Hal Cemburu Pulak Dah!

Gambar hiasan. "Hai awekku. Aku ada di sini."

Gua pernah jumpa/dengar/kenal dengan lelaki yang kuat cemburu nya dengan makwe dia. Cemburu dia MasyaAllah. Kalah cemburu seorang anak kecil dengan mak dia bila mak dia usik-usik dukung anak kecil lain. Dalam kepala dia direct je neuron-neuron aktif, bila satu-satu benda tu jadi, terus ke hati dia dan dapat satu benda yang di gelar cemburu.

Okay ini bukan kelas sains nak jadi pandai. Gua cuma cakap berdasarkan otak minimal gua.

Selalunya lelaki jenis macam ni naik cemburu dia bila makwe dia tadi melepak dengan lelaki lain. Ada yang jenis macam ni. Mereka lepak ramai-ramai. Dalam enam orang. Dalam tu, 4 perempuan, 2 lelaki. Okay. Jenis macam ni pun ada juga yang jeles. Pedaah ni. Dalam kepala otak dia, tambah-tambah dua orang lelaki tadi single plak. Mesti laki tu nak target makwe dia. Adoiyai bak kata zahirlunatik.

Yang melepak bertiga tu lain macam jugak. Dua perempuan satu laki. Dia kenal perempuan seorang lagi. Perempuan seorang lagi tu, dia tau setia gila dengan balak dia. Tolak tepi. Mesti perempuan tu tak tergoda punya dengan laki sorang tu. So, tinggal makwe dia dengan laki sorang tu. Hey. Come on? Lu lagi percaya makwe orang lain dari percaya awek lu? Celaka apa?

Ada jugak kes ni. Makwe dia mintak izin melepak berdua. Dengan sorang laki je. Belum melepak lagi ni, lu dah naik angin macam dia nak beromen dengan awek lu. Tampar sia-sia jugak. Laki tu entah -entah nak luahkan masalah dia dekat makwe lu ke, sebab dia kena ngorat dengan bapuk ke siapa tahu kan? Mungkin makwe lu tu pendengar yang baik. Untung-untung laa lu couple dengan makwe pendengar yang baik. Walau seribu satu masalah laki lain pun, dia tetap terima lu sebagai balak dia ye dak? Dia pilih lu dari seribu satu laki lain. Tak ke rasa hebat tu?

Okay. Jom kita lompat dekat kes lain pulak.


Gambar hiasan. Konon merajuk.

Makwe lu ni jenis berkawan sejuta. Satu tempat dia pergi, sure mintak email add fesbuk. So, jenis-jenis macam ni, laki suka. Tambah-tambah kalau laki yang single dan available kata orang. Dia nak masukkan makwe-makwe ni semua dalam list KIV dia. Lu tau dak KIV tu apa? Ahh, google sendiri.

Jadi, nak di jadikan cerita, makwe lu ni sebelum couple dengan lu ada lah 2,3 laki yang rapat dengan dia. Sebagai kawan rapat lah. Yang selalu melepak mamak sama-sama mengutuk artis Malaysia kalah melodi. Yang sembang pasal minat yang sama. Mungkin muzik? Hobi sama? Kumpul setem dari luar negara ke. Siapa tahu kan?

Satu hari salah sorang mamat tu ajak makwe lu lepak. Lu pun okay ah. Konon balak yang cool. Tapi dia punya mengada kalah bini-bini yang kena kawin paksa. Setiap saat, minit apa yang makwe lu buat semua nak kena inform dekat lu. Ingat pengulas bola apa setiap masa nak ulas. Agak-agak lu tau dak yang makwe lu tu perlukan sejenis ruang? Dia pun ada hidup dia. Lu ada banyak lagi masa dengan dia.

Kata nak sehidup semati kan?

Apa lagi nak tambah eh? Sebelum nak tulis ni macam banyak pulak isi. Dah tulis separuh hilang separuh idea. Biasalah. Gua bukannya blogger handal yang ada ramai kawan maya dan suka baca blog orang.

Okay ni kita sembang hal lelaki plak. Side lelaki. Buat makwe-makwe di luar sana. Sila take note. Ni luahan dari seorang lelaki.

Lu ada seorang balak. Dia macam sport-rim gila. Lu nak melepak dengan siapa-siapa pun dia kasi. Takdehal. Dia pegang prinsip kononya nak bercinta biarlah ada percaya. Okay. Dia percaya lu. Lu pun suka.

"Cayang, cayang. Titew nak lepak dengan si Mamat tu boleh?"

"Cayang, cayang. Titew nak lepak dengan si Murad tu boleh?"

"Cayang, cayang. Titew nak lepak dengan si Mursyid tu boleh?"


si Cayang lu pun jawablah,

"Boleh."

lu pun jawab balik,

"Thanks cayang. Love you. Muah muah. xoxo. *sambil buat flying kiss*"

Tiba-tiba muka balak lu berubah. Walaupun ada gelaknya. Tapi tak ceria. Takde umph kata orang. Hey come on! Balak lu tengah jealous tu. Pada gua, step pertama yang lu patut buat bila benda macam ni berlaku ialah lu sebagai makwe berkaliber dan sayang dengan balak lu, lu patut tanya dia wadehel dia macam gitu kan?

Jangan nak assume sendiri pulak. Lelaki ni jenis takde nak simpan-simpan sengat. Selalunya diorang akan cakap je apesal. Kalau lu main assume sendiri, rupa-rupanya dia takde lah cemburu mana pun. Dia gitu sebab nak berak je. Tahan berak. Tu yang gitu muka dia tu.

Kalau dia sembang dia cemburu, lu sekali lagi sebagai makwe berkaliber, pergi ah tenangkan dia. Cakap apa tujuan korang melepak semua. Berapa lama. Kalau boleh tu, janganlah melepak lama sangat dengan laki yang boleh buat balak lu cemburu. Lu tahu tak sepanjang masa lu dengan lelaki tu melepak, dia takkan pernah tenang? Sampai lah lu message macam ni dekat dia baru dia tenang agaknya,

"Cayang! Dah balik!"

Baru laa dia lega seribu kali lega.

Lepas tu, kalau melepak tu, lu jangan laa gatal-gatal nak amik gambar berdua pulak. Lu tu dah ade balak. Jaga laa hati balak lu sikit. Dia dah kasi green light melepak tu dah cukup bagus tahu? Nak bergambar tu biar ah reramai sikit. Bertiga ke. takde ah dia nak mengamuk satu kampung bile terjumpa gambar gitu nanti.

Yang paling gua nak pesan ialah, jangan lah lu nak bandingkan member laki lu tu dengan balak lu. Eh, dia ni bagus lah. Eh dia ni buat bergini dekat makwe dia. Kan best gua jadi makwe dia. Balak gua tak pernah buat pun.

Jangan.

Sesungguhnya balak lu dari tak cemburu terus kecik hati. Bagi dia, dia tak cukup baguskah? Selama ni apa dia buat tak cukup hebatkah di mata makwe dia?

Gambar hiasan. Angsa jantan jeles dengan makwe dia nak kiss angsa lain. Kemaen!

Apa lagi eh? Jap pikiaq sat.

Dah lah, tepu dah.

Yang penting. Dalam hubungan lu, dengan makwe/balak lu, jaga ah hati masing-masing. Lelaki ni memang jenis tak tunjuk dia punya cemburu. Tapi silalah paham. Kalau dia reply message pun sejam lepas tu. Ingat makwe-makwe je ke boleh merajuk? Pujuk ah dia dengan ayat-ayat geli lu'olls. Lembut ah kot lepas tu.

Orang kata cemburu tu sayang. Tapi buat si balak plak. Lu jangan ah cemburu sangat tak tentu hala. Lu ingat lu punya cemburu je? Bila lu lepak dengan member dari tadika lu tu, makwe lu tak cemburu?

Ni cemburu sikit, datang tempat makwe lu melepak, tarik kolar mamat tu, simbah muka dia dengan air sambil berkata,

"Lu tau tak dia ni awek gua?"

Konon hero. Drama habis. Silap-silap dia tu bakal abang ipar lu yang baru balik dari oversea. Tak ke sia-sia?

Cemburu mana pun dalam hubungan, paling penting percaya. Selagi boleh tahan sifat cemburu tu, tahan lah. Lepas tu buang jauh-jauh. Kan?

Juga boleh di baca di : http://apitikustika.blogspot.com/2010/10/hal-cemburu-pulak-dah.html

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
btol! btol! couldn't agree more.. sangat betol! 10 markah utk anda!
nadia berkata…
like seribu kali..=D
TheBentPencil berkata…
Rileks lah wahai awek/pakwe.
jangan cemburu lebih.
bukan kahwin pun.
hikhik.
Nadia Shalahuddin berkata…
totally agree..:)!!
Tanpa Nama berkata…
hehe, sume agree. mmg macam tu la penerimaan orang terhadap hal ni skng.
k camni, kita fokus pada lelaki yang study kat Uni for 2 year. contoh ni ea.
sesetengah lelaki apabila dia kapel pada usia 20-an, dia bercadang untuk mencari seorang wanita untuk dibuat isteri.sbbnya, dia dh smakin hampir untuk grad n dah plan apa step2 yg dia nk buat lepas grad.kahwin. jadi, kalau awek dia keluar dgn laki laen, tak kira la berempat ke, berlima ke, beribu ke, berjuta sekalipun, tetap ada perasaan cemburu yang kuat kerana perempuan yang sedang keluar dgn lelaki laen tu skang adalah pilihannya untuk menjadi suri dalam rumah, ibu kepada anak dia, teman dia ke syurga dan pelengkap dia sbg seorang islam.

so, admin, xsemestinya, tu adalah cemburu buta.xsume mcm tu. lelaki mengibaratkan maruah isteri dia lebih mahal dari nyawa dia sendiri.jadi xhairan lah kalau lelaki bertanya mcm2, kol, msg sbb dia sygkan maruah wanita dia.wanitta pilihan dia.

bagi sy sbg lelaki, kalau sy kapel sblm kahwin, sy akan anggap hubungan sy dgn dia mengarah ke perkahwinan. kalau sblm kahwin dh melenting xsuka pakwe bg green light jumpa kawan laki, lepas kahwin mcm mana.

ni lah trend perempuan zmn skang. mendayuskan lelaki. lepas kahwin, jumpa laki laen adalh hal yg biasa. akibatnya, dosa menanti untuk si suami kerana dayus.

maaf admin kalau terkasar bahasa
Tanpa Nama berkata…
Dayus shialll!!!
fiqaliqa berkata…
YUP. setuju gila :)
Unknown berkata…
setuju dgn tanpa nama 11 Jun 2011 1:50 PG

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.