rupa paras lu orang yang cantik sikit je daripada gua, pekate pasni lu orang carik someone yang memang kompom hodoh. At least, kalau dia nak tinggalkan lu, lu boleh cakap macam ni kat dia; "Ingat aku hadap sangat muka hodoh macam kau ni? Sedarlah diri tu sikit. Ada hati nak tinggalkan aku. Dah. Sampai sini je hubungan kita." Walaupon hakikatnya, lu yang ditinggalkan dulu.

#2 Aku bukan untukmu
Ini benda yang memang biasa sangat lu orang dengar tapi lu orang tak praktikkan pon kan? Lu orang maseh jugak nak menunggu buah gugur ke dada. Eh? Sbnanye kan, once lu orang dah ditinggal dan dikecewakan, sila terus-terusan percaya dia bukan untuk lu. Dia mungkin baik, tapi bukan yang terbaik untuk lu. Sila percaya. Kalau lu orang nak terus-terusan paksa diri lu orang percaya yang dia untuk lu, jangan cakap gua tak sound awal-awal sudah la. Setiap daripada kita diciptakan berpasang-pasangan, jadi kalau bukan dia yang ditakdirkan menjadi pasangan lu, mungkin ada yang lain yang maseh setia menanti. Lu never try, lu never know.

#3 Be busybody
Hai mami jarum, alahai mami jarum. Ehh, gua bukan nak suro lu jadi busybody sampai tahap jadi mami jarum. Jadi mami benang sudah. Ok tak lawak. Maksud busybody kat sini adalah lu membusykan body lu dengan bekerja dan berfikir. Dengan cara ni, lu akan kurang meratap kekecewaan lu tu sangat. Lu akan cenderung untuk lebih fikir tentang kerja yang patot diselesaikan and put aside benda yang tak penting. Bukannya gua tak concern dengan perasaan lu, tapi perasaan gua pulak macam mane? Kehkeh. Takde la. Memanglah masa tengah frust menonggeng kalah ayam golek tu, macam takleh nak buat satu haram keje pon kan? Tapi, cubalah try test examine bagai. Jangan biarkan cinta yang sia-sia menguasai diri lu, sebaliknya lu lah yang kena kawal perasaan cinta tersebut.

Cukup tak tiga? Amek wuduk pon tiga kali paling afdhal kan? So, gua assume cukuplah ye? Sbnanye banyak je cara lain. Mungkin lu orang boleh share kan dengan kami apa cara yang lu orang guna. But remember, this is NOT literally based on experience. Hehe.

Kamon swit bebi. Yu olwez no det lev dazen panish yu. It onli tices yu hau tu bi sterongger tu fes dis kruel wel. 

Susah nak faham? Ok. My english is bad then. Kehkeh. Since I'm kind-hearted-not-broken-hearted-person, I'll translate 'em for you. Just for you, baby. *muntah sekarang*

Come on sweet baby. You always know that love doesn't punish you. It only teaches you how to be stronger to face this cruel world.

Got it? Good boy/girl. Hihi.

And now, please ask yourself; 'Will I move on?' and answer it by yourself as well; 'Yes, I will. Someday, somehow. When the right person comes, at the right time, with the right condition.'

Hate cannot drive out hate; only love can do that. -Martin Luther King Jr.

Gua nak re-write apa yang gua penah tules kat blog gua dulu.


untuk apa sayang tapi merana?
untuk apa kasih tapi derita?
untuk apa cinta tapi terseksa?

maka, rasa itu hanya akan menjadi ilusi minda mereka yang terperangkap,
dan bayangan igauan mereka yang terleka.

cinta manusia memang berpenghujung,
tetapi cinta Allah jua lah yang paling agung.
wallahualam~

sekian.

p/s: sekadar mencoret rasa, menyembuh luka. :)


Ya, masa ni gua tengah kecewa. Kahkah! Kthxbai.

Sabtu, Januari 22

Entri Ini Adalah Entri Sopan Santun Lagi Berhemah.


haih.
hangpa-hangpa semua meh sini.
ni cik pah nak tanya ni.
apa best sangat hang tengok benda-benda ni ha?
rajin benor masuk bilik member lepak sampai nak dekat subuh
pastu tengok ramai2 awek jepun mix kena kekah mamat aprika.

***************

habaq mai kat kami.
berapa banyak hang tengok seblulan?
satu dua je?
meh kami cek had disk ang.
eh folder yang ada password ni apa?
kami nak tengok boleh?
MASYAALLAH BANYAKNYA!

**************

mai sini habaq
hang da kawen ke belum?
belum?
hang ada gelpren ke dak?
dak?
abih tu yang ang tengok wat pa?
hang tau dak makin lama ang duk depan PC ang ni makin banyak ang tengok?
makin banyak ang tengok makin kurang ang kuaq bilik?
kalau ang tak kuaq bilik camna ang nak cari marka?

lagi satu, 
ang ingat semua marka kat luaq sana boleh buat cam dalam video tu ka?
******** ka, ********** ka, ang cakap kat ppuan diorg angkat kening ja.
"Ape kejadahnya benda tu bang?"
ang nak marah diorg kalau diorg tak kasi ang buat camtu.
dah diorang taktau, diorang mana tengok!

ni kak pah nak nasihat jap ni.
hang dengar bek-bek.
daripada ang duk dalam bilik mimpi marka rambut karat, baik ang kuar cari kerja. pah tu ang cari marka betul punya, hang jumpa mak bapak, ang kawen.
pah tu ang nak buat apa ikut suka ang la.
jgn ang ajak tgk ngan bini udah.

dah-dah. gi off komputer tu.

p.s. hari2 main tisu ja.
sluaq ang da tukar ke belum?

Jumaat, Januari 21

I Love The Way You Are.

Terimalah apa adanya.

Kalau masa tengah sakan bercinta, semua nampak manis. Semua nampak baik. Semua nampak sempurna. 

Taim-taim macam ni lah kentut bau petai boleh jadi bau Bvlgari. 

Taim-taim macam ni lah badan bau bawang boleh jadi bau Hugo Boss. 

Taim-taim macam ni lah gigi Halimah boleh jadi gigi Fatimah. 

Taim-taim macam ni lah mata Fatimah boleh jadi mata Halimah. 

Taim-taim macam ni lah setan nampak macam malaikat. 

Taim-taim macam ni lah mat rempit nampak macam pelumba grand prix.

Kalau gua nak list kan apa lagi yang bertukar masa bercinta, belum tentu esok pon lu orang dah abes baca. So, better gua cut the crap short.

Penah tak lu orang rasa pakwe/makwe lu orang tu yang memang pada hakikatnya manusia paling tak kacak/cantik di mata umum, tapi di mata lu orang memang terkacak/tercantik lah! Senang citer, kalau dihadirkan contohnya Aqram, lu orang tetap akan rasa pakwe lu orang tu lebih kacak. Ohh, kalau perbandingannya Aqram, apedehal ye dak? Dah biasa sangat dah si Aqram tu kalah dengan memane pakwe. Erk. Kalau yang ada makwe pulak, letaklah gadis secantik Alexia depan mata pon, tetaplah dipujuk hati mengatakan makwe lu orang lebih cantik. Alexia yang ni memang betul-betul cantik wooo. Bukan macam Aqram tu. TAPI TAPI, Alexia dan Aqram mane, haaa yang tu kita taktau. Lalala~ (nyanyian ketidakbersalahan)

Tapi, gua rase tu normal. Standard kereta kancil lah kan (belum modified jadi nissan skyline lagi), sesape pon akan rasa macam tu. Ada lu orang nak cakap kat orang lain yang pakwe/makwe lu orang buruk lagi hodoh? Kalau orang lain yang cakap macam tu kat lu orang, gua yakin ada. Kehkeh.

Orang kate (bukan gua yang kate) sape yang bercinta ni sbnanye orang yang berani. Berani mengambil risiko. Berani untuk melukakan. Berani untuk dilukakan. Berani mati, gua starlite lelaju. Ada jugak orang yang kate (bukan gua yang kate lagi) sape yang bercinta ni sbnanye orang yang kekurangan kasih sayang sampai nak kena ada pakwe/makwe untuk bagi dorang kasih sayang. Ada orang kate lagi (ni pon bukan gua yang kate) kalau dah bercinta tu, terimalah dia seadanya. Aicececewah. Ni betul-betul true love kalau lu orang dapat terima pasangan lu seadanya and never feel bored with 'em.

Sejauh mana kebenaran kata-kata orang (bukan kata-kata gua) ni, gua pon tak dapat nak pastikan. Kang gua sesukahati je bagi kepastian, tak pepasal je gua makan cacian. Gua bukan ape. Kalau nak bagi gua cucian baju gua yang berlambak bak gunung himalaya tu, okay gak. Tapi, kalau nak bagi gua makan cacian ni, hurmmm rasanya gua prefer Kenny Rogers.

Faham ke ape yang gua carotkan ni? Gua harap sangat sekurang-kurangnya satu dalam sembilanratustigapuluhtiga (currently) orang pembaca setia terfaktab ni boleh faham. Tapi, gua tak kesah sangat lu orang tak faham pon. 

Mungkin... Lu orang sedang kecewa? (bukan gua jugak)

Khamis, Januari 20

Siri Tafsiran Jantan : Perempuan Steady

Perempuan steady boleh di justifikasikan sebagai 'kapten kepada' perempuan nakal. Ia juga selalu dirujuk kepada separuh dari perempuan show-off dan perempuan low-profile. Dan lagi 30% menyamai perempuan muslimah (akan di review kemudian).

Firmly stable in equilibrium which free from change, variation or interruption.

Ada persamaan antara perempuan steady dan perempuan nakal. Walaubagaimanapun, setelah di analisis, perempuan steady lebih cool, rileks, tak cepat melatah dan kebarangkalian untuk para jejaka terpikat juga tinggi.

Contoh stereotype

1. Seseorang perempuan steady mestilah mempunyai nickname yang educated dan serba cool. Nama memperjelaskan sifat. Mereka takkan menggunakan nama dari buah-buahan, sayur-sayuran mahupun binatang seperti nama Cik Starfruit, LadyKangkung, mahupun Kak Tiger. Jenis nama perempuan steady yang boleh di ambil contoh ialah Elena Reeney, Maria Elena, SueAnnaJoe, Perempuan Jomblo, Rysa The Sheandroid dan sebagainya. Nama yang terlalu Melayu seperti nama Mahirah Kamal,  Lyana Hashim dan sebagainya tidak boleh di kategorikan sebagai perempuan steady, ia lebih sesuai di masukkan dalam kategori Perempuan Nakal. Apatah lagi kalau nama LuvElyaTiqAh, F4t3n Goj3s dan miEmiYbUchuK, tak masuk akal langsung, mungkin kategori perempuan gedik?

2. Perempuan yang steady tidak kekok menyesuaikan diri dengan perjumpaan, majlis, presentation mahupun sesi photoshoot. Berperangai gila-gila? Mungkin. Lebih penting, mereka aktif, dan lain daripada yang lain aura aksinya. Sila rujuk gambar di sebelah untuk lebih memahami definisi perempuan steady.

3. Sama ada perempuan steady itu bertudung atau tak bertudung (menutup aurat atau tak menutup aurat), perilaku perempuan steady yang sentiasa ke depan dan menonjol tidak terhalang. Dapat dilihat, jika dalam sebuah kumpulan wanita, perempuan steady lebih menarik perhatian. Maka ini menidakkan kajian Prof.Dr.Sir.Dato'.Haji. Azizi Lokman yang mengusahakan perniagaan MLM Minda Power, dimana, kenyataan beliau bahawa 'perempuan steady tak berkarisma' adalah tidak tepat.

4. Salah satu fakta yang menarik mengenai perempuan steady, mereka di kenali bukan kerana kontroversi. Tapi, kerana berkat usaha daya gigih mereka dalam kerjaya dan hobi. Ya, perempuan steady kebanyakkannya  boleh berbahasa Inggeris dengan cemerlang. Berseni orangnya dan jika dalam bidang sains, mereka di kalangan antara yang genius.

Lelaki yang bercinta dengan perempuan steady. Apa kelebihan dan kekurangannya?

Kelebihan

1. Simbol Gegurl Power™.
Jangan salah sangka dulu. Ini tak sama maksudnya dengan simbol seks. Gegurl-Power™ merupakan satu trademark yang di khaskan untuk sekalian para wanita yang berani kehadapan mengetuai sesuatu isu, topik dan kajian. Mereka berani untuk bersuara, tak suam-suam kuku diam macam orang tongong. Ramai lelaki moden sekarang sukakan perempuan sebegini di jadikan teman wanita bahkan isteri supaya dapat melancarkan lagi keharmonian perhubungan agar tidak suram dan tidak membosankan.

2. Hebat di ranjang?
Mungkin fakta ini agak sedikit kontroversi. Benarkah perempuan steady hebat di ranjang? Menurut responden dalam 'Kajian Wanita Era Moden oleh Dr Fritzhaulger Watson' yang kita ketahui sebelum ini, 64 dari 100 orang responden wanita merupakan golongan wanita yang mempunyai kehidupan seks yang aktif.  Kemudian, 51 dari 64 orang responden wanita tersebut telah di kenal pasti sebagai perempuan steady. Di Malaysia, kajian seperti ini mungkin hanya valid kepada wanita yang telah berkahwin kerana isu seks masih menjadi taboo dalam masyarakat. Namun, cuba kita fikir kembali. Sifat yang di tunjukkan oleh perempuan steady yang dominan itu, adakah ia langsung tidak mempengaruhi corak laku seks nya yang lebih dominan di ranjang?

3. Pemangkin kreativiti perhubungan dalam mengimbangi status lelaki.
Ia sedikit sama dengan klasifikasi dengan perempuan nakal. Namun, bezanya di sini ialah nilai kreativiti yang lebih maksima di praktikkan. Sebagai seorang lelaki, kita mahukan teman wanita kita berkomitmen dan setia. Namun, semua komitmen dan setia itu hanya akan jadi sia-sia jika kita sebagai lelaki sahaja yang beria lebih-lebih menjaga perhubungan bukan? Jadi, resolusinya ada pada perempuan steady yang mampu memberi impak equilibrium dalam memangkinkan nilai kreativiti perhubungan. Fikirkan, anda seorang lelaki berkerjaya, takkan anda hendak mencari perempuan yang biasa-biasa saja? Nak cari perempuan operator pengeluaran je ke? 5.49 je? Nafsu kita sebagai lelaki berkerjaya semestinya nak cari yang up-up macam kita jugak kadang-kala bukan?

4. Cun-melecun dan menyerlah.
Yeah. Ini yang pasti-nya yang di mahukan oleh para lelaki di luar sana. Bergaya, dan nampak elegant. Berlilit ke, bunga besar ke, ada aku kesah™? Perempuan steady jarang untuk memakai pakaian bercitarasa pelik dan kebudak-budakkan. Macam mana pelik tu, rujuk gambar sebelah. Ini kerana, ramai di antara perempuan steady merupakan trend-setter sesuatu fesyen dan ideologi. Bila mereka mengenakan pakaian, mesti akan ramai perempuan-perempuan lain akan cuba ikut. Yang selalu ikut, konfemlah perempuan nakal. Obvious.


Kekurangan

1. Maintenance tinggi
Perempuan yang steady, memerlukan belanja yang banyak dalam mengekalkan aura mereka tersendiri. Kalau duit mereka tak di habiskan ke make-up mahupun set facial SK-2. Mereka akan habiskan duit itu dengan membeli fesyen. Shawls, heels, baju, denim, cardigans, aksesori, jam tangan, dan sebagainya. Kalau dapat yang branded, lagi suka. Selalunya mereka akan kata 'tak kesah murah, asalkan cantik'. Namun, itu semua tak valid bila ada sales di MNG. Walaupun 50% discount sekalipun, tapi 50% dari RM400, ia masih di kira mahal bukan? So, lelaki yang hendak mengendalikan perempuan steady, kena lah ada duit yang banyak. Takde duit, mungkin boleh guna senjata mulut? Kalau dapat lah.

2. Arrogant
Baiklah, ini merupakan sebuah keburukkan bersifat peribadi. Mungkin ada yang mempunyai sikap sebegini, dan ada yang tak. Perempuan steady selalu mendapat perhatian orang lain. Once thing yang kita kena tahu mengenai perempuan steady, mereka takkan jual murah dan menggedik bila ada lelaki hendak cuba memikat mereka. Jadi mereka akan jual mahal, tunjuk arrogant sedikit. Jelingan tajam dengan gaya seolah berdendam itu memang biasa datang dari perempuan steady yang cuba memberikan amaran kepada lelaki lain yang cuba menggatal terhadap dirinya. Apatah lagi kalau perempuan steady itu dah berpunya. Kita sebagai lelaki nampak ia sebagai arrogant. Namun, sebenarnya ia merupakan protected-shields bagi perempan steady.

3. Mangsa kutukan
Isu di sini mudah saja. Sebab pandangan setiap orang adalah berbeza. Ada orang panggil perempuan steady sebagai perempuan kuat mencapap. Ada yang panggil sebagai cool and fun (pandangan aku lebih kepada ini). Namun, sebagai iconic kepada perempuan nakal, golongan perempuan steady sentiasa tak lekang dari gosip, kutukan dan syarahan agama free-free di internet. Jadi, bila kita ada teman wanita perempuan steady, adakah kita akan kekal memberi supportif atau mula rasa jelek dengan segala mulut orang yang jeles? Di sini lah cabaran yang perlu di sahut oleh lelaki yang bercinta dengan perempuan steady. Bersedia untuk menerima tempias kutukan dari orang lain. Kalau di puji, standard lah kalau hidung kembang ye dak?

Kesimpulan


Dalam mengimbangi bilangan wanita yang semakin ramai di Malaysia, keperluan perempuan steady telah bertambah seiring dengan trend dan permintaan semasa. Perempuan steady merupakan sebuah simbol kepada perempuan-perempuan di Malaysia dalam menerajui era moden. Ramai perempuan mendambakan gaya seperti perempuan steady, namun.... Hak alah, jadi diri sendiri sudeyhh. tak payah lah nak ikut orang lain sangat.

Kan kan kan?

p/s : Nak reference ke? ok. semua gambar adalah sekadar hiasan semata bertujuan menerangkan lebih lanjut mengenai artikel ini. Gambar 1st diambil dari hentakbelipat. gambar 2nd, helly yg bagi. gambar atas ni, aku lupa mana aku dapat. tapi perempuan gambar atas ni memang steady! credit to all! 

Nota Kaki 1: Fate/Takdir

Satu hari seorang kenalan menangis-nangis meluah rasa hati apabila dikecewakan seorang lelaki. Kasihan, si perempuan cuma bertepuk sebelah tangan kerana sapaan cinta tidak berbalas.

Sedihnya dia, payah betul nak dipujuk. Almaklumlah, lelaki itu segalanya. dialah yang paling hot, yang paling sempurna wajah, dialah yang paling rajin, dialah yang paling gentleman. Semua dia, dia Mr Right.

Bolehla. Hensem macam abang Prince Caspian ni.

Satu hari hampir sebulan kemudian saya disapa seorang saudara. Bercerita punyalah bercerita, tiba-tiba terkeluar nama seseorang.

"Kenal tak lelaki ni? Dia kenalan rakan kamu kan?" tanya saudara. Saya ragu-ragu. Eh, bagaimana boleh kenal? Lalu, saudara menunjukkan profil laman sosialnya. Sah, ada common friend. Itulah lelaki yang menolak cinta tu.

"Ah, ya. kenal sangat. Kenapa?"

"Ohh!! Dia tu, satu Uni dengan kitorg. nak tahu, geng kami dulu....|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||!"

Em. Tersensored lah pulak.

Apa-apapun, saya teringat rakan yang frust tu.

kemudian saya senyum sendiri.

Ah, takdir.

Kadangkala kita tidak tahu apa yang lebih baik untuk kita.

Sabarlah saudari. Ada yang lebih baik menunggu. Iya tak?

Rabu, Januari 19

episod pengenalan dah 18sx. maaf.

semenjak dua menjak ini aku telah diinvite oleh si AlexiaAqram untuk menulis di sini. entah siapa AlexiaAqram ni, entah boleh dipercayai atau tidak. risau juga takut aku jadi seperti gadis-gadis zaman sekarang, terlampau percaya pada orang tak dikenali, lepas tu dilarikan. tapi selepas berfikir, aku join jugalah. macam seronok jugak.

jadi aku masuklah sekali ke dalam terfaktab. terasa macam budak sekolah rendah baru pindah sekolah. aku tengok saja apa kawan2 semua buat. nak tanya lebih-lebih, malu. Nak join perbualan, takut lari topik. Apatah lagi nak join main rebut tiang. Namun, tiba-tiba setelah nampak hint yang aku boleh mula menulis. apa lagi.

disebabkan ini blog cinta tak cinta mana, dan memandangkan antara kriteria aku dipilih adalah sebab aku dah kahwin, jadi untuk entry pengenalan aku ada satu cerita untuk dikongsi bersama kawan2 sebagai pengajaran. cerita aku sebelum kahwin sehingga lepas kahwin. begini ceritanya.

sebelum kahwin
awek duduk sebelah tersipu-sipu. aku bawak kereta tahap JPJ suka. Bernafas pun perlahan-perlahan je. tak macho langsung kalau bernafas ada bunyi hidung tersumbat. Kalau radio tiba-tiba jadi kuat, aku panik perlahankan. kacau mood nanti. Tangan tersentuh semasa berenti traffic light. aku senyum dalam hati. macam haram perangai.

tengah aku sedap-sedap bawak kereta sambil borak-borak kisah kehebatan diri, tiba-tiba aku terasa satu perasaan. ah. alamak. aku tak boleh tahan. memang tak boleh tahan. tangan rasa menggeletar. kaki tak tentu hala nak tekan minyak ke brek. aku cover. aku bawak macam biasa - malu beb kalau awek aku perasan. duduk tak tenang, peluh dingin mengalir. patut ke aku lakukan benda ni kat dalam ni? patut ke? apa pendapat dia nanti? adakah dia akan setuju? tangan aku tak boleh duduk diam. ish. tak boleh jadi.

aku brek mengejut. berenti tepi jalan. dia terkejut. dengan gaya bakal suami, aku dengan tegas berkata

"cuba awak check tayar depan. ok ke tak?"

dengan muka cuak dia turun check tayar depan. aku kononnya pegi check tayar belakang. dan seperti yang korang agak, ya, aku menyelesaikan kehendak aku sejak dari tadi. peh. puas.

selepas kahwin

bila-bila saja kami sedang dating pun, jika aku gatal bontot, aku seluk dan garu saja. tak perlu buat taktik tayar rosak. tak malu pun.



hai. nama saya Durian! selamat berkenalan.

Kisah Awek-awek Bergred 5.0 Ke Atas.

Assalamualaikum


Hello gedik girls. Dan good boys sekalian.

Nama aku Mr K. Nama penuh aku Khairul. Dah lama rasanya aku tak tulis untuk blog ini. Well, utuk ramai yang tak tahu, aku sekarang ni tengah praktikal. Aku praktikal di sebuah kilang yang terdiri dari beberapa kilang. Dan aku pula, aku praktikal je, tapi dapat pulak jadi QC (Quality Control). QC ni memang kadang-kadang orang praktikal akan dapat. Tapi, aku ni kes lain sikit. Sebab aku jadi QC untuk satu kilang. Ya, aku sorang je yang jadi QC kat situ. Dengan kata lain, semua produk adalah di bawah tanggungjawab aku. Dan produk-produk yang di hasilkan tak boleh di transfer ke HQ kalau aku tak check dan juga kalau aku tak puas hati dengan produk tu.

Mula-mula, aku jadi pembantu QC kat kilang pertama which is Kilang E. Kilang tu agak besarlah. Dan yang bestnya, jadi QC ni banyak relax walaupun ada kuasa yang agak besar. So kalau dah bosan tak ada kerja nak buat tu, aku kadang-kadang masuk port je pergi tidur. Memang heaven gila.

Tapi, bila masuk ke minggu ke tiga, semua nya berubah. Ku sangka hujan hingga ke petang, rupa-rupanya panas di tengah hari bila boss aku tanya "Dah puas jalan-jalan kat Kilang E? Okay esok awak jaga Kilang M. Alone". Aku pun macam... "Okay". Wait, kilang M? ALONE?

Aku dah gusar. Takut. Aku takut yang aku akan rindu kawan-kawan aku di kilang E. Brader-brader kat kilang E semua cool-cool. Walaupun aku sorang je yang tak merokok, tak meraba lelaki, dan tak buat benda-benda gila, tapi still aku boleh masuk geng dengan dieorang. Dan aku juga sure akan rindu check produk-produk kat kilang E. Tapi, bila boss dah kata cam gitu, nak buat macam mana kan? Aku dengan hati sedihnya pun pergi lah ke sana. Pergi ke Kilang M.

Sebelum aku pergi ke kilang M tu, aku tanya lah member-member kat Kilang E tu pasal Kilang M. Apa yang aku tau, kilang M ni dia buat minyak treatment. Tapi kilang ni kotor gila. Dah tu, yang minyak engine pulak, apa yang aku tahu pasal minyak engine kat situ? Aku tak tahu apa-apa pun. Dah la tak tahu apa-apa, kena jaga sorang-sorang pulak tu. So, aku buka buku kilang tu, then aku tengok ada bermacam-macam jenis minyak. Ah sudah.

Then lagi, dengarnya kat sana ramai orang yang tua-tua. Ye lah, nama pun tempat bancuh minyak kan. Tak akan la budak-budak yang bancuh. Kalau ada awek kat situ pun, mesti yang dah kahwin.


Tapi, semua sangkaan aku silap. Bila aku sampai je kat kilang M tu, perh, berlambak gila awek muda-muda kat situ. Ada yang baru habis SPM. Ada yang baru habis STP. Ada yang baya-baya aku. Memang semua ada kat situ lah. Masa ni, aku rasa macam dah masuk taman bunga dah. Bila tarik nafas dalam-dalam, dah boleh kira dah ada berapa ramai awek cun kat kilang tu. Rasa nyaman je kat situ.

Dah tu apa lagi. Terus bersemangat lah aku jadinya. Terus rajin. Ambil tu ambil ni. Sign sana sign sini. Then bila awek tanya "Eh, QC baru ke? Mudanya dah jadi QC?. Aku pun angguk, senyum, kemudian blah. Hell yeah! Biasalah, market tengah naik kena lah jual mahal sikit. Padahal aku praktikal je kat situ.

Tak faham langsung aku situasi kat situ. Bayangkan, budak (lelaki) yang sebaya dengan aku yang jadi tukang bancuh minyak dalam tank. Yang handle incoming dan outgoing lak awek umur 19 tahun.

So, selepas siap semua kerja aku kat situ sebagai QC, aku pun naik ke tingkat dua then tengok seluruh operasi yang sedang berjalan. Eh wait. Mr K tengok mesin-mesin yang sedang running? Seriously? Oh peh-lish lah. Okay fine aku tengok awek-awek comel di bawah. Bila dah tengok-tengok tu, aku kasi lah point dan gred untuk sorang-sorang. Point-point dan gred ni hanya untuk perempuan tau. Lelaki tak perlu. Sebab kalau lelaki tu bergred 0 pun, still boleh ada awek. Biasalah, asal pandai berkata-kata, mesti ada yang terpikat.


Selepas kira-kira, aku dapati ada yang cun sikit tu, dalam 5.00 grednya. Ada yang 4.35. Ada yang 4.90. Then dalam banyak-banyak tu, aku perasan pasal sorang awek ni. Amat menarik perhatian aku. Nama dia Suziela. Selepas berkira-kira, aku agak dia ni bergred 5.20. Eh, 5.20 tu tinggi tau. My Miss Lisa Surihani pun baru 6.00.

Okay sambung balik. Then, aku tenung la awek tu lama-lama. Bila dah tengok lama-lama, rasa makin comel pula dia. Tup, dari 5.20, naik jadi 5.23. Then aku tenung dia lagi. Eh wait, dia ada misai. What the hell girl ni ada misai! Dang, turun sikit point jadi 5.10. Tapi, bila fikir-fikir balik. Girl yang ada misai ni comel juga ya. Serious. Agak comel lah. Eh bukan bukan. Bukan sebab aku tak ada misai yang menyebabkan aku tertarik kat awek yang ada misai. Aku sebenarnya ada misai. Tapi.... tapi ianya belum nak tumbuh lagi. Tapi, memang betullah. Awek yang ada misai sikit-sikit memang agak nampak cute gitu. Aku cakap pasal misai sikit-sikit. Jangan ah selepas ni korang kata aku suka girl yang ada misai tebal macam suami Siti Nurhaliza. Tu dah melampau ah.

So, tambah misai, tambah suara dia bila terkejut dan tambah gelagat dia, aku kasi dia 5.49. Not bad lah this Suziela.

Then, aku nak turun lah ke bawah. Aku lalu depan dia yang sedang bersila melipat kotak. Relax je bersila kat situ. Dia pandang aku dan kata "Hai awak" sambil tersenyum-senyum. Dengan muka selamba, aku angguk. Then blah. Again, hell yeah! Always jual mahal. Ni lah orang kata tektik, main tarik tali. Korang apa tau.

Oh oh. Lagi satu. Kat sini, kalau dulu kiteorang panggil girls ni sebagai minah kilang. Tapi 'minah' tu macam cheap sangat kan? So, kiteorang panggil mereka sebagai gadis-gadis kilang. Tapi kan guys, 'gadis-gadis kilang' kalau nak disebut, rasanya panjang sangat. So, kita pakai short form ya. Kita panggil mereka gadis-gadis K. K tu stands for kilang tau. Dan K juga stands for apa lagi ya? Oh ya. K juga stands for Khairul. Ehem ehem.

So, aku perasan yang gadis-gadis K ni ada yang cun dan ada yang tak cun. Kalau dah cun, memang cun habis. Dan kalau tak cun mesti tak cun langsung. Kalau dulu, mesti akan ada ayat "Perh, cun doe awek-awek K yang baru balik dari kilang tu". Tapi sekarang? Mana ada lagi dah stock-stock awek cun yang nak kerja kilang. Yang cun-cun yang bergred 5.5 ke atas mesti tak nak kerja kilang. Semua nak kerja aircond dalam ofis.

Heh, mengada-ngada.

Gedik.

Nasib baik comel.

Tapi jangan risau. Tak akan hilang gadis-gadis K yang cun di dunia.

Kemudian, aku usha-usha la awek ni. Tangan aku konon tengah sign borang delivery tapi mata dok ralik tengok awek tu susun kotak. Kadang-kadang, terdetik juga. Siapakah tergamak yang suruh awek tu buat kerja susun-susun kotak tu. Bagi la kerja yang ringan-ringan sikit. Tapi bila di fikirkan balik, kerja susun kotak tu rasanya adalah kerja yang paling ringan kot di kilang ni. Kalau tengok balik kat girl lain kat situ, semua buat kerja berat. Memang diskriminasi betullah. Asal cun sikit, dapat kerja ringan. Hais. Ni mesti sebab leader kat situ adalah lelaki. Heh, boys.


Pernah sekali kan, aku jalan menuju ke arah awek gred 5.49 ni. Masa jalan dengan penuh confident tu, kaki aku terbelit dengan wayar, terus nak tersadung straight kat atas awek 5.49 tu. Habis menjerit awek tu.  Comel juga dia terjerit-jerit macam tu. Tapi, sayangnya aku sempat mengelak. Perh. Sebenarnya, kalau diikutkan, alang-alang aku dah nak terjatuh tu, biar lah terpeluk terus. Tapi bila di fikirkan balik, bahaya juga buat macam ni. Takut nanti berakhir dengan perkara-perkara di luar tabii. Lagi pun, malam tu malam jumaat. Biasaya, bila malam jumaat, pasangan yang dah kahwin akan buat kerja 'Over Time' di rumah. Tu yang aku takut tu. Kalau teruna aku di ragut macam mana?

Tapi kan, aku juga perasan yang awek gred 5.49 tu amat terkenal di situ. Dah boleh kata semua lelaki nak bermanja serta nak mengawan dengan dia. Budak-budak lelaki kilang korang tau lah macam mana perangai. Berlucah setiap masa dengan perempuan memang dah jadi kebiasaan. So, memang ramai lah budak lelaki yang nak tackle dia. Tapi, dia just 5.49. Aku ulang. 5.49. Apasal dia famous sangat? Kenapa ramai sangat yang tergila-gilakan dia? Come on lah. 5.49 je kot.

Selepas agak lama berfikir dan tak dapat cari jawapan, aku call member aku sebagai alternatif terakhir untuk selesaikan masalah ni. Tapi sayangnya, kawan aku yang player ni pun tak tau kenapa awek 5.49 tu menjadi kegilaan ramai.

Then, masa tengah berfikir tu, aku teringat akan kata-kata Loxy a.k.a Laloq. Laloq ni ketua rumah sewa aku dulu. Sembang-sembang lelaki dengan dia memang best. Tu belum kira bergossip. Sekali satu rumah bergossip boleh sampai ke pagi.

Loloq ni pernah bagi tahu aku;

"Kadang-kadang perempuan ni mudah perasan hot. Nak-nak bila ramai nak mengurat dia. Ramai nak mengurat dia bukan sebab dia lawa sangat pun. Tapi dah dia je yang lawa sikit dari perempuan-perempuan lain. Bak kata orang, tu je stock yang ada. So, gap je lah."

Korang faham tak maksud dia? Okay fine aku kasi contoh. Andaikata masa kat kolej, komuniti awek-awek kat situ semua gred 3.0 hingga 4.0. Then tiba-tiba, ada seorang girl junior yang bergred 4.1. Sure girl tu jadi kegilaan ramai kan? Sama la macam korang shopping. Baju semua sepesen je. Semua lebih kurang design.  Semua terdedah peha, dada dan bahu. Then tiba-tiba ada satu baju tu yang lawa sikit dan dedah pusat. Tambahan pula, baju tu tonjol bentuk badan bila di pakai. Mesti baju tu ramai orang nak beli kan? Kan? KAN?

So, andai kata suatu hari nanti korang masuk ke kolej, universiti atau poli, then korang tiba-tiba jadi rebutan ramai, jangan la pulak korang perasan cun ya. Korang tu bukan nya cun sangat pun. Dah komuniti kat situ tak cun nak buat macam mana. HAHA.