Khamis, Disember 30

Banyak Cantik Muka Kau

Tak baik taww nak curik my apex!
Suka-suka hati je korang nak tekel Khairul Fahmi. Apa dah terdesak sangat ke? Karang kalau makwe dia yang kat gambar ni marah ni macam mana? Ha, yang jantan tu, tak usah menggedik nak tekel makwe Khairul Fahmi plak. Lempang baru tau. Tak habis-habis nak rosakkan percintaan orang lain. Nanti dah besar jadi barua rosakkan rumah tangga orang lain. Dem!

Apa kata Che Mat?

"Kawe steady je, mu nak tekel, kawe lompat. I lap U Elia! Mmmuah!"
Ok, pihak Terfaktab mengucapkan selamat kepada korang berdua. Semoga berbahagia ke jinjang pelamin. Sapa cakap cinta itu hanya datang bila popular? Tak dapat jek. Cinta itu datang tak kira waktu yo!

Jangan jeles!
Oh, buat Helly, aku dedahkan skandal kau ok? Nak sangat. Ambek!


Jangan kau kau malu-malu macam Mr. K masa jumpa cik epal dah ler... Selamat bercinta. bye2!

p/s : gambar cilok kat blog makwe che mat, google dan mana-mana ntah!

How To Love Somebody : Part - Uno

Kucing gwa pernah bersabda
"cintailah aku seadanya, sebab aku cuma kucing biasa..."

Makan dalam. Gwa pernah maki2 kucing gwa bila bila gwa bosan. Sebab gwa tau dia takkan paham dan takkan pernah nak paham. Sebab dia tak reti guna internet. Google pon tak tau apebende. Sebab tu gwa maki je laju laju, apedehal?

Tiba2 dia cakap bahasa manusia, barang sebaris dua ayat kat atas.
Terus gwa pergi depan laptop, gegel tu ade la sikit sikit, tapi nak takut ape, kucing bercakap, bukan laptop gwa yang bercakap. Gwa pon save buat draft pasal ape yang kucing gwa utarakan sebentar tadi.

Bertahun jugaklah draft ni gwa kepam, sampai la ni baru gwa update balik, touch up sane sini, bagi ade umph sikit lu orang nak membaca. Kang mencarut sangat tak sedap pulak gwa nak publish dalam ni. Yela, jadik co author blog ni bukan dapat dua ribu setengah setiap bulan, cukup bulan dapat kepuasan jela, tang puas2 gwa cerita esok malam, kang kelaot pulak cerita harini.

Gwa takde definition cinta. Tapi Gwa ade curik2 buat poster perasaan cinta last sem, ingat nak letak sini barang sepam dua, sekali, member gwa dah delete dah gambar tu. Binawe punya mengkarung! , seru gwa sendiri. Artwork gwa tak ternilai tu kena delete tanpa rasa bersalah. #jilaka. (takde kena mengena langsung)



OK, back to the point, cinta ni mengikut definisi kepala hotak gwa yg dah berbulan lamanya tak bercinta (dengan manusiawi) adalah rangkuman semua perasaan yang ada dalam dunia ni. So, lu orang kena lah experience satu satu supaya lu orang paham macam mana sakit, gembira, masam manis masin tawar melesir dan segala bagai perasaan tu, baru lu orang tau apa tu cinta. (tadi kata takde definition cinta, pentipu betul sape yang tulis ni)

Cinta ni bukan takat masuk bilik, bukak baju, jilat jilat, ciom ciom,gomol gomol je. Itu SEX. Dah kalau namenye sex pandai2 la pakai stokin ke ape yang patut jangan bagi beranak, payah nak menanggung nanti. Sebab tu gwa cakap, lu orang kena feel, taste, lick the feelings, one by one untuk experience the Love yang lu orang carik2 tu. Bukan takat pikir romen romen je tiap mase. Lagho namenye.

Pada gwa, yang hidup takdela lame mane pon, gwa rasa kalau lu nak cinta cinta kat orang tu, lu orang kena cinta kat dia seadanya. Bukan cinta sebab dia artis ke, model ke, pramugari monggel ke, bukan... tu semua khurafat. Tu bukan cinta, tu orang gelar Nafsu. Nafsu ni ade macam macam jenis. Pandai2 la jaga diri mase bercinta, jangan sampai nafsu take over cinta lu orang pulak, kang cinta kemana, nafsu kemana, habis madu sepah dibuang dekat tepi longkang, kan sadis tu.

Oh ye, nama dia cinta
Sempena harimau bantai lauk garuda penyet cicah sambal belacan,
gwa letak la gamba awek indo harini.

So, kalau lu nak tau rasa cinta tu lu kena tau orang yang lu nak cinta tu, tak pakai pembedahan plastik pon takpe. Kalau nak sangat bercinta dengan plastik pegi carik kpop or jpop artists sane, muka semua kena bedah, kalau tak sorang2 rupa macam jambatan tak siap. #fact. So, gwa malas nak sentuh pasal hati budi, bahasa, perangai and pe lancau lagi yang boleh cover 9 silibus percintaan. Gwa nak lu orang fokus dekat rupa sekarang ni.

Kalau lu orang rasa lu orang nak kawin dengan something perfect, jangan ngade ngade carik orang. Gwa serius tahap karma ni. Jangan main main. Gwa siku sorang2 baru tau. Agak agak lu orang nak something perfect, g kawen dengan patung, tak silap gwa Obe ade featured patung2 comel dekat BlogSerius dia. Harga dia riban riban jugakla mahalnye. Ade sorang mamat bangang ni siap kawin lagi dengan patung tu, mungkin sebab selalu sangat kena reject, ataupun dia ade masalah dengan orang real life ni. Gwa tikam jelah, gwa syak dia kerap sangat kena reject, tu pasal dia beromen dengan patung. Dah kalau kahwin dengan patung nak senggama dengan ape?

POint gwa kat sini ialah, lu orang, or lebih tepatnye, Semua orang akan jadik tua. Bile dah tua muka konfem kedut2 sane sini. Tak macam mase high skewl dulu, muka kemaen ketat sane sini. So, lu orang wajib terima dia seadanya and jangan gelabah taik plak bila dia berubah muka. Bukan berubah muka la, tapi physically, manusia berubah. Sebab tu gwa cakap jangan terkejut. Dulu dulu slim macam papan tiba2 dah kawen ape semua berubah, badan jadik macam mak gajah, ni semua fakta gwa bagi ni. Jangan nak mengharap sangat dekat bulan, sedar diri sikit kaki dekat tanah.

Konklusinya, lu orang kena terima perubahan, kalau taknak terima perubahan pegi kawen sama patung yang gwa dah cadangkan tu. Tapi gwa tak jamin la patung tu cantik sentiasa macam masa lu beli awal2 dulu. Kalau hari hari kena hempap, sayor jugak bende alah tu.

Akhir kata, majulah sukan untuk negara. (ok takde kena mengena lagi, jilaka)
Akhir kata kali kedua, jangan harap semua benda tu kekal perfect. Things change, WE change. So, love the one you love the way they are. Jangan pikio nak perfect2 je manjang, gwa sula lu orang nanti.

Ini baru cerita pasal rupa. kalau gwa mencarut satu silibus buku cinta jangan harap lu orang dapat habiskan baca karangan gwa dalam masa 3 saat. Moga bertemu dia lain lingkungan masa. Salam sayang buat panda tersayang. (ini ucapan #Jilaka ape gwa buat ni. #triplejilaka!)

Rabu, Disember 29

Pertama kali bercinta?

Bila dah bercinta mesti tak boleh berenggang dengan handphone je kan? Sehari boleh habis kredit 10 hinggit. Sehari phone kena cas sampai dua tiga empat kali sebab lama sangat bergayut dengan kekasih hati. Ye. Aku paham keadaan itu dan pernah alami suatu ketika dahulu.

Itulah masalahnya. Bila dah selalu text and call. Last-last bila weekend you like tak tahu nak cakap apa dengan si dia bila dating secara face to face - skype webcam video call or whatsoever. Terus jadi kelu lidah.

Bila dah biasa sangat texting dengan bf gf, bila si dia tak balas your text rasa macam tak keruan kan? Sampai ada yang sanggup mengamuk kat Facebook sana bila si dia tak reply text dia langsung. Hey! Rilek lah. Benda peribadi tu tak payah lah kot story kat sana. Setel luar sudah :D. Bukan apa. Takut ada yang jadi batu api ke tahi api ke - eh? nak rosakkan hubungan you all.

Bila baby you tu tak angkat langsung phone call you. Terus you hantar text bertalu talu tanya kenapa tak angkat call. Sekali si dia tengok OMFG, ada 100 missed call dari kau. Pitam terus nak pujuk hati kau yang dah merajuk sana sebab tak jawab your call. Kenapa nak gelojoh sangat? Maybe dia sibuk sangat sampai tak dapat angkat your call :D. Tapi biasalah bila dah bercinta ni. Benda yang sepatutnya +ve kau boleh fikir jadi -ve. Benda common sense kau boleh jadikan complicated. Orang kata minda tak sama dengan apa yang hati kau nak. Angau katanya.

Sini ada tipsnya!

Stalk Facebook beliau.
Kalau dia offline kan chat fb konon-konon dia tak online, kau tengok recent activities dia hoi.
Sekarang kan fb dah lain. Kau boleh baca sikit apa dia tulis kat wall orang dengan komen status orang. Kalau kau tengah-tengah refresh ada recent activities yang baru. Sah-sah dia tengah online tak nak text kau or jawab call kau. Time ni jangan serang dulu. Kau perhatikan jah gerak geri dia kat Facebook sana. Hey! Jangan main mengamuk ye. Pandai-pandai lah tanya soalan perangkap contohnya dia online ke tak hari ni.

Yang janji jangan pasang spy. Spy sendiri boleh? - haha. Nanti kantoi dia akan rasa kau tak percaya dengan dia langsung. Kan tak pasal-pasal boleh putus sebab hal macam ni jah.

Sebenarnya antara pukul 10PM - 12AM merupakan waktu yang sangat sesuai untuk call si dia. Sebab waktu tu si dia tengah berbaring seksi di atas sofa sambil melayan cerekarama! haha! Itu dari persepsi aku lah. Kau nak texting bila-bila masa boleh kan? Tapi kalau si dia kata dia busy. Sila faham sikit keadaan dia yang mungkin dia lambat atau langsung tak akan reply your text.

Semua tips ni dari pengalaman cinta monyet aku waktu zaman sekolah. Lain orang lain caranya. :022:

Sengaja Mengada- ngada nak Wish Awal



Selamat Tahun Baru!

Cinta : Tanah Tumpahnya Darahku.

Gua bangga. Gua bangga dengan lu’olls semua. Bukan mudah nak melihat berjuta-juta rakyat Malaysia mempertahankan Negara Malaysia. Ya. Memang bukan mudah. Bila di rujuk kembali memori bernombor JK-786221, bertarikh tahun 2009, fakta yang di tulis ialah, kebanyakan rakyat Malaysia lebih banyak memperkecilkan Negara sendiri, berbanding memandang Negara sendiri ialah satu Negara yang boleh berubah ke satu tahap yang lebih baik. Banyak yang lebih focus kepada warta politik jam 8 malam tak juga lupa yang menonton American Idol dan bersorak sambil memperlekehkan sebaris bintang yang di lahirkan oleh rancangan reality di Negara sendiri.

Gua bukan nak cakap besar, bukan nak tunjuk hebat. Gua selak pula memori di celah rak yang berhabuk di sebelah sana. Memori bernombor AG-672911 mengatakan, gua pernah perang cyber seorang diri di satu website yang di bina oleh rakyat Indonesia. Tak tertulis pula tahun bila. Mungkin auditor tak audit betul-betul memori tu. Masih ingat malingsia.com? Atau tak pernah tahu? Gua tak sure website tu masih ada atau tidak. Website yang ditubuhkan untuk membantah, kononnya Malaysia mencuri budaya mereka. Yang di mulakan dengan lagu Rasa Sayang Hey.

Waktu tu gua stand up seorang diri sebagai seorang rakyat Malaysia, masuk forum Indonesia. Gua cuba nak satukan dua Negara serumpun ni. Gua forum habis-habisan. Keburukan bermusuh. Tapi ternyata hati mereka keras. Seperti hati sang garuda yang terbang tinggi. Gah di langit. Tak pernah pandang bumi. Konon mereka sahaja yang betul. Tapi ingin gua katakan, mereka bukan lah menyeluruh. Masih ada yang punya otak untuk berfikir mana buruk.

Sejak dari situ, di fesbuk ke twitter ke, gua hanya pandang sahaja mereka bersuara memekik terlolong menyalahkan Malaysia dan membenci Malaysia. Gua tahu, kalau batu sebesar kereta Volkswagen Polo di hembas ombak beberapa kali boleh berlekuk, lain pula dengan hati mereka. Cakap lah macam mana pun, tak akan mudah mengalah mereka ini. Oh, bukan tak mudah. Tak mahu lebih tepat.

Cuba pula kita pergi ke rak perbandingan. Ha, gua dah Nampak satu seksyen yang menarik. Bernombor TK-09825. Kita cuba bandingkan semangat jati Negara kita dengan semangat jati Negara Indonesia. Mereka 25 jam punya semangat dan cinta yang tinggi kepada Negara mereka. Sambil melaungkan kata-kata seperti garuda di dada ku. Salam satu JIWA Aremania (Arema ialah satu pasukan bola sepak di daerang Malang). Satu jiwa? Sebab mereka punya satu jiwa. Jangan berani sentuh Negara depa. Rakyat depa. Budaya depa. Atau? Mati lah kau!

Kita? Bila final bola sepak negeri sendiri baru nak sembang pasal liga tempatan. Kalau tak, liga mat saleh barua tu jugak lu pandang. Kononnya tak punya mutu. Bosan. Gua dah berbulan tak tonton liga luar. Mungkin makan bertahun. Semangat kita jatuh sebab tu. Kita selalu sangat menonton liga luar sampai membandingkan liga kita dengan liga luar. Cuba kita selak memori muka surat 786, tahun 90 an dulu. Fanatiknya rakyat Malaysia dengan bola sepak sendiri. Ramainya penyokong di stadium. Bukan sebab mutu. Itu semua sebab tak punya astro. Bola sepak? Stadium sahaja tempatnya.

Begitulah juga dengan mereka. Mereka di Indonesia lebih banyak menonton liga sendiri dari menonton liga mat saleh barua tu. Mereka ambil segala scenario yang berlaku dalam liga.

Dan masuk pula, Salam satu Malaysia pun dah fikir jauh. Di politikkan. Cuba kita buang jauh-jauh. Kita buang slogan rakyat dahulu pembangunan kejadah tu. Kita ambil positifnya Salam satu Malaysia. Maksunya bersatunya kita di bawah satu payung berdaulat Malaysia yang satu.


Mungkin lu’olls pernah dengar satu gerakan Ultras Malaya? Yang kerap kali di sebut di media, Nampak di kaca TV, di stadium sejak final Piala AFF Suzuki ni. Gua adalah antara ahli terawal. Kami ada di setiap perlawanan bola sepak antarabangsa Malaysia sejak 2007. Yang masa tu baru sahaja bertapak dengan ahli tak sampai 50 orang. Sejak 2008 gua join. Mereka ini lain. Liga EPL? Jangan berani sembang depan mereka. Oh maksud gua, kami. Kami tak marah. Kami tak mencelah. Kami Cuma tak akan ambil endah. Bukan tak boleh menonton. Tonton sahaja buat hiburan. Bukan fanatic. Fanatiknya kita perlu ada di dalam dada ialah pasukan tempatan. Itu lah semangat cinta Negara kita.

Selangor lawan Boca Juniors dulu pun kalah 2-1 sahaja (atau 2-0. Gua dah lupa). Masa tu ketua pasukan ialah Maradona dan Allahyarham Mokhtar Dahari. Padahal masa tu kita bukan pernah menang apa? Tapi kita juga punya satu jiwa berjuang demi Negara.

Tapi gua bangga dengan apa yang berlaku sekarang. Kami tak keseorangan lagi. Semakin ramai rakyat Malaysia buka mata. Pertahankan maruah Negara. Sampaikan di tuiter #loveMalaysia menjadi trending topic. Itu satu benda yang boleh di banggakan.

Mungkin satu hari nanti gua boleh tengok lebih ramai yang menyanyi lagu Negaraku sambil mengalirkan air mata?

Mungkin entri ni tak berapa kena dengan blog terfaktab ni. Tapi ini pun kisah cinta apa? Cinta kepada Malaysia? Tanah Tumpahnya Darahku!

If you are ashamed to Stand by your Colours, you better seek for another Flag – Mokhtar Dahari.

Selasa, Disember 28

Cerpen Faktab : Gue Kangen Ama Lo (Versi AFF Suzuki Cup)

"Pegang pundak ku jangan pernah lepaskan"

Memori lagu Sheila On 7 benar-benar menyentap sanubari gua. Andaikata gua teruskan perhubungan cinta ini bersama Nanda, apakah gua akan di tertawakan oleh rakan-rakan gua yang berkiblatkan Ultras Malaya?

Di telan mati anak, di luah mati bapak. Bingung gua bai. Of course lah Nanda akan menyokong Garuda pasukan mitosnya itu. Dan gua, takkan sesekali mengkhianati cinta yang kami bina selama bertahun hanya kerana AFF Suzuki Cup. Walau apa pun, Harimau Malaya tetap di hati gua. Jadi, gua ambil keputusan, antara nanda dan Harimau Malaya. Dua-dua gua jaga. Fair n square.

Nanda ajak gua ke Bung Karno. Masak gua. Mana gua nak duduk? Kalau gua duduk berkepit dengan dia, kalau orang tahu gua sorang-sorang sokong Harimau Malaya, mau tak gua bakal di bantai oleh penyokong fanatik mereka. Kena bantai satu hal, kalau kena santet? Masak! Mampukan Nanda menjaga aku? Ah, dia cewek cun. Dia bukan Xena The Warrior Princess. Takpelah, biar gua tengok dengan kawan-kawan gua kat Seksyen 27 depan UiTM tu.

Nanda, cuba lihat bezanya masa lo lagi di Bukit Jalil. Even, lu duduk ama gua, gua jagain lu ketat-ketat. Takde pun pria-pria Malaysia yang bisa menyentuh lo. Apatah lagi menginjak-injak lo bagai ayam sayur. Setakat menganjeng tu biasalah. Tahan lah sikit. Cinta antara dua negara macam kita ni memang lumrah di ngata orang. Tapi, ape de hal?

Gua yakin sebenarnya yang walau kita beda negara. Tapi, hati kita satu. Pada Tuhan, pada agama kita. Emang gua tak mahu ribut-ribut pasal final ni dengan cinta kita deh! Biar kita fanatik di stadium, tapi di YM kita berkasih sayang. Hehehe.

Tapi, kelmarin memang gua terasa. Kalau ye pun besday gua sehari selepas final leg pertama. Tak payah lah lo hadiahkan laser made in china kat gua. Menganjeng nampak?

Takpe, besday lo nanti gua hadiahkan patung otromen dan kaca mata rayban. Hehehe!

Isnin, Disember 27

Lelaki Tak Tahu Malu

Hai semuaaaaaaaa!!
Bertemu kembali bersama ER :)

Lama gila oh tak update post kat sini. Busy gila rasanya lately ni. Yang penting blog ni tetap panas dengan entry entry yang berguna dan hujah hujah yang jitu. Gua bukannya apa, gua memang takde masa nak update bagai. Kerja gua bapak berlambak oh oh oh!

So, pada hari ini gua nak berbual kenapa LELAKI sekarang banyak yang tak tau malu! Gua nak tanya pada perempuan perempuan di luar sana, pernah tak sekali dalam hidup lu orang, lu orang kena face satu conversation yang lu orang rasa tak comfortable? Macam boleh di kategori kan macam 'SEXUAL HARASSMENT' la kan. Kalau tanya gua, gua memang selaluuuuuu sangat mengalaminya.

Apa yang ada dalam otak dieorang ni semua eh? Gua langsung tak faham. Bayangkan, dengan orang tak kenal pun kaum LELAKI jenis ni boleh selamba badak mak enon je petik petik pasal isu sensitif.
Contohnya, lu orang naik teksi pun, mamat bawak teksi tu boleh start berbual LUCAH. Perghhh.. desperado sangat ke dieorang ni semua?

Gua pernah deal ngan satu mamat ni, pasal kereta gua. Satu hari dia call gua, dia cakap dia kat bawah office gua nak jumpa jap, nak pass fotostat geran. Mamat ni cina, lingkungan awal 40-an, sudah berkahwin. Bila dah ambik geran tu, dia pun berbual ah ngan gua tanya condition kereta apa semua. Pastu dia belek belek phone dia, then nak tunjuk gua satu gambar, dia tanya kenal tak siapa ni? Gua pun tengok la, ingat kan apa, sekali gambar Zarina Anne Julie tengah bogel dengan bf dia. Gua rasa macam WTF la weyhhhhhh? Apa motif siak? Gua tengok, gua terus blah naik office. Gua rasa malu. Gua tak tau apsal. Gua yang tertengok pun rasa malu, mamat yang tunjuk tadi takde perasaan ke? Gila betol. Pastu minggu lepas, dah berbulan dari peristiwa pertama, boleh plak dia hantar gua mesej, dia kata " U ada email tak? I ada gambar best gila nak bagi." Gua tak balas masa tu, tapi pagi ni gua amik phone gua tulis

"Nak email? Hantar kat sini la bodohnakmampos@gualanggarlupakailorikang.com"

Pastu dia balas "Haha."
Macam haram ke tak gua cakap lu? Lelaki jenis ni muka letak mana seyyyyyyy?!!

Next cerita, masa gua belajar, ada satu mamat ni, gua memang tak kenal la kan, boleh plak datang duduk satu table ngan gua. Masa tu gua baru balik kelas, lepak sorang sorang kat mamak. Orang bagi salam, gua jawab ah. Pastu tanya la itu ini, gua memang taknak jadi RUDE. Orang dah tanya, apa yang patut gua jawab, gua jawab. Pastu dia berbual, dia dah kahwin, anak 3, lewat 30-an, boss company apa ntah pastu nak jadikan gua GF. Apa cer weyhhhh? Gua jadi blur blur ayam. Mamat ada wayar putus ke apa? Pastu dia cakap dulu dia ada GF muka macam gua, dia BLOWJOB power. APAKAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH??!!
Tak malu ke weyh dieorang ni nak berbual macam ni? Ada anak bini, apa lagi yang tak cukup. Gua bila benda benda macam ni memang tak tau nak react dowhhh.. Sekarang lu orang senang cakap,

"Kalau aku, aku dah simbah muka mamat tu ngan air."

Tapi cuba jadi dekat lu orang betul betul. depan ramai orang. Lu pun jadi segan. Paling selamat gua angkat kaki. Kang makin lama gua duduk situ, ada jugak yang jadi arwah.

Lagi satu, yang gua rasa agak bengang bila conversation macam ni berlaku antara lu orang dengan boss boss besar yang lu orang kenal. Contohnya,

"I tengah makan udang ni. Udang ni macam kaki U tapi I rasa kaki u lagi sedap."

Disebut oleh lelaki Melayu, lewat 50-an, dah beruban habis, yang memang selama ni lu respect. Kadang kadang ianya disampaikan dalam nada bergurau, tapi lu orang sendiri tau yang lu orang tak comfortable dengan conversation tu. Ada banyak lagi contoh la yang sememangnya kalau lu orang dengar pun macam rasa nak bunuh orang tu. Orang tu cakap dalam nada gelak gelak a.k.a bergurau tapi agak agak ah weyh kalau pasal BRA pun nak jadikan lawak. Gua tempeleng lu sedas dua baru lu tau.

Gua pun taktau macam mana spesis lelaki macam ni boleh wujud. Lu orang tengok perempuan, ada tak tetiba je tak pepasal nak berbual macam tu? Respect la sikit. Kalau ada orang buat kat mak lu, kakak lu, adik perempuan lu, ke gf lu, mesti lu berbulu kan?

Nak salahkan perempuan seksi? Gua pakai baju kurung pun lu nak cakap bontot gua mantap, APA KES?Perempuan itu lah, perempuan ini lah. Nak salahkan perempuan je memanjanggggggg. Habis kaum lelaki yang patut respect dan membimbing perempuan mana? Banyak lelaki sekarang otak letak kat bontot. Tak cukup kuat nak mengatasi nafsu lagi pelik yang dah ada bini, tolong lah weyhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!


FUCK OFF!!

Kenapa Perempuan Suka Kacau Suami Orang?

Assalamualaikum



Hello hello hello. Hari ni, agak bosan lah. Main dota pun bosan. Tidur pun bosan. Tengok tivi pun bosan. Semua bosan. Cuma tunggu masa untuk baca novel je sebab baru tadi novel [Tunas] (Hlovate) sampai ke rumah. Ingat boleh terus baca, tepi tengok-tengok adik-adik perempuan aku berebut nak baca. Masing-masing pasang muncung bila novel kena buat lari. So, memandangkan I adalah abang yang baik, maka dengan itu, I kasi lah dieorang baca dulu. Biasalah, abang yang baik. Ehem.

So, berbalik kepada tajuk kita pada hari ni; Why the hell perempuan suka kacau rumah tangga (suami) orang yang dah berkahwin? Okay fine. Actually, aku rasa tajuknya lagi bagus kalau Kenapa Ada Orang Ke-3 Dalam Rumah Tangga.

Eh wait, yang Abang K ni nak cakap pasal kahwin-kawan apa hal? Isteri tak ada, awek tak ada tapi nak cakap pasal kahwin? Ah, aku tak kira. Ianya adalah merupakan satu persediaan sebelum aku kahwin. Well, semenjak dua menjak ni, aku asyik termimpi yang aku jumpa ular. Kata orang tua-tua, kalau mimpi jumpa ular maksudnya ada orang nak meminang. So, sebab itulah aku prepare myself.

Nevermind. Lupakan. Apa pun, senang cerita kalau kita google dengan keyword "Suami orang", mesti akan bersangkut paut dengan "perempuan suka kacau suami orang". Tak percaya, boleh search sendiri. So, the issue is; WHY? Kenapa banyak sangat isu orang ke-3 dalam rumah tangga?

Adakah perempuan yang salah sebab kacau suami orang? Ataupun lelaki yang salah sebab dah kahwin, tapi still nak menggal?

Mari kita lihat;

Si Makcik Itu Janda.


Kalau korang tengok drama-drama bersiri tipikal melayu. Asal ada si Janda yang berdressup maut je dalam kampung, mesti semua isteri dalam kampung tu tak akan senang duduk. Agak-agak korang kenapa? Ya, janda adalah lebih banyak pengalaman berbanding si anak dara. Pengalaman macam mana tu? NO. Aku tau apa otak kuning korang fikirkan. Its not about seks semata-mata. Tapi perlakuan, layanan dan kegedikkan. Aku pernah terbaca yang penangan janda adalah lebih kaw berbanding anak dara. So kenapa si janda suka kacau suami orang?

First, yeah they are good at sex since dieorang pakar makan jamu, lama makan garam dan sebagainya. Tak seperti, si anak 'dara' yang tak berminat pun nak makan jamu even dah dua tahun berkahwin. Yang 10 tahun 'kahwin', tetapi baru 1 tahun nikah tu jangan tanya ah pasal jamu. Sure tak sentuh.

Second, pasal layanan. Yang dah berpengalaman kahwin ni, tak ada nya merajuk terpekik terlolong sambil jerit "Hantar I rumah mak I. Hantar I rumah mak I" bila bergaduh. Dia yang nak lari balik kampung, dia pulak suruh orang hantar. Eish. Tak ada adab langsung. Mostly janda, bila aku 'tanya' orang tertentu, dia pandai untuk bergaduh. Dia tahu bila dia nak mengalah. Dia juga boleh kawal suami dia dan suami dia boleh kawal dia. Ada match bak kata orang. Tapi kalau anak 'dara', sikit-sikit nak ikut cakap dia. Tak matang langsung. Ehem.


Dah kahwin = kewangan stabil = secure.


Girls zaman sekarang sedar diri. Dia tahu yang dia tu bergetah, dan ada assets yang besar. Dia tahu pila dia jalan je di tengah orang ramai, dia boleh rasa ada sticker tertulis 'HOT STUFF' kat dahinya. So, dia pun berfikir "Im hot, Im sexy, Im fabulous. I should be rich." Ya, rich. Rich dengan duit orang lain. Orang muda pun ramai yang kata-kaya. Nak-nak anak datuk. Tapi kenapa still nak yang berkahwin? Ya, sebab yang berkahwin, mostly boleh terus ajak berkahwin dan ada pengalamn memberi komitment terhadap seseorang. So, secure. Kalau dengan anak-anak ikan, tidak secure. Sebabnya, anak ikan lagi suka berfoya-foya dari berkahwin dan buat komitment. Anak ikan biasanya tak nak habiskan usia remaja dengan perkahwinan. Kan?

OI PEREMPUAN, BANYAK LAGI JANTAN LAIN, APASAL JANTAN AKU GAK KAU NAK KEBAS?
Well, the issue is.... Really? Betul ke banyak lelaki lain kat luar sana yang single dan menepati ciri-ciri Prince Charming berkuda putih yang korang idam-idamkan?

Well, the higher the number of production (quantity), the lower its value. Dan bila ianya datang kepada bilangan lelaki yang semakin menurun, nilainya akan automatik menaik. So, kalau selepas ni, ada lagi girl-girl yang mintak hantaran berpuluh-puluh ribu, si lelaki jangan kuatir untuk mereka. Sound je dia bersama mak dia yang nak jual anak tu. Lelaki punya lah on demand sekarang, dia sibuk lak nak naik harga. Tak pandai nak berurus niaga anak langsung. Lelaki tak nak kahwin, mula lah di salahkan lelaki.

Makin tua, makin handsome.


Tahu kah korang, yang lelaki berjambang lagi hot dari lelaki tak ada janggut? *Terasa*. Dan semakin tua, makin bergaya? Semakin di minati? Semakin macho? Semakin matang? Contohnya, Robert De Nero. Horatio Caine (David Caruso) dan macam-macam lagi lah. Bak kata orang, lelaki, makin lama makin beharga. Perempuan makin lama makin... erm... errrr... antik. Lagi pun, men's life start at 40 kan?

Sama juga macam di kolej. Market lelaki vs market perempuan. Semakin senior si lelaki, semakin tinggi market. Semakin senior si perempuan, semakin kurang market nya. Kan?

Dan, perempuan amat-amat tertarik dengan lelaki yang matang. Even lelaki tu huduh, tak handsome dan muka pelik serta tua, tetapi kejantangan dan kematangan lelaki memang akan buat perempuan tertawan. Tu yang huduh and tak handsome. Kalau yang handsome dan macho?, haaa. Memang cair lah. Di tambah pula, agak susah nak cari lelaki yang matang dan single. Masing-masing kahwin pada umur 25-35 tahun.


Lelaki nak makan luar.



Point ni, adalah paing banyak kat dalam forum-forum online. Kalau pergi mana-mana je, point ni mesti ada. Why lelaki makan luar?
  1. Bosan tengok muka isteri yang sama setiap hari. Semua sukakan Ais Krim Chocolate. Tapi kadang-kadang, nak juga rasa Ais Krim Vanila kan?
  2. Kasih sayang lelaki terlampau banyak. Seorang perempuan tak cukup.

So, apa kata forum? Keperbagaian dalam rutin seharian! Ya. Jangan lah balik-balik buat benda sama. Tak ada kepelbagaian langsung dalam rumah tangga. Sebab itu lah aku pernah cakap, kalau korang boleh rasa romantik bersama suami / bakal suami tanpa berborak dan berkata-kata, maksudnya korang memang akan susah bosan antara satu sama lain. Kiranya macam korang pergi dating, then baring sambil pandang langit malam tanpa cakap apa-apa pun. Then sekali sekala jeling ke pasangan. Then sekali sekala gelak-gelak. Kan sweet tu. Hais. Korang ni tak romantik lah.

Lelaki yang dah kahwin tahu nak kasi 'pandangan membara'.
Ini lagi satu salah lelaki. Lelaki bila dah kahwin, dia automatik tahu cara nak tackle, layan dan belai si gadis. Si gadis pula, punya lah naif dan lurus, terus cair. Lelaki yang dah berkahwin, amat jauh bezanya dengan lelaki yang belum kahwin. Seseorang yang dah kahwin, biasanya ada sifat sabar yang tinggi. Sifat matang yang kental dan pandai memberi pandangan serta nasihat yang amat lain. Which is, tak ada kat lelaki muda-muda. Sebab itu ramai wanita terpikat.

Idayu (bukan nama sebenar), 23, mahu masyarakat tahu bahawa tidak semua gadis yang berkawan dengan suami orang itu dianggap pengikis dan perampas.

“Saya bukan gadis yang lemah lembut dan mempunyai ciri-ciri kewanitaan seperti yang lelaki harapkan sebagai teman hidup. Sikap saya amat kasar dan tidak tahu menjaga adab sopan apabila di khalayak. Tapi sebaik bekerja di syarikat ini saya mula berubah dan punya keyakinan untuk menjadi wanita sejati,’’ katanya.

Lima bulan setelah bekerja di sebuah syarikat korporat di Petaling Jaya, kata Idayu, seorang lelaki dikenali sebagai J cuba mendekatinya.

“Pada permulaannya, J selalu datang ke syarikat saya untuk berurusan dengan pegawai atasan kami. Setiap kali dia berkunjung ke pejabat saya kami hanya berpandangan dan saling melempar senyum.

“Selama tiga bulan itu juga saya merasakan ada perubahan pada diri saya. Hati dan perasaan saya menjadi tidak keruan setiap kali terpandang wajahnya.

“Keinginan untuk berkenalan dengannya semakin hebat. Risik punya risik, saya mendapat khabar J sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.

“Menariknya pula, J sering bertanya tentang saya kepada para pegawai atasan. Rupanya saya tidak bertepuk sebelah tangan, dia juga suka kepada saya dan ingin berkenalan.

“Dengan bantuan kawan-kawan, J akhirnya dapat menghubungi saya. Mulanya kami hanya mengirim mesej. Selepas itu telefon bertanya khabar. Mungkin Kak Nor bertanya kenapa saya melayannya?

“Jawapannya mudah saja. Saya sunyi sebab tidak ada kawan lelaki. Layanan dia terhadap saya membuka hati saya untuk terus berhubung dengannya,’’ tambah Idayu.

“Perkenalan itu memberi saya harapan bahawa J baik orangnya. Dia tidak mengambil kesempatan ke atas saya. Selalu dia bercerita tentang keletah anak-anaknya apabila kami berbual di telefon. Dia juga pandai menjaga hati saya, tidak menyakiti perasaan saya, walaupun saya selalu buat perangai. Dia cukup tabah dan sabar. Yang paling penting dia pandai buat saya ketawa. Saya bahagia bila dapat mendengar celotehnya. Itu kelebihan yang dimiliki J,’’ ujar Idayu berterus terang.

Namun kata Idayu, jangan salah sangka J tidak pernah memberi kemewahan, malah tidak pernah mengucapkan selamat ulang tahun kepadanya.

“Kami juga tidak pernah keluar berdua. Hanya berpandangan di pejabat, telefon dan bertanya khabar,’’ jelas Idayu.

Tambah Idayu, dia ingin tegaskan bahawa bukan semua gadis muda yang berkawan dengan suami orang itu ingin mengikis.

“Seperti saya, sekadar ingin menumpang kasih. Tidak lebih daripada itu. Belum terniat untuk mengahwininya sehingga ke saat ini. Ada masa, saya rasa bersalah pada isteri dan anak-anaknya. Tetapi saya akui semakin hari hati saya semakin sayang kepadanya. Saya cuba tinggalkan dia dan cari yang lain tetapi lelaki-lelaki bujang di luar sana tidak menghargai saya.

“Mereka tipu dan cuba kikis duit saya, itu lebih menyakitkan hati. Sedangkan bersama J, dia terlalu menjaga hati saya. Dia percayakan saya, malah dia benarkan saya berkawan dengan orang lain yang sesuai untuk saya. Hubungannya itu turut diketahui oleh ibu,’’ kata Idayu.

“Saya tidak pernah berselindung apa-apa daripada ibu malah ibu juga pernah berbual dengan J menerusi telefon. Ibu juga mengatakan J seorang yang baik. Tapi ibu mana yang inginkan anak gadisnya berkawan dengan suami orang, tapi ibu nampak bahagia di mata saya apabila J menelefon mungkin sebab saya satu-satunya anak gadis ibu. Walau marah dia terpaksa telan.

“Kak Nor, saya sebenarnya serba salah. Sama ada hendak tinggalkan J atau meneruskan hubungan dengannya. Apa yang perlu saya lakukan? Saya betul-betul menyayangi dia tetapi setakat ini belum terfikir untuk berkahwin dengannya.

“Adakah saya perosak rumah tangga orang? Saya sendiri tidak tahu macam mana boleh berkawan rapat dengan J. Tolonglah saya selesaikan masalah ini Kak Nor?’’

Oh, Kak Nor tu bukan aku okay. Ini aku ambil dari utusan.

Lelaki saja je nak test market.
Ini aku agak tergelak bila baca di sebuah forum. Actually, jangan lah kacau suami orang, sebab, lelaki ni saja je nak test market dieorang. Sebab ketika umur dieorang makin meningkat tua, mereka akan terfikir "Aku dah tua ke?", "Tenaga masih macam dulu-dulu ke?", "Agak-agak, market ada lagi tak?" atau dengan kata lain, own midlife crisis. Sebab bila dia tahu yang market dia masih tinggi, dia akan rasa secure.

***********

Actually, ada lagi point. Banyak lagi. Tapi, bairlah henti di sini dulu. Tunggu aku kahwin dulu. Baru layak cakap bab-bab dalam kelambu.

So, poligami dan orang ketiga, mostly, di hati perempuan akan berkata "Madu bagi lelaki. Hempedu bagi perempuan."

Well, siapa kata aku asyik mengata perempuan. Ni entry backup perempuan tau. See? Aku bukan sahaja abang yang baik. Malah, bakal suami yang bagus.

Aku rasa dah boleh kahwin.



Ahad, Disember 26

Matlamat Percintaan.

Assalamualaikum...

Gua ada satu persoalan. Gua malas nak tules panjang-panjang. Baik buat cerpen mahupon berimaginasi liar tules surat, gua malas. Biasalah. Dok rumah musim cuti-cuti macam ni, otak memang dah jadi macam highway masa kemuncak. Jammed dia takyah cakap. Gua nak tules ni pon makan masa sehari. Ok. Gua tipu.

Persoalan gua, untuk lu orang yang tengah bercinta, apa matlamat lu orang bercinta sbnanye? Matlamat kat sini in terms of lu orang bercinta sebab ikot trend ke desakan hati nurani ke tuntutan semasa ke ataupon ape? Itu je yang gua nak tanya. Lu orang respon la ye. Gua nak ciau dulu. Entah bila gua akan kembali melontarkan idea yang entahpape gua ni, gua pon taktau. Kehkeh. Lu orang jangan nak rindu gua sangat. Gua terharu nanti. Cau.

Siri Tafsiran Jantan : Perempuan Gedik

Kewujudan Perempuan Gedik semakin berkurang dengan selarasnya pendedahan tentang golongan perempuan sebegini. Sebenarnya, dalam setiap diri perempuan ada sifat gedik, cuma ia di lampiaskan dengan waktu-waktu tertentu. Namun secara kasar, masih ada perempuan gedik di luar sana.

Gedik merujuk kepada sesuatu sifat yang buat rasa menyampah. Dalam Kamus Meleisiana menyebut ; An attitude of over-reacting, over-confident, over-load and 'game over' which causely damage stereotype.

Mengenali perempuan gedik di alaf baru semakin sukar kerana ramai perempuan sudah berhati-hati agar tidak terjebak dan di cap perempuan gedik. Namun, berdasarkan kajian intensif oleh pakar School Of Love Maldives, perempuan gedik boleh di kesan dengan melihat gaya percakapan mereka.

Contoh stereotype melalui kajian pakar

1. Seorang lelaki berjumpa dengan seorang perempuan yang sudah lama tidak berjumpa.

"Hai Fatekah, kau apa khabar?"

Jawapan perempuan gedik ;

"Hai, aku baik, kau rindu kat aku ke?"

Analisis : Perbualan pertama yang di dahului persoalan kepada lelaki sama ada rindu atau tidak hanya layak di gunapakai jika perempuan itu bekas teman wanita, kawan karib. Jika tidak, nyata itu perempuan gedik.

2. Seorang lelaki memuji seorang wanita megenai penampilannya.

"Wah Mimi, lawa kau hari ini?"

Jawapan perempuan gedik ;

"Eh, aku memang lawa pun, kau baru tahu ke?"

Analisis : Hanya teman wanita sahaja yang layak berkata sebegitu. Selain dari itu, sila berikan pelempang.

3. Sekumpulan lelaki mengajak sekumpulan wanita untuk keluar makan beramai-ramai.

"Weh korang, jom makan lah kat Nasi Lemak Depan Kubur tu"

Jawab salah seorang dari perempuan gedik ;

"Tak nak lah, panas, cair make-up. Berpeluh lagi. Blah blah, heels calar, blah blah.. jom kita pergi TGI Fridays nak?"

Analisis : Tak dinafikan, itu lah gaya percakapan perempuan gedik. Sila delete dengan segera akaun Facebook perempuan sebegitu.

Kelebihan dan Kekurangan Bercinta Dengan Perempuan Gedik.

Kelebihan

1. Majoriti banyak yang lawa dan howt.
Kelebihan inilah yang membuatkan mata lelaki menjadi kelabu. Memandang luaran mereka memang mengasyikkan. Gaya mereka adakalanya seperti Emma Watson mengenakan skinny jeans. Lagak kecantikkan mereka menyebabkan jika anda dapat bercinta dengan mereka, anda seolah mendapat bonus 13 bulan Bank Rakyat. Mereka cantik, sebab itu mereka berani mengatakan kecantikkan mereka kepada umum.

2. Berkarisma
Mencari perempuan yang serba karisma dengan memandu Honda CRV? Ini lah golongannya. Boleh di katakan 4 dari 6 perempuan gedik amat berkarisma dalam kerjaya dan populariti. Mereka sentiasa berpeluang cerah dalam pelbagai bidang. Justeru, percintaan dengan mereka membuatkan para lelaki lebih bermotivasi untuk terus mengekalkan status dan reputasi.

3. Setia Yang Mendalam
Melalui rujukan dalam buku cinta popular 'Kerana Sayang, Jangan Segalanya' karya Mohamad Affendi Supian. 80 peratus watak antagonis dalam novel-novel realiti berkisar percintaan adalah dari golongan perempuan gedik. Hasil dari rujukan tersebut, dapat di lihat bagaimana perempuan gedik sebenarnya seorang yang setia dalam bercinta dan sanggup melakukan apa sahaja demi pasangan mereka. Jadi, lelaki mana yang tak suka teman wanita yang setia? Oh, lelaki loser? Mungkin.

4. Cermat
Ini merupakan sikap yang selalu ada pada perempuan gedik. Sikap cermat mereka ini di rujuk kepada sikap cerewet hasil sikap karisma yang di bincangkan sebelum ini. Perempuan gedik kalau sudah bersikap cermat, sudu berminyak sedikit dah komplen ngok-ngek-ngok-ngek. Tak hygiene katanya.

Keburukkan

1. Annoying
Tak usah berlengah. Kalau tak tahan dengan annoying perempuan gedik. Cepat-cepat lah buat surat wasiat. Surat saman mahupun surat confession that I hate you. Annoying sedikit, memang boleh bersabar, tapi kalau annoying menggila seperti merajuk mengada-ngada tak dapat ice-cream sundae. Jangan segan untuk bagi penerajang sedas dua.

2. Sakit hati dan pedih
Bercinta dengan perempuan gedik yang kerap-kali menjadi masalah ialah mereka mempunyai ayat-ayat sound yang bisa. Tak lah sehebat mulut laser dari perempuan show-off. Namun, makan dalam jugak lah. Lagi-lagi di tambah ayat gedik yang cukup buat lelaki tak tidur malam peluk bantal, geram kenapa ada girlfriend selancau macam ini.

3. Kuat komplen.
Selaras dengan sikap cermat, ia memberikan faktor kuat komplen bila cermatnya melebih-lebih membawak kepada benda yang remeh temeh. Tahan saja lah bila kena komplen, pernah terjadi kes di mana seorang perempuan gedik komplen mengenai teman lelakinya yang panjang bulu ketiaknya. Lalu, mereka bertengkar dan membawa kepada pergaduhan besar.

4. Risiko Tak Kekal Lama.
Setiap lelaki cuma ada 3 kali had menahan kesabaran. Ini merupakan fakta yang benar jika di tanya pada mana-mana lelaki. Bayangkan jika seorang perempuan gedik membangkitkan percakapan annoying yang sama melebihi 3 kali dalam sehari. Jangan ambil risiko, memang tak membawa penyakit AIDS, namun sifat annoying memang cari penyakit dan sakit telinga mendengarkannya. Kan? Apa guna lagi percintaan yang kekal jika terus gedik dan annoying?

Perbincangan dan Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan ringkas di atas, teori perempuan gedik bukanlah untuk mendiskriminasikan sesuatu stereotype apatah lagi untuk merendah-rendahkan martabat perempuan. Teori perempuan gedik lebih berkisar kepada perilaku khas wanita dalam menyesuaikan diri dalam sesuatu keadaan. Kajian dan tafsiran terhadap perempuan gedik perlu di pertingkatkan lagi supaya dapat mengetengahkan semaksimum mungkin dalam misi lelaki mencari ciri-ciri wanita solehah.

Akhir kata, sarcastic cinta beb, jangan emo dah le.


p/s : sumber gambar dari flickr, google dan bing by search 'awek gedik'.

Sabtu, Disember 25

Benda-benda Yang Couple Perlu Ada.

Nampak macam geli-mat. Ye, tapi sweet and steady. Kata nak berkasih sayang. Ada makwe, ada pakwe tapi jijik nak jiwang, baik tak payah bercinta. Tu, pergi bercinta dengan beruk. Gasak kau lah.

1. Tshirt couple edition dan baju yang sama.

Cuba korang bayangkan bila korang berdua pakai baju Levi's couple tu. Pergh, mesti mata-mata orang lain pandang-memandang. Ye, memang ada pandangan kata "Hek eleh, macam beria sangat nak bercinta". Eleh, tu ayat-ayat orang jeles sebenarnya. Tapi, korang kena ingat, ada juga mata-mata memandang merasakan "Oh sweetnye couple ni pakai baju sama, baju couple. sehati sejiwa." Saat korang berdua berjalan seiringan berpegangan tangan dengan gah baju yang sama atau baju couple tu, sekurang-kurangnya korang ada keyakinan dalam bercinta. Ada rasa percaya antara satu sama lain yang dapat memupuk lagi perhubungan korang ke peringkat lebih tinggi. Feewiitt! Beli saja baju yang sama dan rare seperti baju Welcome To Terengganu atau kalau banyak duit, beli baju couple kat Levi's tu. Oh, Uniqlo pun ada kan?

2. Jam tangan.

Swatch selalu menampilkan jam tangan yang sweet-sweet buat para couple sekalian. Sesekali kalau ada duit, beli lah sepasang jam yang sama. Psss, beli Swatch classic pun okay gak. Nampak old-skool. Oh, Casio petak yang RM10 tu pun okay gak pe. Bila korang pakai jam tangan yang sama, setiap kali melihat jam di tangan waktu berseorangan, ahhh, sejenak itu korang akan teringat pada pasangan masing-masing. Apa lagi, tangan gatal terus nak mesej.

3. Telefon bimbit.

Ok, bila dah nak call/mesej. Ya, kat sini pulak korang akan ada telefon bimbit yang sama jenis. Ala, satu hari tu, belilah henpon sama-sama jenis la. Beli yang biasa pun takpe. takde 3G pun takpe, bukan korang pakai sangat pun 3G tu. Lainlah kalau nak tayang 18SX. Mesti tak nak kan? So, lupakan 3G, 4G ni. Kalau boleh 3310 lagi bagus. Nanti, bila dah henpon sama, bolehlah tukar-tukar. Ya, sharing. Kita bukan sebab nak tukar saja-saja. Tapi, sebenarnya nak 'bau tangan' pasangan kita. Tu je. Lagi menambah rindeww woo.

4. Sneakers.

Okay, ni agak rare sikit. Jarang untuk couple tu pakai jenis kasut yang sama. Kalau ada, memang diorang ni loving-loving habes. Macam belangkas. Sebab, kasut banyak melambangkan identiti. Dan jarang untuk perempuan pakai sneakers lelaki. Tul tak? Lelaki pun tak teringin sangat nak pakai sneakers perempuan. Ok, kalau korang nak try. Pergi kat Converse, atau Everlast. Ya, beli sama-sama sneakers yang pesen macam tu. Sebab Converse dan Everlast agak unisex. Bayangkan ini bila korang pakai kasut yang sama, setiap langkah adalah seiringan dengan pasangan cinta kita. Awesome!

5. Keychain, small doll, anything souvernier yang boleh di gantung kat beg dan henpon.

Ala, korang takkan tak pernah jumpa keychain yang berbentuk hati yang boleh dipecahkan dua, dan bila di sambung, akan berbentuk hati dan tertulis Love Forever. Ha, apa lagi pergi beli sekarang. Pergi beli kat SnJ. Berlambak. Takpun, nak nampak tomey-tomey. Beli anak patung Mr Bean yang boleh buat keychain tu. Gantung kat beg. Ni semua untuk kenangan manis yang tak boleh di lupakan beb. Fuh fuh fuh!

Anyway, kalau korang tak mencuba, korang takkan tahu. Ini kedekut bila bercinta apa barang? Nak hadiahkan pakwe/makwe sendiri pun jarang-jarang. Patutlah tak bahagia. Kedekut.

K lah, bye and muaxx!

-AlexiaAlwaysKlasemen

Tips Cinta Lahanat #2 (Drama Korea Adalah Lame & Tak Realistik)






Jumaat, Disember 24

Funny Troll : Your Girlfriends


Hell yeah. Fuck yeah. and yeah yeah yeah!

Kau Nak Jadik Macam Member Aku?

Masa muda muda dulu, semua kita nak join. Nak join merempit, konon-konon nanti jadik macam parid kamil la bole blagak naik 125Z, nak join gig, konon konon style la jadik budak indie, nak join budak budak hip hop, konon style la buat freestyle, nak join itu nak join ini. Nak jadi kaki clubbing, konon style la amik gambar pegang botol arak letak dalam fesbuk, mespes. Standard lah, name pon budak budak. Lost. Takde arah tuju. Lain la kalau ade guidance. Kurang kurang ade orang jaga.Takde la dah besar nanti jadik sampah masyarakat, menyusahkan mak bapak.

Tapi aku ade sorang member ni, dia memang tegar. Kalau dah join rempit, mesti join kekah perempuan ramai ramai, macam singa lapar tak dapat makanan sebulan. Weng sane, weng sini. Race sane race sini. Biasa lah. Budak budak.

Tapi kalau dah core sangat pon susah. Semua benda nak try. Dia ni hensem. Lagi hensem dari aku. Siyes. Buat ape aku nak tipu. Kalau aku hensem aku cakap la aku hensem, bole jual jual fon number kat sini, kan? Haha~
Tapi nak buat macam mane. Dia ni maniac jugak. Entah berapa ramai dia penah kekah. Setakat one night stand tu dah macam makanan ruji. Tau makanan ruji orang Malaysia? Hari hari makan nasik. Tapi keje dia tu la, boleh cakap hari hari jugak la maen perempuan, mase zaman kegemilangan rempit dia. Darah muda. Mase ni la nak tau terer ke tak. Mase ni la nak tau jaguh ke tak. Semua pon dia tala jangan banyak cakap. Busuk tak busuk semua dia layan. Dah kalau namenye nafsu, sape boleh halang, ye dak?

Nak disedapkan cerita, ade sorang member aku ni kenalkan dia dekat satu port baik ni. Murah pon murah. Clear pon clear. Jabatan agama pon tak tau tempat ni port Romen n go. Ala ala touch n go la. Zaman sekarang nak akses ape pon senang, kalau ade klik. Aku? Aku pon pernah je join dorang ni, tapi takde la sampai nak kekah kekah bagai. Geli tau geli? dah la kongsi perempuan, mane tau member kau ade siplis, sape nak tanggung? Ha, kire aku ni terjamin jugak la walaupun aku takde orang jaga. Kira kepala hotak aku boleh berfungsi lagi, tau mane nak say Yes or No. Dah kalau semua kau bilang Yes, mau tak kelaut hidup?

Sex ni lain macam sikit penangan dia, member gwa bersabda. Lagi sedap dari kena hijau, ketamin, ice, dan yang sewaktu dengannya. Tapi dia cakap lagi best kalau kena jadah haram tu lepastu buat 'kerja'. Lagi Dasat penangan dia. Ini member aku yang cakap la, aku Ye kan aje. Name pon member. Nak taknak support jela.

Tah berapa puluh kali dia ni singgah port yang member aku kenalkan tu. Hasil dari duit jualan barang barang panas, memang hari hari jugak la dia bayar bil air. Yelah, duit berkepok, ape lagi semua jalan. Tarahal lah belanje member member, orang kaya...

Sampai satu hari tu, aku nampak dia ni lain macam. Macam orang sakit. Aku tanye la, "ko ni apehal mat? Nak mampos ke ape?" Dia buat derk je. Macam orang pekak. Aku pon malas nak lebih lebih, biaq pi la. Cukup baik aku concern dekat kau, kau buat dono je. Sampai la satu hari tu dia demam. kalau dah lepak dekat port ramai ramai, tapi tak nampak batang hidung dia, mesti la rase pelik. Dia salah sorang orang besar dekat sini. Kalau ade projek besar mesti dia ade sekali.

Sebab risau member punya hal, aku pon jenguk la dia kat rumah dia. Dah rupa zombie dah aku tengok. Aku borak dengan dia, "kau ni projek selalu pakai kondom tak woi?" Dia cakap, ape barang pakai kondom, tak feel la. Tengah sakit sakit pon nak eksen dengan aku, aku tibai jugak budak ni kang. Aku borak lagi, "kau taknak pergi sepital ke mat? kau ni dah macam mayat dah hah. Tak banyak cakap, esok dia ajak aku pegi sepital, dia rasa semacam je dia cakap.

Keputusan pon keluar, bukan keputusan PMR ye adik adik, keputusan positif ke negatif. Ni hidup mati punya keputusan. Sah. Dengan HIV dengan AIDS sekali dia sapu yo. Tak banyak cakap. Tang tu jugak dia ambik kunci motor, pakai helmet, naik 125 dia, rempit sorang sorang. Dia ni pandai sebenarnya, tapi nak buat macam mane, nafsu punya pasal, memang tak jadik orang la.

Tiba tiba, malam sikit fon aku berbunyik. Jawab jela macam biasa. Tapi aku pelik, suara polis bhai! Cuak tak cuak la gwa. Dia cakap member aku excident. Dekat highway nun. POOF

Dah la baru lepas kena positif HIV. Balik rumah patah riuk. nak buat macam mane? Aku dah jadik budak baik sekarang. Kah3~ Baik la sangat. Tapi ni la dia. Cerita pasal member aku. Sumpah sampai sekarang aku tak boleh lupa badan dia yang penuh dengan bintik2 pelik. Lepas setahun jadik mayat hidup, dia pon meninggal. Banyak sangat complication. Kena penyakit HIV dengan AIDS ni jangan la mengharap senang nak sembuh kalau ade luka. Ni pulak eksiden. Sigh~

Agak agak la kan, lepas aku cerita semua ni.
Kau nak jadik macam member aku?

Siri Surat Cinta Pilihan : Pengakuan Berani Mati

Menemui isteriku yang dicintai separuh hati. Lagi separuh untuk bakal madu awak. Kehkeh. Tujuan abang menulis surat ini adalah untuk memberitahu sesuatu yang abang tak penah gtau ayang. Abang rasa abang tak boleh mati dengan tenang selagi abang tak buat pengakuan ni kat ayang. Walaupon agak berani mati, takpelah. Abang redha juga pasrah.

Sayangku,

Sbnanye, sebelum kita kawen, abang mempunyai sejarah yang sangat hitam. Kurang sket je hitam daripada kulit ayang tu. Tapi, abang tak penah pon gtau kat sesape pasal sejarah abang ni, terutama sekali mak ngan abah. Kat ayang lagilah! Memang tempah maut kalau abang gtau. 

Tapi, itulah... Sejarah hitam ni orang kate nak cerita pon serba salah jadinya abang ni. Tapi takpelah. Abang rase abang kena gtau jugak kat ayang. Ayang pon bukan boleh sembur abang depan-depan kan, sebab ayang hanya mampu baca surat ni. Kalau ada pon rasa nak mencarot, ptuih jela di surat ni yang ayang mampu lakukan.

Adakah ayang sudah bersedia? Here we go... Cewah. Terspeaking london pula abang. Hekhek.

Sebelum abang jumpa ayang, abang sbnanye pengekah nafsu seranah. Ya, yang macam dalam lagu 'Kalau Berpacaran' tu. Yang part setan tu kan? Haa. Macam tulah abang. Abang tak join kaki-kaki rempit ni. Yang abang join, minum kat bar-bar, pub-pub, pastu dah mabuk-mabuk, abang sebarkan berjuta-juta bakal perosak dan pemusnah bangsa. Boleh kata, hampir setiap malam aktiviti abang ni. Nape perosak dan pemusnah bangsa? Sebab abang pon cilakak macam haram jadah, takkan nak ada baka elok pulak, ye dak? Memang itu aktiviti abang tanpa bosan, tanpa jemu. Masa tu, tempat-tempat pelacuran semua dah jadi syurga dunia untuk abang.

Tapi, lepas je abang jumpa ayang, pandangan abang berubah. Abang dah mula rasa apa yang abang buat selama ni tak best. Abang tetiba je pandai pulak nak fikir pasal dosa pahala. Padahal selama ni mane penah abang ingat Tuhan. Sebut nama Allah, jauh sekali. Last abang solat pon masa 6 tahun. Sebab abang masuk tadika yang wajib solat. Itu jela pon yang abang ingat. Haaaa. Nampak tak, jahil tak jahil abang dulu. Bukan salah mak ngan abah pon sebab dorang tak penah tahu apa yang abang buat. Bukan dorang tak penah amek tahu, tapi abang yang terer sangat sorokkan daripada pengetahuan dorang. Hahahaha. Eh sempat lagi abang nak bergelak evil kat sini. Sorry...

Dipendekkan citer, masa abang jumpa ayang pes taim tu, abang terus terjelepuk jatuh tangga. Serius tak tipu. Sebab abang tengah naik tangga masa abang nampak ayang jalan dengan kawan-kawan ayang. Gila berdegup kencang jantung abang masa tu. Walaupon dah dekat beratus betina yang abang penah sedekahkan pejuang-pejuang tegar, tapi dengan ayang lain. Abang rase errrr macam nak tua bersama ayang. Pehh. Boleh tahan romantik jugak abang ni. Ingatkan romen je tahu. Huuuu.

Tak lama lepas abang nampak ayang, abang dah decide to take you as my wife. Alhamdulillah. Memang dah kita dijodohkan agaknye, berbekalkan rupa paras abang yang hensem sket daripada Aaron Kwok, kita menikah. Tapi, memang panas tak sampai ke petang, hujan di tengah hari. Izinkan abang berperibahasa di sini. Nak gak tunjuk skill. Hehe. Abang buat ujian saringan dan didapati abang menghidap penyakit Aids. Gila gelap dunia masa tu abang cakap ayang! Tapi, abang taknak gtau kat sesape pon. Abang hanya pasrah dan menunggu masa kematian abang tiba.

Sebab takde sape yang abang gtau, takde sape pon la yang tahu kan. Jangan nak lampi sangat yang oi. Jadi, abang pon tuleslah surat untuk ayang. Nak tules surat wasiatkan harta berjuta-juta, abang pon hidup dengan duit ayang selama ni. So, ini jela yang mampu abang bagi kat ayang. Oh selain pejuang-pejuang tegar tu la. Itu boleh berjuta-juta. Hikhik.

Surat ni pon ayang dapat lepas abang telah pon selamat dikebumikan. Dah lah ayang tengah sedih abang pergi buat selamanya, mesti lagi sedih kan bila dapat tahu yang ayang pon akan menyusuli abang. Eh apa nak sedih pulak. Ayang patut gembira sebab takdelah abang keseorangan nanti. Hoorayyyy! So, ayang bolehlah buat persiapan untuk teman abang kat sini. Beli kain kapan sepapan ke, tempah kepok dan nisan ke, buatlah pape yang patot k. Dah. Dah. Jangan nak sedih-sedih sangat.

Ohh! Pasal anak kita yang dalam kandungan ayang tu! Dah dekat lahir dah pon kan? Macam tak sempat je nak gugurkan, so ayang lahirkanlah dia dengan selamat k. Errrr... Abang nak pesan apa ek? Hurm... Haaaa! Jangan ikot jejak langkah papa ye sayang. Kalau nak ikot gak, make sure pakai kondom supaya orang lain tak terjangkit sama. Be a nice and wise player, baby...

Ok lah sayang. Sampai di sini sajelah warkah abang untuk ayang ni. Inilah warkah yang pertama dan terakhir. Memang ini yang terakhir pon. Mane dan nak tules kat kubur ni kalau dah asek kena bantai dengan Mungkar Nangkir je keje. Akhir kalam, kesian sayang kannnn.... Maafkan abang...


p/s: Jangan gtau mak ngan abah. Biar dorang teruskan dengan fikiran dorang yang abang mati eksiden. Abang taknak dorang sedih. Sayang sedih takpe. Dah terjangkit dah pon. Huhu.



Yang menyayangimu,
Suamimu yang hensem tapi celaka.

Khamis, Disember 23

Tips Cinta Lahanat #1 (Warning NSFW)

Aku ada nafsu. Kau pun ada nafsu. Semua orang ada nafsu. Tidak kiralah nafsu makan, nafsu serakah, hawa nafsu mahupun Ahmad Nisfu. Nafsu itu perlu tapi dalam kuantiti yang sedikit.

Kau ada pasangan hidup. Kau mahu pasangan hidup. Siapa tidak? Ya mungkin kau akan cakap benda- benda seperti "aku cinta dia kerana aku tertarik dengan hati budinya" and so on, tapi aku yakin perasaan itu tidak datang tanpa sedikit atau banyak tarikan seksual. Setuju?

Raut wajah yang cantik, rambut ikal mayang, pipi yang gebu, pinggang yang ramping, itu semua attributes fizikal yang subjektif yang menyumbang kepada tarikan sexual. Bernafsu. Bernafsu tatkala melihat seseorang yang mempunyai ciri- ciri fizikal yang subjektif tadi.

Jadi kau mulakan langkah pertama. Mesej teks yang pertama, email yang pertama, apa- apa sajalah yang pertama, dan kemudian pertemuan muka ke muka pertama. Rupa parasnya lebih menarik daripada dalam gambar. oh damn. kau semakin bernafsu. uhh uhh (sengaja tambah sound effect).

Iman kau tak cukup kuat. Jadi kau merancang untuk memaku (nailed) si dia. Ah Malaysia, Amerika. Same thing. Apadehal. Dan kau berjaya. Perasaannya seperti berdiri di pinggir pantai sambil menjerit "Yeahhh" dan diikuti dengan percikan ombak besar di belakang .

Chop.

Si dia baru nak mengaku ada Aids. Kali terakhir kau memaku dia kau hanya pengharapkan teknik pengunduran yang melibatkan keazaman yang tinggi. Tanpa perlindungan.




Shit Happens dude. Walaupun kau pakai perlindungan. Terbabas kereta ada insuran. Terbabas Aids ada apa?

Kalau iman rendah sangat, nafsu tinggi sangat tak dapat tahan, ini nasihat aku. Keluarkan sedikit wang simpanan, beli webcam. Cuba teknik Sexcam. Walaupun kos setup mungkin tinggi, tapi aku yakin cara ini 99% dapat mengelakkan kau dari virus HIV. Ya virus HIV tidak merebak secara digital, walaupun dengan cara anda berkongsi gambar- gambar .jpg atau .png virus HIV kepada rakan- rakan sepejabat. Kenapa 99% ? Ya lah Dettol pun cuma mampu menghapuskan 99% bakteria. We can't be too sure. Macam aku cakap tadi. Shit happens.

********

Sebut pasal webcam, bulan lepas aku jumpa seseorang di laman sosial. Cukup menawan. Kena dengan taste aku. Aku chat punya chat, ayat punya ayat. Tiba- tiba dia mintak tengok webcam.

"kejap eh nak habiskan kerja sikit lagi" (sebenarnya aku ke tandas nak sikat rambut. First Impression tu penting).

"ok"

Aku buka webcam. Dia buka webcam. Aku jadi seronok. Yihaa yihaa. Tak sampai 2 minit kemudian, dia taip:

"Sorry u tak cukup comel. Anyway nice to meet u"

* ___ has stopped viewing your webcam*

Aku tutup YM. Aku buka folder koleksi peribadi.

Fap. Fap. Fap. Sambil muka sayu.

Entah berapa juta parajurit- parajurit yang berpotensi jadi laywer, doktor, pemusik dan guru sekolah menengah yang gugur di atas katil aku.




notakaki: Siapa punya kerja ni mengaku cepat

Jangan Hisap Dada, Dermalah Dara.

Hai semua! Lama gua menyepi ye dak? Kehkeh. Ok. Gua memang pesen suka perasan orang perasan gua takde. Ciskek betei.

Baiklah. Gua sbnanye taktau nak merapu ape pasal minggu kesedaran Hiv/Aids ni. Tapi, yang gua pasti gua memang suka betei tengok header blog ni. Cara gua sembang macam blog ni blog orang lain je kan, maksud gua bukan blog gua la. Jangan nak lampi sangat.

'Janganlah anda menghisap dada. Marilah kita menderma dara.'

Penah dengar? Gua taknak komplen banyak pasal ayat ni. Sebab kalau gua komplen, mahu gua bukak kelas tatabahasa bahasa ibunda kat sini pulak tiga hari tiga malam. Dahlah gelap, kang makin terbakar pulak abam samy nanti. Hoho. Lu orang boleh dengar, boleh baca. Jangan dok ikut sangat je. Gua bagi penyekeh barang seframe dua karang.

Macam ni jela. Bagi gua, penyebaran penyakit yang setakat ni memang takde cure, (#EhYeke?) bukan saje melalui hubungan kelamin. Lu orang mesti lagi pakar daripada gua kan? Setakat gua guna perkataan kelamin tu, apalah sangat. Lagi nampak gua ni tak canggih adalah kan? Ah, tapi gua pedulik hape. Janji maksud gua sampai. Untuk lu orang yang tak faham, hubungan kelamin = bersetubuh = berjimak = bersenggama. Eh yeke? Gua pon main hentam je ni. Hehe.

Setahu gua, penyebaran penyakit ni jugak boleh disebabkan melalui darah, air liur dan perkongsian udara. Ok. Yang last tu gua tipu je. Hikhik. Tapi, ape yang gua tahu adalah penyakit ni memang boleh disebarkan melalui darah. Cuba lu orang bayangkan lu eksiden pastu lu buat blood transfusion. Tup-tup tak bape lama pastu lu disahkan menghidap penyakit Aids. Padahal lu bukan mat/minah dadah pon. Dan lu pon tak penah buat hubungan kelamin. Kesian lu kan? Tapi, inilah realiti skang ni. So, berhati-hati di jalanraya. Ada kaitan kan?

Kau bodoh kan? Dia dah tak sayang aku doh!

Lepas tu, yang pasal air liur tu gua tak pasti pulak cemane. Mungkin kalau lu comolot sebab lu kena buat pilhan sama ada han(tu) atau KLCC, lu memang berisiko tinggi untuk dapat penyakit ni. Ohh. Dan penyakit tambahan, dibahan seumur hidup. Macam gambar contoh di atas. Gua hanggukkan kepala bana dua-dua ekor baru tahu.

Senang citer, gua nak nasihat untuk lu orang yang ada virus Hiv dan menghidap penyakit Aids ni, itu pon kalau lu orang baca la ape yang gua tules ni. Gua just nak cakap, maksud gua, gua nak tules. Lu orang mesti baca. Hurm... Gua ingat gua nak buat dua version la. Satu yang memang cilanat amek dadah ataupon memang tahu akan risiko dia dapat penyakit ni. Dan lagi satu untuk yang taktau.

Ehem! *betul-betulkan anak tekak. elok-elokkan sket kerusi yang dah senget* [Ini maknanya gua tengah serius.]

Kepada yang tahu, lu orang agak-agak la derrr. Kalau lu dah tahu lu tu membahayakan orang lain, lu jangan nak fikir diri lu sendiri je. Ahh. Fikir diri sendiri jadah. Lu mana penah fikir pasal diri lu, ye dak? Kalau tak, takdenye lu terjebak dalam kancah penuh kehinaan ni. Ptuih. Ludah.

Kepada lu orang yang taktau pulak, lu orang berhati-hati sket. Peringatan untuk diri gua jugak. Sebab once lu dah kena, lu bawak-bawak jela beribadat lebih sket. Ya. Memang lu mangsa pon. Mangsa yang terfaktab. Huu. Tapi nak buat cemane. Gua pon takleh komen banyak. Gua just boleh tules, kesian lu...

Nak sembang banyak pon gua tak bape nak pakar sangat. So, kita serahkan pada yang pakar jela ye. Akhir kalam, walaupon tak feel dan tak nikmat sangat, kekadang kondom ada pekdahnya. Erk. Ni bukan gua tules. Entri gua kena hack. Assalamualaikum!

Rabu, Disember 22

Jangan Marah Orang Beli Kondom.

Ada tengok OhBulan punya page tak? Ala yang pasal iklan HIV itu. Marah betul semua orang dengan Sazzy Falak sebab dia minta orang pakai kondom.

time kaceh kat ruumz.com dan Ohbulan.com

Eh, die minta je. Bukan dia galakkan seks bebas.
Kalau aku pun, aku jumpa anak muda beli kondom, aku tengokkan aje.
Tak kasi dia beli? Kalau tak bagi dia keluar kedai, buat jugak. Baik bagi aje kan.
Oh marah ke mak ngah?

Hakikatnya bukan aku menyokong seks bebas. Seks bebas tu salah, sangat salah. Tetapi jangan dibiarkan mereka tambah satu lagi salah dengan menyebar HIV.

Satu dosa berzina, satu lagi dosa kerana menyebarkan penyakit berbahaya. Dan tu belum dosa kalau ada anak dan anak itu terbiar.

Cuba tengok di negara kita. Berapa persen orang Melayu yang buang anak? Berapa persen orang melayu yang kena AIDS dan HIV?

Banyak tak?
Kenapa kaum lain tak banyak?
Kondom ke? Ke mereka tak buat seks langsung?
Hakikatnya masyarakat kita dah cukup benar menasihat tentang seks bebas ni.
Pum-pang-pum-pang (macam Azad cakap) nasihat jangan zina, nasihat jauhi maksiat, nasihat itu nasihat ini.
Hakikatnya bab nasihat ustaz-ustaz kita memang tiptop. Lagi dashyat dari guru agama lain, kita turun padang cegah maksiat. Ketuk pintu orang sana, masuk hotel sini. Bila tangkap, nasihat.
Kita sebagai rakan pun pum-pang-pum-pang nasihat jugak.
Alih2 dia pi kongkek dengan mamat tu jugak.

Tahu, Tuhan tak bagi tapi tak boleh tahan dah ni. Pasangan pulak sibuk meminta. Nak lakukan sorok-sorok. Nak lakukan cepat-cepat. Alih-alih lupa beli kondom. Otak dah letak tepi, nafsu dulu.

Seronok hari ni, esok HIV. Hooray!

Hari ni mengandung, lepas tu sah dapat HIV pulak tu. DOUBLE HOORAY!

Anak tu pulak, kalau dibuang sampai mati tu dah satu dosa dah dibuat. Tapi tambah lagi satu dosa kalau anak tu dijangkiti HIV. Kalau hidup macamana? Tak memasal hari-hari hidup hanya menghitung mati. Kecik-kecik dah kena telan antiviral. Besar-besar tak boleh sekolah, sebab sekolah taknak terima orang AIDS. Takut menjangkit katanya (padahal budak sekolah rendah mana ada buat seks, main tukar-tukar jarum, dan buat blood transfusion dalam kelas kan? haha).

Tu kalau ada anak. Kalau tak ada anak? Diri sendiri terpaksa tanggung AIDS. Pasangan dah cabut lari sebab rasa bersalah (atau takut ko simbah asid kat die sebab ada HIV tak nak bagitau). Umur muda-muda dah kena AIDS. Jangka hayat kena potong separuh. Dulu cita-cita nak jadi Artis Akademi Fantasial, sekarang tak kesampaian sebab ada berapa tahun lagi je nak hidup. Badan pun lemah-lemah, kena telan ubat hari-hari. Dahlah ubat mahal, kena pulak mak bapak yang tanggung. Nak mintak kerja bos konfem rijek kalau tahu AIDS sebab takut jangkit. Eh macam la kita nak kongkek dengan bos tu. Tah hingin nyah!

Ok, memang jelas terang dan nyata HIV ni bahaya. Boleh bawa AIDS. Orang semua tahu. Dan orang juga tahu cara terbaik mencegah jangkita HIV ialah jangan berzina (dan juga jangan hisap dada, dan hati-hati menderma darah). Tapi terang la macamana pun dekat mamat yang kuat berzina. Ada ke dia dengar?

Orang dah jauh dari Islam jang. Entah solat entah tidak. Kalau solat betul ke syaratnya. Kalau puasa lengkap ke. Kalau makan, halal ke, haram ke. Dosa pahala dah tak boleh faham dah. Dah jauh dari syariat mereka tu.
Orang macam tu cakaplah pasal dosa pahala seksa neraka sampai kering air liur. Dia mana faham. Hati dah hitam. Syaitan dah tutup. Nafsu dah ambil alih. Entah-entah masa kita nasihat dia pasal seksa neraka orang berzina, dia sibuk fikir pasal syruga dunia atas katil dengan awek. Ehh!

Kalau nasihat pasal dosa pahala tak masuk, nak nasihat camna lagi?

Well, nasihat secara halus dulu.

Bro, nanti nak buat tu jangan lupa kondom.

Apasal? Tak syok la kongkek. Tak ada feel gitu.”

Macamana nak feel kalau awek tu dah longgar? Hawhawhaw!

Kau ni Saripdol lawak tak hengat, macam la awek kau ketat sangat.

Bukan apa Halimdin, ko tak tau awek ko dah buat ngan berapa ramai orang. Ko pun tak tau ada penyakit ke tidak awek tu.

Eke le ko ingat awek aku AIDS ka? Ak tengok sihat aje. Boleh enam round satu malam.

What the eff? Wei, orang kena HIV, diorg nampak sihat je la. Especially kalau baru beberapa bulan kene. Orang HIV bukan sume rupa cam Mat Pit kurus-kurus lebam-lebam. Semua tu cuma nampak lepas ada AIDS.“

Apa ko merepek ni Saripdol. HIV ke AIDS?

HIV tu virus dia. Ala macam orang kena virus selsema Babitos la. Virus masuk dalam badan, mula-mula tak rasa apa-apa. Sihat walafiat je orang tu. Nak main futsal lima nam round pun jalan, padahal virus da ada dalam badan. Bila virus dah membiak banyak-banyak, baru dia attack satu badan. Pastu tetibe je ko jatuh sakit. Ha time tu la baru nampak ko dah kena AIDS. Dulu-dulu time sihat tak hengat, pergi sana sini. entah-entah time tu berapa orang ko dah memasal kasi HIV free-free.”

Betul ke ni saripdol? Awek aku serius sihat dow. Dia suke pergi KLCC dow.”  

"Ko SURE ke awek ko tu sihat luar dalam. Kalau nak tau orang tu ada HIV ke tidak, ujian darah je boleh cek Halimdin.”

Huiyo scary sial. Patut la awek aku ni berpengalaman. Entah2 dah ramai orang dia buat. Ok la Saripdol, nanti aku pakai kondom. Sihat pun sihat, anak luar nikah pun takde. Oh yess!!

Ha, tau takpe. Dan bila ko rase-rase cam nak buat anak betul-betul, ada surat nikah segala, ko kahwin la dengan awek ko tu. Kasi halal satu.

Baik Saripdol. Thanks nasihat ko tuh. Kau memang kawan yang paling best. Aku kawan dengan ustakaffuandotorg die terus cop aku masuk nuraka sama-sama Obefiend.

*Ya, mereka takut kena hukum. Ya, mereka takut kena tangkap. Ya, kadang-kadang mereka fikir jugak dosa pahala. Tapi hati mereka lemah menahan nafsu.  

Mereka ini nur Islam dah tak ada dalam diri. Nak cakap panjang-panjang pasal dosa pahala pun tak guna, kerana yang tinggal hanya logik akal. Kenapa tak boleh zina? Kenapa dosa? Apa tu dosa?
Oleh itu, kalau tak boleh gunakan logik agama, gunakanlah logik akal untuk mereka ini. Dan dalam diam, doakan mereka sampai ke penghujung jalan cahaya itu.

Dan kalau mereka dah tak tahan sangat nak membuat, hulurkan mereka kondom

*trollface.jpg*

p.s. moralfags juga menganggap AIDS adalah hukuman Tuhan kepada orang yang suka berzina dan hubungan gay/lesbian. Tapi hakikatnya suami isteri yang sah pun kena. Orang terima darah dekat spital pun kena. Ha, camno nak jawab tu?
saya tak pakai kondom ritu, sebab tu la saya kantoi ada lovechild. ops!

p.p.s. sapa nak kutuk pakai nama Anon. Supaya aku lebih adil. Hahaha

Selasa, Disember 21

Minggu Kesedaran HIV : Lu Kongsi Lu Mati

"Sharing is caring. Bila dah sayang menyayang, kenalah berkongsi."

Ye, memanglah berkongsi sesuatu itu amat indah. Lagi-lagi bila I suap Butterscotch kat mulut U, and U pulak suap I Kinder Bueno kat mulut I. Oh, romantis nye. Bila syaitan dah hasut, kita kongsi makanan dalam mulut bersama. Chup chop chup chop slrupp, air liur sapa pun tibai je, janji kongsi.

Kepala hangguk kau.

And yeah, tapi itu tak bermakna segalanya boleh di kongsi bila salah seorang antara kita ada HIV. Apa benda HIV tu? HIV adalah singkatan dari Human Immunodeficiency Virus yang dapat menyebabkan AIDS dengan cara menyerang sel darah putih yang bernama sel CD4 sehingga dapat merosak sistem kekebalan tubuh manusia yang pada akhirnya tidak dapat bertahan dari gangguan penyakit walaupun yang sangat ringan sekalipun.

AIDS adalah singkatan dari Acquired Immune Deficiency Syndrome yang merupakan impak dari pembiakkan virus HIV dalam tubuh makhluk hidup. Virus HIV memerlukan waktu untuk menyebabkan sindrom AIDS yang mematikan dan sangat berbahaya. Penyakit AIDS disebabkan oleh lemahnya atau hilangnya sistem kekebalan tubuh yang tadinya dimiliki kerana sel CD4 pada sel darah putih yang banyak dirosakan oleh Virus HIV.

Terpanggilnya aku di sini untuk menulis perkongsian dalam HIV ini sebab nya satu. Aku terjumpa satu kes pasangan couple di ceruk felda sana yang bercinta sehidup-semati tapi tak pakai akal. Mana ntah akal dia, mungkin dah campak ke laut bagi ikan makan. Eloklah tu, esok-esok orang lain campak kau dalam tanah sama-sama.

Benda ni bermula dari seorang lelaki yang durjana. Taksub dengan gelojak dunia, himpitan keseronokkan dan ya, hasutan kawan-kawan. Bermulalah episod seorang lelaki ini mengambil heroin secara tegar. Untuk mereka yang tak faham bagaimana heroin itu di ambil, ia ada banyak cara. Selalu yang paling top, sedut pakai hidung. Sniff sniff, mata merah, nak kata selsema pun tak, tapi bila buat lawak sikit. Ketawa macam esok nak mati.


Di pendekkan cerita, lelaki yang durjana ini membawa HIV. Dari siapa? Dari perkongsian jugak, dari member-member la katakan. Sebab nya, bila hidung dah tak boleh terima dengan sedutan, a'ah, tersumbat mungkin. Jadi, cara yang paling afdal adalah dengan mencairkan serbuk heroin dan menggunakan injection. Cara injection memang kaw-kaw pergi katanya. Entah mana dia rembat alat injection tu aku pun tak tahu, dengar cerita dia pergi sakau kat farmasi. Dasar mat pet, tak dapat, mencuri, dah dapat, berkongsi.

Masalahnya, lelaki durjana ini ada teman wanita. Lailahaillallah, apa ke benak lah perempuan ni nak lelaki durjana macam ni? Mungkin si dia itu hero kampung? Atau satu-satunya lelaki yang pandai wek-kang di kampung itu? Ok, aku tak faham dengan perempuan felda. Mungkin lepas ni aku boleh review mengenai perempuan typical felda. Jiwa mereka senang menerima dan memberi.

Kalau dah nama lelaki yang sayang kan makwe, mungkin sebab seks dan geli-geli atau ingin berkongsi keseronokkan bersama. Di ajaklah sekali makwe-nya untuk menceburi bidang cucuk-menyucuk ni. Doktor kebun lah katakan. Tak payah beli gelaran doktor tu kat universiti internet. Tak payah masuk MLM. Membazir. Kat felda ni boleh je dapat.

Dan perempuan yang senang memberi dan menerima ini pun melayankan lah. Bukan selalu. Bila dah cucuk, khayal, lepas tu.. ehem ehem. Bagai dunia ini dia yang punya. Tak pernah rasa sedap sebegini. Berada di puncak kerana di pacak sampai lepak. Semalam membawa ke hari ini. Lusa tulat pun sama. Khayal dengan dunia ciptaan chemical dan syahwat gelora. Pakai kondom? Entah, di buat belon kot.

Cucuk cucuk jugak. Tapi, jarum yang dia pakai tu pinjam member. Nak buat jarum sendiri tak reti. Bila makwe pun dah sangap, meminta-minta. Pakai je lah jarum mana-mana. Janji lepas gian. Dia tak tahu pasal sains, ponteng sekolah. Jadi, tak tahu pasal hygiene. Tak tahu pasal separation virus. Penyudahnya, dua-dua kena HIV sebab berkongsi jarum.


Indahnya perkongsian jarum kan? Tapi, mana nak sedar. Bila kena HIV, bukan sedar bai. Kau carilah bomoh siam mana sekalipun, takkan nya dapat jawapan. Paling koman pun bomoh tu cakap kau di santau. Sebab tu badan bisa-bisa sejak 2-3 hari ini. Last-last, bila check kat klinik kesihatan, sebab makwe dia tu dah macam kena sawan babi, badan elok gebu tiba-tiba banyak bintik-bintik macam makan babi. Rupa-rupanya kena di cap pembawa HIV dan facepalm, ya ada AIDS.

Si lelaki yang durjana ni pun sama, ada HIV, tapi lebih bertuah sebab tak de AIDS. Tak adil sungguh, Kata sama rata, sama rasa. Penyudahnya, makwe yang malang mati dulu, lelaki durjana ini tak mati-mati lagi sebab ambil ubat melambatkan effect HIV.

Patut ke?

Dan yang patut kita perlu fikir, korang suka-suka berkongsi dengan pasangan korang. Yakin ke si dia tu bebas HIV?

Fikir-fikir lah sikit ye, tak yakin, pergilah check sekarang. And, jangan amalkan perkongsian melampaui batas.

Chalo!

p/s : Model 4 orang kat gambar atas, aku ucapkan terima kasih pada Vega Aulia Pradeepta dan Ariel Pradeepta. Moga kalian sukses di sana menjadi jurnalis terhandal ya! 

Isnin, Disember 20

I love gay people. Got a problem with that?

Hai gaizzz.

Korang semua dah tengok ke video Azwan Ismail tu?

Ala yang “Saya gay, saya OK” seksualiti merdeka.org tu. Berlambak dah kat OhBulan, Obefiend, malah dekat Harian Metroseksual pun dah ada tau.

Kali pertama saya tengok ialah time dekat FB, orang buat viral video. Time tu tengok, siapa pulak mamat ensem ni. Apa pulak yang die nak cerita. Sekali bila video tu dah buffer, baru dapat dengar ceritanya. 

I was like, “Ala ruginyee! Dia gay!”

Dahlah ensem,penulis,  jurutera pulak tu. Cara cakap macam orang berpelajaran; sopan santun dan tak hu-hah-hu-hah macam saya ni. Tapi last-last dia cakap dia berpacaran dengan lelaki. Ala rugilah sangat. Kalau hati dia masih terbuka kat perempuan, sayalah orang pertama yang datang mengurat. Ecehwah!

ni la beliau. ensem dak? (dari facebook nya)

Lepas tu baru saya tersedar yang lelaki jenis ini memang taste saya sejak dulu lagi. Zaman sekolah, zaman IPT, zaman kerja. Orang-orang yang saya crush biasanya jenis-jenis begitu. Eh pelik kan? Wawa vazz gitu. (Sebab tu la suka follow blog gay kata Mazidul. Ada taste rupanya. Kahkah!)

Well, dulu perkataan gay tak wujud lagi. Kita panggil dia mat lembut. Zaman sekolah yang saya suka crush tu, muka dia putih bersih tak ada facial hair. Sopan santun, confirm. Dia kalau cakap tak pernah naik suara. Taat pada mak bapak, suka masak dan kemas rumah. Dulu pernah lalu depan rumah dia, Nampak dia tengah sibuk menyapu dengan lemah lembut. Peh! Tergode jiwa raga I taw.  Tapi saying I cukup antisocial lah dulu. Maka langsung tersimpan dalam  hati, ye la dahlah pendek itam macam Kubrick, lagi mengada nak mengayat budak hot. Hish!

kalau saye lawa cenggini takpe la jugak. (imej dari sini)

Zaman IPT pulak jumpa lagi seorang. Alahai yang ini suara lembut. Gaya cakap macam Azwana Alia. Muka pun ala-ala, tapi yang ni ada facial hair. Lepas tu serba serbi tahu pasal adat dan budaya melayu. Kalau bercakap dengan dia mesti kena jaga-jaga. Sebab sekali dia membebel kalah  mak-mak nok. Kadang-kadang orang ketawakan gaya dia cakap. Kadang-kadang orang cakap nyah-nyah dengan dia. Pastu saya mesti kaw-kaw defend dia punya.  Orang lain pun dah pelik semacam. “Apa kes minah ni?” dahlah saya suka jeling dia dalam kelas. Macam taik nok.

Satu hari dalam bulan terkahir semester akhir beliau ada masalah PC, saya yang nerd-geek ni tolong dia sungguh-sungguh. Dia tak mintak pun, saya yang gedik approach, offer help. Bila kerja tu dah selesai dia tengok saya dan kata “terima kasihlah Izzie. Kaulah kawan sehidup semati aku.”

Peh! Tau tak apa perasaan  time tu? Rasa macam kena bunuh dan bakar ala-ala Susilamati dan hidup semula. Wawawiwa!


lebih kurang la rupa salah seorang crush ai. credit dari mstar
Lepas beberapa tahun dah lama terpisah, kami jumpa balik on-line. Kalau dalam facebook saya rajin benor mengomen beliau. Kalau chatting lagi la. Pum-pang-pum-pang. Tapi suka cerita pasal kahwin la. Entah kenapa noks, ritu pernah terlepas cakap “kalau aku tak laku, aku kawen ngan ko jelah.” Hesh! Apa yang I minum time tu, tak tau le. Rasa macam susu Marigold je pun.

Ok, lepas tu pernah kerja sekejap kat company XXX nih. Bukan XXX sebab dia company haram, tapi saje je taknak bagi tau korang. Nanti korang cari beliau. Anyway, time interview tu sepatutnya manager besar yang datang. Tapi tiga kali interview, tiga kali jumpa beliau. Beliau top management tapi takde la sampai tahap manager. Satu aras bawah je. Tapi...entah kenapa first time terpikat pulak dengan cara cakap dia yang lemah lembut. “awak, kalau awak nak kerja sini, saya cadangkan nanti, awak apply untuk tangga gaji yang ini tau, bukan yang itu, sebab...” panjang lebar, lemah lembut dia cerita. Sebijik pun saya tak ingat. Yang saya ingat ialah senyum kat muka dia!

Tak lama pun kerja dengan dia. Tapi memang best lah. Sebab entah kenapa boleh geng pulak. Suka sangat layan kerenah teliti dia tu. Pantang saya silap pakai baju je, adelah yang di komen. “Eh tak matching la! Eh, tak sesuai la nak kerja pakai gini”.  Oh by the way, IPT crush saya pun pernah komen gitu jugak. Wau!

 Dan kalau dia membebel-bebel rasa macam nak menceceh je gelak walaupun terang-terang dia tengah tembak kita yang buat salah. Entahlah. Funny kot muka dia time bebel. Macam mak-mak pun ada. Tapi entah kenapa lagi, kalau tinggal berdua je dalam bilik, memang malu tahap karma la, tatau kenapa hari berdebar. Echewah! Geli dow! Dia pilih KLCC dow!

Lepas berhenti kerja adalah sekali dua terserempak dia. Boleh borak-borak macam biasa. Dan dia juga rajin tanya khabar. Tapi tu lah, jodoh (dengan company) tak panjang. Tapi kalau tambah lagi sebulan dia kerja close proximity dengan dia, memang tak mustahillah boleh sangkut sebab dia memang exactly my taste.

Okay, eww! Mesti korang tengah gelikan? Ape kes tah si Izzie ni, orang taste lelaki tulen, ko pergi taste lelaki lembut pulak. Watdefakaaah kata Green Apple si blogger anak dua itu.

Tapi bagi saya sikap tu la yang menarik perhatian. Umumnya lelaki-lelaki lembut yang saya kenal pandai masak, pandai mengemas, cakap lembut, muka jambu-jambu air tapi bukan jambu batu, banyak cakap dan membebel, tapi teliti dan caring orangnya. Mungkin jugak sebab saya ni terbalik; kasar macam tomboy, cakap macam rempit, naik kereta besar, pakai seluar jeans jarang ada skirt, jalan kengkang-kengkang macam koboi (dulu kalau geng tomboy ni memang trademark walk la. serius).   

What can I say? Opposites attract.

Point is here? Setiap orang ada taste masing-masing. Ada yang suka muka Jawa hidung pesek. Ada yang suka orang gemuk-gemuk bulat. Ada yang suka orang yang naik motor cakap waklu-wakli. Dan tentunya ada yang taste lelaki jiwa halus dan lembut begini. Cam sayalah.

ok gambar ni xde motip. letak je. dari sini

Lelaki-lelaki lembut di luar sana, jangan lah anggap tak ada siapa yang nak kat korang sampaikan korang kena cari lelaki jugak.  Pada hemat saya perasaan halus, teliti, suka fesyen dan kuat membebel tu normal, memang dah ditakdirkan Tuhan a certain amount of the population will inherit that. Orang-orang yang saya crushkan tadi tu, memang lembut. tapi tak pasti sama ada gay ke tidak sebab saya tak berani nak tanya. Kang kena cakar ayoktatau. Lagipun zaman-zaman tu orang tak label lelaki lembut ni gay. Cuma lembut, itu je la.

Apa salah jadi lembut? Tu lah diri kamu. Dan saya yakin bagi sesiapa yang tertutup pintu hati dia kepada perempuan tu, akan sedar bahawa condition tu sementara saja. Bila dia jumpa perempuan yang dapat buka hati dia, dia akan straight balik. Ala cam citer Sutun lah. Ahaks!

Sapa yang kenal abam2 lembut, sila cakap kat dia, Izzie kirim salam. Hee~~

p.s. eh, baru teringat satu cerita. Lama dulu pernah duduk semeja dengan crush. Sekali dia bukak e-mel dia, saya pun tengok. Oh banyak pulak invitation ke group online gay dalam spam. Tetibe saya senyum. Eh...patut la crush.

Geli tak? Geli? Kalau geli sila komen. Wheee